Semalam ketika memasukan vcd-vcd lama ke dalam kotak, saya terpandang keratan suratkhabar lama, ada poster filem Puteri Gunung Ledang. Saya teringat bebarapa tahun dulu saya ada menonton filem ini di Kuantan. Tag line cerita ini `cerita cinta agung'. Kos pembikinan filem yang berjumlah RM20 juta itulah yang menarik saya ke pawagan. Ia menjadi faktor utama membawa saya ke Megamol kuantan. Bukan kerana Tiara atau M Nasir. Bagi saya Tiara bukan seorang pelakon hebat dan berkareaktor, dia orang filem, dia orang industri hiburan. Dan bagi saya lagi lebih baik M Nasir hanya mencipta lagu sahaja... Lagu ciptaan dia cerdik dan sedap didengar dan mampu menjadi evergreen. saya menontonnya kerana RM20 juta. Semua orang tahu cerita Puteri Gunung Ledang menjadi simbolik fantasi nafsu Sultan Mahmud Shah (ingin kahwin dengan makhluk bukan manusia (puteri bunian)). Cuma kali ini cerita Puteri gunung Ledang digarap berlainan oleh Tiara. Secara umumnya versi Tiara ini boleh dibanggakan, ia membawa perspektif baru. Ia kisah dilema cinta Puteri Gunung Ledang, bukannya mengenai Hang Tuah yang perkasa dan supernatural atau Sultan Mahmud yang hilang punca. Cuma hasil garapan tersebut pada pandangan ada tempat-tempatnya boleh dibaiki dengan lebih kemas. Mengangkat kisah legenda ke filem bukanlah suatu yang baru dalam dunia perfileman kita, Tan Sri Pramlee pernah berlakon dalam filem Hang Tuah (1956). Juga sebelum ini ada cerita Mahsuri (1959), Sumpah Mahsuri (1989) dan sebenarnya sebelum Puteri Gunung Ledang versi Tiara telah ada cerita filem Puteri Gunong Ledang (1961) arahan Datuk S Roomai Noor . Setelah menonton versi Tiara di pawagan, saya terus membuat kesimpulan yang filem ini hanya akan diingati kerana fakta kos pembuatannya yang tinggi. Aspek-aspek perfileman yang lain berada pada paras yang sederhana. Saya bukan pengkritik filiem, maka agak sukar juga saya mencari kelemahan filem ini secara akademik atau teknikal. Yang nyata selepas menontonnya saya tidak terhibur atau tidak membawa apa-apa kesan kepada jiwa saya. Dari segi lakonan, saya tertarik hati dengan Datuk Rahim Razali dan Alex Komang (pelakon Indonesia yang terkenal pada tahun-tahun 80an). Benarlah kata Datin Umi Kaltum yang `paling penting ialah karisma kita apabila berlakon, bukan kira pegang pelakon utama atau banyak mana bilangan adengan kita dalam filem''. Maksud Datin Umi Kalthum ialah kalau kita benar-benar pandai berlakon dan menjiwai watak, walaupun kita muncul sekejap orang akan tetap ingat watak tersebut selamanya. Jan: Lebih tertarik dengan sumpah Puteri Gunung Ledang...akan ingat selama-lamanya...
Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Friday, September 24, 2010
RM20 juta: Cerita filem mahal.
Semalam ketika memasukan vcd-vcd lama ke dalam kotak, saya terpandang keratan suratkhabar lama, ada poster filem Puteri Gunung Ledang. Saya teringat bebarapa tahun dulu saya ada menonton filem ini di Kuantan. Tag line cerita ini `cerita cinta agung'. Kos pembikinan filem yang berjumlah RM20 juta itulah yang menarik saya ke pawagan. Ia menjadi faktor utama membawa saya ke Megamol kuantan. Bukan kerana Tiara atau M Nasir. Bagi saya Tiara bukan seorang pelakon hebat dan berkareaktor, dia orang filem, dia orang industri hiburan. Dan bagi saya lagi lebih baik M Nasir hanya mencipta lagu sahaja... Lagu ciptaan dia cerdik dan sedap didengar dan mampu menjadi evergreen. saya menontonnya kerana RM20 juta. Semua orang tahu cerita Puteri Gunung Ledang menjadi simbolik fantasi nafsu Sultan Mahmud Shah (ingin kahwin dengan makhluk bukan manusia (puteri bunian)). Cuma kali ini cerita Puteri gunung Ledang digarap berlainan oleh Tiara. Secara umumnya versi Tiara ini boleh dibanggakan, ia membawa perspektif baru. Ia kisah dilema cinta Puteri Gunung Ledang, bukannya mengenai Hang Tuah yang perkasa dan supernatural atau Sultan Mahmud yang hilang punca. Cuma hasil garapan tersebut pada pandangan ada tempat-tempatnya boleh dibaiki dengan lebih kemas. Mengangkat kisah legenda ke filem bukanlah suatu yang baru dalam dunia perfileman kita, Tan Sri Pramlee pernah berlakon dalam filem Hang Tuah (1956). Juga sebelum ini ada cerita Mahsuri (1959), Sumpah Mahsuri (1989) dan sebenarnya sebelum Puteri Gunung Ledang versi Tiara telah ada cerita filem Puteri Gunong Ledang (1961) arahan Datuk S Roomai Noor . Setelah menonton versi Tiara di pawagan, saya terus membuat kesimpulan yang filem ini hanya akan diingati kerana fakta kos pembuatannya yang tinggi. Aspek-aspek perfileman yang lain berada pada paras yang sederhana. Saya bukan pengkritik filiem, maka agak sukar juga saya mencari kelemahan filem ini secara akademik atau teknikal. Yang nyata selepas menontonnya saya tidak terhibur atau tidak membawa apa-apa kesan kepada jiwa saya. Dari segi lakonan, saya tertarik hati dengan Datuk Rahim Razali dan Alex Komang (pelakon Indonesia yang terkenal pada tahun-tahun 80an). Benarlah kata Datin Umi Kaltum yang `paling penting ialah karisma kita apabila berlakon, bukan kira pegang pelakon utama atau banyak mana bilangan adengan kita dalam filem''. Maksud Datin Umi Kalthum ialah kalau kita benar-benar pandai berlakon dan menjiwai watak, walaupun kita muncul sekejap orang akan tetap ingat watak tersebut selamanya. Jan: Lebih tertarik dengan sumpah Puteri Gunung Ledang...akan ingat selama-lamanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)
2 comments:
SUKI, we watched this movie together with the others.. ramai gk time tu..i just wanna tdo je time yg part2 slow..aduh.. noted: mmg M Nasir ssuai sgt wat lagu.. and Adlin AR je yg ok kot
ya betul, i ingat lagi. meleret-leret.
hang tuah bersusah payah panjat gunung tempuh lurah dan denai jumpa puteri gunung ledang. Sofea jane selamba je dapat jumpa puteri gunung ledang...he he he. sofea jane guna short kat kot...he he he...
Post a Comment