1. Saya tidak pernah teragak-agak untuk bervaksin. Malah
saya menunggu-nunggu dunia menghasilkan vaksin Covid 19.
2. Dalam filem barat sekejap sahaja vaksin dihasilkan
apabila ada wabak, rupanya itu hanya dalam filem.
3. Jadi bila vaksin tercipta, saya tak sabar2 menunggu
panggilan giliran seolah seorang pemuda tak sabar menunggu kedatangan
kekasihnya. Atau seolah menunggu giliran duit kutu di musim Covid.
4. Namun ada kawan saya yang ragu2 dan ada yang menolak
vaksin. Saya cuba terangkan serasional mungkin kenapa dia perlu bervaksin. Kita
makhluk berusaha.
5. Kali pertama saya bervaksin tidak ada apa2 berlaku,
selesai suntikan saya teruskan kerja opis, dan petangnya saya berkebun. Malam
masak dan bernexflix.
6. Dos kedua pun ok, syukur boleh dikatakan tiada apa yang
berlaku. Cuma saya rasa lapar. Tapi itu biasalah...he he he.
7. Namun saya ada masalah ketika mahu pukul gambar. Saya
datang seorang diri...jadi tak ada orang yang boleh tolong pukul gambar saya.
8. Tentulah kita nak gambar kenangan, nak kirim ke mak, nak
letak dalam FB, nak letak dalam Insta, nak letak dalam group wasap.
9. Lama juga saya duduk di tepi booth gambar dan poster itu
dengan harapan kot2 ada insan yang boleh menolong saya. Semua menolak kerana
takut covid. Saya faham...
10. Jadi `selow’2 saya mahu angkat kaki, saya redho kalau
tak ada gambar. Dah tersurat. Saya pun meninggalkan booth tersebut dengan hati
yang lara. Ibarat kerajaan terpaksa buka perliment.
11. Tiba2 saya terdengar ada yang tergelak2 besar riuh
rendah. saya berpaling dan saya lihat 3 orang pemuda saling memukul gambar mereka.
Baya remaja, kurus macam saya juga (30 tahun dulu...)
12. "Boleh tak tolong ambil gambar pak cik, pakcik
datang seorang diri.." Kata saya sambil membuat muka sedih...seolah saya
sebatang kera, seolah saya baru kematian bini.
13. Dan terhasillah gambar ini.
14. Terima kasih kepada budak bertiga tersebut, semoga kamu
tidak ke sana dan ke sini seorang diri dalam kehidupan kamu nanti.
15. Amin.. Malah

15. Amin.