Sejak kebelakangan ini kawan-kawan saya telah berpindah pembeliannya ke Pasaraya Darul Makmur (PDM). Kata kawan saya ini adalah satu langkah meningkatkan ekonomi orang Melayu, menyokong peniaga Melayu yang beragama islam. walaupun ada barangan yang mahal seposen dua, kawan saya kata ianya sebagai `sedekah'.
Di Muadzam Shah terdapat satu PDM di Bandar Satellite, saya pernah ke PDM beberapa kali tetapi sebelum ini saya lebih suka ke pasaraya yang lebih banyak barangan iaitu Tunas Manja. Di Muadzam Shah terdapat dua Pasaraya Tunas Manja. Pelik juga.
Namun kini saya semakin kerap pergi ke PDM berbanding dengan Pasaraya Tunas Manja. Mengikut kawan saya, pembelian itu menolong bukan sahaja meningkatkan ekonomi orang Melayu secara langsung tetapi juga kuasa politik dan status orang Melayu dari segi kedudukan kelas sosialnya. panjang lebar kawan saya menerangkannya. Saya mendengarnya sambil makan karipap. Dan saya benar-benar terpengaruh dengan ceramahnya.
Saya terfikir juga, sampai bila kita mahu abaikan ekonomi orang Melayu yang berasaskan `perniagaan kecil dan sederhana', jika kita tidak menolong kaum kita, bagaimana kaum kita hendak maju?
Saya tidak terfikir selama ini akan hal ini. Mungkin sebab itulah tidak wujud orang Melayu yang betul-betul kaya selain dari sebab politik. Sedangkan kita mahu orang melayu kaya atas usahaniaga mereka.
Mungkin tidak betul orang Melayu malas berniaga, mungkin orang Melayu tidak menolong orang Melayu yang rajin berniaga.
Saya terlambat sedar, tetapi seperti biasa tentulah terlambat lebih baik dari tak langsung...
Abang Jan: Insyallah April ini mula aktif berniaga, he he he.
No comments:
Post a Comment