Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 23, 2009

PTD Bukit Kiara, `2009 Economic Forum'.

SEMALAM saya sampai Muadzam hampir pukul 6 petang. Hujan renyai-renyai... bayu berpuput lembut. Sebaik sahaja sampai rumah (selepas ke toilet) saya terus kemas rumah sebab saya tinggalkannya seperti kapal pecah.

Pengalaman ke Bukit Kiara untuk Economic Forum amat berharga...Dah hampir 20 tahun tak ke INTAN, Bukit Kiara. Kira masa jadi pelajar dulu selalu jugak datang konon nak ambik info nak buat kertas kerja...

Di sini ada kurus latihan untuk pegawai takbir dan diplomatik. Sebenarnya dulu saya ada juga mintak PTD, he he he. Kelakar jugak kan. Ya lah pada masa tu saya mana tahu kemampuan saya. Tapi saya memang lulus peperiksaan dan dikatogerikan dalam kumpulan A, namun saya terduduk bila diinterview bersama secara kumpulan. Semasa perbincangan saya sopan je, menyampuk mana yang perlu...

Rupanya nak hidup di dunia nyata kenalah ada ilmu lain selain daripada Master of Public Administration. Penampilan saya nampak kartun dan saya tak boleh berbahasa inggeris dengan lancar...he he he. Mereka tak nak muka kartun walaupun agak handsome kot.

Di forum ekonomi tersebut, bila saya sampai di sana ramai juga orang terkenal yang saya tak kenal. Tetapi semua orang penting dalam bidang ekonomi, memunculkan diri. Termasuk menterinya dan Datuk Mahani yang sangat pandai bercakap pasal ekonomi.

Wartawan kiri kanan, tapi saya tak layan. Maunya mereka tanya pasal OPP4, kat situ juga saya terduduk nanti. Maka saya jalan laju je depan wartawan. Tak nak glamour.

Sebenarnya forum ni juga diadakan untuk memberi input kepada Rancangan Malaysia yang ke 10 nanti... Saya hadir dapatlah kumpul input, nanti bila mengajar Malaysian Economy bolehlah goreng sikit...he.

Macam biasa bila saya sampai orang lain tak sampai lagi, meja pendaftaran pun tak siap sepenuhnya. Sebabnya saya datang awal.

Bila masuk dewan...amboi, kerusinya best sangat, bila kita duduk rasa `tenggelam', kepala kita pun dapat menyandar dengan selesa... kalau tak best bolehlah lena, he he he.

Gerun tengok sekeliling, nampak sangat mereka kaya, berilmu dan matang. Sebenarnya saya wakil Dekan, dia tak dapat pergi dengan tiba-tiba sebab ada hal yang tak dapat dielakan. Bila ketua jabatan mintak saya ganti, saya pulak tak dapat elak, he he he.

Rasanya gaji yang paling mahal untuk penjawat awan di Malaysia adalah PTD. Pegawai ini dapat banyak elaun. Dihormati dan digeruni. Dan dah sinonim mereka kahwin dua...he he he.

Banyak kali juga saya tertidur semasa pembentangan kertas kerja, terutama part kejuru teraan dan perakaunan negara. Mungkin sebab bukan bidang saya.

Saya akan bercerita lagi nanti pasal pemergian saya ini. Kali ini saya pergi seorang sahaja tanpa Ja. Nampaknya saya semakin kena berdikari dan hadapi hidup ini sorang diri...

Jan: Jauh berjalan, banyak pengalaman dan banyak duit habis..

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home