Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 16, 2009

Saya pandai berlakun?

Skrip daripada Jurefa Jais sudah saya teliti. Saya tidak berdaya untuk menolak skrip itu kerana datangnya daripada kawan saya sendiri dan persembahan saya nanti khas untuk kawan-kawan saya sendiri. Saya bertekad hati, saya kenalah sporting. Lagipun Jurefa Jais nanti akan meninggalkan saya, dia akan ke luar negara untuk mendapatkan PHDnya...

Saya terus menerima skrip. Lagipun sudah lama saya tidak berlakon, kali terakhir saya berlakon rasanya semasa saya hadiri temuduga UNITEN, masa tu saya berlakon jadi bagus dan kelihatan bagus. Saya masih ingat lagi ketika para yang nak diduga duduk menunggu untuk ditemuduga kami yang duduk di sofa berbual-bual. Berpeluh saya kerana dalam tutur kata saya tu, saya terpaksa la selitkan sedikit perkataan orang putih, biar nampak setara dan seeducated dengan mereka. Cara duduk di sofa pun agak class sikit sebab dihadapan sudah ada orang HR yang sedang memerhatikan kami sebelum nama kami disebut dan masuk ke bilik temuduga... Lakonan saya di dalam bilik temuduga tak payah cakaplah lagi, sukar.

Tapi kali ini wataknya berat kerana seawal pagi saya kena mula start hayati watak. Saya memang tidak gosok baju dan saya syampoo rambut bila kering saya tak sikat so nampak macam tak terurus sikit, namun saya kepuk-kepuk ramput saya dengan tangan supaya tidak nampak over jadi watak orang gila pulak. Sapa kata berlakon senang?.

Memang pagi tu saya ada jumpa Fuzah dan beritahu kononnya badan saya tidak berapa `sedap'. Saya buat-buat mata kuyu dan gerakan longlai sikit (sama seperti seseorang nak minta MC walaupun padahal bukannya sakit sangat..., jangan terasa ya, he hehe) Lakonan awal ini penting untuk menampakan saya sedari pagi lagi sudah tidak sihat. Maka kalau saya pengsan orang akan percaya dan akan bergegas ke rumah saya.

Lakonan saya diperkemaskan lagi bila saya buat-buat batuk masa nak ambil LCD dan Lap Top kat pejabat... he he he.

Saya terbawak-bawak pula lakonan saya di dewan kuliah. Saya sedari apabila seorang pelajar menegur saya, " Sir nampak tak sihat je hari ni...?". Pada masa itulah saya sudah sedar saya terbawak-bawak dengan watak yang saya pegang ke dunia nyata, lantas saya teringatkan Tom Cruse dan Brat Pit begitulah mungkin apa yang dirasai mereka.

Sebenarnya tepat pukul 8 malamnya saya kena pengsan (setelah pastikan pintu rumah (sliding dor) terbuka). Kononnya Juraifa akan datang nak ambik pokok bunga dan nampak saya pengsang di ruang tamu. Selepas itulah Jurefa kena bergegas ke rumah Fuzah untuk memberitahu saya pengsan kepada Fuzah.

Sebenarnya sebaik saja saya menerima skrip, saya terus hayati watak. Bukan apa tak naklah nanti lakonan saya nanti nampak kaku macam Asraf Muslim dalam `Puaka Niang Rapik'. saya tak naklah nampak keras macam tiang lampu. Semuanya kejayaan akan bergantung kepada watak saya. Jika Fuzah tahu saya berlakon semua rancangan akan gagal. Memang dengan kata lain saya adalah pelakon utama.

Dan memang tergesa-gesa Fuzah datang pada pukul 8.00 malam. Sebelumnya suaminya terus datang bergegas dengan motor terlebih dahulu, mungkin cepat sikit kalu naik motor. Fuzah naik kereta dengan Jurefa Jais yang pegang watak pelakon wanita utama tersebut.

Memang pada masa itu sudah ramai orang datang `melawat' saya. Meja penuh dengan makanan seperti kek, mee goreng, ayam goreng, kerepok, laksa Pahang, sura, coslow-cosli, dan macam-macam lagi.

Apabila Fuzah nampak ada kereta di hadapan rumah saya, Juraifa Beri alasan dia mintak tolong Meesham dan suaminya tengok-tengok kan saya. Juraifa sudah beritahu Fuzah yang orang ramai di rumah saya tu datang melawat...

Bila sahaja Fuzah sampai di pintu ruang tamu hadapan rumah saya, dia melompat! (ruang tamu tersebut telah dibersihkan dan disediakan khas untuk sambut harijadi Fuzah, he he he). Saya tengok Fuzah sekejap duduk-sekejap bangun tapi tak pijak lagi kaki ke ruang tamu saya. Dia seolah-olah tak percaya.

Semasa memotong kek Fuzah berucap sedikit sebanyak terima kasih kerana sambut harilahir dia, dia tidak duga kerana hari lahir dia dah berminggu berlalu... dalam ucapannya juga dia memuji lakonan saya yang mantap dan berjaya. dia ada beritahu kawan-kawan lain yang saya tidak sedap badan dari pagi tadi sebab itulah dia bergegas datang bila dengar saya pengsang...


Jan: Kata pujangga dunia ini adalah pentas dan manusianya adalah pelakon...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home