Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, February 2, 2012

Mana boleh!

Sekali lagi adik saya sms dan beri pendapatnya mengapa kawan baik saya nak bercerai. Adik perempuan saya berpendapat kawan saya nak bercerai kerana terpengaruh dengan saya. He he he.

Sebenarnya saya juga tidak suka jika dia bercerai atas satu alasan sahaja. Ya, alasannya dia tidak boleh bercerai kerana dia tidak akan tahan untuk hidup keseorangan walaupun dalam masa 3 hari! Hidup dia akan kelam kabut. Saya banyak jumpa lelaki begini. Cakap bergegar, tetapi bini balik kampung 3 hari hidup dah tak terurus. Huh!. Muka macam ayam berak kapur. He he he.

Tetapi posting ini tentang kawan saya. Adik saya beritahu mungkin kawan saya itu lihat hidup saya amat riang dan gembira. Dan mungkin dia nak hidup macam saya. Mana boleh! Saya rasa kalau begitu fikiran kawan saya, dia bukan sahaja hodoh tapi bodoh.

Ya la, bila jumpa kawan lama, saya tentulah tersenyum dan buat mengada. Macam tidak ada masalah. Ya lah kan tak kan nak tunjuk muka masam. Ya saya ada masalah, saya juga anusia. Namun bila jumpa kawan tentulah masalah itu tak payah tunjuk pada kawan.

Jan: Ada ke nak jadi macam saya? Dia tidak akan tahan walau sehari!

1 comment:

Nong Andy said...

Suruh dia baca blog kamu. jadi dia boleh tahu.. dan fikir semula. Dia nak hidup bujang ke nak cerai hehehe..

*Kalau kawin buat anak ramai tapi taknak usaha bagimakan anak bini... lebih baik bercerai!! Takut nanti dia tambah anak lagi.. tambah anak mahu. nak bagi makan suh 'kerajaan kebajikan' yg bagi makan- Bergantung duit kebajikan dari gomen utk miskin tegar- seronoknya hidup dgn kerajaan prihatin ni. yang malas boleh terus malas!!! yang rajin terkial-kial.

* maaf.. aku emosi pula :)

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home