Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 30, 2015

Ulasan Buku:Membedah P. Ramlee






Tajuk Buku: Membedah P Ramlee
Penuluis Daniyal Kadir
Harga: RM25
Muka surat: 207
Penerbit: Dubook Press


Balik bercuti, saya akan ke Bandar Jerteh membeli buku di kedai Syarikat Muda Osman (SMO). Saya memiliki kad SMO untuk dapatkan potongan yang menarik. Walaupun saya mampu, saya tetap guna kad untuk berjimat. mengapa bayar lebih kalau boleh bayar kurang. Dan kad ini memang menjimatkan bagi orang yang suka beli buku...(dan membacanya...)

Buku ini dibalut kemas dengan plastik, ia membuatkan saya rasa cuak tetapi saya beli juga. Saya rasa cuak bimbang takut-takut gimik saja lebih. Namun apabila membacanya saya rasa best sangat, saya tidak sedar saya membaca sekaligus sehingga habis!.

Biasanya saya baca ala playboy, maksud saya baca buku ni sikit, buku tu sikit dan buku lain sikit, He he he.

Buku ini membedah 15 buah filem P Ramlee di mana banyak maksud yang tersirat dan tersurat. Penulisnya bijak melihat dan mengabungkan apa -apa idea yang ada di filem P Ramlee dan di antara filem-filem P Ramlee. Apabila kita membacanya kita akan dapati filem-filem P Ramle bukan sahaja sekadar hiburan tetapi banyak perkara lain yang akan kita dapat fahami...atau jadikan tauladan. Banyak perkara yang P Ramlee mahu sampaikan kepada kita...

Rasanya kita akan faham kerana kita memang membesar dengan filem-filem P Ramlee,,,

Saya beri 5 Bintang untuk buku ni. Sebab saya suka membacanya. He he he.

Adakah membaca akan membuatkan kita kaya?

Kita tidak boleh kata orang yang kuat membaca akan jadi kaya. Namun apabila kita memeriksa orang-orang kaya kita akan dapati tabiat mereka adalah membaca!

Membaca adalah penting untuk mencari ilmu supaya otak bergerak supaya dapat membentuk kehidupan. Membanding dan mencapai, menanan cita-cita. 


Image result for reading habit

Yang nyata membaca sama ada melalui buku atau media elektronik yang lain memberi kesan yang besar ke atas hidup manusia. 

Image result for reading habit


Rajin membaca dari peringkat awal membawa kepada kehidupan yang lebih senang dan tidak menyalahkan orang lain. Sebabnya yang membaca mendapat input dan memberi input.

Satu kajian yang telah dijalankan (saya tidak membaca kajian tersebut tetapi membaca hasil kanjinnya sahaja) menunjukan 88% orang kaya membaca setiap hari paling kurang setengah jam. Dan kajian ke atas orang miskin hanya 2% sahaja membaca lebih dari setengah jam sehari.

Manakala didapati 88% responden kaya suka membaca berbanding hanya 26% responden miskin suka membaca.

Image result for rich man reading book

Monday, December 28, 2015

Salah siapa?

Saya berpendapat peluang untuk kita hidup berjaya dan senang telah diberikan secara sama rata antara kita. Maksudnya kalau kita benar-benar rajin belajar dan bekerja, kita akan hidup senang. Dan jika lebih kuat lagi kita akan kaya.

Masa belajar, kita belajar rajin-rajin, ikut nasihat ayah ibu, guru-guru. Kita ambil faham apabila mereka kata tanpa pelajaran hidup susah. (Kita tak buat tak reti basa, kita tak buat ayahmak dan guru ahli bahas kita).

Bila bekerja juga kita jadi pekerja yang rajin, dan ada saja mencipta jalan untuk lebih produktiviti. (Kita tidak kerja gitu-gitu jea).

Saya tidak kaya, saya ok-ok sahaja. Saya ada ramai kawan yang berjaya dan kejayaan `hidup senang' mereka jauh meninggalkan saya.  Mereka kaya raya. Saya rasa naif sangat apabila berada dengan mereka. Saya rasa segan bila mereka bertandang ke rumah saya walaupun sebenarnya saya tak perlu rasa begitu. (sebab rumah mereka besar tapi tak ada taste, he he he).

Namun saya tidak menyalahkan sesiapa atau pihak mana sebab saya tahu kawan-kawan saya tersebut layak dan terlebih layak berbanding saya sebab mereka lebih sangat rajin belajar dan berani menanggung risiko. Mereka manusia yang patut hidup lebih senang. Berfikiran terbuka, tak pernah sesekali menyalahkan pihak lain sama ada kerajaan, pembangkang, mak cik kantin, polis trafik, dan jauh sekali gabenor bank negara.

Oleh itulah amat pelik bagi saya apabila orang yang tidak rajin belajar  suatu waktu dulu dan sekarang ini tidak rajin bekerja melaungkan akan kesusahan hidup yang mereka alami... menyalahkan orang di sekeliling mereka.

Tak kanlah mereka nak ada rumah besar, kereta besar dan bini cantik... mengarut! 

Kalau kita senang-senang dahulu, tentulah susah dikemudiannya.

Tidak kah itu satu pembalasan...yang adil?


Image result for rich people and poor people differences

RM4.50!

Pagi tadi saya beli mee hung dan ambil seketul ayam yang bukannya besar pun. Harganya RM4.50!.

Saya bukannya kedekut tetapi saya rasa ianya mahal apatah lagi setelah saya rasa mee hung goreng tersebut tidak sesedap yang saya masak (konon). Saya beri C-. atau 2 bintang dari lima.

Dan saya terus berfikir macam mana la orang yang tidak berduit melaluinya...

Saya belajar dan mengajar ekonomi. Saya tahu harga akan selalu naik, cuma saya terkilan pendapatan isirumah tidaklah naik segalak inflasi... 

Sekian.

Image result for so expensive meme

Realize how blessed you are

Selepas bercuti, bila kita balik semula ke dunia kerja kita, kita tidak automatik dapat sesuaikan fizikal dan rohani kita. Percutian itu memberi kesan pada fizikal dan minda kita. Kita mungkin letih sebab banyak berjalan. 

Minda kita juga letih sebab kita tidak lalui hari seperti hari-hari yang selalunya. Jadual sedikit berubah.

Namun kita sebenarnya harus rasa syukur kerana kita beruntung sebab masih ada kerja. Dan kerja kita tu sebenarnya boleh dibuat oleh orang lain juga. Maknanya di sini kita kena hargainya. Dan sebab kerja inilah kita boleh bercuti, haaa... 

Namun bila buka email kita nampak `Your mailbox is almost full'.  Ya rabbi banyaknya email. Kita kena baca satu persatu emailnya. Dan sisihkan yang tak ada kena mengena dengan kita. Mulalah kita merungut itu ini. He he he.

Saya tumpukan kepada email yang harus saya beri respong. Insyallah siap saya tanam dalam jiwa. Terutama kerja yang berkaitan dengan orang lain, jangan kerana kita, orang lain tak boleh buat kerja. Jangan sesekali. Waktu ini saya perlukan secawan kopi...he he he.

Dalam membuat kerja tu, saya mula pula bayangkan bila dan macam mana agaknya cuti saya yang akan saya lalui di lain kali...he he he.

Kita pasti akan bercuti lagi...bersyukur kerana percayalah ramai yang tidak dapat bercuti langsung...



190713



Back to work after long holiday week...

Saya cuti panjang...seminggu (tujuh hari termasuk sabtu dan ahad).

Makna `cuti panjang' mungkin berbeza bagi berlaianan orang. Namun untuk kehidupan seperti saya ini, cuti seminggu sudah dikira cuti panjang. Teringat semasa bekerja sebagai guru, cutinya panjang. Bagi pensyarah, tiada cuti sebegitu. Hanya sejumlah cuti tahunan sahaja yang diberikan. Digunakan pada waktu yang sesuai. Digunakan sana sini...

Seingat saya sudah hampir 10 tahun saya tidak cuti melebihi tujuh hari, Sadis bunyinya.

Oleh kerana cuti semester pelajar bermula seminggu pada minggu lepas, saya ambil peluang bercuti juga selama seminggu. 

Saya boleh bangun lewat! bermalasan atas katil...(setelah tido lewat). Saya boleh berkebun dan balik kampung. Saya bukan lagi seorang pensyarah...

Saya manusia biasa yang adalah diri saya. Saya tidak terasa langsung saya adalah pensyarah, he he he.

Bila lama bercuti, nak dapatkan mood bekerja sukar. Namun saya harus mulai isnin dengan bijak:

Saya bangun lebih awal dan ke tempat kerja lebih awal. Bangun awal pada hari isnin membuatkan saya tidak kelam kabut menyalahkan hari `isnin'. Saya ada banyak waktu untuk mengatur perancangan dan apa yang harus saya buat. Tidaklah nanti stress sangat. Sebab hari isnin adalah hari yang paling banyak saya hadapi kuliah dan tutorial.

Dan hari isnin juga saya harus bersabar, dengar banyak lagu Kak Pah. He he he.



Image result for back to work after long weekend quotes

Biarlah hanya tuhan yang tahu...

Bercuti di kampung memang mengembirakan. Duduk bersila bersama keluarga. pergi mari-pergi mari di rumah kita dibesarkan. Berjalan-jalan di kawasan kita dibesarkan. Apabila cuti tamat, mahu balik semula ke dunia kerja amat tidak gembira. Sebaik sahaja saya sampai di rumah saya lihat ada pesanan ringkas daripada emak saya... Emak saya beritahu ada perubahan pada sikap saya...dan emak saya tanya kenapa? Saya tidak membalasnya. Cuma pada malamnya saya menalipon emak bertanya khabar. Saya tidak bercakap langsung pasal hal tersebut... dan emak tidak menimbulkannya semula.


Image result for a hard life



Abang Jan: Lagu-lagu yang merdu masih menjadi hiburan...

Ayah sudah mula boleh berjalan...

Perkara yang paling gembira sekali pada cuti minggu lepas ialah ayah saya sudah boleh berjalan perlahan-lahan.

Setelah empat bulan 20 hari ayah terlantar, akhirnya ayah boleh bangun dan berjalan perlahan-lahan. Ia sangat menakjubkan bagi saya. Ajaib.

Ada yang meramalkan ayah saya tidak akan mampu berjalan selamanya. Sebab sebelum ayah kemalangan, ayah sudah ada sakit di bahagian pinggang. Dan apabila motornya dilanggar kereta, ia bertambah sakit. Ayah tercampak.

Ayah tidak suka doktor, jadi ayah duduk dirumah sahaja terlantar dijaga oleh misi pencen iaitu emak saya.

Masa ayah sakit emak sangat penat sebab ayah sudah menjadi seperti budah. Dan yang lebih teruk ayah akan marah-maran, merajuk dan bercakap perkara yang sama berulangkali. Saya rasa itu mungkin kerana ayah terlantar dan tiada aktiviti lain selain aktiviti mulut.

Saya berharap ayah saya semakin sihat...


Ayah di kolam ikan (gambar lama dari fail)

Thursday, December 24, 2015

Cuti sekolah akhir 2015

KFC Kuantan Perade

Cuti sekolah, saya dapat juma hampir semua anak-anak saudara saya kecuali Najihah di MSU, dan Azlan di UPSI. 

Kami keluarga kelas bawahan ini tidak bercuti ke luar negeri. Bila cuti tiba masing-masing cuba berkumpul dan buat aktiviti terbaik yang kami mampu. Tidak kira di mana sahaja.

Saya pernah terpikir mahu buat rumah besar dan selesa supaya mereka semua selesa bercuti di rumah saya. Tidak perlulah mereka tidor di ruang tamu kerana bilik tidak cukup. Namun ayah saya kata, yang paling penting adalah berkumpul sesama keluarga...
Berulangkali saya beritahu anak-anak saudara saya yang `keluarga adalah harta yang sebenarnya'.

Anak-anak saudara saya makan maggie je.

Adik saya sempat singgah ke rumah saya. Semasa dia balik kampung saya masih lagi berada di Kuantan. Bila dia mahu balik ke Ulu Yam, dia singgah bermalam di rumah saya.



Di Kuala Besut, Besut Terengganu.
Di dinding bangunan di Kuala Besut ada lukisan yang menarik. Saya sendiri tidar sedar ianya wujud. Cantik bila kita pukul gambar.
Ini Aisyah, anak sulong adik perempuan saya.

Nanti balik, saya nak ambil gambar di sini...

Friday, December 18, 2015

Murid bodoh ke, atau cikgu bodoh?

Image result for bad teacher


Sebagai tenaga pengajar, saya telah melalui banyak pengalaman yang membawa kepada pengajaran-pengajaran kehidupan yang amat bernilai, yang tidak ada dalam buku. Menjadikan kita lebih manusia. Memanusiakan kita.

Tuhan jadikan saya cikgu sekejap, untuk ajar banyak perkara jadi pedoman selamanya.

Saya dapati tidak semua pelajar cerdik, malah ramai yang bodoh. Yang dipanggil bodoh itu ialah pelajar yang daya penakulan terhadap pelajaran yang diajar lemah. Mereka sukar memahami apa yang diajar. Dan kerapkali apabila di `test' melalui kuiz dan sebagainya, didapati separuh daripada apa yang di ajar pun mereka gagal memahaminya. Mereka bodoh. Kita jadi marah.

Sebenarnya saya tidak senang hati dan terkilan jika pelajar dicop bodoh secara terangan. bagi saya kalau pelajar bodoh saya tidak marah, saya simpan dalam hati. Yang membuatkan saya marah ialah pelajar malas. Malas guna peluang baiki diri.

Namun perkataan bodoh itu tidak tepat kerana ada di antara mereka sukar memahami apa yang diajar tetapi apabila mereka fahaminya mereka akan kejap kukuh di ingatan. Dan menggunakan pengetahuan itu ke arah yang baik untuk majukan diri. (Yup, apa guna kalau cepat faham dan cepat pula lupa.)

Mereka ini juga dikenali dengan perkataan atau ayat yang lebih manis iaitu `lambat belajar'. Sebenarnya lambat belajar jauh lebih baik dari cepat belajar dan cepat lupa atau cepat belajar pada benda yang tak sesnonoh atau memudaratkan diri dan masyarakat.

"Awak ni bodoh sangat, makan apa?!" ini adalah ayat yang tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang guru yang cerdik kepada murid (di depan murid tersebut di khalayak ramai). Guru seperti ini memalukan imej guru-guru lain, selain mencatas tunas harapan murid.

Dan guru-guru sebegini berani bercakap begitu sebab sekolah yang dia orang mengajar adalah di kawasan pendalaman, bukan di bandar. Guru ini berhadapan dengan pelajar yang ibubapanya bukanlah guru dan tidak mempunyai kedudukan yang bagus dari segi harta benda dan sosial. Atau dengan kata lain pelajar yang ketinggalan...(yang seharusnya dia bantu. Pelik kan? Selamat datang ke planet bumi).

Orang selalu kata kerja cikgu adalah mulia dan senang masuk syurga. Saya juga pernah menjadi guru lebih dari lima tahun. Saya membuat rumusan menjadi guru juga senang membawa kita ke neraka... Tanggungjawab besar itu amatlah besar. Setiap bulan terima gaji, kenalah rajin la ke kelas, jangan lewat atau ponteng... Makan gaji haram.

Namun saya percaya golongan cikgu sebegini segelintir sahaja rasanya. tetapi segelintir ini amat merbahaya dan durjana kerana ia boleh membunuh cita-cita, harapan dan kehidupan murni yang baru tumbuh. 

Mereka terlupa pelajar yang seharusnya paling disayangi dan diberi galakan adalah pelajar yang paling bodoh!


Monday, December 14, 2015

Saya dan ketam

Saya dan ketam

Pada beberapa minggu yang lalu saya ke kedai Zahari. Zahari adalah kawan sekerja saya semasa di Kolej Shahputra. 

Saya diberitahu Zahari sudah buka gerai makan. Antara yang menarik ialah maggie ketam.

Pada petang tersebut saya makan tiga ekor ketam.

Ketam baik untuk kesihatan. Ketam boleh menambah folat yang ada dalam badan membantu proses kehamilan. Kalau merancang untuk mempunyai bayi, Bolehlah mula makan ketam agar saluran neurologi elok (mengurangkan peratus kecacatan bayi yang baru lahir).

Pun begitu saya bukanlah merancang untuk hamil. Kalau ada bayi tentu hidup saya tunggang langgang.

Saya makan ketam sebab daging ketam sedap dan rendah kalori.

Kedai Zahari ini terletak di Kuala Pahang, dalam lima kilometer dari UMP. Semasa makan ketam saya terasa angin sepoi bahasa menghembus pipi saya. Kedai tepi pantai.

Saya makan dengan lahapnya. Saya tidak sedar kuah kari terencik di handpong saya. Saya juga terpaksa minta minuman lain sebab sebahagian ketam telah termasuk dalam air minuman. mengeruhkan suasana teh o tersebut.

Mungkin saya lapar...




Beg sekolah zaman sekarang

Saya dapati beg sekolah pada zaman sekarang sudah bertambah fungsi... Dulu beg sekolah digunakan untuk bawa buku ke sekolah dan diletak di belakang kerusi. Kira sangkut gitu.
Zaman saya sekolah rendah dahulu, saya pakai beg hijau sahaja. Saya pakai sampai setahun. Sampai lusuh runyai. Zaman itu saya kuat bermain dan tak ada masa nak berfikir `beg sekolah aku dah buruk'. Yang fikir adalah emak `beg sekolah anak aku dah buruk'.
Bila zaman sekolah menengah pula saya kerap ikat buku guna tali yang macam tali pinggang. Dan kadang-kadang bawa fail sahaja.
Cuma bila di U baru saya beli yang rugged sikit tapi harga dalam RM30 sahaja...(dikira mahal jugak pada masa tu). Tapi saya beli sebab banyak poket, bukan untuk bergaya. Orang yang dah pandai bergaya tidak perlulah banyak barang lain untuk bergaya. He he he.
Namun beg sekolah hari ini, fungsinya rupanya untuk bergaya juga. Mahu yang cantik dan bergaya... Ini tidak jadi masalah bagi ibubapa yang berada... Patutkah kita didik anak kita bermewahan...? Entah.

Sudah dijangka Nana menang

Saya tidak menontong pertandingan akhir tersebut hingga habis sebab saya mengantuk. Walaupun saya bukan tahu sangat pasal suara, saya sudah jangka Faradia akan berada antara 1, 2 dan 3. Saya sudah jangka sebab ia adalah rancangan hiburan. Saya ulangi, rancangan hiburan. Saya bukan peminat Nana tetapi bagi saya dia layak menang, Izad juga boleh jadi juara. Rancangan sebegini adalah rancangan hiburan. Kita kena sedar tempat kita nak serius dan tempat kita nak berhibur. Saya rasa Faradia boleh menyanyi tetapi kena banyak berlatih.


Sunday, December 13, 2015

Amar buat kek...




Kakak saya ada dua orang anak sahaja. Kedua-duanya lelaki. Amar dan Azlan.

Amar dan Azlan berbeza bagai langit dan bumi.

Saya percaya personaliti adalah unik.

Ia tidak dapat dibentuk 100% oleh ibu bapa. Ia adalah semulajadi.

Ada kawan saya yang personalitinya sama sahaja antara adik beradiknya. Kawan saya tersebut mengakui antara adik beradiknya banyak persamaan.






Friday, December 11, 2015

Cara masak mee hun yang simple...


  1. Semalam saya mahu masak mee hun goreng untuk 4 orang makan.
  2. Dah lama tak memasak
  3. Seharian saya cari di internate dan wasap kaum keluarga untuk dapatkan resipi yang paling mudah di Malaysia. 
  4. Ini kerana di dapur saya tidak ada banyak bahan. Bawang tak ada, kicap pun tak ada.
  5. Saya suka makan mee hun, apatah lagi sekarang saya tidak makan nasi.
  6. Banyak bahan masakan yang tidak ada di rumah oleh itu saya kena ke Tunas Manja.
  7. Namun semasa sampai di cabang jalan saya terus belok ke bandar.
  8. Saya singgah kedai makan oder mee goreng empat bungkus.
  9. Saya letih...

Sebenarnya kita hanya mampu merancang...

Wednesday, December 9, 2015

Yup!





Kenapa orang lelaki cepat jemu?


Orang lelaki dan orang perempuan berbeza dari segala-galanya. Sebab itu tolak ansur dan otak harus digunakan dengan aktif apabila kita berumahtangga. Setiap individu harus memahami orang yang mereka kawin itu sangat berbeza dengan dirinya dalam segala hal.

Walau sekuat mana cinta dan dalam mana sayang...ia tidak dapat menghapuskan perbezaan. Selamat datang ke planet bumi. Penghuninya manusia.

Akan ada pertentangan setiap hari dalam segala hal sama ada idea, pendapat, cara makan, cara didik anak, cara berbelanja, pakaian, minum, beli belah, beli kereta, pasu dan segala-galanya. He he he.

Dan apabila kita membesarkan isu, jadi bertambah teruklah perhubungan. 

Kebanyakan kawan-kawan saya, kawan-kawan perempuanlah yang selalu bercerita pasal suami mereka. Kawan-kawan lelaki saya tidak pernah atau jarang sangat bercerita pasal isteri mereka. Haa...kenapa yea? (saya buat-buat tanya...he he he).

Ramai kawan perempuan saya bertanyakan saya kenapa lelaki cepat jemu. Oleh kerana mereka semua pensyarah yang bijak-bijak (ada PHD lagi). Terus saya jawab begini:

Mungkin ada kaitan dengan evolusi. Kalau mengikut evolusi kaum lelakilah yang keluar dari gua untuk berburu dan mencari makanan dan berhadapan dengan banyak cabaran dan perkara baru. Kaum perempuan pula terbiasa dengan duduk dalam gua yang alam sekelilingnya manyajikan perkara yang sama pada setiap hari. Dinding gua.

He he he. Okey tak jawapan saya?





Image result for husband and wife jokes




Memang dasar jantan!

Itu kata-kata kawan saya, seorang pensyarah perempuan yang saya katogerikan bijak, berdikari dan tegas. 

Apabila kami berkumpul dan bercakap, kadang-kadang saya mengeluarkan pendapat yang akhirnya beliau kata `Memang dasar jantan!'. 

Dan biasanya saya terus ketawa "He he he'.

Saya memang memuji dan senang dengan perempuan yang cantik, kurus dan berambut cantik. Namun tidaklah pula saya `mencari'. Sebab saya seorang lelaki yang sangat setia. Spesis yang hampir pupus.

Jarang ada lelaki yang setia seperti saya dalam pasaran. Malah saya boleh berbangga sebab ia adalah `rare'. Dan tentulah benda yang `rare' sangat berharga. He he he.

Saya mengaku saya setia sebab seingat saya tidak seminit pun curang dalam lapan perhubungan yang saya lalui. Malah sehingga kini walaupun tidak dapat bersama ada di antaranya saya ingat sampai mati dalam hati saya. Saya `cuma' bernasib malang.

Dan nasib `malang' itu mungkin `tuah' tuhan dari tuhan. Siapa tahu kan?

Kawan-kawan ada yang menyindir saya mengatakan saya lelaki bodoh, bukan lelaki sempurna. Tidak tahulah pula untuk menjadi lelaki sempurna saya kena curang. He he. Tentu menjadi lelaki sempurna tidak `best' tidak mencabar.

Oleh itu semua isteri kena tahu orang yang mereka kawini itu sebenarnya tidak sejinak mana walaupun nampak jinak. Tidak sesetia mana walaupun di rumah nampak setia... He he he.


Image result for husband and wife jokes



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home