Malas sungguh baca buku ekonomi yang tebal-tebal. Sudahlah berat dan besar, tak bergambar pulak. Sini sana keluk-keluk-keluk. Kadang-kadang telang panadol 2 bijik baru ok. Lantas molek benarlah saya pilih bacaan ringan juga. Biar ada yang ringan, sederhana dan berat. Otak saya ni dah tak `sepikat' dulu (dulu pun tak lah `pikat' sangat, he he he).
Saya anggap membaca Reader's Digest, Majalah Gila-gila, Buku Masakan, Majalah Impiana dan lain2 seimpian dengannya adalah bacaan ringan. Begiti juga dengan buku bibiografi seseorang seleberity, ia juga bahan bacaan ringan. Namun perlu diingat bila membaca Gila-gila kadang-kadang ada mesej berat juga di dalam kelakaran tersebut, bukan saja-saja nak gila-gila.
Kalau dok nearap atas lembek nak tidur tu boleh selak Reader's Digest, saya langgang dengan juru jual yang datang ke bilik tahun lepas (sambung langganan). Tapi awas ada jugak kadang-kadang gambar seksi sikit, he he he. Begitu juga Gila-gila ada keluarkan buku kecil-kecil, molek benar untuk kita membacanya di celahan waktu rehat kita.
Ni gambar atas buku masakan, saya ada terai buat kek pisang guna buku ni la, tapi tok leh lawang kek pisang yang ustad Asmadi buat, dia buat Huh! best! Jangan-jangan dia beli kot? He he he. Juga saya cuba terai buat puding. Ada la dua tiga masakan mudah saya terai. Tak mahulah jadi pembeli saja tapi tak terai. Ada kawan saya hobi dia salin masakan, dia ada buku masakannya sendiri. Mana-mana resepi dia akan salin atau gunting masukan dalam buku besar dia tu. Saya pernah tanya `kau ni salin je ke, ada terai buat?'. Dia jawab ``He he he kau ni skimang, hobi aku salin resepi bukannya masak memasak''. Saya jawab kembali tapi dalam hati ``No komengg...'
Kalau anda peminat Gila-gila tentu kenal Jaafar Taib, dia ni bukannya adik beradik Jaafar Onn tapi dia boleh melahirkan idea yang bernas dan kritikan sosial dengan memerhati gelagat manusia. Kadang-kadang apa yang dia lihat dan faham tak sama dengan kita lihat dan faham! Di sini bolehlah kita belajar sambil ketawakan diri kita sendiri, huh!
Seingat saya dulu semasa pihak berkuasa melawat library tempat saya berkerja, saya ada terdengar dia orang cakap di dalam sebuah library tu kena la ada pelbagai bahan bacaan. Maksudnya ada yang isu ringan, sederhana dan berat. Sebab itulah dalam mini library saya yang sekangkang kera ni saya kumpulkan juga bahan bacaan ringan.
Tadi sahabat saya ada sms, dia nak buat mini library jugak. Saya galak dan sokong dia. Biarlah kecil pun. Dari kecillah jadi besarkan... Lagipun sayang kalau buku dan majalah-majalah tu letak gitu je.
Jan: Yang ringan sama dibaca, yang berat aku yang baca sorang!...huh!

No comments:
Post a Comment