Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 9, 2009

Gelora di hati Sara...

Selain daripada hadiri meeting, antara perkara yang saya malas nak buat ialah melihat drama bersiri. Bukan apa, saya tak sabar orangnya. Kalau nak tengok drama bersiri kita kena rancang waktu kita, orang yang tidak pandai merancang waktu tak payahlah tengok drama bersiri. Dan kadang kala potong stim, maksud saya tengah cerita nak capai klimaks terus `Bersambung...'.

Tapi lain pula dengan drama bersiri `Gelora di hati Sara'. Sebabnya mudah saya suka tengok jee daripada anak dara sampailah terkini, janda. Saya tidak minat suaranya sebab bagi saya biasa-biasa sahaja.Masa saya tengah belajar di UM dulu, Jee tengah naik, saya minat sangat. Tapi bila dia kahwin dengan cucu sultan Selangor saya jadi suam-suam kuku sikit.

Dengan pertolongan Mek Zue, bila dah dekat 10.30 mlm dia akan SMS. Biasanya pukul 10.30 mlm saya dah mula membaca buku atau tengok ASTRO AXN. Bila sms sampai saya terus ke dapur buat nescafe panas dan masuk bilik heret tilam bujang ke tengah ruang tamu, nonton.

Jee bawak watak isteri yang tertekan dan mempunyai masalah, pendapat saya:

1. lakonan Jee lebih baik berbanding dengan Erra dan Nasha, jauh lebih baik... Sederhana dan tidak over.

2. Ada emosi dalam getar suara serak basahnya.. (tapi hairan bila nyanyi serak basah tak kedengaran pun.).

3. Memek muka, redup kelopak mata pun bertepatan dengan tema `gelora' yang dibawanya.

4. Bahasa badan tak payah ceritalah... ok.

Mungkin dia banyak belajar dengan Rosyam kot atau memang semulajadi...berbakat

CUMA apabila Jee marah tak berapa nak menjadi..., macam kemarahan itu tak lepas, tak nampak marah sangat, terpendam atau terendam saja (ataupun memang skrip mahu jee jadi begitu? supaya dia terus dipermainkan Abang Ros?.

Saya rasa lebih menjadi lagi bila Mek zue marah. Contohnya pabila lecturer tak antar carry marks pada masa yg ditetapkan, he he he.

Jan: Adengan tu Mek Zue mengalahkan Jee... he he he. Ampun zue.

3 comments:

Eja said...

tang mc zu berjaya expresikan wajah marahnya tu mmg x dpt dinafikan...cuma x smpt nk rakamkn jer..berderau darah, senyap sepi kami yg berada sekeliling dia time tu. mmg real!!!

Umar said...

betul ke?....x percaya.....x blh nak imagine mczue yg marah....sbbnye dulu2 comel n ceria je sokmo....nih mesti zue dah geram tahap suhu didih...ehhehhehe..nasiblah sape2 yg kena marah tuh....hehehhehe

Jankaulu said...

mek zue bukan pemarah orangnya, kalau sesuatu tu menyusahkan dia saja, dia tak kisah sangat, dia telan je. Tapi jika melibatkan kesusahan pada orang lain juga, dia perihatin...

jan: hatinya dicampak ke longkang, hati orang dia jaga...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home