Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Wednesday, February 26, 2020
PH contoh terbaik bagi kerajaan yang gagal
Pada mulanya ramai yang menyokong kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan Harapan. Ia memberi seribu harapan kepada rakyat yang mahukan perubahan kerana percaya keadaan mereka terutama keadaan isirumah akan jadi lebih baik. Apatah lagi ia dipimpin oleh orang yang hebat. Namun perkembangan terbaru, kerajaan yang dibina hancur berkecai atau pun sekurang-kurangnya kita boleh boleh dikatakan bermasalah...
Monday, February 17, 2020
Wednesday, February 12, 2020
Ulasan filem `Enter the Fat Dragon' 2020, kisah polis gemuk
1. Minggu lepas buat pertama kalinya saya ke panggong untuk sesi 2020. Pada mulanya saya mahu tonton filem seram M4M4 atau Perempuan Tanah Jahanam (Indonesia), namun akhirnya saya memilih untuk tidak rasa seram. Saya mahu rasa gembira.
2. Daripada zaman kanak-kanak (hinggalah dewasa), saya suka filem Jackie Chan kerana ianya mudah. Filem dia lucu dan seni `kung-Fu'nya juga lucu. Kali ini saya memilih komedi.
3. Filem komedi ini mengisahkan pegawai polis gemuk (Donnie Yen) yang kerja di bahagian operasi membentras gengster. beliau seorang pegawai polis yang terkenal dan menjadi kebanggaan. menjadi contoh untuk pegawai polis yang lain. Permulaan cerita ada ditunjukkan akan kehebatannya membentras penjenayah.
Donnie Yen |
4. Namun dalam satu operasi beliau telah ditukarkan ke jabatan lain untuk lakukan kerja dalaman pejabat. Di sinilah dia mula menjadi bosan, dan menjadi kuat makan dan akhirnya stopok (gemuk).
5. Beliau juga ditinggalkan kekasih kerana asyik sibuk dengan kerja-kerja-kerja 24 jam. Dalam satu adegan selepas mereka berpisah, bekas kekasihnya hampir tidak mengenalinya apabila mereka terserempak di dalam kapal terbang. Bekas kekasihnya itu kelihatan bahagia bersama lelaki handsome dan kaya raya. Bagaimana yea jika saya terserempak dengan bekas kekasih? (Oh... saya harap dia tak bahagia. He he he.)
6. Saya dapati lakonan Donnie Yen berbeza dengan siri filem seriusnya `IP Man`. Rupanya dia ada bakat lakonan komedi dan cerita serius. Memanglah dia handal berlakon, sebab itulah ditawarkan berlakon dalam filem Star Wars: Rogue One (2016). (Saya tidak tengok sebarang cerita Star Wars, maka tidak boleh saya ulas).
7. Saya dapati apabila menjadi gemuk beliau nampak tidak handsum. Saya juga dapati penampilan `menjadi gemuk' itu agak `tidak halus' dalam filem ini. Make-upnya tidak setanding dengan cerita Hollywood. Namun ia tidaklah mencacatkan filem ini.
8. Saya berpendapat apabila kita menjadi gemuk (tambah pula muka kita selalu masam), kita bukan saja menjadi tidak menarik tetapi juga hodoh atau kembar zombie. Justeru itu kita kena selalu senyum walaupun sebenarnya terasa langit dan awan bagai nak runtuh atas bahu kita. (Namun dalam cerita ini dia tidak pula menjadi hodoh tetapi hanya kurang menarik).
9. Pada akhir cerita bekas kekasihya (yang ada rupa, badan terbentuk) masih sanggup menerimanya semula walaupun dia gemuk dan selalu sibuk... (perempuan memang pelik)
10. Filem ini bergerak cepat dan tidak meleret. Tak ada adegan rives kereta atau duduk berbual di dapur bersama emak, mak saudara atau jiran. Filem ini banyak adegan kelakarnya namun ia disusuli dengan adegan berkelahi... (adegan yang biasanya kita dapat lihat dalam filem Jackie Chan dan sewaktu dengannya).
11. Seperti biasa, setiap cerita ada moral dan pengajarannya.
(a) Kerja pegawai polis adalah kerja 24 jam, kita bertanggungjawab kepada semua orang dan semua keadaan. Kalau kita ada jodoh dengan pegawai polis, kena fahamlah. (Kalau tak ada jodoh?, senyap jealah. He he he).
(b) Perempuan selalu nak bertepek-wek dengan lelaki, tetapi lelaki pula selalunya sibuk kerja dan cool sahaja. (He he he).
(c) Tidak semestinya ketua kita hebat, mungkin dia hebat akibat keadaan dan kehebatan orang bawahannya. Kita mungkin jauh lebih hebat.
(d) Kalau jenis gayat tak payahlah nak jadi pegawai polis atau ahli bomba. (atau kerja di sarkas)
(e) Makanan ringan memang memberatkan timbangan badan kita.
(f) Lelaki cintanya lahir dari mata -- (melihat-lihat perempuan cantik terus cair), manakala perempuan cintanya lahir dari telinga -- (mendengar - dengar kata manis, janji-janji dan sumpah setia - terus cair).
(g) Orang jahat selalu akan menerima balasan. (seperti kata cikgu sekolah rendah yang didik kita dulu)
(f) Lelaki cintanya lahir dari mata -- (melihat-lihat perempuan cantik terus cair), manakala perempuan cintanya lahir dari telinga -- (mendengar - dengar kata manis, janji-janji dan sumpah setia - terus cair).
(g) Orang jahat selalu akan menerima balasan. (seperti kata cikgu sekolah rendah yang didik kita dulu)
12. Donnie Yen dah berlakon lebih dari 70 buah filem, yang terbaru nanti filem Mulan (bulam Mac). Jangan lupa tengok. Khabarnya hebat.
Saya terhibur, saya beri filem ini 3.5/5 bintang. Sekian.
Mulan |
Saya terhibur, saya beri filem ini 3.5/5 bintang. Sekian.
Tuesday, February 11, 2020
"Semuanya pinjaman tuhan..." -Edit terbaru
Saya tersenyum, dan kembali melihat emak saya. Emak saya kelihatan selesa duduk sebelah saya di dalam Myvi buruk saya. Emak merenung jauh ke hadapan.
Beberapa bulan lalu emak sakit berat. Emak dimasukan ke hospital Jerteh, kemudiannya ke hospital besar Kuala Terengganu. Setiap minggu saya balik kampong. Hati saya tidak tenteram, saya nampak awam mendung. Saya tidak boleh menikmati TV dan dengar lagu. Cuma bila masuk kuliah saya tetap ceria untuk pelajar saya...
Mata saya kembali menumpukan perhatian pada jalanraya. Musim hujan begini saya harus lebih berhati-hati dalam memandu. Dan kemudian kembali pula saya berpaling sekejap melihat emak.
Emak masih lagi merenung ke hadapan. Mak tidak menyedari saya memerhatikannya... Saya tidak tahu apa yang berligar di fikiran emak. Mungkin pasal ayah.
Dari pandangan sisi, saya lihat garis kedut di bawah mata emak. Kedut itu bertambah kasar, namun emak masih cantik seperti dulu... Orang cantik kalau tua pun nampak cantik. Itu pendapat saya.
Emak saya bukan sahaja perempuan yang paling saya sayang di dunia ini tetapi juga hidupan yang paling saya sayang di dunia ini. Tiada tara, tiada tolak banding. Saya mahu menangis, Saya mahu mengalirkan air mata. Tetapi saya tahan... Saya tidak mahu mak saya lihat saya sedih.
Saya teringat pada suatu masa dahulu apabila saya hilang keyakinan terhadap kehidupan, emak sayalah yang datang jadi `hero’ memahamkan saya episod kehidupan. Emak menjadi kekuatan. Emak saya beritahu:
"Abang, dalam dunia ini lebih banyak orang baik berbanding orang jahat..." Kata emak.
Kasih sayang emak berikan pada saya seolah saya masih lagi berumur lapan tahun, selamanya… Mungkin begitulah hati emak kita. Di hatinya kita tidak membesar.
Sambil memandu saya berdoa tuhan ampunkan semua dosa-dosa emak saya, dan dosa-dosa emak orang lain juga. Saya tahu emak saya manusia biasa tentu ada dosa, namun saya mahu tuhan berkompromi dan ampunkan segala dosa emak.
Sebenarnya hati saya sudah menangis, saya takut apabila menghadapi saat kehilangan emak. Saya pernah beritahu emak, saya takut hadapi bila tibanya hari itu… Namun emak beritahu "Semuanya pinjaman tuhan..."
Ya allah ampunilah emak...
Saya diserang rasa sayu...
Love like a fire
Tidak ada apa-apa lagi yang mampu ditulis. Hanya ada nyalaan api cinta yang tidak pernah padam...
Thursday, February 6, 2020
Kawan saya pencurang yang lucu
Saya rasa saya tersilap cakap. Namun dua, tiga hari kemudian saya yakin saya tidak tersilap cakap. Saya yakin kawan sayalah yang tersilap langkah. Tersilap langkah dalam kehidupannya.
"Saya rasa awak kelakar, seluar dalam pun bini beli tapi ada hati nak mengorat"
Itulah kata-kata saya. Selamba saya sambar donat dan menyuapkan ke mulut saya yang tak reti nak tutup (mencara hal orang). Namun bersalahkah saya bila saya ingatkan kawan sendiri? Semasa kami berdua dan bukan di hadapan orang ramai.
Dan demi allah saya rasa dia kelakar. Cuba bayangkan semua bini tanggung tapi masih lagi mahu mengorat di belakang bini.
Namun saya tidak kisah, dua tiga hari nanti tentu dia datang berkawan semula. Orang seperti itu tidak tetap pendiriannya.
He he he.
Terima kasih Tun Dr Mahathir
Salah seorang kawan saya, ahli PAS seumur hidup beritahu saya "Kita patut berterima kasih dengan Dr Mahathir."
Saya bertanya "Kenapa pula?
Setahu saya dia memang tidak suka Mahathir dari tahun 80an lagi...
"Sebab dulu dia hanya beritahu kita siapa DAP, sekarang dia tunjukkan depan mata kita siapa dia DAP"
Barulah saya faham...
Tapi minggu lepas dia wasap saya beritahu Dr Mahathir jadi alat DAP...
Sumbangan mahasiswa...Gambar
Kadang-kadang menjadi pensyarah di era ini memang mencabar. Kadang-kadang terasa seolah menjadi guru apabila berhadapan dengan mahasiswa. Mereka masih tidak `masak'.
Bidalan `masuk bersyarah dan terus keluar' itu mudah bunyinya, namun ia penuh dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain. Payah mahu saya terangkan, nanti ada yang boring.
Mungkin mahasiswa zaman sekarang berbeza dengan mahaiswa dahulu. Mungkin zaman sekarang mahasiswa menjadi sebegitu (lebih manja dan tidak berjaga-jaga) kerana sistem yang ada selalu dipermudahkan atas dasar mahu memudahkan kehidupan seorang pelajar. Bukankah kehidupan yang sukar mengajar dan membentuk kita?
Bukankah kehidupan yang sukar mengajar dan membentuk kita? Ya, kesusahan lalu banyak membentuk saya dalam kehidupan. Perkara yang senang tidak mengajar apa-apa...
Saya percaya mahasiswa harus menyumbang pada masyarakat... bukannya keluar berkerja baru nak menyumbang...
Rata-rata di media sosial saya dapati tida aktiviti mahasiswa yang boleh dibanggakan. Hanya sekali sekala muncul akibat mendapat anugerah dekan. Adakah dalam keadaan semasa pendidikan dan masyarakat masa kini anugerah dekan itu sangat bernilai dan sinonim?
Nampaknya mahasiswa dahulu lebih menyumbang...
Gambar hanya hiasan, tiada kena mengena dengan penulisan |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)