Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 4, 2008

Naluri keibuan?

Adakah naluri keibuan merupakan sesuatu perkara semulajadi yang ada pada setiap wanita? Inilah persoalan terbaru apabila saya melihat seorang ibu menonyohkan bubur sup ke mulut anak kecilnya dengan kasar, manakala suaminya dengan lahap makan seolah-olah tak ada anak bini di depannya. (Keadaan ini berlaku di East Cost Mall).

Dan pada hari isninnya, saya terus menanyakan hal tersebut pada salah seorang pelajar lelaki saya. Jawapan yang saya terima memang jawapan yang telah diagak. `Memang semulajadi sir, tak kanlah orang lelaki ada sifat keibuan pulak’. Jawabnya separa melawak.

Apa itu sifat keibuan…?

Daripada pemahaman saya, sifat keibuan secara ringkas boleh dikatakan bukan sahaja sifat mengambil berat terhadap bayi/anak tetapi juga suka (wilingness) terhadap suatu keadaan untuk melindungi anak-anaknya, dan menyukai untuk memberikan perlindungan, melayan keranah. Atau dengan erti kata lain `suka’ kepada budak. Golongan ini bila jumpa budak terasa teruja, ibarat itik mendapat dedak atau bak orang kampung mendapat subsidi baja (selepas tu menjualnya begitu sahaja).

Bila jumpa bayi/budak mereka rasa semacam, dan mulalah sentuh pipi budak tu, nak dukung la atau cium bertalu-talu. Ada kalanya mereka boleh duduk berjam-jam melayan bayi/budak (kalau ada orang tua tengok mesti nak buat menantu) dan kadang-kadang buat pulak dah muka `hodoh’ dengan harapan bayi/budak kecil tu ketawa. Kita boleh nampak sinar muka perempuan sebegini walaupun ada yang taklah over cubit sana cubit sini seperti saya gambarkan di atas.

Pada pendapat saya sifat keibuan (sifat-sifat di atas) tidak lahir secara semulajadi pada setiap wanita. Malah ada yang memalsukannya, kalau kita perati betul-betul kita akan sedar ada di antaranya hanyalah sebuah lakonan sahaja. Bukan semua perempuan mempunyai sifat keibuan walaupun mereka berupaya beranak pinak. Macam mana nak terangkan ya…?

Tak suka baby, tak suka budak...

Jika dilihat statistik penderaan anak-anak, wanitalah yang kerap mendera anak-anak berbanding dengan lelaki. Ibu-ibu lebih kerap terlibat dalam hal-hal macam ini. Mungkin mereka lebih lama berada di samping anak tersebut berbanding dengan si bapa, dan kemungkinan faktor masa menyebabkan mereka boring apatah lagi jika terdapatnya tekanan-tekanan lain dalam kehidupan yang menyebabkan ia mendera anak. Maka jika ada naluri keibuan, ternyata naluri keibuan ini dikalahkan dengan tekanan menyebabkan terjadinya penderaan. Apatah lagi jika tidak ada naluri keibuan, makin sedaplah mereka mendera.

Begitu juga terdapat orang gaji (perempuan) yang tidak suka kerja-kerja mengasuh budak kecil, mereka lebih suka menguruskan hal rumah, sama ada memasak atau mengemas rumah. Suruhlah apa sahaja mereka suka, namun bila time jaga budak atau buat sesuatu kerja berkaitan dengan budak, ia tiba-tiba jadi malas. Mereka tidak gemar melayan karenah budak. Pada pandangan mereka mungkin apalah best sangat bayi, terutama bila berak, he he he.

Kita pandang kepada surirumah itu sendiri pulak, kalau ada bini pandang pada bini kita (yang tak ada bini, duduk diam dan perati je). Memang ada wanita lebih suka kesibukan di tempat kerja berbanding dengan kesibukan di dapur, he he he. Ini pendapat saya sahaja, dan saya tak naklah masuk campur juga. Golongan ini kalau boleh tidak sabar-sabar menanti hari esok, nak ke pejabat sebab best berada di pejabat, di rumah kadang-kadang letih. Nak buat kerja rumah lagi, nak layan anak-anak lagi, malamnya nak layan ayah anak pulak, he he he.

Isteri yang baik tidak akan merungut, namun suami yang bijak haruslah memikir akan kemungkinannya boleh berlaku dalam rumahtangga mereka sendiri…

Proses keibuan (pulak dah…)

Kasih sayang seorang ibu...

Ramai orang berpendapat naluri keibuan akan datang secara semulajadi kononnya apabila seorang perempuan itu mengandung… (kalau tak mengandung? Tak datang ke? Sapa nak jawab?) Bila seseorang wanita mengandung fikirannya berlegar yang dia akan mencintai sayangi anak itu apabila dilahirkan kelak. Gamaknya di sinilah proses keibuan itu berlaku, (kalaulah ia merupakan suatu proses… pulak dah). Ini pendapat saya, saya bukan pakar ibu mengandung. Secara naluri dia tahu keperluan dalam diri untuk menyayangi bayinya.

Seorang bayi sedang mengopek...

Maka apabila beranak, jeng jeng jeng… Adakah mereka akan sayang kepada anak mereka secara automatik? Sekali lagi saya tidak setuju jika jawapannya ya!. Para rasa awal terhadap anak tidak akan datang secara automatik, ia datang secara perlahan atau tak datang-datang, he he he.

Ada yang apabila melihat muka anak rasa nak meroyan. Tapi meroyan ini pulak bukanlah kerana perubahan hormon dalam badan wanita mengandung, bukan semua wanita yang lepas bersaling berbakat untuk meroyan.

Perempuan tak beranak?

Perempuan yang tidak berpeluang melahirkan anak, tidak ada naluri keibuan, tidak ada sifat keibuan? Ramai berpendapat perempuan yang tidak mempunyai anak tidak memenuhi peranan semulajadinya iaitu beranak (melahirkan anak). Oleh itu dia akan menjadi kecewa dan murung diri. Ada yang rasa rendah diri sehinggakan terlupa bahawa kebahagian hidup itu pelbagai ragamnya, rupanya dan bukan kepada satu dua perkara sahaja (perkara yang orang lain ada, kita tidak ada). Dan perempuan yang tidak mempunyai anak ini, janganlah pula kita sifatkan tidak mempunyai sifat keibuan. Ada dia antaranya memang sukakan budak.

Masyarakat kita banyak menghukum, banyak buat `Law’… Contohnya kita menyatakan semua perempuan mesti berkeinginan menjadi ibu. Saya rasa ada perempuan yang tidak selesa menjadi ibu, atau tidak mahu menjadi ibu, atau tidak layak menjadi ibu (yang bunuh anak atau jual anak). Ungkapan `mesti’ membawa tekanan kepada perempuan yang sudah kawin tetapi tidak mempunyai anak, atau ibu yang mempunyai anak tetapi bukan atas keinginan diri yang positif. Mungkin sebab tekanan sosial di sekeliling, contohnya masyarakat kata `Bila dah kawin tu kenalah ada anak…' dengan muka-muka sekali (mentang-mentang dia ada 8 anak...).

Adakah seorang perempuan dikawal oleh naluri keibuannya iaitu untuk memiliki anak? Adakah keinginan ini lebih tinggi daripada si suaminya (sebab perempuan ada naluri keibuan?)?.

Kita pergi lebih jauh lagi…bagaimana pulak dengan kebahagian rumahtangga? Bagaimana jika ada pula pasangan yang membuat keputusan untuk tidak mempunyai anak? (mesti kita kata…ala tak kan ada, buat apa kawin?). Bolehkah kita beranggapan wanita yang tidak mempunyai anak ini kurang bahagia daripada mereka yang mempunyai anak? Tak boleh kan…terutama jika mereka tidak mempunyai langsung naluri keibuan…he he he, kalaulah ada konsep naluri keibuan.

Atau wanita yang tidak ada naluri keibuan tidak akan sebahagia wanita yang ada naluri keibuan? Jangan bimbang, penulisan ini dah nak habis. Tak payah fikir lama-lama lagi ya…

Jan: Macam mana dengan naluri kebapaan?

1 comment:

KOYAN said...

abe suki nih ada banyak idea yang hebat la.....lawak pung ade...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home