Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 12, 2010

Beli novel...

Antara novel yang saya sambar...(novel ni dah lama di pasaran)
Bulan 10 saya, saya sifatkan bulan baca novel. Tapi kali ini berbeza benar sebab saya beli novel yang tidaklah berat sangat. Mungkin boleh kita kata novel komersial.
Saya ada baca novel sasterawan negara Datuk A Samad Said, `Salina', `Sungai Mengalir Lesu', `Langit Petang' dan `Adik Datang'. Tapi novel yang buat saya rasa loya dan pening ialah `Hujan Pagi'. Memang saya tabik, banyak kali baca baru sikit faham....he he he. Saya juga suka novel Sahnon Ahmad.
Saya harap dapat menghabiskan bacaan sebelum tahun ni, saya akan paksa diri saya. Cuma saya kena cari lilin wangi... saya akan kemas rumah, pasang liling wangi dan saya akan membaca sambil menghirup air nescafe...
Saya bukan orang sastera namun saya tertarik dengan sastera, kalaulah saya boleh menulis novel ia tentu akan bercakap pasal rindu, kesetian, kecurangan dan dendam kesumat...yang berpanjangan...he he he.

Jan: Hanya sengsarawan...(bukan sasterawan...)

Krisis mengajar dan krisis ekonomi

Mengajar bukan sahaja satu perkerjaan menyuap input/pengetahuan kepada para pelajar secara langsung. Ada banyak perkara asas lain yang penting selain kerja menyuap. Antara yang juga maha penting ialah mengajar para pelajar melihat/menjana/study input yang diberi dari pelbagaian sudut.
Tidak selamanya para pelajar akan ditemani guru/pensyarah/mentor di dalam hidup mereka. Selepas alam persekolahan/peruniversitian mereka mesti membuatnya sendiri. Jika mereka hingga akhirnya masih tidak mendapat jodoh, mereka biasanya berkencenderungan untuk mengentenggelamkan diri dalam alam kerjaya daripada pagi hingga malam. Mereka mungkin akan bertugas untuk mencari dan mengkaji input semasa yang akan menjadi info, yang mereka akan gunapakai dalam dunia pekerjaan atau kehidupan mereka. Sebab itulah mengajar mereka mengenal/melihat/mengkaji input adalah penting.
Jika mengajar hanya sebagai medium/alat pengantaran input, senanglah tugas mengajar. Masuk kelas angkat-angkat ketiak (guru menulis di papan hijau) atau masuk dewan kuliah ketuk-ketuk je nota buku (petik-petik je komputer riba dengan bantuan LCD). Namun mengajar adalah lebih dari itu, lebih dari mengajar/menyuap. Mengajar mesti mendidik, tanpa unsur mendidik akan menyukarkan proses keupayaan pelajar untuk menyerap input/ menjana input apabila mereka betul-betul menghadapi dunia yang nyata (selamat datang ke dunia nyata).
Mengambil satu contoh krisis ekonomi yang pernah dihadapi negara Malaysia, saya telah banyak kali tekankan dalam sesuatu krisis tersebut tidak ada unsur/faktor yang dominan (yang kita boleh tuduh membawa impak yang paling besar) kerana jelas sekali kali setiap faktor yang ada adalah saling berkaitan, ada hubung kait. Faktor pertama penyebab tidak akan semestinya membawa impak yang besar secara langsung semata-mata kerana ianya merupakan faktor pertama (menjadi tanda/penyebab permulaan) yang mulanya sahaja kelihatan dominan. Faktor terakhir contohnya market panic (bukan panic di pasaraya ada sale tetapi faktor kepanikan pasaran)mungkin menjadi faktor yang paling dasyat membawa kesan kepada pengukuran herotan ekonomi makro kita (rujuk krisis kewangan Asia 1997).
Amatlah berbesarnya hati nurani dan jemala saya agar para pelajar saya selepas mendapat pendidikan formal ini...jika ada lagi krisis ekonomi, mereka akan mampu/pintar dalam menganalisis/`melihat' faktor-faktor yang seolah berasingan itu secara beriringan/berkaitan.
Setiap krisis ekonomi yang bermula sama ada disebabkan foktor dalama/luaran) adalah berbeza dan cara mencegahnya/ubatinya juga berbeza. Namun sekali lagi perlu diambil ingatan konsep `berbeza' tersebut masih lagi mesti dilihat dalam dalam lingkung yang sama kerana ia akan menbawa masalah yang sama dalam dunia makro Malaysia...
Jan: ...krisis kasih sayang?

Monday, October 11, 2010

Lepas kita, kita. lepas kita, kita!



Bukan nak mengungkit tapi membangkit (eh sama la tu kan...). Kalau kita je asyik kena belanja tak tahanlah kita. Dalam berkawan kita kenalah ada beri dan ambik (give and take). Kalau kita je yang kena `give' dan tak `take-take', taukeh ikan laga pun gulung karpet... Pada mulanya kita memang ikhlas tapi lama-lama...? Kita tak boleh hipokrit kan?

Kalau kita bersikap demikian orang akan berkawan dengan kita dalam soal kerja sahaja, kita tak akan jadi pilihan untuk menjadi kawan sejati. Kita kenalah ubah diri kita...

Bila mak saya pencen, senarai kawan-kawannya disenarai pendekan. Kata mak saya yang jenis `lepas kita, kita. Lepas kita kita' mak saya dah tak layan dah. Mak saya beritahu memang ada kawannya bersifat begitu. Masa kerja dulu orang berkawan dengannya atas nama rakan sekerja dan urusan kerja. Bila dah pencen ramai dah yang tak nak berkawan dengannya. Tak seronok.



Jan: Macam mana jika kita senarai pendekannya sekarang juga, tak perlu tunggu pencen/bersara? he he he.

Sunday, October 10, 2010

Tak perlu banyak kawan...

Kata kawan saya, `Man kita ni dah tua, tak perlulah bazir masa cari banyak kawan. Terutama kalau kita tahu dah sah dia tak kan menolong kita bila kita susah...Kita tak cari dia bila kita susah..."
Sepintas lalu saya rasa apa yang dikatakan oleh kawan saya tersebut terlalu material dan individualistik. Apa salahnya banyak kawan-banyak dan kenalan. Walaupun saya akui kerap-kali atau kadang-kadang iannya tak ke mana pun...

Kata kawan saya lagi, yang lebih penting jaga kawan-kawan yang kita dah ada. Yang ternyata kita senang dengannya dan pernah tolong kita semasa kita susah dulu...

Dan katanya lagi tak bermakna pula kita tak berkawan dengan orang baru, cuma janganlah berkawan dengan ramai sangat kerana tak semua orang yang kita berkawan boleh dibuat kawan...

Jan: Oooo sebab itu dia selalu minum sorang!

Tak payahlah buat diri sendiri sebagai contoh

Asas agamanya sangat kuat, bukan setakat sekolah agama tetapi dilangsungkan sehingga ke peringkat pengajian tinggi dia. Saya ikhlas cakap saya rimas bila berada bersamanya. Bukan kerana saya banyak dosa lantas tak selesa duduk dekat dengannya, tidak. Saya rasa tak selesa dengan pemikiran sekeratnya.

Dia pernah beritahu yang rumahnya yang berharga ratusan ribu ringgit itu dapat dibeli kerana gaji dia berkat. Sebab itulah dia dapat beli rumah yang besar. Dia siap lagi kata kalau kita hidup berkat kita akan dapat beli rumah besar. Dan contohnya dia!.

Saya tak ada komen sebab pasal agama dia lebih mengetahui. Dan saya juga rasa logik sebab tuhan akan tolong dengan cara beri berkat kepada pihak yang mana tuhan mahu atau mana-mana tuhan suka. Tapi yang saya tak selesa atau rasa janggal ialah dia beri contoh dirinya, he he he.

Jan: Rumah kecil je...

Saturday, October 9, 2010

Kawan yang bukan kawan...

Saya berpendapat oleh kerana suasana kerja kita semakin komplek dan saling berkaitan maka kita akan bertembung dengan situasi yang kita berkawan dengan orang yang sebenarnya bukan kawan kita pun...walaupun hampir setiap hari kita bertembung dengannya.

Kita bekerjasama dengannya atas nama kerja sahaja. Berkomunikasi atas nama organisasi. Dan sesekali bertembung makan bersama.
Kadang-kadang saya bertanya apa akhirannya komunikasi sebegini? Jawapan saya ialah iannya tak ke mana-mana. Kenapa? Jawapannya lagi ialah jika kita nak ke bandar Kuantan contohnya, naluri kita kan terpanggil kepada kawan yang kita rasa selesa menemani kita yang iannya bukan dia!

Dan sebab itulah namanya tercicir dalam senarai jemputan rumah terbuka kita, he he he. Dan kita kata kepada kita `eh aku terlupa ajak dia..'. Namun hakikatnya jauh di sudut hati kita, kita tak boleh tipu. Tak terlintas pun nak ajak dia, he he he.

Jan: ...hehehe

Thursday, October 7, 2010

Saya ni cerdik orangnya..!

Cerita ini daripada sahabat baik saya. Ceritanya biasa saja, ianya mengenai peri hal perangai penjawat awan yang tak reti basa.
Pembaca blog ini pun mungkin ada pengalaman sebegini. Rasa meluat tahap megamoll. Saya sendiri ada juga pengalaman buruk apabila berurusan di kaunter kerajaan tetapi saya taklah kisah sangat sebab saya fikir kalau mereka nak jadikan duit gaji mereka haram sebab mereka tak amanah, saya tak boleh buat apa-apa. Makanlah duit tu, buat makan anak bini/laki.
Tapi ingatlah sikit, kita berkhidmat kepada masyarakat dan diberi tanggungjawab oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Maka kenalah bekerja untuk rakyat Malaysia (amboi macam kempen pula, maklumlah pilihanraya dah nak dekat).
Kalau mengikut agama islam bekerja adalah kerana allah. Lagilah terpesong kalau kita kerja kerana gaji tetapi gaji tu gaji buta... sebab kita tak kerja sesebenarnya.
Saya tahu sangat, kalau muka handsum macam Farid Kamil barulah mereka layan sampai tertongek-tongek bahasa tubuhnya, muka kurang handsum macam saya (tetapi tetap menarik, berbudi perketi, bersih, cekap, amanah dan jujur) acuh tak acuh je dia layan. Macamlah saya ni nak minta beras dengan penjawat awan tersebut.
Kita pergi ke cerita kawan saya... Bimbang pulak nanti posting ini asyik cerita hal saya, mungkin ada orang benci...meluat (saya peduli apa? he he he).
Saya tak tahu apa salah kawan saya. Salah saya saya tahu, saya kelihatan naif dan berbaju seluar tak kemas dan tali kasut tak ikat. Bila masuk pejabat tentu orang ingat saya ni orang sungai mana, mereka tak layan (walaupun sebenarnya mereka kena layan dengan baik walaupun saya cacat!). Tetapi kawan saya ni memang gila jenama...dia berbadan tegak dan segak. Kalau sekali tengok tentu jatuh cinta terutama kepada kereta yang dipandunya, he he he.
Dia datang awal sebelum pukul dua dan dia mahu jadi pelangan pertama supaya cepatlah urusan selesai. Dia menyandar di sofa sambil menghadap kaunter dan ada dua tiga meja urusan di hadapannya...
Bila sampai pukul dua dia diberitahu oleh gadis di kaunter yang pegawai yang terlibat tak datang lagi. Kawan saya pun tunggulah di sofa tersebut semula, sambil berfikir tentu ada masalah sebab tu lewat.... Dan sangat lama selepas itu datanglah seorang perempuan bersama pemuda. Mereka sangat jelas sedang hangat bercinta tahap 1. Ya lah kan kalau bercinta pun janganlah pamirkan sangat, tetapi memang bila kita bercinta kita tak sedar dah orang lain dui sekeliling. Orang bercinta ni nak tutup pintu pun ambil masa 15 minit. Muka pemuda tadi taklah handsum sangat, memang sesuai benar dengan muka perempuan tadi...(beritahu kawan saya yang jadi mangsa tu)
Si perempauan tadi rupanya penolong pegawai yang seharusnya ada di mejanya tepat pukul 2. Kawan saya tak lah terus menerjah meja tu sebab biarlah dia ambik masa dulu rehat jap. Selepas itu kawan saya yang telah memandu lebih 100km kerana nak berurusan tu pun bawalah sampul surat ke meja tersebut sebab nak berurusan...tetapi
Perempuan tersebut beritahu letak saja di situ sambil buat tak layan dan muka masam macam mak tiri Snow White...
Nampaknya hari tersebut adalah hari paling malang perempuan tersebut. Kawan saya ni semasa di universiti pensyarah pun dia lawan! Inikan pula penolong pegawai!
"Saya ni cerdik orangnya....awak jangan..bla-bla-bala." Begitulah mukadimah syarahan perdana daripada kawan saya (yang saya tahu akan sepejabat akan mendengarnya...he he he).
Kawan saya kata dia amat marah dan kecewa sebab dia ambil cuti semata nak uruskan hal tersebut tetapi tidak dilayan dengan baik. Dia beritahu dia nak berurusan bukan tukang hantar sampul surat tersebut...
Jan: Hidup kalau tak boleh menyenangkan orang, janganlah menyusahkan orang...Dan bila orang menolong kita, sayangi kita, janganlah kita khianatinya...simple kan?


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home