Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 16, 2008

Kalau berminat...







Bukan Muzium...

Jangan salah sangka, gambar-gambar di atas bukannya gambar Muzium, ia adalah gambar rumah kakak saya, he he he.
Konsep hiasan dalaman rumah ni dikatogerikan konsep rumah lama atau antik. Dalam rumah ni ada banyak barang antik dan barang ala-ala antik. Contohnya almari, pasu, tempayan, barangan tembaga dan lain-lain lagi. Ada juga ukiran kayu dan lampu yang benar-benar antik.
Majalah Impiana pernah datang pukul gambar rumah ni dulu untuk dimuatkan dalam majalahnya. Rumah ini menapak di perumahan Taman Setali dekat dengan Galing Kem, Kuantan.

Pintu pagar ni tak dicat,memang sengaja...

Tempayang dibiarkan berlumut dengan sengaja juga...
Kadang-kadang mak saya kata dia rasa nak gahar (gosok dengan sabuk atau memberus) tempat-tempat berlumut. Tapi saya mengucap panjang supaya jangan campur tangan urusan rumah tangga orang. Saya terangkan konsep rumah tersebut dan beberapa konsep hiasan dalaman lain seperti minimalis dan juga konsep medeterenian.
Mini Tropikal

Ada laman mini berkonsepkan tropikal. Lihat gambar di gambar di bawah. Daun pandan pun ada, tapi jangan pulak gatal nak ambik kerana itu dijadikan pokok hiasan. Kalau nak masak pergi beli kat kedai awal-awal.

Ada tumbuhan ezotik paku pakis dan lain-lain tumbuhan yang saya tak pernah tengok. Kehijauan taman mini ni dapat la merehatkan mata kita di hujung minggu dan petang-petang lepaskan tekanan hidup bila tension.

Abang ipar

Abang ipar saya sukakan hiasan dalaman dan hidup di dalam kekemasan sepanjang hayat beliau. Sebenarnya sebelum kakak saya tinggal di rumah ini, rumah ini diduduki oleh abang ipar saya semasa dia bujang.

Abang ipar saya ni jenis mengumpul. Maksud saya semasa dia bujang pun dia dah ada memiliki banyak barangan dan kehidupannya juga sudah teratur (janganlah mentang-mentang bujang, sudu garpu pun tak ada atau mentang-mentang bujang nak julur kaki pun tak ada ruang dalam rumah...). Ni bukan kes nak puji abang ipar sendiri tapi begitulah adanya...

Dia juga ada `main' bongsai dan lain-lain hobi lagi yang saya rasa menggunakan duit sikit. Macam sayalah suka menanam pokok (nak jugak pulak dah...jangan marah).


Jarang bertandang...

Personaliti kakak saya berbeza dengan saya, bak harga beras dulu dan harga beras sekarang. Banyak karektor yang dia miliki tidak berapa ada pada saya... he he he. Dia tegas dan fokus dalam hidupnya, dia serius dan ada pegangan prinsipnya sendiri.

Zaman 80an saya gelarkan kakak saya Margaret Thatcher, perdana menteri British pada masa tu... (1979 -1990).

Saya jarang bertandang ke rumah kakak saya. Kecuali apabila keluarga saya ada di sana, saya bertandanglah untuk memenuhi fungsi kekeluargaan.
Cuma semenjak akhir-akhir ini hubungan semakin rapat dan kerap bertandang. Paling terbaru melihat anak sedara saya bersunat. Memang azam saya tahun 2008 ingin merapatkan lagi hubungan keluarga, selain ingin beli rumah, kereta dan ... Okey kan azam tu. Tapi posting ini bukan pasal azam saya...


Kakak beli rumah baru...

Masa duduk syok mengunyah roti tempayang pada suatu petang, kakak saya bertanya `Abang nak beli tak rumah ni?
`Nantilah Abang fikir dudu' Jawab saya.

Rupanya dia dah beli rumah baru di Jeram Estate, maka dia nak jualkan rumah ni kalau saya berminat.

Pada masa tersebut saya sebenarnya sudah dalam proses membeli rumah. Cuma saya tak dicanangkan lagi, he he he. Alasanya saya nak mak dan ayah saya pihak pertama tahu saya beli rumah....

Kalau berminat...

Kalau ada kawan-kawan atau musuh-musuh atau sesiapa saja berminat nak tengok rumah ni bolehlah kontek saya, saya beri no handphone Abang ipar saya. Itu je saya boleh buat (eh macam iklan pulak...)

Kalau berminat dengan barang-barang sekaligus pun boleh juga. Manalah tau kot suka barangan antik.

Tengoklah gambar-gambar ni yang saya pukul sendiri, ia mungkin menceritakan hal rumah tu sedikit sebanyak... nak tau lebih banyak lagi tahulah apa yang nak buat kan...


Ni gambar depan rumah.

Anak saudara yang bersunat hari tu, muka bukan begitu, memang dibuat-buat sedikit.


Ni pintu pagar depan


Rumah ini end lot

Ada pokok sirih pulak dah...


Jankaulu: Tak naklah kata rumah ni molek sangat, tapi kalu berminat datanglah tengok...no hal.

1 comment:

roza said...

cam rumah en.mail je.. kl salah, maafkan sy..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home