Orangnya payah nak digambarkan dengan kata-kata kerana bagi saya sekali pandang tak adalah apa-apa istimewa sangat. Taklah handsome macam Ustad Ijud atau Tom Kurus, biasa-biasa sahaja, tiada yang menonjol atau tertonjol. Namun sedikit ketara matanya tidaklah bulat sangat dan ada `muka cina' sikit rupa parasnya. Mungkin dia berprofile rendah. Dia tidak suka menonjolkan diri (mungkin memang tak ada apa-apa yang nak ditonjolkan? he he he ampun...). Sifatnya yang baik itulah yang menonjolkan dirinya agaknya kot. Tapi baik itu subjektif kan? Saya pun baik orangnya (huh! nak jugak...!). Saya banyak dengar cerita mengenainya daripada kawan-kawan. Dan cerita-cerita mengenainya pun tidaklah menarik sangat, semuanya mengenai kebaikannya, tiada scandal apa-apa yang menarik. Dia bukan jenis orang yang boleh melariskan jualan akhbar.
Semasa bekerja di Shahputra Pekan beliau bukanlah antara kawan rapat saya. Saya tengok dia dengan ujung mata saya je terutama semasa saya mengoder teh tarik di kedainya. Semasa sama-sama kerja di Kuantan, walaupun duduk sepelaung cuma kami jarang berbual sangat (kecuali dalam sesi memukul gambar). Mejanya sebelah Mek Zue, depan Mek P. Dan saya punya meja sebelah Mek Zue, belakang Adnan. Maknanya kalau duduk di meja saya, saya boleh nampak dia. Oh terlupa pulak, dia bergaya dan kemas orangnya.
Mukanya jenis muka tak bersalah (kalau kita terjemahkan terus dari orang putih punya bahasa). Kalau nak marah kat dia pun tak jadi, rasanya tiada orang yang sanggup benci kepada dia. Muka baik.
Kalau dipaksa juga, saya akan ambil episod putus tunang di dalam hidupnya sebagai satu episod yang menarik. Saya hanya mendengar daripada kawan-kawan yang dia bertunang. Dan saya memang tak nak tahu langsung dia bertunang dengan sapa dan orang mana? Bila dia bertunang? dan sebagainya.
Apabila dia sudah menjadi rakan sekerja saya di Muadzam, dia menumpang di rumah saya seketika sebelum mendapat rumah. Mulalah say atahu banyak cerita mengenainya. Di sinilah episod retak menjadi belahnya bermula di peringkat klimaks. Saya tidak faham mengapa seseorang itu boleh putus tunang. tetapi saya tak nak ambik jalan senang `dah tak ada jodoh...'.
Saya dapat mencium keretakan tersebut bila dia resah semacam, tapi resah itu terkawal. Saya asyik korek rahsia macamlah saya tak ada kerja lain. Padahal masa tu saya naik gila tengah buat paper untuk komfirm kerja. Dan akhirnya dia ada cerita sedikit sahaja. Maka saya pula yang sibuk menyiasat sana sini mencari sumber daripada kawan-kawan di Shahputra. Laporan lengkap daripada kawan-kawan akhirnya saya terima, saya analisis.
`Kalau orang tak nak ke kita, orang tak sayang ke kitalah!' Saya ingat lagi bagaimana saya meninggikan suara kepadanya bila saya dah tak tahan melihat episod retak menjadi belah tu. Namun saya yang emosi sedangkan dia tidak menunjukan terlebih emosi (macam biasa). Mungkin dia pendam segalanya, dia memang begitu kot. Saya sangat geram pada masa itu, sayalah yang lebih-lebih. Kalau boleh dua-dua saya nak tampar. Tetapi saya teringat pesan Diana ( Lecturer ekonomi Shahputra yang leni jadi lecture ekonomi UPM, ala yang kawan karib Rozie (adik Abg Bahari) masa kat Pekan dulu tu) pesan jangan campur hal orang. Pesanan tulah payah saya nak ikut, he he he.
Namun saya tetap berdoa di dalam hati supaya episod ini berlalu. Saya tidak tahan, malah lewat doa-doa saya lepas sembahyang saya selitkan juga mengenai isu ini supaya semuanya selamat (selit di bahagian akhir je...he he he). Bukan apa saya rasa sebagai kawan itulah yang saya mampu buat selain `meracun dia', he he he.
Dan saya juga memegang peranan semasa ke Batu Pahit urusan `putus terpaksa' tersebut. Peranan saya kecil sahaja iaitu kawan kepada yang nak putus tunang. Tetapi macam biasa saya prepare lebih, daripada malam sebelum ke Batu Pahat saya dah tak makan nasi, dan semasa singgah dalam perjalanan saya cuma jamah sekeping roti canai biasa je. Dalam berlakon tu sempat juga saya kata ` emm masa bertunang dulu tak royat pun, ni masa putus tunang aku terlibat jugok'. Walaupun sebenarnya sayalah yang nak ikut jugak (macam biasa).
Tapi selepas putus tunang saya nampak dia biasa-biasa sahaja. Kalau saya mungkin meraung 2, 3 kali sebelum terima hakikat. Memang bunga bukan sekuntum tapi bukan semua bunga layak di panggil bunga pun... kalau...he he he ni bukan pasal bunga.
Saya hairan dia cool je macam tak ada perasaan. Kadang-kadang (atas nasihat Adnan) saya buat jugak sport cek ke rumahnya. Saya buat-buat la nak pinjam majalah la, nak pinjam kepit kuku la. Saya pergi ke rumah dia dengan mengejut takut-takut sebenarnya dia duduk menangis atau meraung sorang diri. Tapi tak! dia okey sahaja! Dan saya mulalah bertanya dalam diri `dia ni ada perasaan ke tak?'
Jan: Luka di hati memang tak nampak berdarahnya kan... namun kubalutinya jua...(amboi jiwang!)
2 comments:
sian dia...moga dia akan kembali bahagia n gembira...
hehehehe..
Post a Comment