Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Wednesday, January 30, 2019
Monday, January 28, 2019
Masa merubah orang lain tetapi tidak saya...
75Memandu
kereta orang…
07
Nov 2014
Lots of people want to ride with you in
the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the
limo breaks down.
– Oprah Winfrey
“Tolong
alihkan kereta tu Man…”
Peristiwa
petang tadi memang cemas…
Seorang
kawan lama saya yang berasal dari Perak tetapi menetap di Kuala Lumpur, singgah
ke 1000 Mawar. Saya ajak dia bermalam di rumah saya. Saya tidak beria mengajak
dia bermalam tetapi saya rasa mempelawanya untuk bermalam adalah suatu tindakan
terbaik. Saya juga tahu dia turun ke Kuantan semata-mata untuk berjumpa saya.
Walaupun
bermalam di hotel lebih atau jauh lebih selesa, saya tetap juga mengajak dia
bermalam di 1000 mawar. Lagipun kalau dia bermalam di hotel, tentu saya juga
yang harus menemaninya. He he he. Sebelum itu saya sudah salin cadar dan bantal
baru jenama Huss Puppies, yang saya beli guna kad kredit sebeb harganya mahal.
Petangnya
kami ke bandar Kuantan. Dia mengajak saya jalan-jalan dan makan-makan. Dia
memang suka makan. Saya lehat dia sudah gemuk, dulu pun gemuk juga tetapi
tidaklah seperti sekarang.
Lama
kami tidak berjumpa, dan ini adalah kunjungan pertamanya ke Kuantan.
Semasa
belajar di universiti dulu beliau sering membawa saya naik motor buruknya. Bila
kuliahnya sudah selesai, dia menunggu saya pula hingga saya selesai kuliah. Dan
jika kuliah saya habis awal, saya pula menunggu dia di fakultinya. Dan setiap
kali saya mahu balik kampong dia hulur RM20. RM20 pada masa tersebut adalah
besar. Dia bukanlah orang kaya, keluarganya bukanlah orang kaya.
Ya,
dia sahabat saya. Kalau baik sebegitu ia adalah sahabat, bukannya kawan biasa.
Dia
tahu saya takut bawa motor, dia tahu saya tak pandai bawa motor. Setelah tamat
belajar kami berpisah. Dulu tiada wasap, dan internate suatu perkara yang
asing... Dan sebenarnya semasa tahun akhir dia sudah merancang selepas tamat
belajar dia mahu kawin terus. Dan rancangan dia Berjaya. Pada masa itu saya
balik mengajar di kampong. Kami berhubung melalui telefon rumah sahaja. Bila
dia sudah ada anak, hubungan makin renggang, dan seterusnya renggang. Dia suka
anak ramai. Bininya beranak setiap tahun. Pelik saya. Tetapi itulah
cita-citanya sejak dahulu, mahu anak ramai.
Dia
pernah tanya saya kenapa saya tidak berkahwin? Saya jawab dalam hidup saya,
saya tidak pernah jumpa orang yang ikhlas sayangi saya. Kalau jumpa dan cantik,
saya kawinlah. Jawap saya. He he he.
Dapat
jumpa kawan lama tentulah menyeronokkan, ...dan akhirnya membawa saya kepada
situasi mencemaskan, he he he.
Kawan
saya memiliki kereta BMW biru gelap. Wah besar dan selesa sungguh di dalamnya.
Inilah pertama kali saya naik BMW yang baru, cantik dan selesa. Sebelum ini
saya ada naik BMW tetapi yang buruk. Plate keretanya juga menarik. Tentu dia
beli nombor sebegitu.
Dalam
perjalanan kami lebih banyak berbual mengenai kisah lama. terutama kisah
kehidupan kami di unuiversiti dulu. Kami ketawa pada cerita-cerita tertentu,
dan adakalanya tiba-tiba hati rasa sayu mengenangkan zaman susah di universiti.
Dia
juga ada beberapa kali menyatakan “Hanya perempuan bodoh saja yang tak suka kat
Man”. Saya mendengarnya dengan gembira. Bak
menghirup madu. Orang puji katakana. He he he. Tetapi mungkin sayalah yang
bodoh.
Dalam
perjalanan itu mahu sahaja saya bertanyakan mengenai harga kereta BMW miliknya itu
dan berapa ansuran bulananya. Tetapi kehendak hati itu saya pendamkan sahaja
kerana saya sendiri tidak suka jika ada orang bertanya sebegitu mengenai kereta
saya. Jadi saya tidaklah bertanya.
“Ah…
kereta BMW tentu mahal harganya tentu lebih dari RM100,000.” kata hati saya. Saya jawap sendiri pertanyaan
hati saya.
Kami
terus berborak tetapi tidak ada topik kereta, sukan atau perempuan ditimbulkan.
Mungkin dia tahu saya bukan lelaki biasa. Saya lelaki luarbiasa? He he he.
Tiba
di bandar Kuantan tiba-tiba dia beritahu dia hendak keluarkan duit. Dia bertanyakan di mana ada mesin ATM.
Tengah-tengah
bandar Kuantan terdapat satu kawasan yang di sekitarnya terdapat banyak bank.
Boleh dikatakan bank-bank berpusat di sini. Ada bank Rakyat, Bank Maybank, Bank
islam dan bank RHB. Standard Charted juga ada. Saya biasa ambil duit di sini
dahulu semasa saya bekerja di bandar Kuantan.
Tiba
di kawasan bank-bank tersebut kami terus mencari parking.
“Payah
parker ni…” Kata saya setelah dua, tiga
kali dia pusing untuk cari tempat parking.
Memang
tempat ini payah parker sebab ada juga pejabat kerajaan, masjid dan kedai-kedai
lain di sekitarnya. Ada juga pejabat post di sini. Memang ini kawasan pusat
bandar. Sekiranya terdapat parker kosong, kira bertuah betul.
Akhirnya
kami berputus asa. Puas kami keliling banyak kali tetapi tidak ada tempat letak
kereta yang kosong. Dan akhirnya kawan saya berhentikan kereta di sebuah ATM.
Kereta BMW itu diparkir menghalang sebuah kereta yang sedia parker di situ.
Namun jaraknya dekat sahaja di ATM yang terletak di luar bank, kira tidak perlu
masuk bank itu.
“Kalau
ada orang dating atau pegawal datang, awak alihkan kereta ni ye Man…” Selamba
kawan saya beri arahan. Dia terus keluar kereta dan cepat-cepat ke mesen ATM.
Saya
terpingga tetapi menganguk kepala. Ya allah, macam mana ni yea?.
Semenjak
saya berMyvi, saya hanya memandu Sisijay. Saya tidak pernah memandu kereta
orang lain. Tidak pernah walaupun sekali. Bagi saya kereta adalah seperti
rumah. Ia sangat peribadi. Jadi saya takut. Kalau ada apa-apa terjadi,
contohnya kemalangan, macam mana?
Begitulah
di fikiran saya. Pertanyaan silih berganti.
Mungkin
saya sudah biasa dengan kereta Sisijay, atau mungkin saya takut sebab `rasa
memiliki tidak ada’ apabila kita memandu kereta orang lain. Rasa tidak selesa
itu umpama apabila bermalam di rumah orang lain. Iaitu di bilik lain, katil
lain tilam dan bantal lain. Sebab itulah kalau tidur di hotel, saya tidak boleh
lena tidurnya.
Tentulah
lebih selesa bermalam di rumah sendiri.
Saya
merasa cemas apabila berada di dalam situasi di mana saya perlu memandu kereta
orang lain. Kerap kali apabila kawan saya berhentikan kereta sekejap di
mana-mana tempat dan mahukan saya duduk di dalam kereta. Saya akan merasa
cemas. Situasi ini mencemaskan kerana saya tidak berani bawa kereta orang lain.
Pelik atau tidak?
“Encik
tidak boleh letak kereta di sini”
Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan beritahu saya.
Apa
yang saya takutkan terjadi.
“Encik
kena alih kereta ini ke tempat lain, nanti susah untuk kereta yang parkir di
hadapan encik mahu keluar.”
“Sekejap
sahaja, kawan saya pergi keluarkan duit”
“Ok
tak apa kalau ada tuan kereta datang, encik kena cepat-cepat alihkan kereta ini
ye?.
“Ok,
terima kasih” Jawap saya. Saya ucapkan terima kasih sebab sikapnya yang sopan.
Boleh saja dia suruh saya segera alihkan kereta tersebut, tetapi dia berbudi
bicara. Bagus orang sebegini. Sukar dicari. yang ada ramai yang mahu tunjuk
kuasa.
Dan dalam berdebar-debar, saya berdoa biarlah
kawan saya itu cepat sikit ambil duitnya. Takut-takut nanti kereta di hadapan
saya itu tuannya datang dan mahu keluar dari tempat pakir. Tak ke haru
dibuatnya.
Saya
perhatikan setiap orang keluar dari bank tersebut, kot-kot meluru ke kereta di
belakang saya. Dan akhirnya saya nampak seorang perempuan tua sedang meluru ke
kereta saya. Dia mengetuk cermin kereta,
“Boleh
tak alih kereta encik sedikit, saya nak keluar”. Katanya.
“Sekejap
ye, saya telefon kawan saya, saya tak
pandai pandu kereta. Saya tidak ada lessen. Saya minta maaf sangat-sangat.”
saya menipu.
“Ok.”
kata perempuan tua itu sepatah. Dia nampak tidak puas hati. Dia kerutkan muka
seolah ada masalah besar. Tetapi
memanglah masalah besar baginya. Mungkin dia mahu cepat, dan perbuatan
menghalang kereta orang adalah salah.
Memang
bukan salah dia, maka saya tidak dapat
kata apa-apa selain beberapa kali saya minta maaf.
Dan
dalam keadaan cemas itu saya nampak kawan saya keluar dari bank dan meluru
meminta maaf. Dan terus masuk ke dalam kerata.
“Laaa
kenapa Man tak alih kereta?” Tanya kawan saya.
“Takut…” Saya jawab sepatah.
Mahu
sahaja saya jawap takut bawa kereta besar tetapi saya tidak tergamak sebab
kereta besar ada empat tayar juga, ada stering juga. Bukan masalah kereta
sebenarbnya, masalahnya adalah saya.
Sebenarnya
sayalah yang bersalah. Kalau saya beritahu saya tak boleh bawa kereta orang
tentu kawan saya tidak parkir seperti itu.
Sayalah
yang sebenarnya bersalah kerana tidak berterus terang...
"Man
ni perangai tak berubah dari U lagi, he he he" Kata kawan saya.
Dia tersenyum sambil mengeleng kepalanya.
Thursday, January 24, 2019
Wednesday, January 23, 2019
cintamu musik dihatiku...
1. Saya suka musik.
2. Musik memberi kebebasan perasaan, tidak kira kita siapa...kita boleh memilih musik yang kita suka.
3. Saya suka kebanyakan musik yang ada, cuma kurang music yang terlalu bising.
4. Music seolah pemberi tenaga, sebab itu saya beli pembesar suara Sony yang bagus.
5. Saya suka suara yang boleh bawa saya pergi jauh ke tempat lain pada waktu yang lain.
6 Bila ada music, bertambah indah bila ada suara.
7. Music adalah magik.
Perihal mesyuarat
1. gambar ini dipukul sebaik sahaja lepas habis bengkel.
2. sayalah peserta yang paling tua dalam bengkel tersebut.
Saya tidak tahu adakah iannya satu kelebihan atau kekurangan.
. Gambar ini dipukul menggunakan kamera sahabab Adnan Abdul Hamid.
5. Dalam mesyuarat kadang-kadang saya melayang jauh..., ajaibnya ciptaan otak manusia.
6.
Tuesday, January 22, 2019
Thursday, January 17, 2019
Thursday, January 10, 2019
Emak adalah ubat bagi kesakitan sebuah kehidupan…, dan saya kena hon!
21Emak adalah ubat bagi kesakitan sebuah kehidupan…, dan
saya kena hon!
24 Januari 2010
“Apabila kita lihat muka emak kita, kita nampak wajah kasih
sayang yang paling tulus. Paling indah, damai dan paling jujur…Tiada cinta yang
murni setulus cinta seorang emak…”
Hari ini saya rasa sangat gembira. Maksud
hari ini itu juga termasuk hari-hari sepanjang minggu ini. Sepanjang minggu ini
daun lebih menghijau di jiwa, bunga-bunga lebih mekar di jiwa. Langit semakin
cerah, dan awan membiru.
Apabila emak datang
bertandang ke Muadzam, dan duduk lama menemani saya, saya rasa bertuah. Rasa bertuah
itu membuatkan, menjadikan dan membolehkan saya tersenyum lebar. Tanpa sedar,
tersenyum seorang diri. Bagai mendapat sebakul emas.
Dalam gembira itu,
saya tetap risaukan keadaan ayah di kampong. Ayah akan tinggal keseorangan. Namun
hati saya kembali lega apabila teringatkan jiran sebelah-menyebelah. Jiran
sebelah menyebelah sangat rapat. Rumah sebelah kiri merupakan rumah pak saudara
saya sendiri. Adik ayah saya. Dan jiran sebelah kanan pula merupakan sahabat-sahabat
ayah dan mak, semenjak mereka remaja lagi. Bertuah sungguh kan?
Setiap kali emak saya
datang, saya akan bawa mak berjalan-jalan dengan Sisijay. Saya akan bawa mak ke
supermarket-supermarket di sekitar Muadzam. Saya bawa emak ke Tunas Manja,
Pasaraya Pantai Selamat dan juga pasar biasa di hujung kampong. Emak saya sudah
gembira dengan tempat-tempat sebegitu. Emak memang suka naik kerata dan makan
angin.
Saya juga bawa emak
saya ke salon. Sejak muda emak suka ke salon. Emak suka `buat’ rambut. (Sedari
kecil saya lihat emak suka mengayakan rambutnya. Di rumah kami dulu di atas dressing table mak, ada rambut palsu). Saya
selalu juga mengikut emak saya ke salon. Dan kadang kadang saya juga turut
terjebak `buat rambut’. Dan kini saya telah mewarisinya, saya anak emak yang
paling kerap ke salon.
Saya suka memandu
apabila di sebelah saya ada perempuan yang paling saya sayangi. Sejak saya
kecil sehingga dewasa, emaklah perempuan yang paling saya sayang. Sukar untuk
saya gambarkan rasa `sayang’ yang bermukim di hati saya. Perasaan yang tiada
ternilainya di dunia ini. Mungkin ini rasa sayang seorang anak kepada emaknya.
Semua anak-anak merasainya.
Dan dalam keadaan
genting sebegini, emaklah kekuatan saya…Dan bagi anak-anak lain juga, dalam
keadaan tertentu, emaklah kekuatan kita. Nak harapkan pasangan…tak adalah kan?
“Orang bodoh saja yang
akan tinggalkan abang…” Kata emak saya pada suatu hari, pada suatu ketika dulu.
Emak tahu ada gerhana dalam hati saya. Gerhana yang hinggap di atas dahan
kehidupan saya. Saya tidak perlu banyak bercerita, sekali imbas emak saya tahu
hati saya patah. Sekali imbas emak saya tahu jiwa saya punah. Dan emak seolah tahu
saya akan berjaya harunginya!
Emak selalu ajar saya
bahawa di dalam dunia ini lebih ramai orang yang baik dan dunia ini sudah cukup
untuk saya apabila saya menyatakan;
“Mak dalam dunia ini lebih
ramai orang yang jahat dan pentingkan diri, dan dunia ini tidak berikan apa
yang abang mahu…”
“Kalau lebih ramai
orang yang jahat, rosak binasalah dunia ini. Huru haralah keadaan. Ramai lagi
orang yang baik, mungkin abang belum jumpa…” Balas emak dengan lembut.
Seorang emak
begitukah? Seorang emak itu perlu mempunyai sikap yang sederhana tetapi
berkesan. Kan?
Adakah setiap emak
begitu? Atau adakah emak saya sahaja?
Sambil memandu sesekali
saya pandang wajah emak di sebelah, dan terus cepat-cepat pandang hadapan jalan
raya semula. Kalau tidak bahaya, saya masih tidak mahir.
Saya lihat emak
kelihatan sungguh selesa berada di sebelah. Dalam sekali imbas saya lihat emak
saya sudah tua. Kulitnya sudah berkedut, renungan matanya sudah syahdu. Yang
ada ialah rasa kemudaan hati untuk terus meneruskan kehidupan, untuk saya dan
keluarga lain. Dan juga untuk buat rambut.
Tidak sangsi lagi
emaklah orang yang paling sayangi saya di panet bumi ini.
Ya allah jagalah mak
saya ini…
Walaupun saya memandu
dengan perlahan-lahan, mak saya tidak memberikan sebarang komen. Seolah-olah
tiada suatu yang janggal pada corak pemanduan saya. Mak tetap memandang ke
depan, dan sambil2 menceritakan pada usia remajanya, emak pernah tinggal di Kuantan.
Mungkin bagi emak
sayalah pemandu paling mahir di dunia. Paling cemerlang dan pastinya paling
bersopan santun di jalan raya. He he he.
Kedatangan emak
menjengok saya memang memberi saya kegembiraan yang tidak terhingga. Saya
percaya kegembiraan ini tidak dapat dibeli oleh Bill Gates atau sultan Bruenai
(dan saya tidak akan menjualkannya).
Seperti saya, emak saya
juga suka bersiar-siar (atau saya suka bersiar-siar seperti emak). Ayah pula jika
datang menjenguk saya akan lebih kerap terperap di rumah. Ayah lebih suka
membaca akhbar di muka pintu. Biasanya ayah akan menggunakan sebiji bantal
untuk menyandal kepalanya. Kenapa di muka pintu? Saya rasa tentu ayah sekali sekala
mahu memandang ke luar. Lihat pemandangan yang berbeza dari kampong.
Secara purata emak
saya lebih kerap datang menjengok saya. Dan kini emak lebih lebih lagi kerap
datang. Mungkin kerana mak saya tahu sekarang saya sedang luka... benarlah perempuan
adalah ubat kelegaan yang paling mujarap. Apatah lagi mak kita sendiri.
(Namun harus diingat
perempuan juga sebisa-bisa racun, sejahat 1000 iblis).
Hujung minggu, apabila berada di Kuantan,
saya bawa emak ke Megamall, Kuantan Perade, Kamdar dan Giant. Dari pemerhatian
saya emak lebih suka ke Giant. Mungkin di Giant ada banyak barang yang boleh
dibeli kerana harganya murah. Emak saya suka membeli, sama seperti saya. Namun
emak saya lebih juara. Emak saya akan membeli suatu barang tanpa ragu apa
kegunaannya nanti! He he he.
Di Giant tempohari saya
belikan emak selipar School. Harganya agak mahal tetapi saya tidak perlu
berkira untuk orang yang saya sayang. Saya rasa pembaca juga begitu, kalau kita
ada duit tentu kita akan beli apa sahaja untuk mak tanpa berfikir lagi.
Kasut istimewa itu
khas untuk emak saya. Tentu dari muda mak selalu pakai kasut keras. Kasut School
ini lembut. Saya juga pilih yang tapaknya tipis supaya tidak membahayakan emak
saya. Zaman muda dulu emak pakai kasut tumit tinggi. Kini tumit rendah sesuai untuk
usia emak.
“Sebenarnya abang terlebih
dahulu berlatih memandu di sekitar bandar semata-mata mahu bawa emak ke bandar.
Abang masih lagi tidak cekap dan rasa takut apabila memandu di bandar ni.” Saya
memberitahu emak.
Saya percaya hanya
dengan kemahiran dapat memperlahankan debaran ketakutan saya. Setiap kali saya
bawa kereta di bandar Kuantan, saya rasa cemas sebab selalu dihon. Tetapi saya
lakukan juga pemanduan yang mendebarkan demi mak saya. He he he.
“Jauh beza mak kalau
kita bawa kereta di Bandar Muadzam dan di Bandar Kuantan. Di Kuantan kita kena cekap dan cepat. Jika kita lambat
atau tidak cekap, ia menyusahkan orang. Orang akan marah... mereka
kadang-kadang macam tidak sabar…” Panjang lebar saya beritahu emak.
“Abang selalu berlatih memandu ke Kuantan
Perade, Megamall dan nurseri di Teluk Cempedak. Abang juga sudah memandu ke
Tanjung Lumpur semata-mata mahu menikmati nasi kerabu..” Beritahu saya pada
mak.
Saya lihat emak saya
memandang ke depan. Saya tidak tahu apakah yang sedang di fikir oleh mak saya.
Mungkin emak teringatkan ayah? Tentulah emak teringat sebab ayah itu suaminya.
He he he.
“Abang juga berlatih
bawa kereta keliling terminal bas yang berdekatan dengan stadium, manalah tahu
nanti kena hantar barang atau orang, atau ambil Najib” saya sambung.
Memandu di bandar
berbeza dengan memandu di kampung. Di bandar lebih banyak jalan, lebih banyak
lampu isyarat, lebih banyak papan tanda. Tentulah lebih banyak kereta yang
dipandu oleh manusia yang mahu cepat. Semuanya kena cepat. Hendak membelok juga
harus dibuat awal keputusannya. Jika tidak ia akan menyebabkan kesusahan kepada
orang lain.
“Mak, Abang tidak
mahir sangat lagi ni, abang bawa slow
je.”
Beberapa kali saya
beritahu mak tahap keselowlan pemanduan saya. Saya beritahu mak, saya bawa
perlahan-lahan sahaja. Saya bimbang mak saya takut apabila melihat saya tidak
lancar bawa kereta. Tetapi yang anehnya mak saya tidak kata apa-apa pun. Mak saya percaya saya boleh buat.
“Tidak apalah,
lama-lama pandailah, harus selalu berhati-hati.”
“Ya tapi abang masih
berdebar-debar walaupun sudah setahun lebih bawa kereta, lama dah tu. Kalau orang
lain tentu sudah mahir.”
Di suatu simpang
bandar, mak saya bertanya kenapa banyak kereta hon kereta saya.
“Abang bawa lambat…”
Saya jawab dengan selamba, tersengeh.
“Lambat tak apa, asal
ikut peraturan, tak membahayakan diri dan orang lain”
“Tapi bang memang lembap giler mak, bawa
kereta”
Saya sempat berpaling
sekejap. Saya lihat emak saya tersenyum.
Tuesday, January 8, 2019
Azam tahun baru 2019
Apa-apa azam yang tidak berjaya pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, saya kembalikan lagi kepada tahun 2019. Manakala azam yang berjaya, saya teruskan juga pada tahun 2019.
1. Azam untuk kurus.
Maksud kurus di sini bukanlah macam Kate Moss, kurus yang biasa-biasa...atau sekadar tidak gemuk. Ia penting atas factor kesihatan. Kita semakin tua, bukannya muda.
Kate Moss |
2. Azam untuk bersama ayah dan ibu dengan lebih kerap.
Saya mahu abiskan cuti tahunan lebih banyak untuk ayah dan ibu. Ayah dah 80 lebih dan emak dah 70 lebih. Masa adalah emas bagi kami.
3. Azam untuk tidak membeli Tupperware.
Saya berazam tidak lagi mahu membeli Tupperware kerana sudah saya telah miliki satu almari besar. Kalau saya beli pun ia adalah untuk dijual semula.
4. Lebih banyak membaca.
Saya mahu otak saya terus meneroka, aktif dan boleh digunakan melalui zaman yang saya lalui dan akan lalui.
5. Melengkapkan album studio Madonna...
6. Cari kawan baru
7. Tidor awal...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)