"Kita mesti biasakan diri dengan kebarangkalian dan
ketidakpastian. Kawal degupan jantung kita..."
Kalau saya menulis, ia mungkin menampakan kebodohan saya pada khalayak. Namun saya teruskan juga menulisnya kerana saya percaya ia akan jadi lebih bodoh jika saya tidak menulisnya. Saya percaya banyak juga perkara yang manusia pendam akhirnya membawa kepada kebodohan pada dirinya, dan seterusnya menyukarkan lagi perjalanan hidupnya.
Bateri kereta saya bermasalah. Maksud saya apabila saya hidupkan enjin kereta, ia tidak terus secara automatik hidup. Kadang-kadang saya terpaksa mencuba hingga tiga kali, barulah injin itu hidup. Saya terus percaya ia disebabkan bateri kereta saya yang semakin lemah. Dan ia dikuatkan lagi dengan hujah bahawasanya sudah lama saya tidak tukar bateri kereta. Jadi logiklah kerana bateri. Kan?
Jadi pada waktu rehat, saya tidak makan tengahari. Saya menuju ke bengkel kereta. Saya mahu tukar bateri, saya mahu beli bateri baru. Lama juga saya menunggu sebab bengkel itu hanya ada dua orang pekerja. Sorang terlalu muda, masih budak lagi. Sebab itu kot saya diminta menunggu...
Setelah diperiksa dengan satu alat yang saya tidak tahu apa namanya, ia menunjukan bateri saya masih lagi tidak lemah. Dan pekedai tersebut beria menerangkan apa yang terjadi pada bateri saya sambil menunjukan jarum meter di alat yang digunakan itu. Saya anggup walaupun saya sepatah aharam tak faham.

"Encik boleh guna lagi bateri ini sehingga setengah tahun. Buat apa membazir jika boleh guna lagi?. Tapi kalau sekali kena jumper, encik kena terus tukar bateri baru" Kata pekedai tersebut.
Setelah mengucapkan terima kasih, saya terus riang meninggalkan bengkel tersebut. Selamat duit saya, itulah kata hati saya. Saya terus memandu menuju kampus. Setiba di kampus saya beritahu kawan rapat mengenai keadaan bateri kerata saya, dan kunjungan saya ke bengkel kereta.
"Mungkin ada masalah lain tu Man, mungkin bukan masalah bateri..." kata kawan saya.
Saya merasa pelik pula, tapi logik juga. Kalau bukan masalah bateri mengapa tidak mudah hidupkan injinnya? Logik juga sangkaan kawan saya tersebut.
Namun saya pendamkan sahaja rasa tersebut sebab pastilah tuan punya bengkel itu maha mengetahui berbanding dengan rakan sepensyarahan saya.

Malang tidak berbau apabila saya balik kampong, kereta saya tidak dapat dihidupkan langsung. Apabila keluar dari pasaraya saya gagal menghidupkan injinnya. Maka saya bersama emak, jiran dan anak-anak saudara saya tersadai di depan pasaraya.
Sementara berfikir apa yang mahu dibuat, saya makan ais krem. Kami makan ais krem.
Sementara berfikir apa yang mahu dibuat, saya makan ais krem. Kami makan ais krem.
Akhirnya saya menalipon anak saudara saya supaya mengambil saya dan keluarga balik ke rumah. Jadi Sisijay saya dibiarkan di situ...
Apabila pulang rumah, saya rasa lega kerana percaya masalah kereta itu dapat diselesaikan oleh adik lelaki saya. saya tidak perlu fikir apa-apa kerana saya percaya adik saya akan uruskannya nanti.
Dan keesokan harinya kereta saya boleh dihidupkan apabila diganti dengan bateri baru.
Dan selepas itu hingga ke hari ini, kereta saya lancar sahaja.
Dan keesokan harinya kereta saya boleh dihidupkan apabila diganti dengan bateri baru.
Dan selepas itu hingga ke hari ini, kereta saya lancar sahaja.
Saya mula berfikir sepatutnya saya tukar juga bateri itu dulu...namun kenapa pekedai itu suruh saya guna selama 6 bulan lagi?
Saya mahu sangat merasai bagaimana menukar bateri kereta secara normal. sehingga kini semua kejadian tidak normallah yang membawa saya membeli bateri kereta. Contohnya bateri habis sebab tidak tutup lampu kereta.
Saya juga mula berfikir tentang keberangkalian-kebarangkalian lain...yang sepatutnya saya buat...tetapi saya sudah penat dengan kebarangkalian-kebarangkalian ini...
Saya juga mula berfikir tentang keberangkalian-kebarangkalian lain...yang sepatutnya saya buat...tetapi saya sudah penat dengan kebarangkalian-kebarangkalian ini...