1. 5 Julai lalu genap setahun pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Kak Pah.
2. Dan setahun jugalah saya tidak memainkan lagu nyanyian allahyarhamah. Penyanyi yang paling saya minati.
3. Saya tidak sangka saya boleh laluinya dan melawan perasaan untuk tidak mendengar suara merdu (yang mendamaikan) dari beliau. CD Kak Pah tersusun rapi di rak. Saya hanya melihatnya sekali-sekala. Sebelumya setiap hari saya pasang lagu Kak Pah
4. Saya juga terus menutup radio apabila terdengar nyanyian beliau. Saya rasa sedih. Namun tempoh berkabung tersebut telah tamat. Saya akan mendengar lagu beliau. Tidak mendengar lagu beliau adalah suatu yang tidak menyelesakan...
5. Setahun tanpa beliau amat memenatkan jiwa saya kerana maaf cakap, tiada suara yang merdu sepertinya yang dapat menghiburkan hati saya.
6. Saya tidak percaya ada suara semerdu beliau walaupun saya suka suara Aisyah, Uji Rasyid, Rohayu Majid dan Nora (sekadar menyebut beberapa nama).
7. Ada penyanyi yang dapat menyanyi dengan baik tetapi suara tidaklah sesedap mana.
8. Saya juga tidak lagi peka dengan perkembangan seni suara tanah air. Tidak ada penyanyi baru yang berjaya kagumkan saya dengan suara yang baik. Walaupun ada banyak pogram realiti yang mencungkil bakat baru, saya tidak nampak siapa-siapa yang akan menjadi bintang yang hebat. Mutu suara sangat rendah...
9. Setelah perginya Kak Pah, tidak ada lagi bintang yang hebat dan bersinar. Yang ada hanyalah insan-insan yang menjadikan kerjaya penyanyi itu sebagai satu jenis pekerjaan yang biasa.
10. Tidak seperti kak Pah yang sehingga ke akhir hayatnya arwah sentiasa releven dalam perkembangan industri muzik dan seni suara tanah air.
11. Al Fatihah, semoga arwah Kak Pah sentiasa dilimpahi rahmat, Amin.
4 comments:
mungkin Nora agak terhampir jika melihat kepada kemerduan suara...tapi kak pah memang tiada tandingan sehingga kini...
Thanks Angah kerana masih membaca posting saya,
Selamat berbuka dan berhari raya...
Ya bukan kepalang merdunya suara arwah...
Ya bukan kepalang merdunya suara arwah...
Post a Comment