Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, September 5, 2019

Boikot barang non muslim?

[boi.kot] | بويکوت

Definisi : ; memboikot (bersama-sama dgn orang lain dsb) enggan mengadakan sebarang perhubungan dgn orang, negara atau pertubuhan lain; memulaukan. pemboikotan perbuatan memboikot; pemulauan. pemboikot orang atau pihak yg memboikot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


No photo description available.



Semalam apabila saya buka FB, saya dapati ada gambar minyak masak seperti di atas. Ada FB yang memboikot barangan non muslim. Saya tidak faham apa sebenarnya motif gambar tersebut kecuali untuk menarik orang ramai menggunakan minyak masak keluaran muslim.

Saya rasa sifat mengutamakan keluaran barangan tempatan adalah sifat yang bagus. Dalam masyarakat yang berbilang kaum akan ada pihak yang akan mengutamakan barangan keluaran kaum mereka sendiri. Ini tentulah berdasarkan motif ekonomi. Motif mahu kaumnya maju dalam perniagaan.

Tindakan mengutamakan keluaran sendiri tidak salah, malah cerdik.

Hasil carian imej untuk boikot barangan cina dap

Adalah suatu yang normal dan baik apabila sekelompok manusia mengutamakan kelompok mereka terlebih dahulu...sama ada keluarga, sanak sudara dan sahabat taulan...selagi tidak membawa keburukan kepada orang lain.

Dewasa ini ada masyarakat yang berfikir berdasarkan politik, namun kesan daripada pemikiran tersebut adalah sama. Cuma perkataan `boikot' itu tidak manis. Tidak perlulah memboikot, cuma pastikan barangan dan keluaran yang kita mahu dapatkan itu adalah keluaran dari peniaga muslim. Jika barangan itu tiada tidak salah membelinya dari peniaga non muslim. Tidak salah membeli barangan dari non muslim selagi barangan itu halal dan tidak diragui.

Maka saya rasa tidak ada isu besar jika orang muslim mengutamakan barangan keluaran mereka. Malah dalam keadaan tertentu pembelian tersebut mungkin adalah satu jihad. Jihad untuk mengangkat ekonomi kaum muslim...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home