` Satay 200 ratus. Mentah pun enak...'
Dialog di atas berusia puluhan tahun dan dituturkan oleh Suzzana dalam cerita seram Indonesia yang bertajuk `Sundalbolong'. Lokasinya di tepi jalan di sebuah kampung, di mana dia berhenti di sebuah gerai dan mengoder satay... dengan jumlah yang banyak dan mentah pula. Dia makan dengan rakus sehingga penjual satay itu lari lintang pukang.
Masih jelas lagi terakam dalam ingatan saya, certa tahun 70an ini memang seram dan ada mesej yang kuat. Akibat diperkosa bergilir-gilir dia jadi hantu untuk membalas dendam kepada para pekosanya. Cerita ini amat menyeramkan saya pada masa tersebut kerana saya masih budak-budak lagi. Walaupun pada masa itu apa itu perkosa pun saya tidak tahu tapi saya berjaya dibawa ke subjek yang lebih besar dalam cerita itu, iaitu dendam dan jadi hantu.
Apa yang penting wajah Suzzana tidak diburukan, cuma pucat sedikit, malah dalam beberapa babak dia seperti manusia biasa. Saya setuju sangat untuk wujudkan keseraman tak semestinya kena papar muka yang buruk, jalan terhenjut-henjut atau kena melayang dari pokok ke pokok...
Curi perasaan...
Cerita hantu berjaya mencuri perasaan saya dan membawanya ke alam yang payah saya nak terangkan dengan kata-kata, berlainan sekali kesannya. Saya membesar dengan tidak percaya kepada hantu sehinggalah masa saya first year, kepercayaan yang `apabila kita takut kita kan nampak macam-macam kerana imaginasi kita' terkubur...saya hilang kepercayaan sedikit demi sedikit...saya makin percaya hantu itu ada walaupun tidak seratus peratus.
Cerita seram ada yang hebat sehebat cerita `The Others', sampailah cerita yang lemah seperti Puaka Niang Rampik. Saya bukalah mahu membesar diri yang semakin membesar ni, namun saya tidak seram melihat kepada rupa bentuk dan cara penonjolan hantu-hantu di dalam siri tersebut. Kerap sangat hantu muncul siang malam jadi dah tak ada `raaa...' dan tak seram. Hantu pun kadang-kadang nampak lucu dan plastik.
Paling menyeramkan bagi saya ialah Mbok Miah itu sendiri, watak tersebut sebenarnya boleh dikembangkan lagi. Dalam cerita ini watak terlalu difokuskan kepada Ustad Amirul (yang zuhud dan asyik berbaju pagoda).
Gambar ini dipukul stail gambar dalam drama tersebut, iaitu ada nampak daun-daun sikit kan.
Cerita sepatutnya ditumpukan kepada kepuakaan di kampung tersebut bukannya kepada Ustad Amirul sahaja. Watak ustad Amirul pulak dilakonkan dengan amat lemah sekali. Kalau saya jadi pengarah (pulak dah) saya akan hambat (halau) dia balik dan akan menyuruh hayati watak dulu betul-betul. Kalau dah betul-betul ready baru saya benarkan dia datang semula ke lokasi.
Jadi ustad kena nampak berkeyakinan dan tegas bukan nampak baik saja, nampak tak bersalah saja, ni kadang-kadang macam tak tahu apa-apa je, nampak bler je. Huh!. Sempat saya sms Mek Zue dan tanya apa pendapat dia kalau watak tersebut dilakonkan oleh Rosyam Noor. Terus dia setuju sesetujunya..., he he he.
Kalau watak ustad tu dipegang oleh Farid Kamil pun okey, tapi tentu Kamal Azie tak setuju pulak, he he he.
Bintang
Kebiasaannya saya akan menjemput Ja untuk menemani menonton Puaka Niang Rampik di rumah saya. Namun pada malam terakhir siri tersebut saya pula ke rumahnya. Saya bawak dodol, kueh bahulu, kerepek dan limau tahun baru ke rumahnya (yang pelajar bagi...). Saya menonton di situ. Saya mahu beri bintang kepada cerita ini. Bukan main saya mengutuk cerita tersebut dan Ja pun turut sama memberikan input kutukan. Malam tu kami dah jadi macam Ku Seman Wu hussin atau Hamzah Wahab asyik mengkritik sambil menghirup milo yang Ja buat. Cuma kritikan mereka membina, kritikan kami meruntuh...he he he.
Mungkin ramai kawan saya tidak mengikuti cerita ini. Cerita ini tak best sangat tetapi sebagai peminat cerita seram saya tengoklah juga untuk memberi `bintang 'kepada cerita ini sambil melihat pencapaian produksi kita dalam grene cerita seram.
Mustahil saya bagi 5 bintang kan... 4 bintang pun tak layak, begitu juga 3 bintang jauh sekali. payah juga ya nak beri bintang ni, pening juga kepala... kalau saya beri setengah bintang?
Akhirnya saya buat kesimpulan... cerita ini berhutang bintang dengan saya... he he he
Jan: Pernah menyewa rumah berhantu tetapi tidak bersekempatan bertemu...Saya selalu sibuk...
No comments:
Post a Comment