Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 28, 2019

Masa merubah orang lain tetapi tidak saya...


75Memandu kereta orang…
 
07 Nov 2014

 
Lots of people want to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down.

– Oprah Winfrey

 

“Tolong alihkan kereta tu Man…”

Peristiwa petang tadi memang cemas…

Seorang kawan lama saya yang berasal dari Perak tetapi menetap di Kuala Lumpur, singgah ke 1000 Mawar. Saya ajak dia bermalam di rumah saya. Saya tidak beria mengajak dia bermalam tetapi saya rasa mempelawanya untuk bermalam adalah suatu tindakan terbaik. Saya juga tahu dia turun ke Kuantan semata-mata untuk berjumpa saya.

Walaupun bermalam di hotel lebih atau jauh lebih selesa, saya tetap juga mengajak dia bermalam di 1000 mawar. Lagipun kalau dia bermalam di hotel, tentu saya juga yang harus menemaninya. He he he. Sebelum itu saya sudah salin cadar dan bantal baru jenama Huss Puppies, yang saya beli guna kad kredit sebeb harganya mahal.

Petangnya kami ke bandar Kuantan. Dia mengajak saya jalan-jalan dan makan-makan. Dia memang suka makan. Saya lehat dia sudah gemuk, dulu pun gemuk juga tetapi tidaklah seperti sekarang.

Lama kami tidak berjumpa, dan ini adalah kunjungan pertamanya ke Kuantan.

Semasa belajar di universiti dulu beliau sering membawa saya naik motor buruknya. Bila kuliahnya sudah selesai, dia menunggu saya pula hingga saya selesai kuliah. Dan jika kuliah saya habis awal, saya pula menunggu dia di fakultinya. Dan setiap kali saya mahu balik kampong dia hulur RM20. RM20 pada masa tersebut adalah besar. Dia bukanlah orang kaya, keluarganya bukanlah orang kaya.

Ya, dia sahabat saya. Kalau baik sebegitu ia adalah sahabat, bukannya kawan biasa.

Dia tahu saya takut bawa motor, dia tahu saya tak pandai bawa motor. Setelah tamat belajar kami berpisah. Dulu tiada wasap, dan internate suatu perkara yang asing... Dan sebenarnya semasa tahun akhir dia sudah merancang selepas tamat belajar dia mahu kawin terus. Dan rancangan dia Berjaya. Pada masa itu saya balik mengajar di kampong. Kami berhubung melalui telefon rumah sahaja. Bila dia sudah ada anak, hubungan makin renggang, dan seterusnya renggang. Dia suka anak ramai. Bininya beranak setiap tahun. Pelik saya. Tetapi itulah cita-citanya sejak dahulu, mahu anak ramai.

Dia pernah tanya saya kenapa saya tidak berkahwin? Saya jawab dalam hidup saya, saya tidak pernah jumpa orang yang ikhlas sayangi saya. Kalau jumpa dan cantik, saya kawinlah. Jawap saya. He he he.

Dapat jumpa kawan lama tentulah menyeronokkan, ...dan akhirnya membawa saya kepada situasi mencemaskan, he he he.

Kawan saya memiliki kereta BMW biru gelap. Wah besar dan selesa sungguh di dalamnya. Inilah pertama kali saya naik BMW yang baru, cantik dan selesa. Sebelum ini saya ada naik BMW tetapi yang buruk. Plate keretanya juga menarik. Tentu dia beli nombor sebegitu.

Dalam perjalanan kami lebih banyak berbual mengenai kisah lama. terutama kisah kehidupan kami di unuiversiti dulu. Kami ketawa pada cerita-cerita tertentu, dan adakalanya tiba-tiba hati rasa sayu mengenangkan zaman susah di universiti.

Dia juga ada beberapa kali menyatakan “Hanya perempuan bodoh saja yang tak suka kat Man”.  Saya mendengarnya dengan gembira. Bak menghirup madu. Orang puji katakana. He he he. Tetapi mungkin sayalah yang bodoh.

Dalam perjalanan itu mahu sahaja saya bertanyakan mengenai harga kereta BMW miliknya itu dan berapa ansuran bulananya. Tetapi kehendak hati itu saya pendamkan sahaja kerana saya sendiri tidak suka jika ada orang bertanya sebegitu mengenai kereta saya. Jadi saya tidaklah bertanya.

“Ah… kereta BMW tentu mahal harganya tentu lebih dari RM100,000.”  kata hati saya. Saya jawap sendiri pertanyaan hati saya.

Kami terus berborak tetapi tidak ada topik kereta, sukan atau perempuan ditimbulkan. Mungkin dia tahu saya bukan lelaki biasa. Saya lelaki luarbiasa? He he he.

Tiba di bandar Kuantan tiba-tiba dia beritahu dia hendak keluarkan  duit. Dia bertanyakan di mana ada mesin ATM.

Tengah-tengah bandar Kuantan terdapat satu kawasan yang di sekitarnya terdapat banyak bank. Boleh dikatakan bank-bank berpusat di sini. Ada bank Rakyat, Bank Maybank, Bank islam dan bank RHB. Standard Charted juga ada. Saya biasa ambil duit di sini dahulu semasa saya bekerja di bandar Kuantan.

Tiba di kawasan bank-bank tersebut kami terus mencari parking.

“Payah parker ni…”  Kata saya setelah dua, tiga kali dia pusing untuk cari tempat parking.

Memang tempat ini payah parker sebab ada juga pejabat kerajaan, masjid dan kedai-kedai lain di sekitarnya. Ada juga pejabat post di sini. Memang ini kawasan pusat bandar. Sekiranya terdapat parker kosong, kira bertuah betul.

Akhirnya kami berputus asa. Puas kami keliling banyak kali tetapi tidak ada tempat letak kereta yang kosong. Dan akhirnya kawan saya berhentikan kereta di sebuah ATM. Kereta BMW itu diparkir menghalang sebuah kereta yang sedia parker di situ. Namun jaraknya dekat sahaja di ATM yang terletak di luar bank, kira tidak perlu masuk bank itu.

“Kalau ada orang dating atau pegawal datang, awak alihkan kereta ni ye Man…” Selamba kawan saya beri arahan. Dia terus keluar kereta dan cepat-cepat ke mesen ATM.

Saya terpingga tetapi menganguk kepala. Ya allah, macam mana ni yea?.

Semenjak saya berMyvi, saya hanya memandu Sisijay. Saya tidak pernah memandu kereta orang lain. Tidak pernah walaupun sekali. Bagi saya kereta adalah seperti rumah. Ia sangat peribadi. Jadi saya takut. Kalau ada apa-apa terjadi, contohnya kemalangan, macam mana?

Begitulah di fikiran saya. Pertanyaan silih berganti.

Mungkin saya sudah biasa dengan kereta Sisijay, atau mungkin saya takut sebab `rasa memiliki tidak ada’ apabila kita memandu kereta orang lain. Rasa tidak selesa itu umpama apabila bermalam di rumah orang lain. Iaitu di bilik lain, katil lain tilam dan bantal lain. Sebab itulah kalau tidur di hotel, saya tidak boleh lena tidurnya.

Tentulah lebih selesa bermalam di rumah sendiri.

Saya merasa cemas apabila berada di dalam situasi di mana saya perlu memandu kereta orang lain. Kerap kali apabila kawan saya berhentikan kereta sekejap di mana-mana tempat dan mahukan saya duduk di dalam kereta. Saya akan merasa cemas. Situasi ini mencemaskan kerana saya tidak berani bawa kereta orang lain. Pelik atau tidak?

“Encik tidak boleh letak kereta  di sini” Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan beritahu saya.

Apa yang saya takutkan terjadi.

“Encik kena alih kereta ini ke tempat lain, nanti susah untuk kereta yang parkir di hadapan encik mahu keluar.”

“Sekejap sahaja, kawan saya pergi keluarkan duit”

“Ok tak apa kalau ada tuan kereta datang, encik kena cepat-cepat alihkan kereta ini ye?.

“Ok, terima kasih” Jawap saya. Saya ucapkan terima kasih sebab sikapnya yang sopan. Boleh saja dia suruh saya segera alihkan kereta tersebut, tetapi dia berbudi bicara. Bagus orang sebegini. Sukar dicari. yang ada ramai yang mahu tunjuk kuasa.

Dan  dalam berdebar-debar, saya berdoa biarlah kawan saya itu cepat sikit ambil duitnya. Takut-takut nanti kereta di hadapan saya itu tuannya datang dan mahu keluar dari tempat pakir. Tak ke haru dibuatnya.

Saya perhatikan setiap orang keluar dari bank tersebut, kot-kot meluru ke kereta di belakang saya. Dan akhirnya saya nampak seorang perempuan tua sedang meluru ke kereta saya. Dia mengetuk cermin kereta,

“Boleh tak alih kereta encik sedikit, saya nak keluar”. Katanya.

“Sekejap ye, saya telefon  kawan saya, saya tak pandai pandu kereta. Saya tidak ada lessen. Saya minta maaf sangat-sangat.” saya menipu.

“Ok.” kata perempuan tua itu sepatah. Dia nampak tidak puas hati. Dia kerutkan muka seolah ada masalah besar. Tetapi  memanglah masalah besar baginya. Mungkin dia mahu cepat, dan perbuatan menghalang kereta orang adalah salah.

Memang bukan salah dia, maka  saya tidak dapat kata apa-apa selain beberapa kali saya minta maaf.

Dan dalam keadaan cemas itu saya nampak kawan saya keluar dari bank dan meluru meminta maaf. Dan terus masuk ke dalam kerata.

“Laaa kenapa Man tak alih kereta?” Tanya kawan saya.

“Takut…”  Saya jawab sepatah.

Mahu sahaja saya jawap takut bawa kereta besar tetapi saya tidak tergamak sebab kereta besar ada empat tayar juga, ada stering juga. Bukan masalah kereta sebenarbnya, masalahnya adalah saya.

Sebenarnya sayalah yang bersalah. Kalau saya beritahu saya tak boleh bawa kereta orang tentu kawan saya tidak parkir seperti itu.

Sayalah yang sebenarnya bersalah kerana tidak berterus terang...

"Man ni perangai tak berubah dari U lagi, he he he" Kata kawan saya.

 Dia tersenyum sambil mengeleng kepalanya.

1 comment:

Angah said...

semoga persahabatan kalian kekal abadi..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home