“ Ja agak-agak berapa kerugian kau tanggung selepas kau putus tunang dulu? ”. Selamba saya tanya Ja selepas saya hirup teh tarik yang agak pahit. Pada masa tersebut kami berdua sahaja. Bila waktu petang sekali sekala keluar minum. Tidaklah selalu sangat sebenarnya tetapi jika ada peluang kami akan cuba berteh tarik.
“ Tentu banyak kan, mesti beribu-ribu. Kau kira tak? ”. Seperti biasa belum pun Ja berpeluang untuk menjawab soalan pertama atau memberi respon, saya sudah menjawab sendiri soalan yang saya tanya tadi dan bersama dengan soalan baru pulak.
“ Ari tu pun duit kutu pun kau guna kan nak gi Shah Alam kan? Ingat tak? Aku rasa campur dengan tunang beribu-ribu tu hangus… ". Saya buat pernyataan kejam, seolah- olah saya ni tak ada hati perut dan Ja tu hanya sebatang tiang talipon tidak ada hati dan perasaan.
Saya lihat Ja tersengeh, selalunya Ja begitulah ia akan tersengeh je kalau tak tersengeh dia akan kelihatan seperti orang yang sedang memikirkan sesuatu.
Selepas tu dia melontarkan pandangannya jauh ke arah padang bola. Padang bola tu kosong tidak seperti hati Ja yang kini telah dipenuhi. Bila melihat Ja begitu saya dah rasa tak sedap hati. Bimbang kalau-kalau Ja terasa... Tapi apa lagi yang Ja tak rasa dalam hidup ni kan? He he he.
“ Tentu banyak kan, ada tak kau kata apa-apa pada keluarga bekas tunang kau? ”. Sekali lagi saya tanya tapi dengan nada yang lebih perlahan dan tidak memaksa sambil saya menenyehkan goreng pisang ke kuah ladanya. Di sebelah piring kuah lada ada piring jemput pulak, bukan nasi ya… memang saya makan banyak takut lapar malam nanti. Maklumlah tengah giat diet sekarang. Almaklumlah awal tahun...
“ Aku Man tak kata apa-apa. Aku ni jenis kalu nak kata kat orang apa-apa aku fikir dulu. Tak mahu nanti orang terguris hati ke terasa hati ke... " . Jawab Ja sambil cicah jemput bawang yang dibeli dari kedai sebelah. Kami beli makanan di kedai lain sebab kedai ni teh tarik dia je yang sedap sikit. Payah nak cari kedai sedap kat sini, kedai yang ada biasa-biasa sahaja.
“ Aku pun ”. Jawab saya sepatah `nok jugok’. Padahal tadi bukan main saya tanya Ja dengan pelbagai soalan yang sensitif. Kalau orang lain mungkin saya dah kena sumat goreng pisang ke mulut. Tapi Ja cool sahaja...

" Kau aku tengok cool je kan Ja. Kalau aku tok tahulah Ja ”. Saya secara peribadi memang kagum dengan ketabahan Ja. Dia bangkit dan meneruskan perjalanan hidup. Dia tempuh dengan penuh kesabaran dan keredhaan, menaruh harapan.
“ Tapi kita tok bolehlah berkira sangat kan. Dia pernah buat kita bahagia. Orang yang pernah kita sayang. Tok kanglah kita nak benci pulok bila doh putus tunang, jodoh di tangang tuhan. Kita kena redha. Jangan ada perasaan benci dalam ati kita ”. Saya pulak dah lebih-lebih beri penjelasan (walaupun Ja tidak mintak, walaupun segalanya dah lama berlalu...), walaupun saya taklah pernah putus tunang malah bertunang pun tak pernah…tapi bila bercakap macam dah 8. kali putus tunang. Huh!
Jan: Pernah bertunang hanya dalam mimpi. Tapi mimpi tu pelik saya yang dipinang! He he he.
No comments:
Post a Comment