Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, November 28, 2014

SELAMAT BERSIDANG UMNO - Dari Tun Mahathir Mohamad*




1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
 
2. Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
 
3. Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.
 
4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?
 
6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
 
7. UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
 
8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
 
9. Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.
 
10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.
 
11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.
 
12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. “UMNO saya punya.” “ Bahagian ini saya punya.”
 
13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.
 
14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
 
16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.
 
17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
 
18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
 
19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.
 
20. Selamat Bersidang UMNO. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
 
 
* penulisan dari blog beliau...25/11/2014

Kucing-kucingku tak mahu makan

Kucing-kucingku peneman hidup
Hidup pagiku hingga malam...
malam kemudian menuju siang...
 
Seronok sungguh melihat kucing
ada berbelang, ada garang
ada mengada, ada miang...
 
Jadi teman pagi dan petang
Sangat jinak dan sangat sopan
Bercakap denganku waktu sengang
 
Kini hatiku gundah gelana
Rasa sedih menindih-nindih
Kucing-kucingku membisu bahasa
 
Kucing-kucingku muran durjana
dulu bukan main, galak belaka
kini senyap mencuka
 
Kuberi keropok mereka tak makan
Kuberi ikan mereka tak jamah
Kuberi biskut mereka tak pandang...
 
Terasa hatiku tidak terkira, 
Maggie kubuat mereka tak rasa...
 
 
 
 
 


Ada masanya masa tu untuk orang lain bukan masa untuk kita...

Saya tersenyum dan mengucapkan tahniah kepadanya. Kawan saya ini bersama keluarganya merasa gembira apabila adiknya mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, iaitu 3A,2B baru-baru ini. Dengan gembira kawan saya menunjukan gambar adiknya yang comel tersebut kepada saya dan kawan-kawan lain. Saya merasa gembira sangat sebab melihat dia gembira... Bagus memiliki orang yang gembira di sekeliling kita. Ia memberi suatu yang positif kepada kita.
 
Sebenarnya anak saudara saya ada mendapat 5A, namun saya rasa pada masa dan keadaan tersebut biarlah kegembiraan itu dimiliki seluruhnya oleh kawan saya. Tidak manis rasanya jika saya menyampuk serta mewar-warkan bahawa anak saudara saya dapat 5A.

Mungkin saya sudah berubah...Kalau dulu mungkin saya terus beritahu yang anak saudara saya dapat 5A lagi!.
 
Peningkatan umur mungkin mengajar saya banyak perkara, alhamdulilah dalam sesetengah perkara saya telah berubah menjadi lebih bijaksana dan sabar. Dalam hal ini saya berfikiran, tidaklah semua perkara harus berkisarkan pada hidup kita. Kita harus biarkan masa-masa tertentu adalah masa untuk kawan-kawan kita `menceritakan' dan menjadi `juara' dalam topik yang sedang berlangsung. Kalau kita asyik menunjukan kelebihan diri (walaupun kita mungkin memang lebih, he heh) atau sindrom `nok jugok', kita akan dibenci orang.
 
Masa merubah saya...tetapi tidak dalam segala-galanya la...
 
 
 
Namun tentulah tidak dalam semua perkara kita akan sedar diri. Tidak ada manusia yang sempurna termasuk kita. Dalam membilang kelemahan orang kita juga sepatutnya membilang kelemahan diri.

Jika dalam kehidupan ini kita tidak pandai membawa diri, kita akan dibenci orang. Tidak akan ada orang mendoakan kita, apatahlagi alam maya ini...

Tuesday, November 18, 2014

Senyum Abang - Pantun berkait


Kembang senduduk tumbuh di gunung,
Di tengah pekan ada lembah;
Kadang hidup gundah dan bingung,
Kasih Abang tak kan berubah.

Di tengah pekan ada lembah,
Tempat duduk mambang dan pari;
Kasih Abang tak kan berubah,
Walau terbelah sang mentari.


Tersirat sebuah senyumang

Tempat duduk mambang dan pari,
Terbang di awan berwajah pelik
Walau terbelanh sang mentari,
Abang senyum ingatkan adik.



... tidak akan berundur walau setapak...percaya akan ada pada suatu ketika dia merasai pada diri inilah  hatinya harus diletak...

Hadiah dari Anis Farziani

Sebagai tenaga pengajar, sering juga saya mendapat hadiah daripada pelajar. Saya amat berbesar hati kerana pada usia yang agak ranum tak terpetik ini, masih lagi ada yang sudi memberi hadiah. Walaupun muka saya seposen dua, tetap dapat hadiah. Dan hadiah itu tepat pula tiba semasa saya dirundung duka....(pulak dah).

Hadiah ini dari Anis. Saya pernah mengajar beliau pada semester yang lalu. Beliau seorang pelajar yang sangat komited dan berdidikasi. Membuatkan saya bertambah semangat. Jika pelajar lain mengatakan saya cerewet (sebab tertinggal nokhtah pun saya perasan dan tegur), dia menerimanya sebagai keperihatinan dan kesempurnaan kerja.

 

Menerima hadiah bukannya bermakna rasuah. Mungkin pelajar kita sudah berniat untuk menghadiahkan kita hadiah. Saya menerimanya dengan hati yang besar. Rasa sangat gembira. Bila rasa letih, saya pandang pasu dan kektus tersebut.

Rasa segar kembali.

Sebenarnya pokok kektus jenis ini pernah saya tanam dulu tapi pokok itu mati sebab tak tersiram. Saya tidak siram sebab saya takut bila siram ianya mati sebab ia pokok kektus. Tak perlu siram.

 
Saya harap pokok kektus ini panjang umurnya sehingga saya boleh tukar pasunya pula...

Saya juga berdoa dan berharap Anis akan selalu berusaha. Saya berdoa sepenuh hati agar dia tabah menghadapi ujian hidup yang mendatang. Selalu kena tabah dan kuat. Jangan sesekali jadi seperti saya Sang Arjuna lara...he he he.

Saya percaya Anis akan berjaya, hidup selesa dan disayangi ramai dan memberi kasih sayang...


Abang Jan: Bila hati merekah terus kukarang pantun..."Kembang senduduk...."
 

Monday, November 17, 2014

Menjaga nenek yang Alzheimer

Semalam semasa saya sedang membeli sabun mandi dan sos chili di pasaraya Giant Kuantan, hati saya tersentuh apabila melihat seorang tua. Terketar-ketar dia mahu mengambil sardine di rak. Terus ingatan saya terimbau akan arwah nenek saya. pertama tergambar difikiran saya ialah kecantikan yang nenek miliki. Ahli keluarga selalu menjadikan nenek sebagai standard kecantikan wanita dalam keluarga kami. Sampai tua saya masih berpeluang melihat kecantikan nenek yang semakin luntur. Namun saya boleh ingat bentuk hidungnya mancung, rambut panjang dan tinggi. Yang penting nenek tidak obess sebagaimana majority keluarga kami.
 
Namun kecantikan ini tidak diDNAkan dalam keturunan kami. Semua hidung pesek sahaja, macam Ajai.
 
Tetapi ini bukan cerita pasal hidung nenek yang cantik atau Ajai.  Cerita ini adalah bagaimana saya menjaga nenek saya di saat-saat dia menuju nyanyuk dan seterusnya nyanyuk sesempurnanya. Syukur kepada tuhan kerana memberi pengalaman menjaga orang sakit. Ia mengajar saya banyak perkara. Terima kasih tuhan.
 
Saya menjaga nenek kerana saya sayangkan nenek saya. Dialah yang selalu menjaga makan saya sebelum saya ke sekolah. saya sekolah petang. Pada masa itu rumah kami sudah tidak ada orang gaji.
 
Kalau orang bercakap mengenai susah senang menjaga orang tua, saya sudah merasainya. Malah menjaga orang tua yang nyanyuk. Jaga bukan sahaja makan minum, atau tidor dan jaganya, tetapi juga urusan mandi dan mencuci najisnya... Payah untuk saya ceritakannya kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan dalam pada masa yang sama saya pula akan menempuhi peperiksaan STPM.
 
Alzheimer merujuk kepada sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak. Daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya. Sehinggakan pada satu tahap pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya sekadar satu proses penuaan. Ramai orang yang tua tapi tidak nyanyuk pun, malah bertenaga. Contoh Kak Nita dan Tun Dr Mahathir kita. Haaa...
 
Jangan sesekali kaitkan bila tua kita akan nyanyuk... namun tentulah kita bimbang kalau kita nyanyuk.
 
Otak Alzheimer...kecut kan?
 
Tentulah kita bimbang sebab kita tidak mahu menyusahkan anak-anak. Dan saya apatah lagi yang tidak ada anak-anak. Di longkang manakah akhirnya hidup saya? Sedihkan? Namun kawan saya kata untuk saya ada satu episode yang indah sebab tuhan sayangi saya. Entah apa kawan saya cakap untuk sedapkan hati saya. He he he. Tapi dia berjaya.
 
Alois Alzheimer
 
Penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Kalu doktor tu nama Minah, Minahlah agaknya nama penyakit ini. Memang lumrah bagi nama begitu.
 
Saya dapati penyakit ini tidak sepopular kencing manis atau darah tinggi. Mungkin kerana ada alat untuk mengukur darah tinggi dan kencing manis tetapi tidak ada alat mengukur Alzheimer.
 
Nenek saya tidaklah terus nyyanyuk. Ianya bermula dengan selalu lupa di mana dia letakan duitnya. Dia juga lupa dia sudah makan atau minum. Dia selalu tanya saya adakah dia sudah sembahyang?. Dan adakalanya nenek nampak `sesuatu' yang menyebabkan saya jadi seram. Nenek juga merayau-rayau bila malam. Dia asyik terjaga. Sampai suatu masa saya dapat rasakan nenek sebenarnya sudah `tiada'. Dia sudah tidak kenal saya.
 
Namun nenek selalu bertanya `Siapakah bini kau nanti yea?". He he he. Pada masa itu tentulah saya tidak terfikir lagi mahu berbini sebab saya tengah belajar. Saya bukannya seperti pelajar sekarang.
 
Kadang-kadang apa yang datang dalam hidup kita, kita tidak berupaya menghalangnya kan?
 
 
Abang Jan: begitu juga dengan yang pergi...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hujung Dunia - Hanie Soraya




Lagu ini baru saja saya mendengarnya, dengar dari radio semasa memandu. Saya ingatkan Amy Mastura buat album baru tetapi rupanya orang lain. Suaranya macam Amy Mastura cuma tidak seserak Amy Mastura. Suara Amy Mastura ada serak sedikit. Hanya sedikit.
 
Tetapi entah mengapa lagu ini mengingatkan saya kepada Amy Mastura...
 
Ini orangnya, entah betul ke tidak, saya ambil gambar dari internate. Budak muda lagi. saya tidak tahu lagu ini siapa cipya. Tetapi sedap didengar. saya katogerikan lagu ini sebagai lagu motivasi.
 
Yup. Hidup ini ada suka dan dukanya... Lirik di bawah:


Lalalala
Fikir sebelum bicara
Susah sebelum senang
Jatuh sebelum berjaya
Sedar sebelum terus hanyut
Menyanyi biar dari hati
Berjanji biar pasti

Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama
(Hingga ke hujung dunia)
Hingga ke hujung dunia
Aku dan kamu sesuatu
Pantas waktu berlalu
Terimalah seadanya
Tiada apa yang sempurna

Menyanyi biar dari hati
Berjanji ditepati
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Walau apa pun yang telah terjadi
Perlu tabah kau hadapi
Segala yang pernah kita lalui
Menjadikan kita yang hari ini
Yeah

 Lalalala lalalala
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti adanya suka dan duka
Kamu dan aku
Hingga ke hujung dunia ini
Pasti ada menangis ketawa
Bersama-sama

Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia
Hingga ke hujung dunia

Friday, November 14, 2014

Mata orang lelaki...isu baju kelawar

Kawan saya ada memberitahu mengenai isu baju kelawar. Saya tidak menduga baju kelawar boleh menjadi satu isu besar dalam rumahtangga. Namun kata allhyarham Tan Sri P Ramlee `kisah rumah tangga ada-ada sahaja...". He he.
 
Saya menadah telinga...
 
Saya tidak tahu kenapa perempuan suka pakai baju kelawar kerana baju kelawar tidak cantik, tidak menampakan curve kat badan seorang perempuan. Bentuk badan seorang perempuan sangat penting, malah dalam banyak pemerhatian saya dapati lelaki tetap menerima seorang perempuan walaupun muka setakat biasa-biasa semata-mata perempuan itu mempunyai bentuk badan yang mantap. Dan saya juga ada ramai kawan perempuan yang berusia tetapi tiada pasangan, bentuk badannya tidak terbentuk elok walaupun muka ala Che Ta. Saya mula membuat teori lelaki melihat dengan mata, perempuan dengan hati dan telinga.

Kebanyakan lelaki tidak mengambil faktor menutup aurat sebagai faktor untuk jatuh hati...
 
Kita kembali kepada isu baju kelawar. Mungkin baju kelawar sangat sesuai dipakai di rumah kerana ianya selesa dan mudah dipakai. Namun dengan 24 jam berbaju kelawar, ia membuatkan si suami terasa tawar. Haaa...
 
Orang lelaki otak dia lain dari perempuan. Namun tidak perlulah mempersoalkannya sebab kita sudah berkawin dengan mereka. Dan perkara otak tersebut telah terbentuk secara evolusi beribu tahun dahulu. Mereka bukanlah makhluk yang mudah difahami. Ada dalam beberapa kes kita lebih berupaya memahami tingkahlaku monyet. Jangan marah. He he he.
 
Saya ambil contoh. Bila suami balik rumah, mati hidup balik mereka nak lihat rumah tersusun rapi dan isteri berdandang cantik (walaupun mereka tak sebut). Mati hidup balik  mereka nak lihat anak-anak berbedak berbaju cantik, juga isteri mereka. Mereka tidak faham akan kerja kita yang bertimbung-timbung di rumah. "Mereka tidak faham kita juga bekerja dan tidak ada orang gaji! Mereka sepsis yang payah difahami dan memahami..." Luah kawan saya.
 
Saya terus bersetuju...
 
Kita sebagai seorang isteri sukar untuk memahamkan mereka akan situasi ini. Mungkin mereka akan beritahu mereka faham tetapi kepala otak mereka akan tetap inginkan kesempurnaan.
 
Berbalik pada isu baju kelawar. Saya rasa kelakar...
 
Namun demi allah (unsur agama, hari jumaat)  saudara saya ada beritahu saya beberapa tahun lepas suaminya memberitahu "awak pakai baju kelawar tak cantik, baju untuk orang pemalas...". 
 
Si suami melihat dan merasai dengan mata... Dan kata-kata si suami amat penting bagi isteri...(selain dari kata-kata jiran-jiran, he he he).
 
"Kalau kita sampai tahap nak berbalah supaya suami kita faham...alamatnya sampai kiamatlah..." Kata kawan saya lagi..
 
 
Abang Jan: Tidak suka orang pukul gambar kalau tak bersedia......
 
 


Wednesday, November 12, 2014

Kini - Feminin


Dinihari kian ku rasa
Ku imbas kembali waktu bersama
Segala kenangan silam
Bagai berlalu semalam
Hujan membasahi kita
Ku rasa bagai tangisan gembira
Dan burung bagai menyanyi
Lagu cinta

Kini hanyalah tinggal kenangan
Tiada ku rasa dalam genggaman
Hanya terdaya mengimbas semua
Kenangan yang lalu
Tiada kata ucapan di bibir
Tak ku sangka kali terakhir kini
Kau tidak akan kembali lagi

Sejenak ku tersedar pilu
Hanya bayanganmu yang menemaniku
Tapi apakan daya
Tuhan penentu segalanya

Kesal rasa hatiku
Kerna kali terakhir kita bertemu
Tiada ku lafazkan oh kata cinta

Saya dan Tupperware

 
Setelah lebih empat tahun saya mengharamkan diri saya daripada membeli Tupperware, kini saya bukan sahaja kembali membeli Tupperware tetapi juga telah menjadi jurujual Tupperware. Sepanjang tahun ini saya telah menjual barang Tupperware nilainya lebih daripada RM5K! Tak sangka betul.
 
SAYA MASUK AHLI
 
Namun begitu jangan salah sangka, aktiviti penjualan saya hanya memberikan katelog kepada kawan-kawan rapat sahaja. Saya tidak aktif menjual ke sana-sini kerana tujuan saya `masuk ahli' adalah untuk diri sahaja. Saya malu untuk menjual kerana saya memang jenis pemalu untuk berhadapan dengan manusia...(konon). Dan juga saya selalu sibuk.
 
Sekarang saya seorang pengguna tegar Tupperware.

 
 
Gambar 1
 
GAMBAR 1 di atas menunjukaan keadaan dapur kecil saya. Pada hujung minggu saya berkereta menjenguk rumah saya di Kuantan. Sebenarnya saya tidaklah  aktif menggunakan dapur kerana saya makan di kedai yang terletak di hadapan kawasan perumahan saya.
 
Dapur ini asas sahaja, kira lebih kepada pameran sahaja. Namun ia menjadikan kerja memasak mudah apabila menerima kunjungan keluarga. Adik perempuan saya suka memasak dan memakan masakan itu, he he he. Saya beli khas bekas tempat letak minyak masak berjenama Tupperware sebab kadang-kadang saya goreng kerepok. Ada tiga bekas, sila rujuk GAMBAR 1 di atas, dan GAMBAR 2 (dari internat) di bawah:
 
Gambar 2
 
Saja mengada.... Kelihatan juga bekas Tupperware letak rempah-ratus (yang sangat jarang diguna kecuali bila adik perempuan saya datang). Rujuk GAMBAR 1 di atas.


Terima kasih kepada Encik Tuper kerana mencipta Tupperware ( Earl Silas Tupper dilahirkan pada 28 Julai 1907 di Berlin). Bagus bekas Tupperware ini kerana barang bahan makanan tahan lama.
 
Gambar 2
 
GAMBAR 2 di atas menunjukan Tupperware jenis Madular empat segi. Saya letak keropok, Maggie, kopi, nescafi, biskut, milo, lilin dan gula-gula di dalamnya. Saya susun bodoh jea di dinding almari tu. Nampak kemas dan ringkas. Saya suka jenis yang empat segi sebab senang diatur dan diperagakan untuk tetamu lihat. Dan perkatakannya.
 
DAPAT HADIAH
 
Saya hanya letak katelog Tupperware atas meja kerja saya. Bila kawan datang singgah ada yang memesan pada saya. Sebenarnya kalau saya sibuk, saya tak layan sangat...he he he. Teruk saya kan? Biasanya bila saya beli banyak (ambil oder) untuk kawan-kawan, saya dapat hadiah. Saya rasa gembira. Kalau hadiah tu saya tidak suka, saya jual balik.
 
 
DAPAT KAWAN BARU
 
Bila saya ke Kuantan ambil barang Tupperware, saya dapat ramai kenalan baru dan dapat bercakap dengan kakak-kakak, adik-adik dan makcik-makcik yang tidak langsung saya kenali. Kebanyakan penjual adalah perempuan, jadi saya menjadi perhatian orang. He he. Saya tidak suka perhatian. Namun mungkin sudah takdir hidup saya, saya selalu menjadi perhatian orang dan diperkatakan...(perasan!).
 
Sekarang saya ada banyak Tupperware...tempat letak makanan kucing pun jenama Tupperware. Kita kena guna barang yang kita beli kalau tak berdosa. Itu kata mak saya entah dari kitab mana entah. Tapi saya ikut sebab emak selalunya betul. Saya tidak ada bini untuk diikut kata seperti kawan-kawan saya. He.
 
Sekian.

Beberapa perubahan mengenai perubahan dalam hidup berumahtangga...

"Kita selalu mesti berubah dan diperbaharui jiwa raga...diri, keluarga dan negara"

Saya suka membaca kata-kata hikmah kerana ia memberi semangat. Kadang-kadang saya cipta kata-kata hikmah saya sendiri. Kononnya hikmat sangat lah tu... Saya percaya semangat mesti dipulihkan, dipupuk dan diperbaharui. Kadang-kadang kita rasa hidup sudah tenang dan tercapai...namun pada hakikatnya ada sahaja perkara yang mesti mengalami perubahan, pembaharuan.
 
Contohnya perubahan dalam rumahtangga. Seorang isteri sudah merasai kesempurnaan dan ketenangan kerana dia sudah mempunyai suami yang hebat, rumah besar, anak-anak yang baik, patuh dan cerdik. Kalau dia fikir tidak ada apa-apa lagi yang harus diperbaharui/ditukar...dia mungkin silap!. Dia mungkin perlukan diet!
 
Dia mungkin perlu menurunkan beberapa kilogram timbangan badan supaya sihat dan menarik.
 
Seseorangnya suami pula mungkin memerlukan seorang lagi isteri... Haa... He he he.


Abang Jan: Saja usik-usik, cubit-cubit...he he he

Friday, November 7, 2014

Wanita dan angka... Bahagian 1

Majlis
:
Ketua Perangkawan Malaysia bersiaran dalam 'Hello on Two', TV2
Tarikh
:
3 November 2009
Masa
:
7.30 pagi - 8.30 pagi

Y.Bhg. Dato’ Hajah Wan Ramlah Wan Abd. Raof, Ketua Perangkawan Malaysia telah bersiaran dalam Rancangan ‘Hello on Two’, TV2.
 
Program ini bertujuan memberi hebahan tentang peranan dan fungsi serta mempromosi aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan.
 
Usaha seperti ini dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran tentang statistik dan seterusnya mendapat kerjasama responden dalam aktiviti pengumpulan data.



Thursday, November 6, 2014

Lelaki `makan tanggung'

Entah mengapa, saya rasa nak bersalaman dengan isterinya (berlapik kain). Saya nak ucapkan tahniah dan berdoa untuknya. Walaupun saya payah nak berdoa dan tidak pernah jumpa (dan mungkin tidak akan jumpa...) saya kagumi nasib dia.
 
Nasib dia macam kisah dongengan zaman sekarang...
 
Dia bernasib amat baik kerana ada lelaki yang mahu mengawininya walaupun dia tidak bekerja dan berupa. Langsung tidak bekerja. Saya ulangi lagi...langsung!
 
Lebih 80% daripada kawan-kawan perempuan saya mempunyai gaji yang jauh lebih besar daripada gaji suaminya. Dengan sopan kita boleh menjawab bahawa kejadian ini terjadi kerana bahawasanya perempuan lebih ramai daripada lelaki. Namun kita juga boleh menjawab (dengan tidak sopan) bahawasanya lelaki lebih malas. Malas semasa jadi pelajar, malas semasa menjadi pekerja dan sentiasa malas bersabar. Sebagai anak, anak lelaki dimanjakan, sebagai pelajar mereka kaki ponteng dan sebagai pekerja mereka kaki borak. Kaki borak 18SX tahap gaban.
 
Selamat datang ke planet bumi.
 
Kalau saya perempuan saya akan lagakan pipi saya dengan isteri kawan saya tersebut. dan berpelukan ala datin dalam drama swasta. Saya tentu cemburu sebab isteri kawan saya beruntung. Macam kena loteri.
 
Isteri kawan saya ni bukan sahaja terhindar dari bersuamikan jenis lelaki `makan tanggung', malah dialah `makan tanggung'nya!. Allahhuakhbar ada juga cerita begini dicelah dunia yang moden ini...(moden sangatlah tu).
 
Zaman sekarang payah nak jumpa lelaki yang boleh sara anak bini tanpa si isteri kena keluar kerja. Payah sangat...seperti payahnya mencari bara dalam air atau mencari lelaki yang setia...he he he (jangan marah).
 
Sebab itulah saya sifatkan isteri kawan saya ini hebat dan bernasib baik. Sampai sekarang sudah masuk 8 tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdulilah elok dan berkekalan. Kawan saya ini pula menjadikan agama sebagai pembimbing dan tunjuk ajar pada isteri dan anaknya. Bukannya Astro.
 
Namun begitu saya juga kagum kepada perempuan bekerja. Kagum dan tahniah juga kepada mereka keran mereka tahu lelaki bukannya boleh diharapkan 100%...(maaf sekali lagi...he he).
 
 
Abang Jan: Lelakilah sepatutnya menjadi harapan setiap perempuan...  Kan?
 
 

Wednesday, November 5, 2014

Pisang saya

Ada tiga tandang...



Saya guna penyapu supaya pokok tak tumbang.

1. Saya suka menanam.

2. Tadi saya lihat blog KM7 kembaraminda7 -kacang-botol-sudah-berbuah (kembara Minda) ada kacang botol. Best tengok. Rasa nak cicah budu.

3. Pisang ini selalu saya jaga dan tidak berhenti berbuah.

4. Sekarang saya ada tiga tandang pisang yang belum masak.

5. Saya tidak tahu apa nak dibuat dengan pisang saya ini...

6. Mungkin saya beri ke kawan-kawan yang suka pisang.

7. Sekian...

Jeruk saya...

Jeruk di dalam peti sejuk saya...


Saya suka makan jeruk buahan. Daripada kecil sehingga dewasa saya suka buah jeruk. Semasa saya darjah lima ayah saya beli setabung jeruk pauh. Saya makan sehingga sakit perut. Ayah membawa saya ke klinik. Saya dicocock sejarum. Bila dicocok, rasa legi macam sakit tu dah ditohok buang.
 
Ayah saya kata harga secocok jarum lebih mahal dari setabung jeruk. Harga kena cocok itu adalah RM15 sejarum... He he he. Pada hari tu saya belajar satu perkara iaitu tidak semua yang sedap akan membawa bahagia...
 
Sampai kini saya masih lagi suka makan jeruk. Kebelakangan ini sentiasa ada jeruk dalam peti sejuk saya. Jeruk kelubi dan juga jeruk pauh. Dan saya beli juga jeruk mangga yang dibubuh asam masim dan lada. Jeruk ini sangat popular sekarang (dan berjaya meningkatkan harga manga).
 
saya tidak dapat gambarkan betapa sedapnya jeruk. Hanya penggemarnya sahaja yang tahu...
 
 

Lada saya


1. Saya ada tanam lada dua pasu.

2. Anak lada ini ayah saya beri satu dan bekas adik ipar saya beri satu.

3. Saya wasap adik ipar saya dan beritahu pokok lada ini sudah besar dan tentu butuk buahnya sebab saya tidak memakannya.

4. Saya dicadangkan buat jeruk lada.

5. Campur cuka, garam dan gula. Siap!

6. Saya guna bekas plastic RM2 yg bekas jeruk buah.

7. Entah bila saya mahu memakannya.

8. Makan dengan mee goring sedap...

Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg.Soi, Kuantan, Pahang

 
 Saya letak semula gambar ini sebagai promosi budaya Pahang

 
Saya pernah pergi tengok

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Semua koleksi gambar adalah hakmilik peribadi blog jankaulu.blogspot.com

Tuesday, November 4, 2014

Selamat menjalani peperiksaan SPM 2014



"Diucapkan selamat menjalani peperiksaan SPM kepada keluarga dan sahabat handai yang mempunyai ahli keluarga dan saudara mara yang menduduki peperiksaan tersebut..."

Semuga dapat menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang...Amin...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home