Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 22, 2010

Mati?

Masa balik cuti raya lalu saya tersentak apabila ayah saya mengatakan dia hanya tinggal 2, 3 orang saja lagi adik beradik, yang lainnya semua sudah mati. Pada masa tersebut saya terhenti seketika daripada menyuap biskut raya dan berfikir setahu saya adik beradik ayah saya melebihi 10 orang dan yang meninggal hanya seorang sahaja...itu pun dah lama dulu.
Saya tidak terus menyampuk atau bertanya kerana pada masa tersebut ramai orang di ruang tamu sedang lepak dengan ayah saya. Tak nak lah nanti orang kampung akan cop saya anak teruna tua yang tak tahu adab, sivik dan tata susila hidup bermasyarakat timur.
Namun apabila ayah saya melihat muka saya yang berkerut kening dengan penuh aksi tanda tanya, ayah saya pun menyambung cakap. Katanya:
" Ayah dah berumur 74 tahun, ayah masih membaca suratkhabar setiap hari dan tidak pernah miss tengok berita. Ayah hisap rokok sekotak sehari, ayah tidur lewat tengok bola. Ayah tak pernah lekat kat rumah lama-lama. Sesekali ayah ke Kuala Lumpur..."
" Adik beradik ayah yang lain sudah mati, mereka tidak hidup sehidupnya. tok keluar daripada daerah Besut... Sekitar kampung pun tak gi rata doh. Tidak tahu apa yang berlaku pada politik negara, apatah lagi luar negara, hidupkah lagi begitu? Matilah tu namanya..." Kata ayah saya.
Kini tahulah saya apa maksud mati pada pandangan ayah saya...
Jan: kalau hilang ghairah nak hidup macam mana ya pula? kira tak mati tapi koma ...kan?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home