Sepatutnya bukan semua `challenge' kita sahut, sebab bukan semua `challenge' memberi manfaat...
Saya tidak sedar `benda alah' ini menular, sehinggalah saya terlihat di instagram. Mulanya sedap juga saya lihat sebab kopek-kopek perempuan tersebut bergoyangan ikut irama. Jadi santapan mata. Saya sudah tua tetapi nafsu saya masih ada. Namun kemudiannya barulah saya berfikir...
Saya berfikir zaman sekarang orang akan membuta tuli ikut apa sahaja atas dasar `terbaru' dan atas dasar berhibur. Tag line dia `Apa salahnya'. Saya rasa patut kita tukar tag line tersebut kepada `Apa manfaatnya?'
Mungkin sebab saya generasi lama, saya sibuk mencari manfaat atau kebaikan bagi setiap perkara, apatahlagi yang melibatkan perubahan. Perubahan masyarakat kita.
Hidup ini penuh cabaran, sebaik sahaja kita buka mata kita berhadapan dengannya. Oleh sebab kita bukan ungka di hutan, maka kita banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Banyak orang bergantung kepada kita sebenarnya, kita tidak boleh ambil mudah akan kehidupan dan perubahan-perubahannya. Saya rasa kita boleh pilih banyak cabaran lain yang membawa kepada pembangunan diri, memaanfatkan orang ramai.
Saya tidak tahu `Keke Challenge" ini datang dari mana. Tetapi trend luar yang sebegini memang mendapat sambutan di negara yang rata-rata mempunyai pemikiran yang boleh dipersoalkan kecerdikankannya. He he he. Biasalah orang kita...semua `masyuk'.
Mereka ini dikatogerikan dalam golongan yang dipanggil sanguinie, orang yang suka cabaran dan tonjolkan diri. Mereka suka beraksi, suka buat `drama'. Memanglah bagus sifat dan sikap sebegini, tetapi bukan semua cabaran harus kita sertai. Dulu ada kes di Ipoh, papan tanda pun mereka nak panjat, he he he. Apa masalah mereka sebenarnya?
Terima kasihlah kepada yang terlibat, membawa pembaharuan dan kemajuan. Yang besar.
`Terima kasih' juga kepada artis-artis yang turut sama menyemarakan trend Keke Challenge. Sumbangan mereka terhadap negara ini sangat dihargai. Boleh kita beri pingat, boleh kita beri gelaran. Ketika artis barat (yang kita sibuk katakan mereka tidak bermoral) perjuangkan isu alam sekitar, isu politik dan isu sosial, artis kita sibuk ber`Keke Challenge'. Taraf tu jea mereka. Sedih sungguh. Namun kita boleh kenal taraf artis tersebut, bukan semua artis buat.
Berkelakuan kelakar (kalau boleh dikatakan kelakar) di atas jalanraya atau di tepi jalanraya adalah sesuatu yang membahayakan. Ia boleh memberi sumbangan kecederaan atau kecelakaan kepada diri dan masyarakat.
Rasanya banyak lagi cabaran hidup yang kita perlu sertai untuk menjadikan kita kuat. Wabak ini memang sekejap tetapi cukup untuk gambarkan siapa kita...
Tapi aaah sekali lagi tentu generasi ini berkata "ala cool bro, trend jea...".
Abang Jan: Terlalu banyak cabaran dalam hidup, berhati-hati dalam memilih. bimbang ia tidak membawa kita ke mana-mana pun...
He he he...lembu boleh buat! |
No comments:
Post a Comment