Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, February 5, 2022

Saya dan gelang pink

 

 


Saya tidak selesa pakai gelang pink tetapi saya tidak boleh memotongnya. Sebab di kertas yang diberikan kepada saya itu ada tertulis `Perhatian: Patuhi tempoh kuarantin. Dilarang potong gelang sendiri. Jika ingkar! Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah akhta 342. (siap ada tanda seruan lagi tu).

Huh!

Maka saya benar-benar duduk di rumah. Tak keluar mana-mana. Hari kedua saya sudah rasa bosan. Bosan bukan kerana duduk di rumah tetapi bosan kerana tak boleh keluar mana-mana. Masa PKP dan PKPD boleh juga keluar kedai depan untuk mendobi, beli Kiti Kat di Nirwana, bagi coklat kat budak-budak kat padang permainan, buat selowalk petang-petang, dan boleh beli pisang goreng tepi jalan. Tapi bila kena pakai gelang pink ni memanglah kena duduk rumah sahaja.

Dan rancangan nak balik kampong cuti seminggu, terpaksa dibatalkan.

Tentulah seronok kalau dapat berkumpul ramai-ramai. Dan hari raya Cina memang tarikh yang ditunggu-tunggu untuk kami sekeluarga. Balik kampong-balik kampong kata Sudirman.

"Duduk rumah-duduk rumah" kata Sukiman.

Saya dah beli kerepek bawang, kerepek pisang, biskut cina, dan derang. Saya juga dah minta cuti hari khamis dan jumaat. Kira lama la jugok balik. Nak gi Bukit Keluang. Dan juga nak jumpa beberapa orang bekas pelajar saya semasa di PPYIT.

Namun sehari sebelum raya Cina, saya menerima panggilan makluman dari HR bahawasanya saya dikatogerikan sebagai CC1 kerana salah seorang pelajar saya disahkan positif covid!.

Ketika diberitahu saya CC1 terus saja saya teringat ke kerepek-kerepek. He he he. Dan seterusnya semasa diberitahu apa yang saya kena buat saya teringat pula ke derang. Derang tu lama-lama berkulat.

Terus saya rasa pelbagai rasa. Rasa sedih, rasa terkilan, rasa apa salah saya?, dan lain-lain rasa-rasa lagi.

Tak sangka pula saya akhirnya terjebak dengan gelang pink. Tapi yealah kan, kerja saya bersemuka dengan orang (pelajar), tentulah terdedah dengan covid 19. Saya bukannya kerja di sarkas. Di sarkas berdepan dengan binatang-binatang. Kalau saya kerja di sarkas, saya nak jaga monyet. Saya dah biasa dengan perangai `monyet-monyet' ni. He he he.

Saya harap benar esok gelang pink ini dipotong.

Ramai juga kawan-kawan yang wasap dan ucap takziah. `Semoga cepat sembuh la, tabahlah hadapi hidup dan macam-macam lagi ucapan seolah saya positif covid 19! Saya terpaksa balas wasap beritahu saya bukannya positif covid tetapi hanya CC1.

Ada juga yang minta maaf awal-awal. He he he. 🤣

Esok saya akan buat swab test, kalau negatif kawan saya kata gelang tu akan dipotong. Saya harap saya negatif. Saya nak rasa suasana hidup bermasyarakat, dunia luar dari dunia rumah saya.

Saya harap pembaca tulisan saya ini tidak alami apa yang saya alami. Semoga terhindar dari covid 19 ini, terhindar CC1, terhindar CC2 juga.

Namun kadang-kadang apa yang berlaku memang di luar kawalan kita...


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home