Masa saya kecil dulu, pada zaman 70an, apabila elektrik padam...ayah akan pasang lampu gasline. Zaman itu tiada TNB, mereka dipanggil LLN (Lembaga Leterik Negara). Dan pada zaman itu, kekerapan elektrik terputus tinggi. Kadang-kadang sampai seharian, semalaman.
Namun bila elektrik terputus kami rasa gembira. Kami tidak menyalahkan kerajaan. Tidak seperti zaman sekarang apabila semua orang rasa makin pandai, semua perkara tidak puas hati.
Bila elektrik terputus, ayah akan pasang lampu gasline dan mak mungkin akan bercerita pasal musang yang mahu makan anak ayam. mak mungkin menyanyi.
Kami adik beradik duduk keliling melihat ayah `menyediakan' lampu tersebut. Kami amat berminat seolah remaja sekarang dapat gajet terbaru. Seolah guru besar dapat peruntukan baru untuk buat garaj keretanya. Atau seolah penyanyi yang dah tak laku dapat tawaran main filem. Ia begitu mengujakan jiwa.

Ayah akan duduk di tengah rumah. ayah letak gasline dan juga sarung lampu yang macam net halus (jala), jenis butterfly. Ayah pasang net halus tersebut. tutup perlahan kaca balang... Ayah kemudian cucuh api perlahan-lahan dan ayah mula mengepam. Bila semakin dipam semakin terang rumah sewa kami.
Bila rumah makin terang, kami makin gembira. Hati jadi kembang. Kami boleh main `bayang-bayang' dari tapak tangan kami...
Bila rumah makin terang, kami makin gembira. Hati jadi kembang. Kami boleh main `bayang-bayang' dari tapak tangan kami...
terima kasih untuk jamkampung.blogspot, saya ambil gambar nett ini di situ. |
Dan ayah gantung di alang rumah. Kami bak kelkatu merenung mendagu melihat lampu yang kami ibartkan sangat moden dan istimewa itu.
Tetapi posting ini bukanlah pasal lampu gasline itu semata-mata. Ia pasal kekeluargaan. Pasal hubungan dan fungsi seorang ayah dan anak-anaknya. Pasal kami adik beradik.
Pasal seorang ayah `menerangi' keluarganya dari `kegelapan'...
Dunia makin berubah, saya percaya kini seorang ayah tidak ada banyak masa dengan anaknya. sendiri. Begitu juga dengan adik beradik. Tidak banyak kejadian atau peristiwa yang mendedekatkan keluarga. Adik beradik jika tidak berada dalam bilik masing-masing, mereka berada di luar rumah.
Perubahan dunia terus berlaku. Berlaku, berlaku dan berlaku. Saya ucapkan terima kasih kerana lahir pada zaman di mana tidak sepesat kini...
Kepesatan dan kemodenan membunuh sesuatu yang dulunya kita tidak dapat lihat tapi dapat rasa dan berkesan...
Haaa aha...aaa...Haaaaaaaaaaaaaaa...ahahai...
Add caption |
No comments:
Post a Comment