Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, February 26, 2018

100 Tahun Sekolah Kebangsaan Kampung Raja (SKKR) 1916-2016



Sebelum ke sekolah menengah, tentulah kita bersekolah rendah. SKKR merupakan sekolah rendah yang selalu ada di hati saya. Saya amat bangga kerana berpeluang bersekolah di sini. Hutang budi dibawa mati.

Sudah ramai cikgu saya meninggal dunia. Yalah, saya pun sudah hampir berumur 50 tahun. Saya teringat cikgu Aziz yang mengajar saya jadi pengakap yang berdisiplin. Bila jadi ahli pengakap barulah saya rasa hidup saya ini ada tujuannya. Al Fatihah untuk cikgu Aziz dan cikgu-cikgu saya yang telah tiada. Hanya tuhan boleh membalas jasa mereka.

Tahun-tahun 70an adalah tahun yang sangat indah. Lagu di radio sedap-sedap, dan walaupun tak ada banyak barang dan pilihan, RM10 boleh beli banyak barang. He he he. 




Balik bercuti tempohari saya berpeluang untuk turut serta dalam majlis sambutan 100 tahun SKKR. Saya dapati sekolah ini telah dipenuhi dengan bangunan-bangunan sekolah. Saya juga nampak kesungguhan cikgu-cikgunya menjalankan sambutan ini.



Saya berdoa semoga sekolah ini terus melahirkan pelajar yang bagus pada masa hadapan...

Oh ya, saya sertai juga senamrobik pada pagi tersebut...

Tuesday, February 20, 2018

Siri Bintang Pujaan: Julie Remie (2016)

Cover album
Semalam saya beli album ini. Ini adalah album Julie Remie yang pertama saya beli. Sebelum itu saya ada dengar beberapa lagu beliau di radio. Lagu beliau yang paling popular adalah `Korban Percintaan'. Katanya pada suatu masa dulu, sekitar 70an, beliau antara penyanyi yang laris di pertunjukan pentas.

Lirik Korban Percintaan - Julie Remie

Duhai kanda rayuan hati
Rayuan kasih cinta abadi
Tiga tahun peristiwa berlalu
Batin tersiksa dipasung rindu

Tapi kini apa 'kan daya
Aku hanya insan biasa
Pada Tuhan aku berserah
Menyerah diri di atas sejadah

Aku tahu kau tak bersalah
Takdir Tuhan tiada terduga
Hanya doa dan air mata
Mengiringi perpisahan kita

Padamu kasih aku berpesan
Kira jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong tuliskan
Inilah kubur korban percintaan

Lagu ciptaan: Hasnin Hassan

Related image

Nama sebenar beliau ialah Juriah Haji Juraimi. Album pertama beliau diterbitkan pada tahun 1976. Dan beliau bersara pada tahun 1977 apabila berumahtangga. album beliau adalah Julie Remie (EP), Perasaan Remaja (LP) dan yang terakhir Engkaulah Sinar Hidupku (LP). (Sumber: Kulit belakang album).

Suara beliau lembut dan tersendiri. Saya hairan penyanyi dulu suaranya berbeza-beza. Penyanyi sekarang suaranya lebih kurang sahaja bunyinya. Entahlah.

Banyak lagu-lagu dalam album ini saya tidak pernah dengar. Namun mendengar lagu-lagu 70an mendamaikan. Rasa simple sahaja kehidupan. Saya bukan anti lagu zaman ini. ada yang bagus tetapi lagu lama lebih nolstalgia. lebih sentimental sifatnya.

Saya membeli album ini kerana memang sukar mendapatkan album -album penyanyi lama. saya juga semakin `lama', he he he.

Saya suka lagu Korban percintaan sebab ia bersifat universal. 

Abang Jan: "Intipati percintaan adalah kejujuran, tanpanya ia hanyalah penipuan..." 






Tuesday, February 6, 2018

Debu Debu Cinta - Sharifah Aini





bumi kering retak di sana sini...


Buku masakan saya

Antara buku masakan saya


Saya harap saya ada banyak masa terluang untuk memasak. Saya suka memasak namun saya tidak ada masa untuk memasak. Saya tidak seperti dahulu...

Kini saya hanya membaca buku masakan di atas katil, dan kemudiannya start kereta untuk ke kedai makan.

Saya tidak mahu komplain banyak...ini hidup terbaru saya.



Pentingkah berjogging?

Image result for berjogging


Saya takut untuk timbang berat badan saya. Saya berpendapat timbangan saya sekarang mencecah 90 kilogram. Oleh kerana saya pendek, saya kelihatan stopok. Yup, sekarang saya sangat gemuk!

Saya mengakui kepentingan berjogging sebagai salah satu cara untuk kita hargai kesihatan tubuh kita. Banyak manfaatnya berjogging. Antaranya dapat turunkan berat badan dan kuatkan tubuh badan. Tubuh badan kita, kitalah yang jaga, yang bertanggungjawab ke atasnya. Saya tidak mahu ulaskannya di sini.

Saya tidaklah berjogging berterusan, saya berjogging secara perlahan dan kemudiannya bila lenguh, saya berhenti untuk berjalan cepat. Jalan cara makan angin kata orang. Dalam sejarah penjjoggian hidup, amalan ini tidak menjadi amalan. Ia datang bermusim. terutama musim saya kelihatan gemuk

Saya kecewa kerana berjogging tidak menjadi amalan saya. Namun kekecewaan itu dapat saya tebus sedikit apabila menyedari 100% kawan saya tidak menjadikan berjogging sebagai amalan mereka. He he he.

Saya cepat gemuk. Bila saya kontrol makan sedikit, saya akan mengalami penurunan berat badan, tetapi agak perit apabila berusia. Ia payah untuk turun dengan cepat.

Semalam buat kali keduanya saya turun berjogging selepas habis kerja. Semangat berjogging timbul apabila sahabat-sahabat saya mula/juga mahu berjogging. saya tidak mahu fikir negatif, jika ada sesuatu yang saya boleh cuba, saya cuba.

Kali pertama saya turun padang, saya rasa lenguh seluruh badan. Rasa lelah pun ada. Kali kedua paha dan lutut saya rasa sakit. Itupun bukanlah saya berjogging berterusan. Saya mula dengan selow-selow dahulu.

Saya harap tabiat ini akan dapat saya teruskan...

Monday, February 5, 2018

Akhirnya saya hanya sekelumit dari episod hidupnya...

Saya malu untuk mengirim doa kepada kawan saya yang mahu pergi mengerjakan umrah. Sudah tiga kali dia bertanyakan hajat saya.

Saya malu untuk beritahu .... semoga Allah luputkan dia dalam ingatan saya kerana saya juga mahu hidup bahagia. Doa itu saya malu sampaikan kepada dia.

Saya hanya kirimkan doa agar emak dan ayah saya sihat selalu dan panjang umur...

Thursday, February 1, 2018

Kenangan lampu gasline...dan ikatan kekeluargaan

Masa saya kecil dulu, pada zaman 70an, apabila elektrik padam...ayah akan pasang lampu gasline. Zaman itu tiada TNB, mereka dipanggil LLN (Lembaga Leterik Negara). Dan pada zaman itu, kekerapan elektrik terputus tinggi. Kadang-kadang sampai seharian, semalaman.

Namun bila elektrik terputus kami rasa gembira. Kami tidak menyalahkan kerajaan. Tidak seperti zaman sekarang apabila semua orang rasa makin pandai, semua perkara tidak puas hati.

Bila elektrik terputus, ayah akan pasang lampu gasline dan mak mungkin akan bercerita pasal musang yang mahu makan anak ayam. mak mungkin menyanyi.

Kami adik beradik duduk keliling melihat ayah `menyediakan' lampu tersebut. Kami amat berminat seolah remaja sekarang dapat gajet terbaru. Seolah guru besar dapat peruntukan baru untuk buat garaj keretanya. Atau seolah penyanyi yang dah tak laku dapat tawaran main filem. Ia begitu mengujakan jiwa.

Ayah akan duduk di tengah rumah. ayah letak gasline dan juga sarung lampu yang macam net halus (jala), jenis butterfly. Ayah pasang net halus tersebut. tutup perlahan kaca balang... Ayah kemudian cucuh api perlahan-lahan dan ayah mula mengepam. Bila semakin dipam semakin terang rumah sewa kami.

Bila rumah makin terang, kami makin gembira. Hati jadi kembang. Kami boleh main `bayang-bayang' dari tapak tangan kami...

Image result for lampu gasoline butterfly
terima kasih untuk jamkampung.blogspot, saya ambil gambar nett ini di situ.

Dan ayah gantung di alang rumah. Kami bak kelkatu merenung mendagu melihat lampu yang kami ibartkan sangat moden dan istimewa itu. 

Tetapi posting ini bukanlah pasal lampu gasline itu semata-mata. Ia pasal kekeluargaan. Pasal hubungan dan fungsi seorang ayah dan anak-anaknya. Pasal kami adik beradik.

Pasal seorang ayah `menerangi' keluarganya dari `kegelapan'...

Dunia makin berubah, saya percaya kini seorang ayah tidak ada banyak masa dengan anaknya. sendiri. Begitu juga dengan adik beradik. Tidak banyak kejadian atau peristiwa yang mendedekatkan keluarga. Adik beradik jika tidak berada dalam bilik masing-masing, mereka berada di luar rumah.

Perubahan dunia terus berlaku. Berlaku, berlaku dan berlaku. Saya ucapkan terima kasih kerana lahir pada zaman di mana tidak sepesat kini...

Kepesatan dan kemodenan membunuh sesuatu yang dulunya kita tidak dapat lihat tapi dapat rasa dan berkesan...

Haaa aha...aaa...Haaaaaaaaaaaaaaa...ahahai...



Add caption

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home