Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, November 11, 2008

Berkelah di Pantai Sepat...

Kenangan yang tiada tarikh luput...

Berkelah adalah salah satu aktiviti yang kami selalu lakukan semasa bekerja di KSP Pekan. Selalu la rancang nak berkelah tapi banyak yang tak jadi (sepuluh kali rancang biasanya baru jadi sekali).

Apa-apa pun yang penting iannya terjadi dan diingati. Sebab itulah pabila kami berpindah ke Kuantan, kenangan di Pekan payah nak lupa..., payah nak jadi luput.

Hanya gambar terpilih...

Gambar kenangan ni, dipukul di Pantai Sepat. Banyak lagi gambar-gambar lain tapi tak tergamak nak letak, selain blog ini bukannya album gambar ia juga menghormati privasi kawan-kawan. Sebabnya ada antara gambar-gambarnya tersalah gaya, terlebih gaya, terkurang gaya, gaya terencat akal dan gaya yang tak berakal...he he he.

Untuk kali ini letak 2 keping je, gambar lain mungkin di lain kali kot. Tak berapa ingat berapa orang yang pergi, ada juga yang tak ada dalam gambar ni, contohnya Aznim, lecturer english.



Tepi sekali berbaju Tshirt berkolar warna merah adalah Adnan. Adnan bergaya nasyid, tangan disatukan dan diletakkan ke bawah. Gayanya seolah bimbang dia tak masuk dalam gambar (tak muat) sebab tu pun dia mengiringkan sikit badannya ke arah Aguk(zaki) yang bergaya angkuh.

Wahida bergaya pasrah, seolah-olah hati dan jiwanya tidak berada di situ.Cuma jasad yang meraikan kawan-kawan dan pantaian sepat (sastera pulak dah)

Diana kelihatan macam artis antarabangsa, siap dengan cermin mata hitam lagi. Sekarang pun beliau berada di overseas (kira antarabangsalah jugak), Sarawak, he he he.

Wani dan Jeha pulak buat pos ala-ala majalah URTV lagi, siap dengan muka gaya manja. (Gamaknya macam mana kalau sekarang masih buat gaya manja, tergamak ke taukeh cina nak cuci gambar tu, he he he. Jangan marah Jeha, Wani, gurau je.)

Kelihatan juga Roslina, dan Azniza.Tersenyum girang dapat melepaskan penat di pantai setelah bergelomang dengan karenak pelajar, dapat rehat minda.

Bagus dia orang ni, tak ada yang berbikini di tepi pantai. Mereka sangat sopan...masing-masing control ayu.(kalau berbikini ada yang tak nak balik kot...)


Gaya jejaka bawahan...


6 Jejaka yang kini hanya 2 orang dapat mempertahankan kesucian...he he he.

Ustad Ahmad macam tak bergaya atau mungkin tak ada gaya tu adalah gaya dia?. Namun kita boleh katakan beliau bergaya sederhana (sederhana adalah tuntutan nabi kita, harap sedia maklum... apa yang penting tuhan tidak melihat kepada gaya kita, tidak melihat kepada berapa harga baju yang kita pakai. Tuhan melihat kepada seketul daging yang ada dalam tubuh kita, jika ianya elok dan baik, maka insyaalahlah baik jadinya, wwallahualam...)

Din pulak bergaya dengan topi merah tu (macam Joe KPM), bert'shit V macam remaja (wal hal dah akhir remaja...he he he)

Ustad Saiful tak perlukan gaya sangat, muka dia pun dah boleh cover segalanya. Muka jambu dan tak bersalah. Kalu masa kecil cikgu nak rotan pun tak jadi jika tengok muka dia, lailah muka saya (nak jugak) bila cikgu nak rotan sekali jadi dua kali rotan bila tengok muka saya yang memang macam bersalah...

Amli bergaya serius tapi menawan, mancho pun ada 75%. Masa ni dia kurus sikit... tangan nampak panjang.

Saya pulak tak sempat nak bergaya, cuma tinggikan lutut dan sembunyikan tangan yang bersimen. Saya ni taklah pandai bergaya sangat...(alahai merendah diri pulak dah, huh!).

Lokman tak soh nak katalah. Dialah Raja Gaya KSP Pekan bagi Sesi 2001/2002, 2002/2003 dan seterusnya. Huh, gaya dia buat-buat tengok ke tempat lain konon, he he he.

Jan: Best tengok gambar lama, tapi selepas itu tertanya-tanya kenapa sekarang jadi gemuk. Mana datangnya daging kiri kanan perut, atas bawah...ishk ishk...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home