Kaver depan: Sudirman tersenyum |
Disc 2 |
Disc 1 |
Bekas dalam |
Kaver depan: Sudirman tersenyum |
Disc 2 |
Disc 1 |
Bekas dalam |
Koleksi Jankaulu |
Untuk dijual Item: Sepasang cawan (cawan dan alas cawan) Corak: Autum Glory Made in the 1960's RM89.95 Wasap saya:019 920 0274 |
Ada kawan saya beritahu amat sukar baginya apabila perlu bekerja dari rumah (BDR). Pertamanya sukar untuk mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai `work station'. Adakah lokasinya di bilik tidur, di dapur atau di ruang tamu? Dan work station itu harus juga dikongsi dengan pasangan dan anak-anak.
Tapi di situlah juga ada sofa dan Tv tempat keluarga berkumpul. Dan dia juga terpaksa berkongsi dengan anak-anaknya.
Saya ada bertanya kenapa tidak dibuat work station di bilik tidor. kawan saya beritahu bilik tidornya kecil sahaja dan sudah penuh dengan almari.
BDR di dapur |
Kata kawan saya, tidak terduga pula, tidak terlintas pula terpaksa BDR.
Saya masih lagi tertinggal atau terlupa pakai mask apabila turun dari kereta. Dan kadang-kadang saya terpaksa berpatah balik ke kereta untuk memakainya.
Sukar rupanya untuk menjadikannya norma baru kehidupan.
Pun begitu saya terus memakainya, saya pastikan mask sentiasa ada dalam kereta.
Saya pernah melihat di sebuah pasaraya di mana seorang budak (umur lebih kurang 7 tahun) tidak memakai mask dengan betul (budak itu turunkan pelitup muka ke bahagian dagu).
Saya lihat emak dan ayahnya tidak peduli. Saya rasa sangat tidak patut, saya buat isyarat tangan supaya budak itu pakai mask.
Sahabat saya posing kat `Instagram'. |
Akhir-akhir ini station kerja saya selalu berubah. Saya selalu berpindah randah. Adakalanya pindah bilik, adakalanya pindah bangunan.
Maka eloklah saya perturunkan beberapa tips yang mudah dan logik untuk diamalkan. Ianya perlu kerana perpindahan melibatkan emosi dan tenaga fizikal juga.
1. Sediakan barang-barang asas.
Seminggu saya mencari kotak-kotak. Saya tahu saya perlukan satu kotak besar dan beberapa kotak kecil. Saya perlukan plastik sampah, saya perlukan gunting, pisau, tali, marker pen dan selotap. Barang-barang ini sangat perlu digunakan dalam proses berpindah
2.Buang barang lama/tidak diperlukan.
Pertama sekali saya rasa semasa menyiapkan barang-barang yang mahu dipindahkan, kita mesti ambil kesempatan untuk membuang barang-barang yang kita tidak perlu atau barang-barang yang kita tidak guna untuk sekalian lamanya.
Saya menghadapi rasa sedih apabila mahu buang barang kerana saya sayang akan barang yang saya miliki terutama buku-buku. Tetapi mahu tidak mahu kita terpaksa buang, apatah lagi jika station baru kita lebih kecil.😌
3. Asingkan barang peribadi dan barang kerja.
Kedua jangan lupa asingkan barang peribadi dan barang kerja kita. Kita gunakan bekas/kotak yang berlainan. Supaya kita tahu kotak mana yang kita mahu bawa ke station kerja baru atau bawa balik ke rumah terus.😅
Kadang-kadang jadi penyakit pula apabila kita terlebih hias stesion kerja kita. Siap bawa pasu bagai. Jadi pasu tu elok dibawa pulang
4. Kesesuaian barang memudahkan mengangkut.
Maksud saya barang-barang sesuai dibawa menggunakan plastik ke? kotak ke? atau perlu diikat?
Saya milili banyak buku maka saya lebih senang menggunakan tali untuk mengikat buku-buku. Kalau saya letak dalam kotak, roboh kotak. Kalau letak dalam plastik, koyak plastik itu. Buku berat, saya rasa ia perlu diikat.
Dan apabila ikat janganlah terlalu berat. Kalau buku tebal kurangkan jumlah buku yang akan diikat. Bukan apa, nanti berat pula untuk kita angkat ulang-alaik. Katalah kita minta tolong orang untuk mengangkatnya, maka kita tidaklah menjadi orang yang tidak bertimbang rasa. Ini tidak, bila kita tahu orang lain yang angkat, kita main senang jea ikat banyak-banyak atau letak dalam kotak yang besar sehingga apabila pembantu angkat kotak tersebut semua barang terburai.😕
5. Elakan sesak di station baru.
Semasa memunggah barang, elakan keluarkan semua barang. Ini tidak, terus atur barabg-barang di sation yang baru. Kita tahu melalui masa akan banyak kembali barang-barang di stesion kerja kita, ia seolah hidup membiak seperti benda yang bernyawa. Jadi eloklah pada mulanya letak sahaja perkara yang paling asas. barang-barang keperluan lain akan menyusul secara outomatik apabila kita perlukannya. Maksuknya kita kan cari barang tersebut. Yang mungkin kita letak dalam kotak (yang sudah ditanda).
6. Kenal kotak
Jika kita letak dalam kotak, kita kena tulis di kotak tersebut apa isinya. Supaya nanti senang kita cari. Sebab ditempat kerja baru tidak semua barang dalam kotak akan diguna lagi. Bukan semua kotak akan dibuka.
7. Dapatkan satu kawan
Perpindahan merupakan tekanan kepada kita. Secara pysikologi ia akan terkesan. Oleh sebab itu adalah baik kita miliki seorang kawan yang akan melakukan acara pindah itu bersama.
Tetapi percayalah kawan kita itu dapat melegakan kita, setidaknya kita akan kata `esok aku nak pindah buku-buku dulu ke rak baru". atau "Penat juga yea angkut barang-bang ni sebab kita bukannya muda lagi..he he he, sambil buat muka monyok.
Kita kena rasa tenang sebab masa kita pindah, kita masih lagi sedang berkerja macam rutin biasa. Dan perpindahan ini memakan masa berhari-hari jika kita yang siapkan semuanya.
8. Jangan banyak kerenah
Di station kerja baru mungkin akan ada masalah seperti tidak ada kemudahan di station lama. Tetapi janganlah menjadikan ia sebagai satu masalah kerana di tempat baru kekangan tentulah ada. Tidak bijak membandingkan dengan tempat lama kerana lokasi dan sazz berbeza.
Lama-kelamaan majikan dan pihak tertentu akan sedaya upaya memenuhi kehendak para pekerja. Kita kena banyak sabar.
Sekian sedikit panduan dari saya...
Saya berpaut erat di pemegang atas, saya sebagai penumpang di belakang kereta rasa bergoyangan. Ya allah lajunya. 140km sejam pada tengah malam buta sangat merbahaya! Saya sendiri tidak pernah memandu selaju 140km sejam!
Sudah beberapa kali saya meminta agar Cik Latifah memperlahankan sedikit kelajuan keretanya. Memang selepas itu kereta BMW tersebut dipandu perlahan, namun kemudiannya kelajun kembali mencemaskan hati saya. Mungkinkah kerana saya duduk di bahagian belakang kereta maka, saya terasa lebih laju?. Apabila kita memecut laju seolah-olah saya merasakan nyawa saya dalam bahaya. Tentulah kereta akan hilang kawalan apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga di jalanraya. Contohnya jika haiwan liar melintas.
Apa yang hendak dikejar saya tidak tahu. Orang perempuan bawa kereta memang laju.
Jika lokasi majlis itu dekat tentu saya akan memilih untuk memandu sendiri. Oleh kerana lokasi agak jauh adalah lebih baik menumpang kawan-kawan. Jimat belanja, tenaga dan masa. Pergi dengan kawan-kawan perempuan seronok. Boleh berlama-lama di pusat membeli belah dan selalu singgah makan-makan.
Tetapi jadi tidak seronok apabila semasa pulang Cik Latifah memandu dengan laju, macam ada kucing nak beranak di rumah. Berbeza dengan kawan-kawan lelaki saya yang releks sahaja apabila memandu. Siang atau malam tetap steady, seolah tiada anak bini di rumah.
Dalam berdebar-debar tersebut saya tertanya-tanya. Adakah orang perempuan memang memandu lebih laju berbanding lelaki dan adakah mereka penyebab berlakunya kemalangan jalanraya di malaysia?
Maka keesokannya saya mencari statistik kemalangan jalan raya mengikut jantina. Adakah kemalangan yang berlaku di jalanraya pemandunya adalah perempuan dan sebabnya memandu secara laju, dan juga tidak cekap.
Namun saya perlu memahami apa itu kemalangan jalanraya? Mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, kemalangan jalan raya ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian yang mana kerosakan berlaku ke atas mana-mana orang, harta, kenderaan, struktur atau haiwan dan berlaku di mana-mana jalan awam termasuklah jambatan, terowong, hentian sebelah, jalan bertingkat, jejambat, plaza tol dan sebagainya.
Kemalangan jalan raya melibatkan sama ada kenderaan motor, basikal, beca, pejalan kaki dan lain-lain jenis kenderaan.
Namun semua statistik yang saya jumpa menunjukan bilangan kemalangan jalanraya sejumlah besarnya melibatkan lelaki. Contohnya saya lihat statistik kemalangan jalan raya ikut jantina pada tahun 2017. Mangsa kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian pada tahun 2017 seramai 5,886, manakala perempuan tidak sampai seribu, iaitu hanya 854. Apa yang dapat kita simpulkan sepintas lalu ialah tidak ramai perempuan yang mati akibat kemalangan jalanraya berbanding perempuan.
Kemalangan pula dibahagi kepada kemalangan serius dan kemalangan ringan. Saya tidak tahu pula apa kateria yang digunakan untuk membezakan antara kemalangan serius atau kemalangan ringan. Kira mati baru serius kot?
Kemalangan serius melibatkan 2,055 jantina lelaki manakala perempuan hanya 302. Bagi kecederaan ringan 11,122 adalah lelaki manakala perempuan hanya 1,274 sahaja.
Jadi adakah kita akan lebih selamat apabila menumpang pemandu perempuan?. Tetapi statistik tersebut bukanlah merujuk kepada pemandu, ia merujuk kepada bilangan kemalangan yang membawa kematian yang berada di jalanraya.
Saya fikir mungkin pemandunya perempuan? Contohnya kematian 4 penumpang lelaki tersebut keretanya dipandu kereta seorang perempuan. Ini boleh terjadi kematian ramai lelaki tersebut akibat daripada pemandu perempuan! He he he.
Namun kita tidak boleh buat kesimpulan sebegitu. Kalau ada data pemandu barulah kita boleh buat kesimpulan yang lebih kukuh kerana setakat bergantung kepada jumlah kemalangan atau jumlah kematian, kita tidak dapat menuduh perempuan lebih ramai menyebabkan kemalangan atau kematian.
Kalau orang tanya jantina mana yang lebih terlibat dalam kemalangan dan kematian (kemalangan kereta) dan kenapa? Kita boleh jawab kaum lelaki kerana mereka lebih banyak masa (lebih lama) berada di jalanraya dan lebih banyak membuat perjalanan dari segi kilometer (ini saya ambil kesimpulan dari satu kajian yang saya baca di negara barat).
Jika ada orang tanya tingkat umur berapakah pemandu paling selamat dan tidak selamat yang telah menyebabkan kemalangan? Kita boleh jawab umur muda belia kemalangannya lebih tinggi 25% berbanding orang dewasa. Pemandu paling selamat adalah antara umur 60 hingga 69, dan pemandu yang paling banyak berlanggar adalah pemandu umur 80 tahun ke atas. Ini saya dapat dari kesimpulan yang dibuat di negara barat. (Mungkin umur 60 hingga 69 masih sihat, di negara mundur dan membangun umur sedemikaian sudah tidak berapa sihat lagi).
Apabila saya membaca kaijian-kajian yang telah dibuat, saya dapati (atau tidak jumpa?) apa-apa yang menyokong tanggapan saya bahawa perempuan lebih banyak menyebabkan kemalangan dijalan raya, malah statistik bandingan secara mudah masih menunjukkan kaum lelakilah yang menyebabkan banyak kemalangan kerana kononnya lebih berani memgambil risiko dengan membawa kereta dengan tahap kelajuan yang melebihi had jalanraya.
Secara logiknya kemalangan jalanraya tidak mengenal apa-apa faktor tetap sebab semua faktor boleh menyumbangkan kemalangan. Katalah kita mahu membeli barang di kedai di kampung kita wahima di kedai depana rumah kita pun ia boleh terjadi kemalangan. Kita mungkin terlupa melihat kiri kanan, dan terlupa melihat kiri kanan ini boleh terjadi pada mana-mana jantina.
Namun saya akan tetap mencari maklumat tentang pemandu wanita...
Beberapa hari ini saya menerima banyak wasap mengenai isu 'darurat'. Kawan-kawan menyatakannya, bahawa akan ada perintah darurat di negara kita sedikit masa nanti.
Saya tidak tahu dengan detail, hujung bulan dapat gaji saya beli beras, gandum dan Glo (pencuci pinggan mangkuk). Saya manusia yang sangat biasa. Dapat gaji guna untuk sara hidup saya dan keluarga. Saya tidak masuk campur sangat tentang perkara besar yang lain. Saya hanya berdoa orang yang baik akan memimpin, yang jaga bangsa dan agama saya.
Saya hanya tanya kawan saya, saya kena ke beli beras banyak sikit jika berlaku darurat?
Namun kawan-kawan saya mempunyai banyak pandangan mengenai darurat. Ada kata darurat ini adalah kerana faktor politik. Kata mereka PM kita tidak kukuh kedudukannya (sebuah parti yang lemah dalam perikatan yang ada) dan Anuar masih lagi gila nak jadi PM (dan pengikutnya masih lagi gila-gila...juga).
Dan ada kawan saya yang kata darurat ini kerana Covid makin merebak dan warganegara masih tak reti bahasa nak amal SOP. 2 X 5, pekerja dan majikan.
Dan ada yang menyatakan darurat akan dijalankan kerana faktor politik dan Covid. Kiranya dua faktor bergabung. Kerana kena adakan pilihanraya tetapi dalam masa yang sama bimbang merebak pula Covid.
Bagi saya, apa yang berlaku di Sabah itu juga adalah kerana nafsu politik kita. Wah ahli-ahli politik kita banyak besar atas kepala ada...
Kalau kita dalam lingkungan orang yang berumur, tentulah kita tidak banyak dapat like jika kita tidak terkenal. Jangan banyak soal, kalau orang suka dia akan like. Dan perlu diingat juga kalau kita terkenal tetapi orang tidak suka, kuranglah like kita.
Penting ke like ni? Ya ia adalah penting jika like ini merupakan faktor penentu kepada periuk nasi kita. Contohnya dunia perfileman/drama kita dikatakan memilih pelakon yang ramai like, ramai pengikut di istagram sebagai perkara penting dalam pemilihan pelakonnya. Bodoh jugakan. Tetapi apabila sesuatu sudah bertukar jadi business maka gitulah...
Sekarang kita tanya pada kita, pentingkah like ini bagi periuk nasi kita?
Tentulah orang suka banyak like kerana ramai orang sukalah mereka like. Kita rasa dihargai. Kembang setaman.
Yang sadisnya orang biasa yang tidak terkenal dan tak ada apa-apa keistimewaan, juga mahukan like yang banyak. Tidak ke pelik?
Ada pengikut instagram kita tidak like instagram kita. Gambar-gambar tertentu sahaja yang dia like kerana dia benar-benar suka gambar itu atau kata-kata tersebut. Ini normallah.
Tetapi ada juga bagusnya like ini akan memberikan info kepada kita, sekirannya strategi marketing nak berniaga.
Saya tidak dapat banyak like, tidak pernah sampai 100 orang like gambar yang saya post.
Perilaku saya, kadang-kadang bertubi-tubi saya post gambar, kadang-kadang hampir seminggu saya senyap jea tanpa posting apa-apa.
Akhir sekali, like ini penting bagi sesetengah orang dan tidak penting bagi sesetengah orang. Dan percayalah ramai orang like kita di dunia nyata adalah lebih baik...
22 November 2016
“Kita boleh nampak sesuatu yang mata
kita tidak nampak. Biasanya kita namakan ia khayalan atau impian. Namun tidak
mustahil pula ia bertukar menjadi kenyataan yang mengejutkan”
Tidak mungkin hantu wujud, kalau hantu wujud tentulah huru hara dunia. Dan tentulah mustahil orang mati rohnya balas dendam, siap balik pula ke rumah, memasak bagai, dan menuju ke rumah orang yang dia benci dan membunuhnya. Jika begitulah tidaklah berpeluh polis dan makamah mengendalikan kes wanita dirogol dan dibunuh. Setakat saya menulis ini tidak ada lagi kes lelaki kena rogol oleh wanita.
Dan kesian pula polis mahu menyelesaikan kes orang mati dibunuh hantu...
Saya tidak pernah melihat hantu. Emak saya dan ayah saya tidak pernah melihat hantu. Begitu juga dengan nenek moyang dan adik beradik saya.
Cuma kawan-kawan saya ada di antaranya pernah melihat
hantu....
Saya tidak pernah menggunakan
LPT2 pada waktu malam. Sebabnya jelas, saya bimbang jika terjadi apa-apa di
malam hari, ia lebih menyusahkan saya. Contohnya kereta rosak. Saya bukannya takut
hantu untuk memandu di LPT2. Macam mana saya mahu takut? Saya tidak percaya
hantu wujud.
Ada orang kata hantu
itu iblis yang berupa, ini lagi kelakar.
"Jaga-jaga kalau balik malam Man, dah ramai yang kena" Saya ditegur oleh Faizal semasa sedang berbual dengan Murni, kerani manis di pejabat pentadbiran tetapi agak berisi. Mungkin dia terdengar perbualan kami tentang keberanian balik kampung pada waktu malam. Murni mahu balik ke Pasir Mas Kelantan. Dia mahu balik pada malam hari. saya pula menasihatinya supaya jangan balik malam hari.
"Tiada keperluan untuk saya balik malam ehhh" Saya beri respon tapi saya tidak berpaling padanya. Macam biadap pulak rasa. Tapi tak apalah. saya tidak sukakannya.
"Saya memang tidak pernah balik malam dan tidak berhasrat untuk mencuba. Buat apa meletakan diri ke dalam risiko? Tambah saya. barulah saya memandang mukanya 2 saat.
"Hantu yang muncul di LPT2 amat mengerikan. Selain berambut kusut masai tidak bershampoo, ia juga melengkapi standard-standar hantu yang pernah kita dengar, contohnya, berbaju putih tidak berfesen dan tidak menjejaki tanah kakinya." Kata Faizal seolah mahu bergurau tetapi serius. Tetapi saya rasa tidak kelakar. Mungkin jika kita tidak suakan seseorang, tidak ada apa yang menarik hati kita. Kejam betul.
"Kalau saya balik malam pun, saya akan balik berdua"
"Kalau balik berdua pun kena juga sebab kita mungkin nampak hantu tersebut tetapi tidak kawan kita" Nampaknya Faizal benar-benar mahu menakutkan saya. Tetapi saya tidak rasa takut. Saya takut gelap apabila malam hari sahaja, he he he
(Mungkin sebab itulah cerita hantu lebih impak diceritakan pada waktu malam.)
Saya mahu berdua kerana Saya bimbang jika ada kerosakan kereta, saya pitam terus. Saya panik. Itu sahaja sebenarnya.
"Berjalan malam tentu
tidak panas. Memang ada kawan-kawan saya suka memandu pada waktu malam. Tetapi
tidak saya. Memandu malam seolah suatu yang tidak patut dilakukan. Keupayaan
kita untuk menjaga pemanduan terbatas sebab batas penglihatan kita yang terhad." Murni mencelah. Sambil tangannya sibuk dengan kertas-kertas di meja kaunternya. Saya lihat kertas claim kerja luar saya masih tersadai di mejanya. Ya allah lambatnya process!
"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak ada keperluan untuk membuat perjalanan pada waktu malam. Saya masih lagi memilih waktu siang dan berpendapat jika ada apa-apa yang tidak diingini biarlah pada waktu siang. Panjang sikit langkah dan akal saya" Saya buat-buat mesra, panjang lebar.
"Bukan saya takut hantu
tetapi saya lebih rasa selamat menjalankan perjalanan di waktu siang. Saya
tidak percaya langsung hantu menyebabkan kemalangan. Malah bagi saya sangat
kolot dan mengarut. Bagi saya hanya orang tidak berpelajaran percaya wujudnya
hantu."
"Eh tak boleh en Man kata begitu, mana boleh kaitkan pula dengan orang tak berpelajaran atau orang kampong?"
"Saya tak sebut pun orang kampung..."
"Kamarul kawan saya ada bercerita kononnya di salah sebuah perhentian RNR, kalau tak silap RNR Perasing terdapat hantu yang boleh berupa manusia." Kata Faizal sambil menonjolkan matanya. Saya lihat dia pula macam hantu. He he he.
"Hantu tersebut akan berupa wajah kawan baik kita. Kawan yang sudah lama kita tidak jumpa. Kawan kita itu pula akan minta tumpang. Dan dalam perjalanan itulah nanti kawan kita itu akan minta kita berhentikan kereta di tepi jalan sebelum dia bertukar rupa
kepada bentuk asalnya. Inilah yang menyebabkan kemalangan apabila pemandu
terkejut. Terkejut kerana melihat penumpangnya bertukar jadi hantu di sebelahnya."
"Kawan saya juga
bercerita ada hantu yang tiba-tiba muncul di tempat duduk belakang semasa kita
memandu sendirian. Ada yang tiba-tiba duduk bertengek di hadapan bonet kereta
kita. Dan banyak lagi cerita-cerita hantu yang sebenarnya semuanya pernah saya
dengar. "
"Memang terdapat
kemalangan-kemalangan yang berlaku di LPT2 ini. Saya ada membacanya di
internat, lihat berita di teleyisyen dan juga lihat dengan mata kepala saya
sendiri. Kemalangan yang terjadi mungkin kerana faktor pemanduan dan keadaan
fizikal lebuhraya itu sendiri, bukannya disebabkan hantu-hantu yang
berkeliaran" Saya menyampuk.
"Kawan saya ada beritahu di sesetengah tempat memang ada tempat `keras'. " Tambah Faizal lagi.
Saya tergelak dalam
hati. Saya sudah lali dengan cara manusia menyalahkan hantu dalam banyak hal
dan kejadian, padahal mungkin manusia itu sendiri menjadi hantu di jalan raya. He
he he.
Sebenarnya saya pernah memandu
pada lewat petang, hampir malam. Keadaannya sunyi sedikit. Tiba-tiba saya rasa
mengantuk. Namun memandu seorang diri, jadi amat munasabahlah saya rasa bosan
dan mengantuk, bukannya sebab hantu sihir. Untuk hilangkan rasa mengantuk Saya kerap berhenti di RnR yang disediakan.
Tiba di satu RNR, saya lihat suasana sunyi. Hanya
saya seorang sahaja yang berhenti. Saya mahu ke tandas. Saya merasa seram juga
kerana teringat akan cerita-cerita hantu tersebut tetapi saya tetap juga membuang air.
Berehat dan meneruskan semula perjalanan.
Keadaan di RnR ini masih
baharu beroperasi, tidak menarik lagi. Mungkin pada masa hadapan ia akan lebih
menarik. Tidak hairanlah ramai yang tidak berhenti, bukannya ada kedai buka untuk jual makanan atau minum siar. kedai semuanya tutup masih tidak beroperasi.
Saya lalu ikut surau sebab sebelah surau itulah tandasnya tadi. Kata kawan saya ada satu
kejadian semasa kawan kepada kawan saya tersebut berhenti untuk menunaikan
solat subuh. Kawannya itu nampak `sesuatu’ sedang berbuai di tepi surau. Pada
masa yang sama semua buaian lain tidak berayun. Dan tiada angin kuat pada masa
tersebut. `Sesuatu’ yang sedang berbuai tersebut tiba-tiba melayang ke langit
dengan laju seperti bola api…
Ada juga timbul
kononnya pembinaan LPT2 ini telah memusnahkan perkampungan jin-jin. Maka
apabila ada yang terbunuh oleh pembinaan LPT tersebut makan keluarga jin-jin
tersebut membalas dendam untuk membunuh manusia yang lalaui kampongnya.
Kononnya jika kita mahu bina jalan, kita kena jumpa dengan tok bomoh yang boleh
lihat ada ke tak perkampungan jin-jin tersebut. Sekali lagi saya rasa mahu tergelak,
kecewa dan rasa mahu pindah duduk di Afrika...
Namun mungkin
kewujudan cerita sebegini ada baiknya. Apabila kita takut maka kita tidak akan
mengantuk dan akan lebih berhati-hati. Otak kita akan ligat berfikir untuk buat banyak andaian dan khayalan.
Ada juga timbul
kononnya pembinaan LPT2 ini tidak mengikut standartd maka terdapat
jalan-jalannya yang membahayakan pengguna. Sekali lagi saya rasa mahu tergelak,
kecewa dan rasa mahu pindah duduk di Afrika...
Kalau kita tidak
pandai menari, janganlah kata pentas yang dibina itu tidak sesuai.
Sebelum memulakan
perjalanan, pastilah kita berdoa. Berdoa agar perjalanan kita lancar. Berdoa
semoga kita dipermudahkan di dalam perjalanan. Semoga dapat tiba di destinasi
dengan selamat dan elok. Semoga dapat berjumpa dengan keluarga tersayang.
Dan kemudia bacalah…
“Bismilaahi tawakkaltu
‘alallahi wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaahi”
Yang artinya “Dengan menyebut
nama Allah, aku menyerahkan diriku pada Allah dan tidak ada daya dan kekuatan
selain dengan Allah saja”.
Lebuhraya itu juga
simbolik perjalanan kecil kita di dunia ini. Menuju satu arah. Kita berharap
dan berdoa. Dan cerita-cerita hantu tersebut sebenarnya, hanyalah cerita
sisiapan hidup yang menemani. Yang menakutkan mewakili kebimbangan kita
terhadap perkara yang kita tidak pasti. Dan sebab itulah kita berdoa!
Oh, Faizal tadi keluar begitu sahaja dari pejabat, terima kasih atas cerita hantunya.
Mana ada hantu kan?
“Banyak bezanya antara kita dengan binatang. Kita harus selalu berhati-hati dan ikuti aturan hidup. Mesti ada jadual. Salah satunya sebagai manusia kita mesti berdisiplin dan berhati-hati."
Kuliah hari ini dimulakan dengan penuh
falsafah. Tentang kehidupan. Tidak mahulah masuk kuliah hanya untuk habiskan
silibus sahaja. Banyak unsur lain yang harus diterapkan. Biar mereka jadi orang
yang berguna. Saya masih lagi bersikap begitu, mungkin saya bekas seorang guru,
atau mungkin saya begitu.
Biasanya pada 10 minit minit
terawal saya berleter dalam bentuk memberi ingatan dan panduan. Dalam pelajaran
dan dalam hidup. Terfikir juga, mungkin ini satu kesalahan dalam profesion saya
kerana saya sepatutnya mengajar sahaja. Namun dalam hati kecil saya, roh untuk
mendidik sangat menebal, saya tetap merasakan saya betul, apalah gunanya imu yang
tingi jika seseorang manusia tidak berhemah. Kalau setakat berilmu, hantu
syaitan pun ada ilmunya. Ilmu yang mungkin lebih tinggi.
“Banyak bezanya antara kita
dengan binatang. Kita harus selalu berhati-hati dan ikuti aturan hidup. Mesti
ada jadual. Salah satunya sebagai manusia kita mesti berdisiplin dan
berhati-hati. "Di tengah-tengan dewan kuliah saya kelihatan serius, sambil
mengerakkan cermin mata saya berkali-kali. Konon gaya intelek…ada saya tonton
saya tengok dalam DVD.
“Berdisiplin itu contohnya datang
tepat waktunya. Di mana-mana majlis dan keramaian, juga dalam menghadiri kuliah
dan submit projek paper tepat waktunya.” Sempat pula saya perli pelajar yang
datang lewat. He he he.
Puas berdiri di tengah-tengah
hadapan dewan kuliah. Sesekali saya berjalan ke tengah dewan. Saya mahu suasana
tegang menjadi tenang. Biar mudah proses pengajarannya. Beberapa orang pelajar
Nampak kekok apabila saya menghampiri mereka. Ya lah, biasanya saya hanya duduk
di hadapan sahaja.
Dalam pada itu saya berasa lapar.
Saya rasa lapar pula. Hari ini hari jumaat saya mesti makan dahulu sebelum
masuk kuliah, kalua tidak saya terpaksa makan selepas jumaat. Kuliah tamat
bebetul2 pukul satu, jadi saya harus ke masjid, selepas itulah baru ke kedai
makan.
Tadi pagi saya asyik membuat
kerja-kerja pengajaran terutama tutorial, termasuk melihat jawapan pelajar.
Sehingga saya terlepas waktu makan.
“Kita harus pandai, berdisiplin
dan berfikiran positif. Kalau kita tidak pandai bagaimana hidupnya kita ini
dapat member manfaat kepada orang lain? Jika kita tidak pandai, hendak tolong diri kita sendiri pun
tidak mampu kan?
“Dan kalau pandai tetapi tidak
menolong orang atau bawa kebaikan kepada orang tentu ianya juga tidak berguna.
Orang seperti ini bodoh sebenarnya sebab ciri-ciri orang yang pandai ialah
membebaskan orang ramai daripada kesusahan atau kebodohan dengan menyenangkan
hidup mereka, menolong menyelesaikan masalah masyarakat."
Saya terus sambung kuliah percuma
saya. Dan selepasnya saya mulakan kuliah berbayar saya;
Hari ini topik perbincangan kita
ialah inflasi...dah baca yang saya suruh?
Selesai kuliah saya bergegas ke
masjid.
Selesai menunaikan sembahyang
jumaat, saya bergegas ke kedai makan. Namun perjalanan kereta saya tersekat
kerana kereta yang parking dibelakang saya menghalang saya keluar.
“Kereta jea besar tapi otak
kecil. Menyusahkan orang jea!” Marah hati saya. Namun cepat-cepat saya insaf
bila mengingatkan saya masih lagi diperkarangan masjid. Nipisnya iaman
aku…bisik hati saya.
Saya pun tunggulah sambal
melembutkan hati saya. Sudah tahu menghalang kereta orang, cepat-cepatlah
keluar dari masjid. Tak perlulah berdoa panjang dan mayang hajat kalua hidup
menyusahkan orang. Sekali lagi hati saya mendidih.
Lama kemudian barulah saya dapat
keluar dari perkarangan masjid kena
berhati-hati, kereta banyak dan dipakair sesuka hati. Sebab kawasan pakir tidak
mencukupi. Pengguna parking sahaja tepi-tepi bahu jalan. Mahu marahkan mereka
pun tidak guna.
Saya singgah makan di kedaii
makan kak Chah. Saya ambil nasi dan lauk. Lauk ayam dan gulai nenas. Saya makan
seorang diri. Tidak berapa lama kemudian ramai pelajar-pelajar dayang. Saya
lihat pelajar-pelajar sudah mulai keruni meja kedai. Pelajar sekolah MRSM ini
tak makan di kantin kah?
Saya perhatikan mereka, teringat
pula waktu di bangku sekolah. Saya dan kawan-kawan makan ramai-ramai. Walaupun
saya tidak bercakap banyak dan diam sahaja, saya tetap ada kawan. Saya bukannya
tidak mahu berkawan, Cuma saya jenis pemalu.
Kedai ini terletak di tepi
masjid, dan juga padang bola. Kedai makan ini tidak besar bangunannya. Ia
adalah gerai sederhana yang dibina oleh pihak majlis daerah. Ada lapan buah
kedai semuanya. Semuanya jual makanan. Cuma ada dua buah kedai sekejap buka
sekejap tutup. Mungkin bila orang kaya berjual begitulah lagaknya. Itu pendapat
kawan sayalah. Ada juga logiknya.
Biasanya selepas jumaat saya bersama Nizam dan
Adnan akan makan di sini. Namun hari ini saya makan seorang diri sahaja sebab
kedua sahabat saya itu cuti setengah hari.
Selepas membayar makanan saya
terus ke kereta. Saya rasa pelik walaupun saya sudah menekan minyak, kereta
saya tidak boleh bergerak ke belakang. Apa masalahnya pula? Saya lihat break
sudah diangkat dan gear sudah di `R' yang bermakna saya boleh pandu ke
belakang. Saya tekan semula minyak
tetapi masih tidak dapat berjalan. Haaa sudah!
Seingat saya dari pagi tadi
kereta saya elok. Semalam pun elok sahaja. Sehinggalah tengahari saya ke masjid
tiada kerosakan atau berlaku sebarang perkara yang aneh. Semuanya baik-baik
belaka.
Seingat saya dari masjid saya
terus ke kedai makan. Tidak ada satu tanda pun yang menunjukan kereta saya
bermasalah. Semuanya elok sahaja, tidak meragam. Bateri juga tidak ada masalah
rasanya. Kalau nak guna jumper pun payah sebab Adnan dan Ja bercuti.
Saya keluar dari kereta, berdiri
tepi kereta. Malu pulak ke pelajar MRSM tersebut. Dan ada pelajar menghampiri,
kereta rosak ke pak cik.
Saya berfikir ini mungkin balasan
tuhan atas perbuatan jahat saya. Maka saya ingati apa kesalahan yang saya buat
minggu ini. Namun saya rasa biasa sahaja, tiadalah kesalahan atau dosa besar
yang saya lakukan. Dalam skala kecil itu biasalah saya bukannya malaikat.
Atau saya tidak melayan emak saya
dengan baik? Saya ingati setiap perbualan dan wasap saya kepada emak. Sekali
lagi saya rasa ia biasa-biasa sahaja.
Saya mengelilingi kereta saya,
saya lihat tayar tidak bocor atau ada apa-apa yang rosak. Saya berdiri sambil
cekek pinggang memerhati. Kalau tayar bocor pun tak kanlah kereta tak dapat
dihidupkan. Taka da kaitan…
Hendak sahaja saya menalipon
Adnan atau Nizam tetapi saya rasa segan. Saya bimbang kereta itu tidak salah
apa-apa, sayalah yang salah. Banyangkan jika mereka ada, mereka datang dan
ternyata saya yang salah.
Tiba-tiba saya meraba poket
seluar saya, ada kunci kereta! Baharu saya ingat rupanya tadi saya lupa hidupkan kereta!. Macam mana
kereta mahu bergerak jika kita tidak hidupkannya?
Ya Allah kenapa jadi begini?
Saya tiba-tiba teringat pagi tadi
saya beria-ia mengajar pelajar supaya berdisiplin! He he he.
Perlahan-lahan saya meninggalkan
kedai makan tersebut. Saya tersenyum.