Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 23, 2021

Dapur yang indah tinggal kenangan...

1. Balik dari KL malam tu, saya singgah di rumah rakan sekerja. Saya memang tinggalkan kereta saya di rumahnya. Tumpang dia nak pandu kereta sendiri ke KL, selisih malaikat 44. He he he.

2. Sampai di rumahnya saya dijemput pula masuk ke rumahnya, minum air. Sengaja saya menerima jemputannya sebab nak tegok dapurnya yang cantik.

3. Saya suka memasak. Dari darjah-darjah lagi saya suka memasak atau tengok orang masak. Saya ralit. Dan semasa membeli rumah di Kuantan, saya dah berkobar-kobar nak renobek dapur. Nak buat luas dan sangat cantik. Biar duduk di dapur jea memasak. 

4. Saya nak beli dapur Zannusi, saya tak nak guna dapur gas biasa yang kita letak di kiceng kabinek tu. Namun saya beli juga dapur biasa tersebut siap dengan penyedupnya sekali dan siap kipas bagai. Rubinne. Masa tu kawan saya sibuk beli Rubine, sebab murah...saya pun beli jugalah. (pengaruh rakan sebaya)

5. Namun tahun berganti tahun. Saya sangat sibuk. Banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Dan rumah tersebut sebenarnya tempat saya singgah sahaja...saya beli makanan di luar. kadang-kadang makan di luar.

6. Dan kini (selepas lebih 10 tahun) saya masih lagi tidak renobek dapur atau beli dapur Zanussi.

7. Dan semangat saya untuk renovek dapur sudah tidak menjadi keutamaan. Biarlah dapur yang kecil itu begitu. Bisik hati saya. Kalau ada duit lebih pun saya akan belanjakan untuk perkara lain.

8. Dapur rakan sekerja saya cantik. Orang kata apabila masuk ke rumah orang mata kena jaga, jangan dok melilau tengok keadaan rumah orang. Tapi saya tidak dengar nasihat orang itu. He he he. saya memang nak tengok. Boleh tidur atas `pulau'nya yang kat tepi kabinet tersebut. Tidak puas mata memandang...

9. Semasa saya pulang dari rumahnya, hati terdetik, sempatkah aku memiliki dapur sebegitu nyaman? Sempatkah?

10. Namun perlu juga saya sedar kemahuan kita semakin kendur apabila kita berusia. Segala kehidupan bukan berkisar kepada kita juga. Bukan semua rezeki yang kita ada itu milik kita. Ia mungkin singgah sahaja..

11. Kerana kasih sayang di hati semakin menebal, kepentingan diri juga semakin menipis...

12. Maka dapur yang indah itu tinggal jadi kenangan minda sahaja, he he he.


Dapur zaman dulu...








Wednesday, April 21, 2021

Derita Dalam Diam: Golongan B40

 


Dalam dunia politik, pelaku-pelakunya menggunakan semua perkara bersama semua kuasa yang ada demi mencapai hasrat kepentingan politik masing-masing. Manakala golongan B40 yang punyai sumber yang terhad, hanyalah berharap ekonomi berkembang secara keseluruhan untuk mereka menikmati impaknya.

Kepentingan parti dan kepentingan diri pelaku politik mesti selari dengan kepentingan rakyat. Jika tidak selari yang jadi mangsa adalah pertumbuhan ekonomi, dan sosial... yang akan memberi impak buruk kepada isirumah...terutama golongan B40.

Isirumah adalah unit terkecil dalam ekonomi, (selain aktiviti dalam kilang). Walaupun kecil, unit inilah akhirnya memberikan kesan kepada keseluruhan ekonomi. Contohnya bila ramai isirumah yang menganggur, secara langsung ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. 

Isirumah B40 adalah mewakili isirumah yang mempunyai peratusan yang besar mewakili keseluruhan jumlah isirumah kita... Jadi amat eloklah pihak penggubal dasar dan perlaksana berkenaan covid melihat kepada unit-unit kecil ini dalam ekonomi. Ciri-ciri dan tingkahlaku isirumah terutama golongan B40. Apa yang benar-benar berlaku kepada golongan ini? Golongan ini memberi impak yang besar ke atas keseluruhan ekonomi.

Kalau lihat berita-berita TV3, keadaan seolah tiada apa-apa yang teruk pada pertumbuhan ekonomi negara dan isu golongan B40 ini. Walaupun kita semua tahu itu adalah propaganda secara langsung (keluarkan cerita yang baik sahaja), namun adalah lebih baik juga media massa menyalurkan sesuatu yang lebih 'real' dalam membantu perubahan tingkahlaku masyarakat, iaitu tindakbalas yang sepatutnya.

Dengan mengajar rakyat bahawa keadaan adalah baik pada waktu yang sebenarnya tidak baik bukanlah suatu tindakan yang ikhlas dan bijak (dalam keadaan yang tidak baik ini).

Berita ekonomi mestilah lebih telus kepada rakyat, kerana rata-rata rakyat sudah celik dan berilmu. Mereka bukanlah lagi golongan yang cepat panik, janganlah guna alasan lapok ini lagi. Lagipun kebenaran adalah hak rakyat. 

Janganlah covid juga dijadikan alat mainan politik, sedangkan ekonomi rakyat sedang menuju ICU (tenat). Rakyat rata-rata hidapi penyakit 3D. (penyakit 3D - Derita Dalam Diam).

Sudah terlalu banyak contoh-contihnya. Paras gaji golongan siswazah yang tersungkur teruk menyembah bumi juga satu petunjuk keadaan ekonomi kita yang sebenarnya. 

Jika gaji siswazah sudah separas sebegitu, berparaskah lagi gaji golongan B40?. Atau golongan B40 juga perlu bersaing dengan golongan berijazah?

Kita jaga kita, kerajaan tak nak jaga kita ke? Haa...

Sekian, selamat berbuka...


Tuesday, April 20, 2021

Saya cuma berhenti merisik khabar

Saya rasa luka saya tidak sembuh. Saya jangkakan melalui masa ia akan sembuh dan menjadi parut. Namun ia tidak sembuh kerana dapat saya rasakan pada sudut hati saya yang paling dalam, sunyi.

Selepas bersahur saya mendengar lagu `Merisik khabar', dan saya sedar sudah hampir 4 tahun saya berhenti merisik khabar...

Terkapar-kapar 'ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tidak menentu
Keranamu?
'Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mataku
Tiap waktu
Malamku suram siangku kelam
'Ku kegelisahan
Mencari-cari jae mana pergi
Harga diri ini?
Bertanya 'kan berita merisik khabar
Mendengar cerita melaluinya
Kau kuhampiri tiap hari
Bersama luka di hati
Mengapa aku jadi tidak menentu
Keranamu?
Malamku suram siangku kelam
'Ku kegelisahan
Mencari-cari ke mana pergi
Harga diri ini?
Bertanya 'kan berita merisik khabar
Mendengar cerita melaluinya
Kau kuhampiri tiap hari
Bersama luka di hati

Monday, April 19, 2021

beli `Food Cover Layer Dishes Dish Storage Container': Review


 

Akhirnya saya beli juga bekas ini...

Sangat berguna, cuma hati-hati sikit bila buka-tutp, tak leh kasar-kasar, tertamggal pintu tu...hehehe.
 
Saya pilih yg 3 tingkat sahaja.

Balik kampong jengok ayah 2021

Saya diberi syarahan panjang lebar juga, namun saya faham tugas kerja beliau. Saya tidak terasa hati apatah lagi rasa nak marah. Tugas beliau memang begitu. Saya meninggalkan balai polis itu dengan rasa bersyukur.

Saya diberikan kebenaran rentas negeri, balik melawat ayah saya yang uzur. Ayah saya kena minor stroke, dan sudah dibawa ke hospital Kuala Terengganu.

Saya balik bersama kakak...balik melawat. balik pagi jumaat, balik semula ke Kuantan pagi ahad. Isnin kerja.

Cuma saya terkilan "kenapa ianya menjadi sukar berbanding sebelum ini?" Dan saya sendiri menjawab ianya kerana kes covid semakin meningkat!. He he he

Covid tidak akan pergi, ia akan ada di sekitar kita selamanya. Hanya orang yang berdisiplin sahaja akan dapat hidup...

Thursday, April 15, 2021

Open day UNITEN HUFFAZ 24 April 2021 dan 2 May 2021

 


Selamat menyambut Ramadhan 2021: Hati ini masih sendiri

Alhamdulillah sampai juga ke Ramadhan 2021 ini. Ramadhan bulan istimewa kerana saya tidak boleh makan di siang hari, dan Ramadhan juga istimewa kerana kita insafi kepada yang serba kekurangan.

Dalam agama kita tidak pentingkan diri kita sendiri untuk masuk syurga, tetapi juga untuk orang-orang islam lain, yang kita sebenarnya tidak kenal pun. Itulah indahnya islam.

Semakin kita  berusia, tidak banyak, serba sedikit kita makin rapat dengan agama. Maka jelma Ramadan menjadi semakin bererti.

Andainya sampai ke sudah hati ini kosong, kosonglah ia...

Selamat menyambut Ramadhan, semoga kita melaluinya dengan penuh keberkatan.




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home