Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, March 8, 2018

Menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anak

Secara umum, saya percaya ibubapa zaman sekarang tidak menggunakan kekerasan fizikal atau mental dalam mendidik anak-anak. Ramai ibubapa zaman sekarang lebih cenderung mengambil pendekatan `lembut' atau zaman sekarang dipanggil psikologi.

Tidaklah pula mendidik anak-anak dengan cara keras yang diamalkan pada masa dahulu, dikecam pada masyarakat dahulu. Apabila zaman berubah, ibubapa berubah, anak-anak berubah dan akhirnya masyarakat yang berubah. 

Namun dalam satu-satu rumahtangga ibubapalah yang lebih tahu akan isi rumahtangganya dan bagaimana mereka menggunakan pelbagai jenis pendekatan. Yang paling utama dan penting adalah ketegasan dalam mendidik perlu dan ia mesti berterusan. jangan sekejap tegas, sekejap tak, sekejap boleh, sekejap tak boleh. anak-anak akan keliru.  Dan hal ini tidak ada sesiapa boleh campur tangan.

Kes dera berbeza. Kes dera berfrofile tinggi. Harus ada pihak luar yang menyiasal sama ada dera atau mendidik. Kes dera, punca penyakitnya ada pada ibubapa tersebut sehinggakan ia mendera. Ia bukan penyakit pada anak-anak. Anak-anak adalah mangsa dera. Yang sebenarnya perlu dibentuk adalah ibubapa tbukannya anak-anak. Ibubapa seperti ini hanya tahu kawin dan bersetubuh tetapi tiada ilmu dan kesabaran dalam mendidik anak-anak.

Kita yang dengar-dengar hujung telinga ini tidak perlulah buat spekulasi, doakanlah kebenaran akan timbul. Bukannya menghukum. Tetapi biasalah, masyarakat internate Malaysia lebih teruk daripada masyarakat internate lain.




No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home