1. Saya selamat bervaksin kali ke
tiga sabtu lalu. Kali ke tiga ini lokasinya berbeza dengan kali pertama dan
kedua. Namun untuk sesuatu yang perlu, saya rela walaupun ke hujung dunia, ke
gurun sahara atau antartika. (ibarat kata la...)
2.
Ada kawan-kawan saya tidak
mengesorkan saya mengambil vaksin kali ketiga ini. Dengan cara halus dia
menceritakan saya akan dijadikan kambing hitam untuk menghabiskan vaksin yang
terlebih stok, begitulah lebih kurang. Macam dia PA KJ pula, he he he.
3.
Seperti biasa, saya akan
mendengarnya tanpa bantah-bantah. Dan seperti biasa saya akan tetap dengan
penilaian saya, pendirian saya.
4.
Namun kali ini saya bukannya
menulis mengenai perangai kawan-kawan saya yang pelik atau salah. Tetapi
mengenai sikap diri saya yang salah.
5.
Ceritanya begini, selepas dicocok
vaksin, saya rasa lapar dan saya pergi baham pizza di Domino. Saya makan dengan
banyaknya sebab saya rasa lapar sangat. Saya rasa ini
kesan pertama. Saya kelaparan.
6.
Di Domino pizza, saya makan
dengan lahapnya dua keping pizza saiz sederhana!, tetapi saya hairan sebab tiada
yang pandang-pandang saya walaupun saya persis Anuar Zain (masa dia slim dulu).
7. Saya mula rasa sangat lenguh badan pada hari ahad, dan selepas itu saya ke klinik untuk berjumpa doktor. Doktor yang lawa tetapi sedikit obess itu memberitahu ianya simtong biasa, tak perlu risau, tak perlu sampai makan pil penahan sakit sepeti constant, katanya panjang lebar. Mungkin dari jawapan tutorial masa dia belajar kat U dulu.
8.
Doktor lawa tapi tak sempat
make up tu juga beritahu balik nanti makan ubat yang diberikan dan rehat atau
tidor…
9.
Sebelum itu saya ada cerita pada
doktor perihal saya yang saya tidak cukup tidor dan berpeluh sepanjang malam gelisah di ranjang. Rasa
berdebar dan resah ibarat buat sesuatu yang salah di belakang bini.
10.
Sampai rumah saya makan ubat
dan terus sebek berbaring, mata pandang kipas. Saya berfikir kenapa jadi begini? Bila sebek gini siapa nak siram pokok-pokok keladi? Doktor tak ada pula beritahu kenapa cocok kali
ketiga ini jadi begini? Sebab saya tua ke? Saya masih muda baru 52 tahun (saya
terus jawab dalam hati…he he he.
11.
Saya malas nak pikir panjang,
lagipun saya kena tidor. Saya segera ambil kesimpulan yang bukan saintifik,
saya rasa ini balasan daripada tuhan sebab terlalu menyohol kepada kawan-kawan
bahawasanya saya tak dapat kesan sampingan langsung bila divaksin sebelum ini.
Siap cerita kat kawan-kawan bahawasanya saya pergi vaksin waktu bekerja dan lepas vaksin sambung
kerja dan petang gi jogging lagi.
12.
Bayangkanlah kalau rasa bangga
gitu pun tuhan tak suka, apatah lagi kalau curang?
13.
Semoga dia tak bahagia.
No comments:
Post a Comment