Kalu kita berani naik ke atas gazebo tu, daripada gazebo atas tu nampak lebih jelas laut yang terhampar dan kepanjangan pantai. Kalau yang gayat tak payahlah naik, nanti tak boleh bernafas dengan sejahtera kat atas, tak payah nak tunjuk hero. Dulu pernah naik jugak rasa sesak nafas bila ada di atas. he hehe.
Semenjak kecil, semenjak masa berlalu keindahan pantai ni ada pasang surutnya, kadang terjaga, kadang tidak. Mungkin bergantung kepada budjet tahunan Majlis Daerah Besut dan personaliti yang dipertua majlis daerah atau pegawai daerah kot (andaian lagi...). Sebagai local government tentu mereka ada tanggungjawab yang lebih berat selain daripada mencantikkan alam sekitar. Memang kawasan ini boleh diaktifkan lagi dengan pembangunan.
Memang sesuailah pasangan bercinta berjalan-jalan di sini. Dan sesuai jugak kepada sapa-sapa yang ditinggalkan, atau yang tak bercinta...he he he. Namun begitu amatlah sesuai kalau sekeluarga pergi berkelah ke, menikmati alam sekitar, belajar menghargai apa yang ada. Beruntung orang Besut.
Susahlah nak cerita kalu tak gi sendiri tengok, bagi pencinta alam tentu akan membuahkan perasaan semacam kalau g kat bukit keluang ni, kalau orang agama tentu terpegun dengan ciptaan tuhan, dan kalau orang yang dah `mati' jiwa (orang yang tak `bercakap' dengan diri sendiri), mungkin tak rasa apa-apa. he he he.
Indahnya kenangan di Bukit Keluang
Gembira rasa,Waktu kecil hingga dewasa
daripada belajar jadi dewasa
hingga terpaksa jadi dewasa
bersama waktu seiring masa...
Oh Indahnya pemandangan di Bukit Keluang
Pantai nan menguning bersih
Aras airnya pasang surut,
terkadang gelombang.
Oh sejuknya bila musim tengkujuh tiba
muram, gelora ombaknya...
angin tidak berbahasa...membisa
La la la, la la la...la la laaa la lala.
masa terus berlalu tak dapat kulupakan
semasa bersama di Bukit Keluang.
Pergi berkelah, lawat tempat sejarah
di gigi pantai yang indah...
(Sajak ala 60 an, he he he)
4 comments:
lawa gak tempatnya. Kenapa tak popular? Rasa nak kesana...nanti
nan jaga2 jangan terpedaya dengan kecantikan gambar ya... hehehe
Entahlah 6, tpi pantai ni prnah jdi tuan rumah Jambori Asia Pasifik, Besut, Terengganu 1997,(Ogos 1997) dsertai oleh 17,000 pengakap dri Malaysia dan ngara-negara Asia Pasifik.Msa tu aku jdi guru pgiring bgi sklah aku.
Prnah jga djadikn lokasi filem dan drama swasta suatu msa dulu.
Ni rsanya peranan sapa ya nak popularkan tempat macam ni...?
Kalu dibangunkn lbih ok lgi...
kalu kau dtng boehlah aku bwak, bleh katakan `belakang' rumah aku je,x jauh mana.
Bnar 6, realitinya lbih cantik dri gambar2 ni. Aku harap zue dapat melihat realitinya. lain kali kalu ada kamera aku pukul lagi...
nan,
I guess there're many broken hearts in Bukit Keluang, and
I know u've never really been there
so u don't know...
Post a Comment