Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, July 31, 2008

DPL: Seram sejuk...

Sebenarnya sejak minggu lepas lagi dah rasa seram sejuk tapi aku susut dalam hati. Tapi minggu ni seram sejuk tu dah campur pulak rasa nak deman... Dalam hati, cepatnya la dah bulan 8, memang daripada awal tahun dulu rasa lambat lagi dan sekarang minggu depan akan menjelma...

Dan mimpi malam-malam pun dah tak seindah mana, tak ada mimpi mengutip bunga, mandi laut, gi tengok konset Madonna atau gi Sogo membeli belah. Sekarang mimpi asyik dikejar harimau, jatuh dari katil dan makan daging siput babi. Dan ada juga malam-malam tak mimpi langsung...! namun tak lena jugak...

Dan kala inilah aku rasa aku tersalah bidang dalam hidup ni...sekarang aku kena buat sesuatu yang aku rasa di luar kemampuan dan keterorlan aku. Aku bukan teror sangat bab-bab begini. Mungkin aku sesuai jadi cikgu sahaja, atau penghibur di kelab malam, atau kadang-kadang aku rasa aku nak jadi ahli NGO sahaja, highlight pasal alam semulajadi atau hal poverty.

Dan waktu-waktu gini rasa indahnya kerja kat KSP tak ada masalah, mengajar sahaja...buat persiapan mengajar dan mengajar, sekurang-kurangnya taklah seram sejuk yang tahap menganggu emosiku.

`Mentoring Foreign Student in Malaysia Higher Education Institutions ((HEIs): Foreign Student Perspectives' gitulah tajuk kertas kerja aku nak bentang 6hb Ogos ni. Kertas kerja tu aku buat dengan senior, dan untuk komfomation kerja aku kena bentangkannya. Kalau tengok tajuk tu dah rasa seram sejuk.

So 4hb aku dah kena terbang ke Kucing, Serawak...conference tu start 5 sampai 7 Ogos. kelmarin tiket dan hotel dah tempah...namun seram sejuk semakin bertambah...apalah nak jadi dengan aku ni, tak pernah releks. Ni memang pertama kali bentang, dan di masa-masa hadapan ada lagi...!



Gini gamaknya kot...


Semoga aku dapat kekuatan, dan kemotivasian...

Wednesday, July 30, 2008

Yang kita dapat...


Yang kita dapat,
silingnya berplaster
lampu suram yang boleh diejas...ada kipas
teguh dinding tak tertolak
lega bersetubuh tak berlubang

Yang kita dapat

lantai jubin import
tangga bermozek molek
tiang seri roman tegak berlima meneduh kereta...
atap genting bukan rembia...

Yang kita dapat bukan sekadar berlindung
tapi surga kecil bahagia...

Bukan
berbumbungkan angkasa kelabu!
bukan
lantainya tak retek seribu....

Monday, July 28, 2008

Ayam den lapeh...


Adnan : Rambut kau ni fesen apa?

Jan: Fesen ayam den lapeh...

Adnan : Kenapa sikat ke depan?

Jan: Aku tak sikat pun...he he he

Bukit Keluang 2: Memunggah rindu yang galak berbunyi...

Foto 1: Daripada jauh nampak bukit ni di tepi pantai letaknya...

Haa... ni penulisan kedua mengenai Pantai Bukit Keluang yang kurang tersohor itu. Inilah sebuah bukit yang menghadap Laut China Selatan. Udara di sini segar (kalau nak banding dengan udara Lembah Kelang), udara ni telah menyeberangi lautan yang luas.


Dari jauh nampak gazebo kayu tu kan. Dan nampak juga orang yang tak berapa ramai tu... Tapi makin hala ke petang makin ramai berkunjung tiba. Ramai juga pelajar dari Maktab Perguruan Sultan Mizan datang bila waktu petang (maktab tu dekat pantai ni je boleh jalan kaki, tak jauh tapi berpeluh jugalah bagi sesetengah orang).


Kalau nak ambil gambar bukit ni secara keseluruhan kena jalan kaki jauh lagi. Buat masa ni setakat ni jelah. Yang penting nampak muka bukit tu dipukul pantai, cuba bayangkan bila monson tiba...muka bukit ni tak putus-putus dipukul ombak, ibarat rindu yang tak berkehabisan...


Foto 2: Ada gua-gua dan laluan-laluan misteri dan tak misteri.


Akibat dipukul ombak dan air pasang surut ratusan tahun maka di celah-celah bukit tu ada terhasil gua-gua. Ada gua yang kecil, ada gua yang besar, ada gua ketara nampak ada gua tersembunyi juga. Macam Maya Karim katalah `ada cinta yang terang, ada cinta yang samar-samar...' (rujuk filem Anak Halal, dialog masa atas bumbung flat atau tanya Kamal)


Kalau air surut bolehlah menerokai gua-gua tersebut. Tapi dalam gua gelap dan ada Keluang beranak pinak. Kalau nak masuk dua tiga meter tak ada hal kot. Boleh pukul gambar mana yang patut di dinding dinding gua yang cantik.


Kalau Mek Zue datang, nescaya habis bateri bila pukul gambar. Banyak tempat yang cantik disini boleh dicomelkan lagi dengan kehadirannya.



Foto 3: Jambatan kayu menghubungkan batu-batu menjadi laluan


Ni gambar jambatan-jambatan yang menghubungkan batu-batu sekaligus merupakan laluan, kalau dok atas jambatan ini boleh menghadap terus ke lautan yang luas. Melihat lautan yang membiru, membakar rindu (kalau ada).


Kalau air pasang adalah air kat bawah tu. Kat bawah ni la ada gua-gua tadi. Bila air surut boleh pakat jalan di bawah, tapi awas ada satu satu tempat tu yang slim je boleh memboloskan diri (tu pun dengan keadaan mengiring, kalau yang obess tu kenalah panjat tangga...)


Foto 4: Air pasang dalam surut pukul 5


Ni gambar sisi masa air mula nak pasang... kalu tak pasang boleh kita lalu kat celah-celah batu tu... macam rindulah, ada pasang surutnya. Kalu dok rindu 24 jam, nak buat macam mana? Tak leh wat kerja buat, produktiviti kurang maka pendapatan negara (KDNK) turun, so pertumbuhan ekonomi dan pembangunan ekonomi merudum. So kontrollah rindu tu.


Foto 5: Ada air yang terkepung membentuk tasik kecil atau alur kecil.


Ni gambar laluan nak ke bukit tu. Dulu ada nampak sepasang orang baru kawin pukul gambar kat sini, nak buat album kenangan kot. Siap bersalin baju dan ada jurukamera profesional. Memang cantik dalam gambar nanti. Tapi kat luar pun lebih realiti. Sebenarnya ketenangan ada dalam hati, kalau tenang kat mana pun akan dirasai kecantikan tempat tu. (berfalsafah pulak).




Foto 6: Jalan tar bila dah nak sampai ke bukit tu (sisi bukit)


Ada juga gazebo ringkas disediakan menuju ke pantai tu. Gambar ni laluan ke bukit tulah, kira sisi tepi. Ada jambatan lagi. Hijau mata memandang kalu kita betul-betul menikmatinya.



Foto 7: Petang melepas layar...



Suasana petang, redup. Kenangan lalu menerpa di kotak fikiran. Soalan demi persoalan silih berganti. Mengapa ianya terjadi dan mengapa aku? Kucuba memunggah kenangan rindu yang galak berbunyi itu...namun tak daya kerana diriku ini adalah kenangan itu. Kucuba bunuh kenangan itu tapi tidak berdaya kerana akulah kenangan itu. Kucuba pulak bunuh diriku namun tak berjaya kerana diriku itu adalah kenangan...kenangan tidak boleh dibunuh...bla bla bla...



Foto 8: Awas batu-batu...


Nampak tak ada orang mandi tu, bila petang ramai jugak yang datang untuk mandi atau ramai jugak yang tunggu orang lain balik, baru nak mandi. Kat tepi-tepi pantai depan bukit ni banyak batu sikit, kalau nak mandi dengan nyaman dan bahagia (tanpa pijak batu) kena g tengah sikit. Akibat ombak, kedalaman pantainya tak tetap, kadang-kadang dalam, kadang-kadang tohor... so kena berhati-hati kalau mandi.



Foto 9: Gambar di ambil dari atas gazebo, suasana redup...




Foto 10: Menjemput malam...


Terpaksa tunggu lewat petang sikit nak ambik gambar ni (gambar-gambar ni dipukul khas dan disend dari kampung). Memang suruh ambil banyak sikit, buat promosi kat kawan-kawan. Kalau datang ke sini ada Keluang Beach Resort jika nak bermalam (kalau tak sudi bermalam kat rumah saya...). Kat resort tu ada banyak kemudahan. Ja pernah datang ke Keluang Beach Resort ni.




Kat sini ada juga mitosnya, ada yang kata di antara gua-gua tu ada tersimpan harta karun. Dulu ada orang kata ada Puteri Bunian kat Bukit Keluang ni, kononnya puteri tu marah kalau kita buat perkara yang tak senonoh di sini (cerita ni siap masuk Mastika). Tapi entahlah tak pernah jumpa pun secara peribadi...


Foto 11: Jika rindu dapat dilihat...


Kalau rindu tu dapat dilihat, mungkin macam gambar ni kut. Ni gambar ambik dari atas gazebo waktu hening petang yang sunyi...cuma pukulan ombak lesu je ada. Dan letih sinaran mentari membangkitkan perasaan semacam je, termasuk resah gelisah dalam mencari diri.


Entah mengapa bila datang ke sini, bagi sesetengah orang, kita boleh melihat rindu...melihat janji.

Nilah sedikit coretan kepada kawan2 yang nak tau Pantai Bukit Keluang ni, tapi di Besut ada lagi pantai yang tidak kurang juga hebatnya iaitu Pantai Air Tawar (tapi air pantai tu masin...). Lepas kita ke Bukit Keluang kita ke Pantai Air Tawar pulak nanti...

Tuesday, July 22, 2008

Mek P...(impian menjadi realiti)

Sedikit cederamata daripada cederahati



P ada datang Muadzam minggu lepas, muka berseri-seri bak bulan purnama mengambang penuh, seperti gadis sunti pertama kali direnung lelaki (lelaki yang dia suka) atau umpama masa dapat duit kutu, atau laksana semasa memasang angan-angan mendapat imbuhan pelaburan dari internate (sebelum semuanya hangus terbakar...).







P punya senyuman kali ini berlainan sekali, senyuman kerana impian menjadi reliti. Ramai yang kalu boleh mahu berkerja di tempat kelahiran, dekat dengan keluarga, emak dan ayah di kampung halaman. Malangnya bukan semua rumah kawan2 kita di belakangnya ada universiti....kita kena keluar mencari rezeki meninggalkan kampung halaman dan belakang rumah kita tersebut. he he he. Tapi P memang beruntung.







P antara kawan terawal mengkoloni KSP, rasanya saya awal sedikit je daripada dia, oleh kerana kami senegeri, semangat kenegerian itu merapatkan apa yang tak rapat. P selamba sahaja, kalau tengok tak gaya isteri kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya. P tak berlebihan, tak berkurangan, pakai make up senipis kulit bawang, mungkin nak serlahkan kecantikan semula jadi (atau memang malas nak makeup-make up ni. he he he).



P datang bersama Adnan dan Mek zue. Gembira juga dapat jumpa kawan lama, Mek Zue dan Adnan. Bila Fuzah dan Ja masuk geng, riuh rendah, hingar bingar sekali, mujurlah ada bilik maka tak lah terpaksa kontrol (cuma Adnan je diam kosenterate menambah nambah apa yang patut kat blog jankalu, sekarang dah ada laman borak jugak dah...nak jugak!).







P disoal siasat perasaannya, tapi dia selamba je tak tunjuk emosi (segeng dengan Ja, jenis sembunyi emosi). Tapi tahu...dalam senyum2 tu terasa jua nak meninggalkan kawan2 dan tempat kerja lama. Mek Zue pula macam biasa, sibuk pukul gambar, posing sana sini. Pasu bunga dan dinding menjadi mangsa (selepas mendiang Lady Diana mungkin Mek Zue adalah orang paling banyak bergambar di dunia. he he he). Posing-posing tersebut dingerikan lagi oleh Ja dan fuzah. Dan P juga turut diheret bergambar kenangan...sebelum kepermegian.




P dibawa melawat sekitar Bandaraya Muadzam selepas itu, bersama kereta baru Nisang Sentra Ja, sempat singgah setulang rumah Fuzah dan g makan kat kedai kat pekan.

Tak puas melihat senyuman P, entah bila berjumpa lagi... Hidup macam tu lah, tiada yang kekal statik, selalu ada perubahan... Ada pertemuan maka adalah perpisahan, moga perpisaan itu berlaku dengan pembangunan positif.



Semoga di tempat baru P mendapat kehidupan yang lebih baik dan kawan yang lebih sempurna, dan baik daripada kami ini...



Kawan yang baik lekat di hati bersama memori2...

Kebahagiaan





RASANYA seseorang tu tak dapat hidup dengan sempurna bila diri mereka tidak disayangi. Mungkin tidak ketara pada pandangan mata, namun jika dilihat dengan teliti menggunakan mata hati, ia nampak. Apa yang ada difikiran dilafazkan, dan apa yang dilafazkan akan diikuti dengan perbuatan, biasanya. Maka ia nampak.

DAN orang yang berada di dalam lingkungan kasih sayang juga terpancar akan aura kebahgian itu (walaupun dalam sesetengah kes, kebahagiaan itu dilakonkan, ia tetap juga menunjukkan kepalsuan. Berjaya manakah sangat untuk berlakon bahagia. Hidup ini bukan drama swasta, apatah lagi kisah-kisah, episod dalam novel). Bila diri disayangi, terasa langkah kaki pada kehidupan ini lebih bererti, dan kita akan lebih berani hadapi hidup ini.

NAMUN tidak semua kebahgiaan itu kekal, tiada yang kekal melainkan pencipta kita. Malah ada beberapa kes di mana berada di dalam lingkungan wilayah selamat itu sebenarnya adalah sementara dan palsu. Dan kepalsuan itu sangat mengigit perasaan. Maka memanglah benar ikatan rasmi atau tempoh lama dalam sesuatu perhubungan itu bukan indikator kepada kebahgiaan, kejujuran hidup...yang berkekalan.

Monday, July 21, 2008

Mengapa miskin?

Sekadar tempat berlindung...
Bandingkan dengan tempat kita berlindung.
Rumah kotak...




Mengapa ada orang miskin?
yang tak ada tempat berlindung sempurna,
tak ada makan mencukupi,
tak ada pakaian cermin ceria?

Orang miskin ada di kampung, bandar dan pekan,
Anak ramai tahap pelajaran rendah, kuat agama.
mengapa anak ramai?
mengapa tahap pelajaran rendah?
mengapa kuat agama?

Ada miskin berbaju petani
ada miskin berbaju nelayan
ada miskin tak berbaju?

Orang miskin pelbagai gaya
ada bergaya mutlak,
bergaya tegar
juga bergaya relatif?

miskin harta, miskin jiwa
terseksa di dunia tak mengapa
jangan terhukum di neraka...

APEC

Tadi teringat pulak lawak of the week (last week). Ada student ketuk pintu datang (student perempuan) bilik (berteman). Dia beritahu dia dah pilih tajuk kertas kerjanya, dia cakap dia nak pilih tajuk APEC.
Masa tu saya tengah dok sibuk kemas barang-barang. Maklumlah dah jadi hobi. Dalam kemas-kemas tu tanya dia kenapa nak pilih APEC. Dia jawab sebab ada kat Kemaman, Terengganu.
Saya terkejut rasa sambil menoleh melihat muka dia, dia selamba dan yakin je. Saya tanya lagi sapa beritahu Apec ada kat Kemaman, dia beritahu kawan dia yang beritahu, juga dia jawab dengan yakin.
Bila saya jelaskan yang Apec tu Asia Pasific Economic Cooperation, barulah dia ketawa. Saya beritahu yang lain kali buatlah `homework' sikit sebelum jumpa saya. Saya pun ketawa juga tapi agak sedih jugak sebab Apec tak terkenal di kalangan mahasiswa kita, tak seperti Mawi.
Jan: ASEAN?

Thursday, July 17, 2008

Kencing manis...

Namanya best, tetapi ianya suatu penyakit yang merbahaya. Semalam masa nak gi makan tengahari kawan tanya mengenai penyakit kencing manis, apa tanda-tandanya? Tak dapat menjawab dengan tepat, balik tu bila ingat-ingat barulah sedar antara tandanya:


* Kehilangan tenaga dan letih seluruh badan (walaupun tak buat aktiviti lasak)
* Dahaga yang berlebihan, dah banyak kali minum tapi tetap dahaga
* Lapar yang berlebihan. Kejap kejap lapar- kejap kejap lapar.
* Kerap kencing...
* Kehilangan berat badan secara mengejut (padahal makan macam biasa)
* Kudis, bisol dan seangkatan dengannya payah nak sembuh.
* Sakit tapi tak tahu kat mana, tak dapat nak terangkan

Daripada pemahaman saya ia berpunca daripada kegagalan pankreas (sejenis kelenjar) untuk hasilkan insulin. Kalu pankreas molek ia dapat sediakan jumlah insulin yang tepat (untuk mengendalikan karbohidrat yang dimakan oleh kita). Kalau pengeluaran insulin ni tak mencukupi akan menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah (diabetes). Tapi kenapa tak panggil darah manis ya?.





Kenaikan kandungan gula dalam darah nilah yang akan memudaratkan organ badan lain contohnya mata, dan pegidap juga boleh hidap ulser yang tak sembuh-sembuh. Kalau tak rawat terlebih awal boleh rosak dinding arteri (salur darah) dan kerosakan lain yang menyebabkan banyak organ badan yang lain rosak. Kalu kudis di kaki pun tak baik-baik dan makin melarat dan akhirnya kena buang kaki tu. Pernah dengar tak org kena potong kaki akibat kencing manis?





Punca-punca penyakit kencing manis tak dapat dipastikan. Ada yang kata sebab makan gula banyak, atau minum air manis banyak. Tapi yang pasti kegagalan fungsi pankreas tadilah yang menyebabkan kencing manis. Tapi memang dah disahkan oleh perubatan ia juga penyakit keturunan. Kalu salah sorang ayah atau mak kita kena, kemungkinan kita kena. Kalau ayah dan mak kita kedua-dua kena, kemungkinan kita nak kena lagilah besar.... Tapi kalau mak dan ayah kita tak ada kencing manis, kemungkinan kita nak dapat penyakit kencing manis berapa peratus ya?. Ni la kita kena g tanya doktor.





Bila dah kena, kenalah menjaga diri, kena jaga betul-betul. Dengar kata, sampai pengambilan kalori (ala-ala zat kot) makanan pun kena hadkan. Begitu juga lemak, protein dan kabohidrat.







Jan: * Penulisan ini dibuat atas pengetahuan perubatan yang minima, jika tersalah fakta (ajaran sesat) harap maklum kemaafan terutama kepada pengamal perubatan. Yang ada kemuskilan tanyalah doktor sebaik-baiknya.


Tuesday, July 15, 2008

Sifat nak jugak...

Apa yang terjadi dengan masyarakat kita sekarang? sindrom nak jugak ni menular ke serata organisasi dan non organisasi (secara formal dan tak formal). Mungkin tuntutan kehidupan akibat daripada pertumbuhan ekonomi (ekonomi growth) yang membawa kepada pembangunan ekonomi (ekonomi development) dan akhirnya melahirkan sifat nak jugak pada masyarakat kita yang tidak terkawal.
Kehendak masyarakat terkini tidak sama seperti 20 atau 30 tahun lepas, sukar nak puaskan mereka, mereka pakar dalam bercakap mengenai hidup yang berkualiti. Contohnya dulu cukup dengan RTM TV1 dan TV2, lepas tu hadir TV3, dan kini dengan Astro (yang ramai kata dok ulang citer tula je). Kini Astro pun sudah tak dapat memenuhi kehendak masyarakat kita.
Memang terdapat perubahan pada masyarakat kita, kehendak mereka semakin pelbagai, semakin banyak. Mereka mahu bukan saja pilihan yang banyak malah mahu kesemuanya (pilihan tersebut).
Akhirnya mereka tidak tahu apa yang sebenarnya mereka nak, mereka perlu. Dan bila tiba masanya apabila lihat orang ada, dia nak juga. Contohnya, kawan beli rumah dia nak beli juga, adik dia beli tupperware dia nak beli juga, jiram beli kereta dia nak juga, kawan dia kawin lagi dia nak juga atau buat blog dia nak juga. he he he
Sekali pandang ia tidak menjadi masalah sebab ia boleh dipandukan kepada suatu yang positif iaitu meningkatkan pembangunan diri, bergantung kepada niat diri masing-masing. Yang salahnya jika sifat nak jugak ini semata-mata mahu diri menjadi dibanggakan, mahu bersaing, atau tidak mahu kalah atau nak menunjuk-nunjuk. Walaupun sebenarnya tiada pertandingan di sini, tak ada kalah menang, tidak ada apa yang harus ditunjukkan.
Dan bila tak ada apa yang orang lain ada, mereka akan mula rasa rendah diri, naif, dan ketinggalan. Ini ketara terjadi pada masyarakat kita, meliputi golongan remaja yang rapuh jati diri, iaitu merasa terpinggir jika tidak miliki apa yang kawan miliki. Sifat ini membawa kepada dua kemungkinan iaitu sikap suka meminggirkan diri atau terus ke depan untuk mendapatkan apa yang orang lain ada tersebut. Perlu diingat remaja tadi akan membesar, bersosial dan mungkin mereka adalah jiran anda, kawan anda atau bekas kekasih kawan lama anda. Maknanya mereka boleh berada di mana-mana, boleh terdiri dari sekecil orang atau pemimpin sesebuah negara.
Sifat inilah yang memualkan kerana semasa mereka hendak mendapatkan apa yang orang lain ada, aksinya memang membuatkan kawan-kawan atau kaum keluarga rasa malu. Malah ada yang sanggup menarik kepentingan orang lain agar masuk kepentingan sendiri. Sebaiknya kita mahu sesuatu perkara atau benda kerana ia keperluan kepada kita dan sesuai dengan kita, bukan kerana orang lain ada benda dan perkara tersebut. Bunyi ayat ini simple namun ramai yang tak pakai.
Oleh itu sifat nak jugak ini haruslah dipandu kepada perkara yang sesuai dengan diri dan keperluan sebenar kita. Sifat ini ada positifnya, ada juga negatifnya. Memang benar masyarakat telah berubah tapi masyarakt juga perlu tahu apa yang paling perlu bagi mereka sebagai individu tersendiri dalam masyarakat mereka.

Impian untuk memiliki sebuah rumah...*

Memiliki sebuah rumah yang cantik dan selesa adalah impian ramai orang. Sebuah rumah yang cantik dan selesa dapat mententeramkan jiwa, dan membanggakan hati. Namun bukan semua orang mampu miliki rumah impian, rumah merupakan satu harta yang sangat mahal.
Tidak semua orang dapat memenuhi impian untuk memiliki rumah yang besar dan selesa. Seseorang individu terpaksa berkompromi dengan banyak perkara dalam mencapai hasrat memilikinya.

Rumah Idaman? Beberapa minggu ini saya asyik mengikuti kawan-kawan pergi melawat rumah contoh di tapak pembinaan sekitar Indera Mahkota. Ada di antara kawan saya yang memang mahu membeli rumah dan ada juga yang seperti saya iaitu hanya `menumpang sekaki’ menemani kawan yang mahu membeli rumah. Saja-saja pergi.

HARGA
Di Kuantan, terdapat banyak projek perumahan. Ada yang dalam pembinaan, ada yang sudah hampir siap, dan ada yang sudah siap dan dalam proses penjualan, dan ada yang tak siap-siap (he he he). Kita hanya perlu pilih sahaja lokasi yang sesuai dengan harga yang kita mampu.

Namun untuk miliki sebuah rumah di Kuantan bukan suatu perkara yang mudah. Rumah sangat mahal di sini (jauh lebih mahal berbanding di kampong halaman saya). Rumah teres di Indera Mahkota kuantan mencecah lebih RM100,000 dan sebuah rumah semi-D yang keluasannya cukup-cukup makan harganya antara RM160,000–RM200,000. Bagi individu berpendapatan kecil harga rumah yang melebihi RM100,000 sangat mahal dan di luar kemampuan.

Namun ramai juga berpendapat harga rumah di Indera Mahkota adalah bersesuaai dan berpatutan kerana lokasinya di bandar malah ia jauh lebih murah berbanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

RUMAH KAMAL DAN AZIE
Kawan saya, Kamal dan Azie sudah membeli sebuah rumah semi-d di Taman Damansara. Saya sendiri sudah ke rumah tersebut beberapa kali. Rumah yang ada 4 bilik tu mempunyai balkoni yang luas boleh memuatkan dua buah kereta.

Yang paling menarik ialah ada ruang yang terpisah antara ruang tamu dan ruang makan (dibina di bahagian paling belakang bersebelahan dengan dapur). Bila ada orang datang bertandang tak perlulah kita kena `control’ gaya makan kerana ruang tamu tersebut benar-benar terpisah dengan ruang makan.
Terdapat juga halaman yang berpadanan. Boleh lagi jika mahu lakukan`renovation’ atau bercucuk tanam. Harganya melebihi RM180,000 namun ia berpatutan kerana kelihatan amat eksekulif, dan sesuai untuk yang sukakan `privacy’. Semasa artikel ini ditulis mereka amat sibuk dengan persediaan menaiki rumah baru. Saya juga tumpang gembira dan seronok melihat perkembangan rumahnya itu.

Berpindah ke rumah yang baru dibeli setiap individu harus mempunyai wang tunai. Kamal ada menyatakan banyak wang yang diperlukan bila hendak `naik rumah’ nanti. Perbelanjaan untuk gerigi, lampu, kipas, barangan di bilik air, kabinet dapur, langsir dan deposit air api mesti diambilkira. Itu tidak lagi mengambil kira benda-benda kecil seperti kunci, mangga dan sebagainya, Adnan menambah.

Seronok mendengar ceritanya kerana boleh dijadikan panduan kerana manalah tahu suatu hari nanti mampu membeli rumah sendiri. Betullah orang kata kadang-kadang kena ada duit melebihi RM10,000 baru puas hati bila berpindah ke rumah baru dibeli.

UKUR BAJU BADAN ORANG LAIN
Sebagaimana orang lain, saya juga ingin memiliki sebuah rumah. Namun buat masa ini tidak mampu walaupun untuk menyewa sorang, apatah lagi untuk membeli sebuah rumah. Jika kita membeli rumah di luar kemampuan kita, tentulah nanti kita akan hidup di dalam kesempitan dalam tempoh yang lama. Beli rumah bukan macam beli sardin kat Giant.

Ketidakmampuan tersebut adalah kerana faktor pendapatan. Mungkin saya hanya mampu membeli rumah berharga RM100,000 ke bawah. Saya terpaksa melupakan rumah impian kerana saya mengukur baju di bandan sendiri, mustahil saya dapat memiliki rumah yang besar dan selesa di Kuantan, yang penting ada rumah tempat berteduh dulu.

Setiap manusia harus hidup dengan kemampuan diri sendiri. Masyarakat harus mengukur baju di badan sendiri. Menyesuaikan diri dan belajar berbahagia dengan apa yang ada. Jika kita membeli rumah di luar kemampuan tentulah nanti kita akan hidup di dalam kesempitan dalam tempoh yang lama.

Beberapa ketika mulanya kita memang mampu membayar rumah tersebut namun pada suatu tahap, akibat perbelanjaan lain yang meningkat atau perkara lain yang bertambah, kita mungkin akan berada di dalam kesempitan. Contohnya, pertambahan bilangan anak atau pertambahan kadar inflasi. Keperluan besar yang lain ialah ansuran kereta dan belanja makanan.

Kualiti hidup juga harus dimbil kira, apalah gunanya mempunyai rumah yang besar tetapi kita terpaksa menurunkan kualiti hidup kita dari segi makanan dan masa senggang (kerja siang malam?). Mungkin kita perlu pergi bercuti setahun sekali atau mungkin kita ingin membeli belah, melawat saudara jauh. Perkara-perkara sebegini memerlukan duit.
Pun begitu suatu hari nanti saya mahu juga memiliki rumah walaupun kecil...


Jan: * Ditulis masa bekerja kat KSP dalam pertengahan tahun 2005.

Monday, July 14, 2008

Rumah sewa saya di Muadzam...


Ni gambar depan rumah masa mula-mula datang Muadzam. Ada pasu pokok lidah buaya, pokok kektus dan sepasu keladi. Depan rumah tu ada paip air, biasalah standard rumah teres. Rumah ini tidak berpagar, satu keunikan...

Bila Adnan menulis pasal rumah dia, rasa nak menulis juga pasal rumah yang duduk berteduh ni (nak jugak...). Rumah ni rumah sewa yg disediakan oleh majikan. Bayarannya teramat murah jika dibandingkan dengan rumah sewa terakhir masa duduk kat kuantan.


Kat depan tu nampak `dihiasi' dengan basikal dan motor, ada penyapu di birai tersandar di tiang. Memang nampak macam rumah sewa. keh keh keh. Namun bila duduk lama mestilah ada pembaharuan. Macam umah kat Indera Mahkota dulu, pada mulanya lalang lepas tu diganti rumput carpet. Depan rumah ni jugak dicantikan sedikit dengan pokok agar semulajadi. Kalaulah rumah sewa sekalipun, kena jaga juga, kalau suka menanam, boleh berkreatif idea, tak payah tunggu rumah sendiri.





Kat depan rumah ada padang permainan so bila keluar awas mesti berpakaian rapi dan sopan mengikuti ciri standard ketimuran. Nampak ada budak-budak duduk buat perbincangan kat kort. Nampak jugak penyapu, cangkul dan bekas air. Masa ni memang simpan kat depan rumah je. Nampak tak ok ken.


Nampak tak ada gazebo lagi. Ada buaian dan conget cak dong. Petang petang ramai bawak diri (bersama anak-anak) kat sini. Riuh juga, jadi tempat berehat dan berkumpul, bersosial. Kadang-kadang ada berbeku kat sini dibuat pada waktu malam, ada jugak berkarokea tempohari.




Ni setelah setahun duduk, buat perubahan sikit demi sikit, Ada pulak batu-batu hiasan. Jika hujan tak lah nampak hancur sangat. Ilham ni tiru dalam Majalah 60%. Pokok pisang tu pemberian adik ipar, sekarang dah besar dan menghijau, tapi taklah takat boleh makan lagi walaupun ia memang jenis pisang boleh makan. Pokok lidah buaya (gambar atas) dah diletakkan di belakang rumah, ganti sepasu pokok keladi (gambar bawah), biar nampak minimalis sikit atau zeng.


Setelah diubah suai sikit, nampak macam ni. Kat depan tu susun pulak bata-bata biar nampak medeterenian sikit. Pokok pun tak banyak agar senang nak jaga, ringkas. Tapi perasan tak nampak sikit sliding door yang ada kertas minyak, sebenarnya langsir singkat, dulu tampal dengan kertas surat khabar je.


Dan ada pulak kerusi kayu yang melengkapi taman ni. Ditutup sedikit dengan pohon jenis merimbung, bila lepak kat kerusi ni tak lah terus orang nampak, ada la privacy dan misteri sikit. Kelihatan juga kehadiran kucing Linda (ada diceritakan dalam blok terdahulu)


Pasu diatur untuk menunjukkan pemisahan kawasan (dan menunjukkan pasu yang cantik tu juga. he hehe). Pokok tu nama dia Irish, bunga kecil je warna kuning dan ada madu sikit, tapi tak ubah macam lalang kan?




Beginilah sedikit sebanyak depan rumah. Dalam rumah? Tak bolehlah tunjuk sebab nanti nak masuk pulak, bukan tak beri masuk dalam rumah, takut. Takut bila masuk tak nak keluar-keluar pulak. he he he.




Biarlah rumah sewa pun, kena jaga dengan elok, kena kemas. Biar nampak kemas dan macam ada orang duduk di dalamnya. he he he. Harapan... kekgi dapat miliki rumah sendiri... Kawan-kawan kebanyakannya dah beli rumah atau sedang mencari rumah.


Jan: Walaupun bukan rumah sendiri, kita kena jaga macam rumah sendiri sebagai tanda kesyukuran...kan?

Seribu luka di hati...

Ni gambar pukul masa first year (mengajar bukan belajar) di Kolej Shahputra Pekan.
Selepas meninggalkan PPYIT, saya bekerja di Pekan, Pahang. Malam tu ada babie-q kat, student Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia anjur. Sekadar memenuhi undangan pelajar dan Imad. Dan ada juga student nak pukul gambar.
Pekan banyak kenangan, walaupun malamnya tiada bintang dan siangnya tiada awan ketika itu, bterima kasih kerana cuba sembuhkan internal dan external. Terima kasih juga kerana mengajar ada kegembiran yang separuh dan sesuku. Memang pada masa tersebut saya frust gila dengan kehidupan yang saya lalui....
Namun hidup kena berubah dan perubahan itu menyebabkan perpindahan Kolej Shahputra ke Kuantan.
Seronok juga bila berpindah ke Ktn, namun ada bahagaian yang tetap sunyi, dan perlahan...
Kini di Muadzam, hidup kena berubah, beratus kali mengajari diri.
Kesimpulannya gambar ini dipukul kat Kolej Shahputra Pekan masa awal-awal bekerja, dalam tahun 2001 (7 tahun lepas).
Dan kesimpulan kedua, sekeping gambar tidak menerangkan segalanya, sekeping gambar dapat menyembunyikan seribu luka di hati.
Jan: He he he.

Danni dan Dash

Depan dewan betul2: Serius sungguh masa ni (saya tersenyum jugak)
Ni gambar kenangan masa kat UM dengan Danni dan Dash. Mereka antara kawan baik masa tu. Tak ada gambar lain so gambar masa konvoi ni jadi mangsa. Gambar2 ni dipukul dlm keadaan serius. Maklumlah baru gred katakan (tapi saya tersenyum juga). Kami memang berlain Fakulti tapi duduk serumah sewa.

Sisi kiri dewan: Dash duduk

Dash orang Kelantan. Dia dari fakulti Enginering. Pendiam, alim dan sopan, berkulit putih. Dash ada kereta, pernah juga tumpang balik Besut dengan kereta dia dulu. Dia pakai kereta volvo kalau tak silap (memang dari dulu tak pandai bezakan model, sbb semua 4 tayar nampak sama je).

Dash duduk tingkat atas, bilik dia siap dengan aquarium dan ikan Kelisa (masa to orang gila pelihara ikan kelisa), teratur biliknya, bajunya dan segalanya. Kalau giliran memasak dia selalu pesan jangan lupa baca bismillah bila masak nasi dan masak lauk. Dia serius orangnya. Kawan-kawan cakap mak we dia cantik macam orang Arab (orang Arab yang cantik).

Sisi kanan dewan: Danni

Danni dari Fakulti sains, pun serius jugak..., dia orang Negeri Sembilan. Pandai buat kelakar bila tiba time yang betul. tapi kadang-kadang dia yang dulu ketawa bila nak buat lawak. Perlu diingat lawak ni utk kaw2 yg rapat je sbb dia pendiam dan serius.

Dia pandai bersilat, dan dia cerita dia jumpa mak wenya semasa masuk persatuan bersilat tulah (kini mereka dah kawin). Danni ada motor, kadang-kadang bila balik lewat dialah yang g ambil, atau kadang2 tumpang dia masa nak gi tasik beri ikan makan (kat kampus). Kadang2 slow-slow masuk dalam biliknya, tengok kalau-kalau dia sedang beraksi, (sbb kadang2 dia berlatih silat dalam biliknya je).

Sekarang dah tak berhubung antara satu sama lain, umm...sibuk sungguh kehidupan ni ya?

Wednesday, July 9, 2008

Intergrasi dan budaya...*

Intergrasi
Intergrasi merupakan satu proses yang lebih tinggi daripada perpaduan, ia satu proses bagi mewujudkan satu identiti national di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, dan lokasi dalam sesebuah negara.

Asimilasi
Asimilasi adalah satu proses pencampuran antara kelompok yang berakhir dengan kewujudan satu kelompok yang seragam yang mempunyai satu budaya, bahasa dan agama yang sama.

Akulturasi
Akulturasi merupakan proses asimilasi yang tidak melibatkan penerapan sepenuhnya, kelopok minoriti tidak kehilangan ke semua ciri-ciri yang mereka miliki walaupun mereka mempelajari budaya kelompok majoriti.

Asimilasi strukturAsimilasi struktur merujuk kepada proses kelompok minoriti berjaya menyertai institusi utama kelompok majoriti.

Amalgamasi
Amalgamasi adalah proses pencampuran dari segi biologi. Proses ini akan melahirkan satu kelompok etnik yang akan memilikiu ciiti-ciri baru, khasnya biologi.

Pluralisme
Kumpulan yang duduk dalam suatu bandar atau kampung yang bercampur dalam urusan ekonomi tetapi mereka tidak bersatu. Tiap kaum meliliki bahasa, agama dan budaya sendiri. Ia mempertahankan kepelbagaian.

Pluralisme kebudayaan
Pluralisme kebudayaan adalah satu bentuk perpaduan yang mudah diterima kerana ia tidak menjejaskan kepentingan mama-mana kelompok etnik. Tiada kelompok perlu meninggalkan ciri-ciri kelompok mereka.

Pluralisme ubahsuaian
Setiap kelompok ras dan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain sehingga ia membawa perubahan kepada amalan budaya asal sesuatu kelompok ras dan etnik tersebut.


*Nota masa mengajar subjek Kenegaraan UTM, boleh buat jadi info kalau nak bincang pasal intergrasi dan budaya secara ilmiah dan serius. he he he

Kegawatan Ekonomi

Saban tahun apabila tiba saja Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, betapa payah dan sibuk pun tetap pergi juga ke sana. Pertama kat sana ada banyak buku baru dan boleh dibeli sekaligus, kedua ada jualan buku murah terutama edisi lama, ketiga boleh beli majalah yang ketinggalan edisi, dan keempat boleh makan angin dan mengeratkan persahabatan dgn kawan-kawan.


Buku kat Malaysia mahal, daripada pembacaan saya dapati memang harga buku2 tu mahal. Mungkin sukar untuk membuat kajian dan memerlukan kos yang tinggi, namun ada buku tu nipis dan sederhana topiknya tetap mahal! harga kertas kot.


Dalam belaga bahu tu saya sempat terpandang buku KEGAWATAN EKONOMI: Impak terhadap Golongan Berpendapatan Rendah. Emmm bagus buku ni, tajuk dia pun mengancam, cetakan pertama tahun 2007, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, setebal 304. Ada 10 bab semuanya yang ditulis dan dikaji oleh pensyarah dari pelbagai bidang ekonomi dari pelbagai institusi pengajian tinggi. Prof Madya Dr Noor Aini Idris, Prof Chamhuri Siwar, Prof Madya Dr Faridah Shahadan, Prof Madya Dr Hasmiah Kasimin, Prof Madya Dr Madeline Berma, Dr Zulridah Mohd Noor dan Dr Basri Abdul Talib.


tajuknya:


Bab 1: Kegawatan ekonomi satu tinjauan

Bab 2: Pengalaman krisis ekonomi di negara-negara Asia Timur

Bab 3: Kegawatan ekonomi di Malaysia

Bab 4: Kesan krisis kewangan terhadap modal sosial

Bab 5: Implikasi krisis ekonomi terhadap golongan berpendapatan rendah

Bab 6: Krisis kewangan dan pembentukan modal sosial dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah

Bab 7: Krisis ekonomi: Bentuk mekanisma penanganan

bab 8: Krisis ekonomi dan peranan perancangan pembangunan

Bab 9: Kemiskinan dan krisis ekonomi: analisa terhadap tindakan pelan pemulihan ekonomi (PPEN)

Bab 10 : Rumusan



Buku ni memang padat dengan informasi, dapatlah kita tahu sedikit sebanyak tentang kegawatan ekonomi, bukannya pandai menyebutnya saja. he he he. Tapi ada juga part-part yang tak berapa faham...he he he, mungkin daya penakulan lemah dan tak ada asas yang baik dalam beberapa kongsep. Namun secara keseluruhan bolehlah diterima. Kalu nak pinjam, boleh je.

Mencintainya sedalam dalam hatinya...(tentang Kamal)

Senyuman Kamal yang paling handsome (semenjak dilahirkan ke bumi...)

TENTANG KALI PERTAMA BERTEMU

`Ni kali kedua datang interview, dulu datang tak dapat' Teratur, tersusun tuturkatanya. Kurus (dulu masa 2001)), putih orangnya, muka macam budak (muka tak berdosa), boleh ke jadi lecturer? Nanti kena buli dek student. Masa tu itulah terfikir lintas di ingatan...he he he


`Tak apalah kalu tak dapat kat Terengganu ada Kolej Bistari, boleh mintak' cuba buat friendly (sebab sepatah tanya, sepatah dia jawap), padahal diri sendiri dah dua kali ke Kolej Bistari tapi tak dapat jugak, he he he. Dan di depan kami kelihatan Nizam (yang juga datang untuk interview) ke hulu ke hilir, sibuk macamlah Kolej Shahputra ni ayah dia yang punya.

Tak banyak informasi yang dapat, sebab dia tak banyak cakap dan agak scheme orangnya. Katanya dia duduk dekat-dekat kolej ni jugak, kat kilang katanya. Kat kilang? mesti bulu hidung ada terlekat debu-debu asap. he hehe. Tapi tak ada pulak.

Dan di sebelah kami ada sorang pegawai bank (yang juga datang interview). Dah tak larat kerja bank ke? he he he. Dia tetap bersahaja, masa interview pun bersahaja juga. Masa tu En Azman Zaini interview sendiri (dgn beberapa org pensyarah lain).

Bila dapat kerja, dia tak dapat lagi, kemudiannya dia dapat selepas tu. Tapi selepas tu persahabatan tak berkembang mana, dia pendiam. Nasib baik dalam satu bidang, adalah juga berjumpa sapa dan buat-buat tanya soalan ekonomi, tapi dia jawab dengan bersungguh-sungguh. he he he.


TENTANG DIA DAN SAYA
Jauh benar bezanya saya berbanding dia, macam banding keadaan ekonomi kita dengan ekonomi negara Jepun, dia tak mengejar glamour dan kekayaan, pandai maths, selalu tenang dan menerima seadanya tentang kehidupan. Dulu dia ada tanya `Adakah apa yang kita tak dapat dalam hidup tu merupakan hukuman kepada kita sebab perangai buruk kita? ' Saya menjawap `Tak, belum ada rezeki. Kalau nak hukum pastilah ramai yang dah kena hukum, dan sempat bertanya balik `Yang berjaya tu baik-baik belaka ke?

Dia tak ada perangai, semua orang tahu. Tapi kalau dia buat jokes payah juga nak kesan bahagian mana yang patut kita ketawa (atau buat-buat ketawa?).

TENTANG TAI KARTUN

Dia istimewa dari segi tali lehernya. bila tengok TNC pakai tai kartun ingat ket dia. sebab dia tergamak pakai tai kartun. he he he. tai tu nampak cantik dengan dia. buat dia nampak cergas dan boleh didekati....

TENTANG CINTA

Daripada penelitian peribadi, dengan perangainya dan penampilannya itu memang susah orang nak jatuh cinta padanya. Dia pendian, tak menonjol, tak cara hal orang. Namun bila mengenalinya dengan mendalam pasti perempuan itu akan mencintainya sedalam-dalam hatinya, selamanya.


Berbeza dengan pemuda yang mudah perempuan mencintainya (jatuh cinta) kerana personaliti yang persona, tapi bila mengenali dan jatuh cinta padanya, hamppeh! tak ada yang istimewa sangat. Tapi Kamal bukan dalam katogeri ni...
Bersambung...

Tuesday, July 8, 2008

English is important BUT...he he he

Susah ya kalau kita nak bercakap pasal isu bahasa. Ada setengah pihak begitu patriotik (dan begitu sensitif) ada setengah pihak begitu selamba... Macam nak kupas pasal seks, politik atau agama, ia sensitif. Takut ada yang tersinggung...
Memang kepentingan bahasa inggeris tidak nafikan sama sekali, memang penting kerana ia bahasa antarabangsa, bahasa mencari ilmu (semua orang tahu...). Namun di sini ketaksuban penggunaan bahasa tersebutlah haruslah kita teliti dengan lebih mendalam....
Saya memang mengakui saya tidak berbahasa inggeris dengan baik, bahasa inggeris bukanlah bahasa ibunda saya, dan saya percaya bukan semua orang menggunakan bahasa inggeris untuk maju dan sama sekali saya menolak jika bahasa inggeris menjadi pengukuran kualiti kerja seseorang atau terpelajarnya seseorang itu.
Namun dalam bidang pekerjaan sekarang saya dituntut bekerja, berbahasa dalam bahasa inggeris. saya bertekad untuk menguasainya dengan lebih baik dari masa ke semasa. Saya menerimanya sebagai satu proses pembelajaran seumur hidup.
Didapati orang Malaysia (golongan pertengahan) gemar berbual bersama mereka di dalam bahasa inggeris. Di mana-mana bermula di pasar-pasar mega hinggalah dalam dewan persidangan, meeting (sama-ada antarabangsa atau dalam negeri), mereka menggunakan bahasa inggeris. Malah ada laporan bangsa kita masih berbual dalam bahasa inggeris semasa di lobi-lobi kat persidangan antarabangsa, masa rehat tu mereka bercakap menggunakan bahasa inggeris tidak seperti bangsa Jepun atau Korea.... Dan ini tidaklah memeranjatkan kita kan (yang ganjil adalah pada orang luar yang melihat tabiat kita berbual sesama sendiri dalam bahasa asing, iaitu bahasa inggeris.... pernahkah kita fikir? he he he `cuba masuk dalam kasut mereka')
Bangsa Cina, Indonesia, Pakistan, negara Eropah ataupun Arab berbual dan berbincang sesama sendiri dalam bahasa mereka. Malah secara peribadi pernah melihat orang cina berbahasa mandering tanpa sepatah pun menyelit bahasa inggeris. Malaslah nak tulis pasal kekuatan kedudukan dan kedaulatan bahasa inggeris di negara Melayu ni. Memang penting dan membudayakan komunikasi.
Tulisan ini ditulis untuk menyatakan walaupun begitu, adalah salah jika kita mengukur kehebatan seseorang itu dengan melihat penguasaan bahasa inggerisnya, dan ini pun semua orang tahu...he he he.
Saya tidak anti bahasa inggeris tetapi tidak juga mencintai bahasa inggeris. Walaupun tak cinta setiap kali balik kampung selalu mengingatkan anak-anak saudara supaya belajar bahasa inggeris rajin-rajin kerana nanti ilmu dicari ada dalam bahasa inggeris dengan banyaknya, saya akui kepentingan bahasa inggeris dalam mencari ilmu, sesaat pun tak nafi...
Bagi orang Jerman, Francis, Korea dan lain-lain, bahasa inggeris berguna sebagai bahasa antarabangsa tetapi tidak penting dalam negara mereka (mereka memberi peluang sama rata), malah kalu melihat kemajuan mereka tidaklah serendah kemajuan negara berbahasa inggeris, he he he.
Kalu kita tengok bangsa yang pernah dijajah contoh India dan Pakistan (juga bangsa kita dan lain-lain) inilah yang menganggap bahasa inggeris penting. Namun berapa banyak negara bekas komenwell ini maju dan membangun? he he he, kalau adapun bukan sebab guna bahasa inggeris tapi atas faktor-faktor lain...
Bangsa Thai tidak dijajah, mereka tidak mementingkan bahasa inggeris dalam urusan perniagaan dan ekonomi negaranya, pun begitu mereka mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan (adakala mcapai 12% berbanding dengan negara-negara bekas tanah jajahan inggeris yang mendaulatkan bahasa inggeris).
Maaflah bila bercakap pasal bahasa ni asyik nak tergelak je, hairan dan lucu... he he he.
Jan: Pernah hadiri persidangan yang semuanya orang Melayu tapi semuanya guna bahasa inggeris...he he he he.

Better Get To Livin'

Dulu Amli ada cakap kita kena ubah cara hidup, tu pun dia kata kalau ada cara hidup.... macam mana cara hidup kita ya, adakah kita slalu positif atau pesimis?

lagu ni pasal hal positif, kena ada kehidupan. Ada orang hidup tapi sebenarnya dia tak hidup. Lagu ni boleh layan jugak, sedap muziknya macam makanan. lagu country tak banyak peminatnya, tapi layan jugak (memang dari dulu mengikuti juga lagu makcik Dolly ni), lagu ni bawah katogeri lagu nasihat atau pedoman. he he he. Kat youtube ada kalu nak cuba rasa.


Better Get To Livin'

People always comin' up to me and askin'

"Dolly, what's your secret?

With all you do, your attitude
Just seems to be so good
How do you keep it?"
Well, I'm not the Dalai Lama, but I'll try
To offer up a few words of advice.
Corus
You better get to livin', givin'
Don't forget to throw in a little forgivin'
And lovin' on the way
You better get to knowin', showin'
A little bit more concerned about where you're goin'
Just a word unto the wise
You better get to livin'.

A girlfriend came to my house
Started cryin' on my shoulder Sunday evening
She was spinnin' such a sad tale
I could not believe the yarn that she was weavin'
So negative the words she had to say
I said if I had a violin I'd play.

I said you'd better get to livin', givin'
Be willing and forgivin'
Cause all healing has to start with you
You better stop whining, pining
Get your dreams in line
And then just shine, design, refine
Until they come true
And you better get to livin'.

Your life's a wreck, your house is mess
And your wardrobe way outdated
All your plans just keep on falling through
Overweight and under paid, under appreciated
I'm no guru, but I'll tell you
This I know is true.
You better get to livin', givin'

A little more thought about bein'
A little more willin' to make a better way
Don't sweat the small stuff
Keep your chin up
Just hang tough
And if it gets too rough
all on your knees and pray
And do that everyday
Then you'll get to livin'.

The day we're born we start to die
Don't waste one minute of this life
Get to livin'
Share your dreams and share your laughter
Make some points for the great hereafter.

Better start carin'
Better start sharin'
Better start tryin'
Better start smiling
And you better get to livin'...


Better Get To Livin’ Lyrics - Dolly Parton Song Words
Single Song Words by Artist / Band : Dolly Parton
Song Lyrics Title : Better Get To Livin’
Taken from Album : Backwoods BarbieSingle
Released Date : September 2007 (US)

Music Genre : Country


Jan: Song Data Information takeng from : wikipedia

Monday, July 7, 2008

Kaki formal

Dulu masa kat UM ada seorang profesor tu punyalah pelik perangai. Pelik dari segi penyampaian kuliahnya. Sebulan dengar kuliahnya masih tak tahu lagi apa butir isi temanya. Jangan haraplah nak dapat student outcomes darinya. Selalu bercakap dengan dinding, jarang sekali melihat melihat ke arah depan, huh pelik. Tak pernah tengok dia senyum.
Punyalah ketar nak mengetuk pintu biliknya first time, bawak teman takut pengsang kat dalam bilik tu. Tapi punyalah baik bila ke biliknya, disambut dengan mesra. Biliknya penuh buku dan fail-fail (yang tentunya tak tersusun rapi, he he he). Atas mejanya kalau kucing beranak pun ibu kucing tu tak dapat cari anaknya.
Bila saja kita sebut tajuk kertas kerja kita, cepat je tangannya mengambil dari timbunan kertas dan buku-buku tu (mengalahkan libriang kat library) dan sempat pulak capai buku yang bersesuaian dengan tajuk yang kita buat untuk diberi dijadikan rujukan.
Dan mata terpandang ada jurnal antarabangsa. Eh ada paper dia kat situ! wow hebatnya lecturer aku...barulah sedar dia hebat. Siap tulis buku-buku lagi, ada atas lantai...he he he

Sejak hari tu memang respek habis kat dia, dan mengakui pensyarah ada mempunyai cara tersendiri bila nak menyampaikan kuliah. Contohnya ada yang menggalakkan perbincangan, asyik nak bincang je, pasal makanan kafe yang mahal pun nak bincang (tapi memang ada kaitan dengan kos sara hidup dan inflasi). Pensyarah jenis ni memang suka berinteraksi dan gemar melayan soalan-soalan daripada pelajar. Mungkin mereka mahu mengembangkan minda pelajar supaya melihat sesuatu perkara dari sudut lain, melatih mereka berfikir secara merentasi kebiasaan...
Ada jugak yang kaki formal, menjauhkan diri daripada pelajar dan tidak menggalakkan pertanyaan semasa dia sedang bercakap. Kalu dah dapat mikrofon terus macam itik dapat air. Terus menerus menyampaikan kuliah sambil buat lawak yang ternyata mesti dipertingkatkan dari masa ke semasa (kadang-kadang dok buat lawak yang dah banyak kali digunakan untuk sem-sem yang lepas dan student terus gelak sebab bukan kerana lucu tapi atas kapasiti status sebagai lecturer. He he he)
Jadi pelajar terpaksalah menyesuaikan diri dengan stail pensyarah. Kalau nak suruh pensyarah mengajar ikut kemahuan diri, buatlah universiti atau kolej sendiri dalam kain mak. Kebanyakan pensyarah tak ada diploma pendidikan, maka kemungkinan besar mereka mengajar dibayangi pesonaliti masing-masing. Apa yang penting mereka ada ilmu yang diiktiraf dan menyampaikannya dengan cara masing masing. Rambut ada yang perang dan hitang ada yang free dan tertutup, tapi cara penyampaian lain-lain. Kalau pensyarah kaki formal besar kemungkinan pelajar kena banyak menulis. Kalau yang suka berbincang pelajar pulak kena pasang telinga.
Begitu juga dengan dunia nyata selepas belajar, kita tak boleh nak suruh boss kita ikut kemahuan kita...
Sebelum keluar dari biliknya sempat juga dia buat lawak, katanya `bila-bila sebelum ke kuliah baca dulu banyak-banyak, taklah melopong...'. sambil tersenyum (senyuman pertamanya setelah 6 bulan*).
Kami pun senyum juga tapi cepat-cepat menutupkan pintu...
*Dulu sistem penggal bukan semester.




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home