Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 30, 2010

semalusk.blogspot.com

semalusk.blogspot.com


Saya dapat award!
Saya menerimanya daripada blog semalusk.blogspot.com.
Melalui `lalulintas', saya dapati ada juga insan maya persada yang sudi mengikuti penulisan di blog jankaulu.blogspot.com. Mereka ini sebagai rakan maya menglinkkan (menghubungkan) blog saya di blog mereka.

Saya rasa terharu dan terus perasan sebab ada yang tertarik dengan penulisan yang tak seberapa ini...(amboi merendah diri pulak).

Terus terang beritahu, saya jarang membaca blog orang lain.
Namun bila mereka mengelingkan blog saya kepada mereka, terkadang saya membacanya juga sebagai tanda penghargaan dan ingin tahu.


`Apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti'.


Begitulah kata pamir blognya (blog description).
Saya terharu pada kata pamirnya sebab seolah kata-kata tersebut untuk saya...(pulak dah).
(Ya! setelah dikencing basah, saya perlu bangkit teruskan perjalanan ini...)


Walaupun teori di dalam sesebuah penulisan tidaklah sesenang praktikalitinya...
kita kena teruskan juga kehidupan.
Kita perlu...

Blog ini bersifat terbuka dan mengisahkan kehidupan seharian Semalu SK.
Suka bercerita dan bertukar pendapat.
Sesiapa yang mahu menjalin ukwah bolehlah mengenali Semalu SK di blognya

Jan: Thanks, Semalu SK.

Thursday, April 29, 2010

Kalaulah saya jadi penyanyi...5

Pada pukul 10 malam tadi, awal-awal lagi saya sudah mengarahkan Safarini (pembatu peribadi saya) untuk bersiap sedia di depan PC saya. Saya mahu dia menjawab segala ucapan selamat hari lahir yang ditujukan melalui Facebook. Saya bukan mahu menipu peminat, tetapi kesibukan yang dialami tidak membenarkan saya untuk menjawab satu persatu ucapan tersebut. Bayangkan saya akan menerima jutaan ucapan dari jutaan peminat di serata tanah air. Juga dari Singapore, Thailand, Indonesia dan sebahagian dari benua eropah dan juga Afrika selatan.
" Just say I love you more... ''. Jawab saya semasa Safarini bertanya apa yang patut dia tulis kepada peminat saya di Facebook tersebut. Selepas itu saya cepat-cepat bersiap dan mencapai kot hitam untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Maya Karim.
Dua hari lepas saya menemani Maya ke mahkamah, sebagai kawan baik saya tetap memberi sokongan atas apa yang berlaku kepada Maya. Saya dengan Steven David Shorthose pun merupakan kawan baik, kami dah lama kenal. Steven ada berhutang prepaid celcom dengan saya RM10, saya halalkan... Saya menasihati Maya dan Steven banyak bersabar memandangkan banyak laporan yang tidak tepat di dada-dada akhbar mengenai pergolakan rumahtangga mereka.
Pada masa itulah Maya menjemput saya ke majlis peribadinya. Penting sangat kehadiran saya katanya. Saya dengan rendah diri menjawab tak dapat hadir sebab pada hari tersebut saya akan shoting filem ' Mankisu' daripada awal pagi sampai pukul 9 malam di Kuala Kubu Baru. Malamnya tentu saya benar-benar nak rehat. Kesian juga saya lihat Maya merengek minta saya datang, dia nak saya nyanyikan lagu `Perpisahan tanpa relaku'. Dia nak saya bawak lagu tu dengan cara saya. Saya cadangkan Maya jemput Jamal Abdilah atau Mawi nyanyikan tapi Maya kata ``I prefer u nyanyikan special untuk i''....' Saya terus cair, saya setuju...
Sepanjang minggu ini saya sibuk. Dua hari lepas juga saya terjumpa Datuk Siti Nurhaliza di majlis keraian yang dianjurkan oleh Seniman. Daripada jauh datuk sudah tersenyum, dia datang dekat saya ucapkan selamat hari lahir. Dia bimbang takut tak berkesempatan mengucapkannya memandangkan dia akan ke Indonesia berjumpa Krisdayanty, nak beli jamu. Saya juga nampak datuk K dari jauh, dia sedang sibuk makan karipap dan donat di mejanya. Datuk Siti bertanyakan mengenai hasratnya mahu berduet dengan saya di dalam album terbarunya. Sebenarnya akhir tahun lepas 8 kali datuk ada kol saya, pada masa tu kalau tak silap saya berada di Zoo Negara (jumpa kawan). Datuk mintak saya kompose satu lagu untuk dia. Namun pada masa tersebut saya tak berani nak memberi persetujuan sebab saya sibuk dalam stadio rakaman dengan Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Jika saya terima permintaan Datuk Siti sedangkan kerja rakaman saya masih lagi tidak selesai, apa pula kata Datuk Sharifah Aini nanti...
Terus terang saya katakan sejak saya bergelar artis ni, hidup saya tak pernah tenteram. Dari pagi sampailah pada masa saya mahu lelap mata. Rupanya jadi artis memikul tanggungjawab yang besar sehingga saya tak ada masa untuk diri saya. Saya nak membeli pun susah. Bila saya shopping di Paris, akhbar kata saya tak patrotik pulak. Susah dibuatnya, itu salah ini salah. seingat saya dah 5 tahun saya tak ke mana-mana pasar malam. Kali terakhir saya ke pasar malam Datuk Keramat, saya diserbu peminat-peminat. Bimbang pula batal air sembahyang saya...
Sukar sungguh saya nak bersendiri. Hampir setiap hari ada wartawan yang selongkar tong sampah depan rumah saya. Mulanya saya ingat anjing atau biawak hidup tetapi rupanya reporter. Mereka ni dah melampau. Bukan apa mereka nak tahu apa yang saya makan tiap-tiap hari, daripada sia-sia makanan tu lah nanti, adalah beritanya di akhbar. Saya makan karipap ke? atau makan roti gadeniar ke? Semua mereka tulis. Kalau dah terkenal, kita makan kuaci cap helang pun keluar muka depan akhbar!. Tak semena-mena peminat akan makan kuaci cap helang. Selepas itu permintaan kuaci cap helang akan mendadak naik. Ekonomi negara akan terus berkembangan...?.
Tetapi sepanjang awal tahun 2010 ini, isu saya bercuti ke Balilah yang amat mendukacitakan saya. Paparan gambar saya yang hanya berunderware (Renoma) memelok pokok kelapa di tepi pantai diekploitasikan. Sampai jadi isu di kabinet, kata salah seorang ahli politik dari malaysia Barat, sebagai role model saya tak boleh berpakaian sebegitu. Amboi bini dia artis tak cukup kain tak apa? Tapi tak kanlah saya nak berenang tepi pantai pakai baju Melayu siap bersongket. Ahli politik memang macam tu!
Sebaik saja saya sampai ke perkarangan rumah Maya Karim, saya tengok ada banyak kereta besar-besar. Amboi besarnya parti. Katanya parti peribadi biasa sahaja. Saya nampak juga kereta pengarah filem `Mankisue', Datuk rahim Razali...
Selepas saya parking Jaguar saya, saya terus ke pintu besar depan rumah. Saya tengok lampu tak menyala, biasanya menyala. Saya terus buka pintu rumah masuk dan meraba-raba belok ke kiri menghala ke kolam renang (saya dah biasa masuk keluar dan lepak di rumahnya). Tiba-tiba lampu terpasang!
" Happy birthday to you, happy birthday to you!" Saya tergaman melihat ramai tetamu di ruang tamu yang besar dan mewah tersebut, betul-betul menghadap kolam renang. Rupanya majlis itu untuk saya. '' Ya allah Maya... kaulah sahabatku dunia akhirat" Saya meluru ke arah Maya Karim gaya seolah nak berpeluk tetapi tak berpeluk, melaga pipi kiri kanan tapi tak bersentuh. Tu lah aksi kami sebenarnya bila bertemu atau teruja. Kalau tengok memang lucu. Hampir menitis air mata saya (tapi tak menitis sebab saya teringat ayah saya marah orang lelaki menitis air mata. Ayah saya beritahu air mata itu tanda kelemahan).
Saya tersenyum gembira. Saya lihat Farid Kamil dan Remy juga hadir, dia sedang bercakap dengan Nasha Aziz. Mereka tersenyum memandang ke arah saya. Fauziah latif pun ada tersenyum seorang diri di tepi dinding. Daripada jauh saya nampak Kak Nita melambai-lambai ke arah saya. Dia duduk di penjuru dengan Abang Mahathir, giat makan satey.
Setelah bersalam dengan beberapa kenalan termasuk anak Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saya disapa oleh Datuk Rahim Razali...!
" Haah, hero kita!" Datuk menghulur tangan.
" Terima kasih kerana datang datuk, saya tak sangka betul. Tadi masa shoting datuk tak beritahu pun... " Saya mulakan percakapan sambil menyambut jabat tangannya. Datuk memang begitu, 8 kali jumpa 8 kalilah jabat tangan (walaupun di lokasi yang sama, he he he).
" Kalau tak kerana Maya, memang datuk tak datang..., he he he. Eh, Datuk Yusuf beritahu dia tak dapat hadir. Dia ke London..." Kata datuk Rahim Razali.
" Datuk... saya ada satu permintaan mengenai watak saya sebagai Mankisue... Boleh tak diubah suai sikit..." Saya bertanya. Memang sudah lama saya nak beritahu datuk tetapi saya tak sampai hati. Takut. Entah kenapa pagi ni saya berani pulak...
" Tapi kita dah mula shooting, kontrak dah saing..." Kata datuk.
"Kalau boleh saya nak datuk ubah sikit je karektor Mankisu..." Saya perlahankan suara sambil minum ais lemong. Dahaga pulak tekak.
" Tak boleh novel tu laris, nanti peminat tidak suka, penulisnya tentu tak gembira. FINAS dah beri RM15 juta... Saya suka watak Mankisue, saya dah baca 8 kali novel tu. Kenapa?, awak ada masalah ke dengan watak tu ke? Tanya datuk dengan suara garau berkarismatiknya, macam dia pulak dah sedang berlakun filem.
Saya diam, saya tak tahu nak cakap apa. Sebenarnya setelah saya membaca novel Mankisue sebanyak 8 kali (termasuk yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Saya diberitahu novel tu juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Francis, Jerman dan Urdu). Sebenarnya setelah menghayati watak Mankisue, saya rasa tercabar. Selepas watak Kasim Selamat dalam Ibu Mertuaku, watak Mankisulah watak kedua paling mencabar dalam sejarah moden perfileman Melayu Malaysia. Saya dah mula tenggelam dalam watak Mankisue sehingga terbawa ke dunia nyata... saya rasa tertekan, sebenarnya....
" It's ok, we discus it later, let enjoy the party'' kata datuk selepas lihat saya diam...
Kemudiannya saya diminta oleh Aznil (dia jadi pengacara majlis) ke meja di tengah ruang tamu yang menghadap kolam renang. Saya meniup lilin dan menaruh hajat. Setelah kesemua 29 batang lilin itu ditiup, saya terus memotong kek, dengan bantuan Dayang Nurafizah kek tersebut diagihkan kepada para tetamu...
Sekali lagi Aznil meminta saya membuat ucapan ringkas. Dalam ucapan ringkas tersebut saya lahirkan perasaan berbanyak terima kasih dan terharu kepada Maya Karim dan Nasha Aziz. Saya diberitahu sebelumnya, Nasha Aziz dan Rosyam Noorlah yang juga banyak menolong menjayakan party tersebut.
Dan saya juga merakamkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem `Mankisue' iaitu Datuk Rahim Razali kerana memberikan idea setiap tetamu wajib memakai atau menyelitkan sekuntum mawar merah di pakaian mereka. Semua tetamu berpakaian putih (tema putih), mereka tambah nampak cantik diserikan dengan kelopak mawar yang merah menyala...
Tiba-tiba saya ke bilik air, di depan cermin besar saya tatap wajah saya, saya rasa nak menangis kerana rasa terharu. Sebelum ini saya tidak mudah untuk menangis tetapi setelah mendalami watak Mankisue, saya sering merasa mahu menangis...
Sayakah ini atau Mankisue?. Bisik hati saya...

Tuesday, April 27, 2010

Grill Rumah...

Saya tahu fungsi gril rumah hanyalah sebagai melambatkan proses pencerobohan. Ia tidak boleh menjadi jaminan rumah tersebut tidak dimasuki pencuri, perompak atau perogol berjadual.
Saya juga tahu setiap rumah boleh dimasuki dengan cara yang tertentu, contohnya ikut bumbung rumah. Maknanya gril bukanlah perlindungan setahap semaksimanya, ia hanyalah usaha daya kita memaksimakan perlindungan dengan kadar kita, upaya kita.





Gambar 1: Inilah grilnya.


Namun beria-ria jugak saya memilih gril ini, he he he. Saya mahu ia sesuai dan berpadanan dengan rumah saya. Tak naklah nanti orang kata `mahal tali pada beruk'. Saya memang tak suka yang terlalu banyak kerawang. Saya juga tidak gemar kalau ada terlalu banyak bunga-bunga (ada seketul dua tak apalah). Itulah citarasa saya, mungkin citarasa orang tak berduit kot.
Saya juga cerewet mengenai pemilihan warna grillnya. Saya mahu warna gril berpadanan dan sepadan dengan warna rumah. Cerewet kan. Besinya juga saya nak ketebalan yang diameter kira tebal jugaklah. Catnya pula nak yang elok sekali. Namun suami Zarida tetap melayan kehendak saya.
Gambar 2: Adnan ada juga menjalankan audit pengrilan...

Saya teruja sambil tersenyum dan perasan bila jiran-jiran memuji gril rumah saya. Saya pun tak nak nafi gril rumah saya menarik, setidaknya di mata saya. Saya selalu fikir yang ringkas tulah nampak menarik. Yang tak berlebihan itulah yang lawa. Eh, ke saya fikir begitu sebab saya tak ada banyak duit? He he he.


Gambar 3: Dicatnya secara berceloreng...



Bila pemasangan gril dah siap, nampak cantik pulak rumah saya ni (alamak naik lif tekan sendiri...), tapi tak apalah saya sendiri yang membayarnya tiap bulan (melalui on line). Setelah `ditegur' oleh pengunjung blog tempohari, saya terus buat on line segala pembayaran, termasuk kereta.
Gambar 4: Besinya agak tebal...



Saya bayar banyak kali baru habis hutangnya. Terima kasih tak terhingga pada Zarida yang memberi hutang begitu lama, sehingga saya sendiri tak berapa ingat bakinya. Saya memang ada juga pergi cari pembuat gril lain sebelumnya, semuanya nak cash dan paling boleh, bayar dua kali. Namun akhirnya saya pilih buat dengan Zarida senang, boleh arah itu ini. Saya harap Zarida dan suaminya tidak serik dengan perangai cerewet saya ni, dahlah cerewet, bayarpun nak banyak kali kan...he he he. Teruk saya kan...


Gambar 5: Rekabentuk pilihan saya ringkas sahaja...(seringkas duit dalam poket, he he he)

Saya rasa sangat puas hati dengan proses pengrilan ini. Keluarga saya pun ada memuji. Emak saya kata besi tebal bukan macam kat kampung. Abang ipar saya juga mengatakan harganya adalah berpadanang dengan mutu kerjanya.


Saya tersenyum bila dipuji. Mulanya saya nak `tahan muka' bila dipuji sebab orang kata orang yang mulia bila dipuji mukanya tak berubah. Tapi saya tak boleh tahan jika dipuji, dah sah tak mulia kot, he he he.


Biarlah habis duit sikit asal puas hati. Pun begitu saya merasakan saya membayar pada kadar yang mampu.

Jan: Bila rumah sudah digrilkan, kurasa terpenjara sepi di dalamnya...(pulak dah!)

Minggu sibuk datang lagi...

Orang kata kita akan dapat stress apabila kita buat kerja yang diluar keupayaan kita. Maksudnya kita tak mampu dari segi fizikal atau mental, namun kita buat juga. Tetapi tahukah kita bila kerja tersebut sebenarnya keluar daripada keupayaan kita? Ini terjadi jika kita terlalu optimis atau hidup terlalu kucar-kacir.
Minggu sibuk saya datang lagi. Sepanjang minggu lepas saya sibuk dengan 5S. Ala... yang Sapu, Susun, Sisih...tu. Juruaudit sebenar nak datang nak tengok persekitaran bangunan blok Akademik. Saya selaku ketua zon bangunan akademik, kenalah menjalankan tanggungjawab.
Bilik saya sendiri tak lulus apabila diaudit oleh juruaudit dalaman, he he he. Saya banyak susun dan atur barang-barang saya ikut kepala saya sahaja. Ada fail yang kena tegak saya baringkan pulak. Sebenarnya saya tak berapa reti nak susun biar bilik nampak kemas dan menarik. Tetapi tu bukan alasan kan? He he he.
Sebenarnya persekitaran kita adalah tanggungjawab kita bukannya bank pusat (central bank), saya tak nafi. Tak bolehlah kalau kita jadi guru misalnya, kita tumpukan kepada pengajaran kita di kelas sahaja, pembangunan dan persekitaran sekolah kita tak hirau. Sebenarnya lagi ianya juga menjadi tanggungjawab kita secara tak langsung. Bukan maknanya kita kena jadi tukang kebun tanam pokok bunga kertas atau tolong mak cik kantin menjual nasi lemak di kantin sekolah. Bukan.
Bila kena tegur oleh juruaudit, kita kenalah ambil tindakan. Kena perbetulkan benda yang tak betul. Dan biasanya banyak jugalah benda yang tak betul tu, he he he. Walaupun begitu saya berjanji pada diri, saya akan buat selagi saya terdaya. Kena hadapi cabaran, jangan jadi malas atau culas.
Minggu ini juga saya kena buat soalan mid teng dan kena buat ISO. Fail teaching potpolio entah di mana, berzaman saya tak tengok. Kena up date jugak tu. Lusa kena ambik birthday cake kat kedai. Sempena harijadi saya tu, saya harap benarlah Maya Karim datang rai bersama. Brat Pit dah hantar sms, tak boleh datang katanya. Dia nak bincang pasal rancangan nak kawin dengan Angelina Joli (setelah 5 tahun hidup bersama...?).
Jadi saya tak bolehlah buat posting panjang-pangjang kerana sibuk memanjang (konon...).
Jan: Minggu depan sibuk juga ke?

Monday, April 26, 2010

Kenakalan pengunjung...

Saya tidak ambil hati atau melenting jika ada pengunjung yang menulis atau memberi tindak balas yang tidak terduga di blog saya. Sudah lumrah, ada yang tidak bersetuju dengan cara penulisan saya. Saya cuba menerimanya secara terbuka, tetapi bukannya bermakna saya langsung tidak mengambil berat mengenainya.

Saya lebih suka menulis daripada melihat kesan penulisan saya...kerana kesan penulisan bergantung kepada individu...

Terkadang ada yang memberi komen mengenai penulisan saya di hujung bawah penulisan yang saya post. Saya suka membacanya, seolah penulisan saya dihargai... Dan ada yang memberi komen atau tindakbalas di bahagian `Pengunjung berbicara' (di kotak tepi blog saya yang selalu beralih lokasinya).

Suatu waktu dahulu kerap juga saya dapati ada pengunjung yang menyamar menjadi `jan' atau `Mankisue'. Gelihati juga membacanya, namun ia mungkin membawa kesan negatif kepada blog saya. Sebab apa yang ditulisnya bukanlah mewakili pandangan saya, atau blog ini, apatah lagi Mankiue...he he he.
Ada juga beberapa pengunjung yang saya kira sebagai pengunjung tetap. Mereka sering memberikan tindakbalas terhadap penulisan saya, saya hargainya. Ada juga yang terkadang berdebat mengenai penulisan saya, he he he. Terima kasih.

Secara kebiasaannya, adalah sifat saya untuk tidak menjawab atau menggunakan `Pengunjung berbicara' untuk berhubung dengan khalayak. Namun saya berikan kekecualian apabila menjawab beberapa `tanya khabar' daripada kawan dan pengunjung blog yang saya kenali.

Jan: Ada yang suka menyamar rupanya...he he he.

Tuesday, April 20, 2010

Kepada Mankisue: Sudah-sudahlah...

Jan: Pada mulanya saya merasa seronok membaca coretan mengenai kisah Mankisue, di sebalik ayat-ayat yang hiba ada juga unsur jenaka terselit walaupun bahasanya terkadang berlorat dan salah sana sini ejaannya. Namun lama-kelamaan saya berpendapat ia sudah mulai berulang, dah berlebihan dan bimbang memudaratkan...

Patah hati, kena tipu, kena fitnah, kena tikam belakang, dipermudahkan, dikhianatii dan seangkatan dengannya adalah lumrah hidup. Selamat datang ke planet bumi. Tetapi persoalannya sampai bilakah Mankisue harus meratap hiba?. Asyik berulang cakap pasal dendam dan balasan, ia akan merosakan kehidupan Mankisue juga akhirnya. Maaf jika penulisan ini membuatkan Mankisue terasa...bukan niat saya...(konon).

Saya percaya Mankisue seorang manusia yang berhati emas dan kaya budi. Disenangi kawan-kawan, ada rupa, terkenal dan disayangi keluarga. Berbanyak bersyukurlah atas apa yang ada. Saya sebenarnya amat bersimpati dengan nasib Mankisue kerana perpisahan dalam rupa bentuk apa pun ianya menyakitkan. Tetapi haruskah Mankisue meneruskan kesakitannya..., mengusung duka memanjangkan episod-episod lara sepanjang perjalanan hidup? Merosakan diri? Betul juga kata Alam...(yang selalu muncul di `Bicara Pengunjung' tu)
Berbaloikah hidup bersedih untuk seorang sepertinya? Seorang yang terbukti tidak mengenang budi? seorang pentingkan perasaan diri? Seorang yang tidak meletakan Mankisue ke tempat sewajarnya...? berbaloikah? Percayalah jika dia benar-benar sayangi Mankisue dia tidak akan sesekali buat dajal pada Mankisue... Tuhan telah tunjukan siapa dia kepada Mankisue... Maaf cakaplah, sepatutnya Mankisue bersyukur dan berterima kasih kerana tidak berterusan dikencing... Allah maha besar (unsur agama).

Mankisu harus malu, bukan kepada Jan dan pembaca blog ini tetapi lebih-lebih lagi kepada diri Mankisue sendiri. Pada masa Mankisue meratap hiba, duka nestapa dia sebenarnya sedang berbahagia, galok dan bermewahan (atas harta orang lain), kesenangan hidup orang lain. Biarkanlah dia Mankisue, biarlah dia berbahagia. Biarlah, biarkan biarlah... Biarkanlah semuanya pergi.

Jan tak nak tulis panjang-panjang (sebab hidup jan pun tunggang langgang?), hari ni 20.04.2010. Eloklah Mankisue mulakan hidup baru, tutup buku lama, jangan pandang belakang congkak walaupun sekali! Lupakan semua pengorbanan Mankisue...tak baik ungkit-ungkit, bangkit-bangkit. Redalah atas takdir yang tertulis... Kalau ada duit lebih pergi buat umrah (lagi-lagi unsur agama).

Pada suatu hari nanti dia akan lihat Mankisue meneruskan kehidupan dengan bahagia dan cemerlangnya, Jan percaya suatu hari nanti dia akan bertambah menyesal daripada sehari ke sehari. Percayalah cakap Jan, kasih sayang Mankisue tetap besar, suci dan agung. Sudah-sudahlah mengesat air mata dengan lengan baju!

Ingat Mankisue...the best revenge is to be happy!

Bab 5: Cerita II ( Seperti kucing kurap) sambungan…

'' Makan apa Man?'' Tiba-tiba Encik Roslan bertanya. Pertanyaan itu menghenti lamunan Mankisue. “Kacau daun betul…” Bisik hati Mankisue. Memang masa-masa begini dia mahu bersendirian. Dia mahu duduk sorang diri, jauh daripada orang ramai.

“Goreng pisang...” Walaupun Mankisue tahu daripada segi nahu sepatutnya `pisang goreng’ bukannya `goreng pisang’. Dia sudah tidak cermat dalam memilih bahasa, apa yang terlintas difikiran terus sahaja dia lafazkan.

“Kawan-kawan lain mana? Tak ikut sama?”

“ Ada... saja nak makan sorang…''

Mankisue tidak bercakap banyak, dia diam sahaja. Dia lebih selesa bersendirian dan mahu berdiam diri sahaja. Bila berdiam diri dapat dirasainya ketenteraman. Namun dia sedar perkataan `nak makan sorang’ sepatutnya tidak digunakan, bimbang Encik Roslan berasa hati.

“ Kau nampak cengkung je Man! Kenapa? Kau sakit ke? tanya Encik Roslan lagak kehairanan.

“ Tidak, biasa je…” Mankisue menutup keadaan sebenar. Mankisue malas nak layan… Malas nak bercerita, bukan semua memahaminya seperti Puan Halimah.

“ Habis tu kenapa nampak cengkung je mata tu? Kurang tidur ya? Encik Roslan masih juga galak bertanya.

Mankisue tidak menjawabnya. Dia diam sahaja… Dia asyik melihat ke tengah padang. Semakin ramai orang bermain bola… ya lah tak kan main boling pulak di tengah-tengah padang tu.

“Nak jual tak motor tu Man? Setelah sekalian lama masing-masing menyepi, Encik Roslan memecah kesunyian. Mungkin Encik Roslan sendiri sudah merasai serba salah.

Mankisue masih lagi asyik memandang ke tengah padang. Sudah semakin ramai orang bermain bola. Kelihatan juga beberapa penunggang motorsikal yang berhenti di tepi-tepi jalan, tumpang sekaki nengok orang bermain bola.

“ Tak nak jual…, Man nak hantar ke kampung. Ayah nak guna” Mankisue beralih pandang ke arah motornya pula.

“ En Roslan nak beli motor ke? Kereta dah ada dua tiga bijik… nok buat apa motor? Panjang pulak pertanyaan Mankisue kali ini.

‘’Saja..., bagus jugak ada motor, petang-petang boleh bersiar-siar, bla-bla-bla……….” Mankisue sudah tidak dapat mengikuti dan memahami butir kata Encik Roslan. Pandangannya dilempar kembali jauh ke tengah padang. Kelihatan seorang pemuda galak mengelecek bola…

" Pandai budak hitam tu main bola, badan sekeping, patutlah pandai. Kalau gemuk setambum, atau selebar pintu hendak berlari macam mana…". Mankisue kaitkan pula bentuk fizikal dengan keupayaan bermain bola… hakikatnya dia tidak tahu menahu langsung hal-hal bola ni. Dia bukan lelaki biasa…

Suasana kedai sederat di tepi padang bolo tersebut hening sekali. Petang-petang begini bila daun-daun pokok sena berguguran melayang ditiup angin, menambahsyahdukan lagi pemandangan di sekitarannya.

Encik Roslan menyelak helain akhbar. Asyik benar dengan helaian sukannya. Setelah mengoder secawan tea o, dia terus membaca harian Metro yang banyak memaparkan tajuk berita yang berbau seks. Mankisue pula terus bermonolog. Dia dibawa jauh oleh peristiwa dua minggu lalu ketika di ke bilik Puan Halimah. Dia teringat kata-kata Puan Halimah.

“ Walaupun berapa berat musibah hidup, kita mesti meneruskan hidup ni Man. Dan buat masa ini tiada sesiapa yang dapat menolong Man kecuali diri Man saja.”

“Kalau Man terus berdendam, dalam diam Man membakar diri… Man tak boleh hadapi hidup seharian dalam paksaan, Man banyak tanggungjawab lain kan…”

“ Orang nak tipu kita, nak anaiya kita, kita nak buat macam mana… kita tak boleh buat apa-apa… lagipun tak ke mana dianya kalau dia tipu orang macam Man… ”

Di hadapan Puan Halimah, di depan meja Puan Halimah dengan perasaan tak malunya Mankisue menangis bersungguh-sungguh. Dia benar-benar pilu dan tersayu giler dengan tonasi syahdu dan lembut beralun daripada tutur kata Puan Halimah. Selaku kaunseler pelajar, dia sehempas pulas menggunakan kepakaran kaunselingnya untuk meredakan relung hati Mankisue yang berbahang.

“ Kak Mah tengok Man baik, dan Man lain daripada manusia yang Kak Mah jumpa. Betul Kak Mah cakap ni. Man bersyukurlah kerana Allah mengurniakan Man hati yang baik, ramai sebenarnya sayangkan Man”.

“Dan bila kalau hati yang baik itu dipersiakan dipandang rendah oleh orang, dihancurkan orang… Man jangan jatuh, Man kena bangun, berdiri... Memang maha payah Man oiii tapi Man kena hadapi hidup ini walau sepahit mana…” Hampir nak meraung Mankisue. Syahdu sangat apabila mendengar Puan Halimah yang pandai slow talk kepada sesiapa saja yang memerlukannya.

“ Orang lain tak akan faham apa yang kita alami, sebab itulah Man kena kuat, Man kena tahu kehidupan ini bukan untuk rasa dan perasaan Man sahaja. Kita hidup untuk orang lain juga Man… Itulah nama kehidupan Man… Esok tetap ada bagi orang yang sabar…tuhan berada bersama orang yang sabar Man” Lembut dan bersahaja gaya percakapan Puan Halimah. Seolah dia seorang wanita yang kuat dan tabah. Dan jika sekali lihat tiada siapa yang sangka tiga bulan lepas Mankisuelah yang menyelamatkan nyawa Puan Halimah. Mankisue dan Encik Daud Tubilah yang memegang kemas Puan Halimah yang pada masa itu seperti hilang akal. Pada masa tersebut Puan Halimah mahu terjun bangunan. Dia mahu terjun dari bangunan akademik apabila mengetahui suaminya sudah seminggu berkahwin lain secara rahsia. Kahwin dengan seorang GRO gebu dari Kuantan.

“Kesian ayah dan ibu dan keluarga Man kalau dia tahu Man begini…” sambung Puan Halimah, meneruskan slow talknya.

“ Memanglah pada mulanya kita rasa berat dan tuhan sajalah yang tahu. Sebab kita merasainya. Kawan-kawan memahami tetapi tidak dapat merasainya… Kak Mah dapat rasakan kalau boleh Man tidak mahu hidup lagi kerana tidak mampu hidup lagi. Hendak menapak kaki selangkah ke hari esok pun payah kan? Puan halimah menyandarkan badannya ke kerusi. Mungkin bercakap daripada pengalamannya.

Mankisue teresak-esak mengeluarkan airmata. Buruk benar keadaannya. Bayangkan orang seusia dia menangis jebek, teresak bagai budak… bayangkan…

“ Hari demi hari Man makin terseksa Kak Mah. Man ingatkan Man akan sembuh sebab Man perlu sembuh. Man tahu Man kena hadapi hidup walau separah mana. Untuk keluarga Man, juga untuk man. Tapi lama-kelamaan Man sedar semuanya semakin pergi… man tidak berdaya semuanya pergi”. Lancar je dialog lara yang terpancul daripada mulut Mankisue, mengalahkan dialog-dialog dalam filem Sembilu Datuk Yusuf Haslam.

“ Kegembiraan dan segala harapan hidup Man diragut… Demi allah Man tidak pernah merasai ketajaman perasaan yang menyeksa ini… Apa salah Man Kak Mah?. Bagai dialog cerita drama swasta tayangan Astro pula Mankisu meluahkan rasa kesedihan hatinya…

“ Apa yang boleh membuatkan Man rasa tenang? Puan Halimah pula naik sebak, air matanya mula bergenang… Puan Halimah cepat-cepar mencapai sehelai tisu daripada beg tangan Pelconya. Bimbang pula mascara Revlonnya cair dan akan mencomotkan mukanya. Pada ketika itu Mankisue juga turut mencapai tisu… juga daripada beg tangan Puan Halimah (he he he). Mankisue menanggalkan cermin matanya, menyapu air matanya yang menitik. Bayangkan…

“ Sudah-sudahlah Man, jangan menangis. Sakgi ada mesyuarat. Nanti orang nampak mata Man merah.” Kata Kak Halimah sambil mengesap airmatanya.

“ Man ingin tahu apa salah Man, Man ingin tahu sebab apa dia tergamak buat Man begitu. Dia sanggup menipu dan jadikan kebahagian hidup Man sebagai galang ganti untuk mendapatkan kebahagiaan bagi dirinya.” Apa yang membuatkan dia sangat sayang kepada orang lain sehingga separuh mati…”.

“Dia boleh pergi sebab Man bukannya orang lebih, Man tahu sangat. Man orang kurang… Man tak handsome macam Farid Kamil, harta jauh sekali. Sekarang Man pun dah ada kurap…tentu lebih hina kan?. Tak semena-mena Mankisue mengheret sama isu kurapnya ke dalam hal kemeranaan hidupnya.

“ Tapi tu tak bermakna Man boleh diperbodohkan, boleh ditipu. Kenapa dia mesti menipu dan mempermainkan hati dan perasaan Man, kenapa? Kenapa Kak Mah? Kenapa?... Tiba-tiba Mankisue bangun menuju ke jendela bilik Puan Halimah. Dia memandang jauh ke luar jendela. Dia cacang di situ.

“ Kenapa orang macam Man ni tidak layak ke dapat kebahagian? Kenapa dia kejam dan pentingkan nafsu sendiri? Atas apa di permainkan perasaan Man, Man sumpah hidup dia celaka tiap-tiap hari! Tiap-tiap hari…! Tak akan ada lagi sesiapa yang akan ikhlas menyanyanginya, tidak akan ada!...”

“ Sudaaaahlah Maaaan….” Puan Halimah tiba-tiba teresak-esak menangis. Bersungguh-sungguh pula...sekali lagi dia menarik tisu daripada beg tangan Pelconya (yang dibeli hasil daripada main kutu).

“ Jom Man, saya belanja” Terhenti Mankisue daripada lamunan apabila Encik Roslan bangun dengan tiba-tiba menuju ke kaunter. Ingatannya kepada Puan Halimah hilang begitu sahaja…dia rasa bersalah pada puan Halimah kerana membuatkan Puan Halimah menangis.

Dia juga berasa bersalah pada Encik Roslan, walaupun dia tidak melayan Encik Roslan, Encik Roslan tetap membelanjai dia makan…
Mankisue kembali melontar pandangannya ke tengah padang. Kucing kurap kembali melilit di kakinya, dan dendam kesumat itu turut juga kembali tetapi kali ini kian membara!

Jan: Baguslah hidup dengan meracun diri. Orang tu sedang berbahagia awak merana. Baguslah tu. Pandai-pandai!

Sunday, April 18, 2010

Sesat di bandar Kemaman dan...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia.

Ketika saya sesat di bandar Kemaman, saya rasa seribu perasaan. Setakat ini, inilah perjalanan terjauh yang saya lalui dengan berkereta, berMyvi bersendirian... Pada masa tersebut jantung saya dag dig duk-dak dik dug. Saya berpeluh walaupun airkong kereta sejuk...

Apabila kita sesat bermakna kita tidak tahu kita berada di mana. Dan yang lebih parah lagi dalam situasi saya, saya sebenarnya tidak tahu nak ke mana... Sadiskan... Yang saya tahu saya mesti membuat latihan memandu jauh untuk keperluan masa hadapan...

Bandar kemaman tidaklah besar mana berbanding Kuala Lumpur, New York, Paris atau Milan...namun ianya maha besar kepada saya yang kerdil ini. Kepada pembaca yang tidak tahu, Bandar Kemaman berada di daerah Kemaman. Ia merupakan daerah yang paling hujung ke selatan negeri Terengganu Darul Iman.

Sebelum penemuang petroliung, Daerah Kemaman merupakan daerah ketiga yang mempunyai penduduk paling ramai selepas Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Besut (daerah kelahiran saya). Kini Selepas Daerah Kuala Terengganu, Daerah Kemamanlah kedua terbesar.

Lapan tahun lalu (2002) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Kemaman. Saya masih ingat lagi semasa belajar di UM, pensyarah saya kata untuk sesebuah Majlis daerah bertukar kepada Majlis pembandaran ia mesti antaranya mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang dengan pendapatan tahunan melebihi RM10 juta.

Saya kembali kepada perasaan saya yang tidak tenteram pada masa tersebut. Dalam kesesatan itu saya beberapa kali berhenti di bahu jalan untuk tenteramkan fikiran. Banyak juga nampaknya kereta di jalan raya Bandar Kemaman. Saya berselisih juga dengan beberapa buah kereta yang pelik-pelik, Ferrari atau Porsche, entah. Kaya-kaya juga orang Kemaman. Saya tidak biasa memandu kereta dalam kesibukan, saya tinggal di dalam hutan dara Muadzam atau lebih dikenali sebagai `Paris' di kalangan kawan-kawan saya.

Ketika saya berpeluh sesat tersebut, sempat lagi saya bertanya pada diri. Sesatkah saya juga dalam kehidupan ini?. Untuk membuatkan saya rasa lebih selesa, saya sempat juga lontarkan pertanyaan itu pada tuhan. Seperti biasa saya tidak mendapat jawapan yang segera. Tetapi saya juga terus tertanya dan bertanya seperti ada juga orang terus berdoa dan berdoa.

Sejak berkereta, saya rasa hidup saya lebih bersendirian. Memang saya tak nafikan ada kereta kita jadi senang kerana boleh membuat perjalanan sendiri...tetapi dalam perjalanan yang panjang ini senangkah bersendirian...? Saya terus mendapatkan jawapannya bila saya sendiri cepat-cepat menjawabnya, he hehe. Dan jawapan tersebut menyebabkan saya harus selalu terus tabah.

Kemudian saya berhenti untuk relex minda dan minum secawan kopi di kedai kopi. Sambil saya menghirup kopi o tersebut, saya jamah dua set roti bakar. Oleh kerana dua set roti bakar tersebut masih juga gagal mengenyangkan saya, saya mintak nasik lemak pulak. Saya suruh pekedai itu goreng telur dada untuk saya, saya tak nak telur mata...(demand pulak dah).


Sambil menghembus rokok Malboro, saya tertanya lagi mungkinkah kita sebagai manusia tidak pun sedar bahawa kita tengah sesat kerana kita sibuk nak jadi seperti orang lain...nak capai apa orang lain capai? Adakah kita sebagai seorang suami/isteri/anak sedang sesat? Adakah kita sebagai pemimpin/majikan/pekerja sedang sesat? Tidak kira siapa kita...adakah kita sedang sesat?
Mungkin kita sebagai insan yang lemah, terlupa setiap orang tuhan uji secara berlainan dan mungkin kita terlupa lagi yang tuhan nak lihat kita buat terbaik dengan apa yang dia beri..
.

Kemudian saya terus memandu, saya lihat laut membiru bersih... Ya allah, kau tidak pernah secantik ini di mataku...


Jan: Saya pegang stereng kemas-kemas dengan tangan kanan, tangan kiri saya tarik lengan baju, sapu air mata...

Thursday, April 15, 2010

Saya percaya kalau lelaki tersebut...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia.

Saya tidak mahu bercakap pasal dosa atau pahala, saya juga tidak mahu bercakap pasal syurga atau neraka. Dan lebih-lebih lagi saya tidak mahu penulisan saya ini menjadi suatu hukuman kepada sesuatu pihak... Sebabnya? Sebab sudah banyak sangat orang bercakap mengenainya...
Saya percaya kalaulah lelaki tersebut mahu bertanggungjawab, tidaklah anak itu dibuang dalam tong sampah, dibuang merata. Saya percaya lagi kalau lelaki tersebut mahu bertanggungjawab tidaklah ada kesalahan demi kesalahan yang akan dilakukan oleh ibu yang melahirkan itu...
Walaupun bayi tersebut mungkin sudah tidak bernyawa rasanya perlulah kita menghormati jasadnya. Gamaknya orang yang macam mana ya, yang tergamak membuang anaknya ke dalam tong sampah? Saya tidak mahu menjawab seperti kawan saya jawab iaitu ''sebab tak ada iman!", Entah mengapa saya memilih untuk menjawab '' sebab dia tertekan...''.
Nak disalahkan ibunya seratus peratus rasanya sukar... Saya percaya kalau lelaki tersebut mahu bertanggungjawab, perempuan itu tentu sanggup raise a little family... Kesilapan tak sepatutnya ditutup dengan kesilapan... Dan siapalah kita nak membuat penghakiman terhadap manusia lain?
" Ustad dan ustazah puan ada nafsu..." Saya teringat kata-kata Kak Z, 5 tahun lalu semasa saya bekerja di Kolej Shahputra Kuantan. Pada masa tersebut saya menyuarakan kehairanan saya pada Kak Z mengapa golongan tersebut yang banyak pengetahuan agama turut terjebak dengan jebakan nafsu...
" Barang sedap...", kata kawan serumah saya semasa kami berbual dalam topik yang sama. Pada masa tersebut kami sedang bincangkan saranan Datuk Sheila Majid yang menyatakan lebih baik anak tersebut diletakan di masjid. Datuk bimbang anak tersebut digigit anjing...
Bayangkan, bayangkan tekanan yang dibawa selama sembilan bulan... Sukar sungguh untuk bangun dan teruskan kehidupan...membuat keputusan bila melahirkan anak luar nikah. Entahlah saya tidak bijak untuk gambarkan penderitaannya. Tersilap tulis saya akan dicop sebagai pembela para pengandung luar nikah atau pembuang bayi. Saya akui pencegahan lebih penting untuk menghindarinya dari berlaku. namun saya memilih untuk bercakap pada situasi di mana ibu tersebut sudah mengandung dan melahirkan... Saya cuma mahu membela bayi-bayi yang pada saya ada hak jugak untuk hidup...walaupun mereka lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Dia tidak bersalah. Entah kenapa saya tidak menulis `dia tidak berdosa'? saya memilih ayat `dia tidak bersalah'.
Saya percaya dalam kesukaran maha payah pun, seorang perempuan akan lebih rasional jika dalam kepayahan begitu ada seorang lelaki di sisinya yang mahu bertanggungjawab. Saya percaya kalau lelaki tersebut mahu bertanggungjawab beberapa keadaan boleh dibetulkan walaupun sudah terlanjur kejur...
Saya percaya dalam banyak keadaan iman kita memang senipis kulit bawang.
Saya percaya jika seseorang perempuan itu berjumpa dengan lelaki yang salah (Mr Wrong) dalam hidupnya, dia akan merana...
Jan: Saya percaya...

Kasih yang membawa kita ke syurga...

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya merasa terharu dan memanjat syukur kehadratNya kerana dengan limpah kurniaNya saya masih lagi dapat meneruskan penulisan blog yang tidak sepertinya ini.

Saya tak ada anak. Saya tak pasti saya mandul atau tidak sebab saya tidak pernah buat pemeriksaan. Yang pasti saya tidak pernah kawin secara rasmi. Saya tidak mahu hipokrit, saya suka melihat anak-anak comel atau budak-budak yang berpakaian kemas. Pun begitu saya taklah menghina jika bayi atau budak-budak tersebut similir tin biskut di Giant. Sebab kasih sayang adalah sesuatu yang aneh, abstrak dan boleh dipersoalkan. Budak-budak tidak ada dosa macam kita. Bila kita peluk anak-anak rasa best je, kata orang-orang tua rasa best itu lahir sebab kita peluk orang yang tak ada dosa. Betul ke?.

Bila balik dari Rumah Kebajikan di Muadzam ni, saya selalu berfikir kesian ya anak-anak yatim, tiada ayah dan tiada ibu. Maka saya insaflah seketika... Saya bayangkan hidup tanpa ibu dan bapa. Saya lantas bersyukur lagi sangat-sangat. Tetapi entry kali ini bukan untuk membicarakan kunjungan saya ke rumah kebajikan tersebut atau kesukaan saya bila lihat bayi comel. Ianya mengenai entry UJ.

Dari `Bicara Pengunjung' dapat saya rasakan ada suatu desakan halus dari jiwa UJ untuk mengisahkan tentang seorang kawannya. Kawannya yang berada dalam seribu kepasrahan apabila ank kecilnya bertarung hidup kerana kesihatan yang meruncing. Sesiapa yang ada anak tentu amat faham apa yang kita rasa bila anak kita sakit kan? Kalau boleh nak tukar, biar kita yang tanggung kesakitan anak itu. Yang tidak ada anak sila diam dan baca dengan teliti, ambik iktibar apa-apa yang patut.

Kalau berkesempatan kunjungilah blog UJ tersebut. Baca tajuk `mohon belas kasihan semua sahabat bloggers' Tuesday, (April 13, 2010Tuesday, April 13, 2010). Saya rasa hiba-hibi bila membacanya, maksud saya hati tersentuh.

Sama-sama kita berdoa...Amin.


Jan: Ingat mati, ingat sakit, ingat hidup cuma sekali.

Wednesday, April 14, 2010

Dean's watch...

Kalulah dihadiahkan jam berjenama sempena harijadi ke 40, 29hb April ni... (jangan harap!)
Tadi saya tengok kat Bicara Pengunjung ada iklan Dean's Watch. Saya buka, amboi kelas gitu jam-jamnya. Saya bukan pengemar jam namun saya terpegun jugak dengan jam yang nampak kelas dan eligeng ni. Ni ha saya nak tunjuk antara gambar-gambarnya.


Mamat ni dah lama jadi jenama TaqHeuer rasanya...
Dean ni masih lagi remaja, tapi dah ceburi bussines menjual, moleklah tu. Ada wawasan. Jangan jual benda-benda lain sudah, he he he. Ada disertakan no hpnya jugak kalau berminat nak beli atau tanya itu-ini. Kalau duduk sekitar Kuantan boleh terus jumpa dia, katanya.

Lucu pulak bentuk jam ni...tapi cantik
Ayah saya selalu komen saya sebab saya tak pakai jam. Kata ayah saya jam tu pakaian lelaki. Saya memang tak suka pakai, tapi saya tak nafikan bila tengok orang pakai jam nampak segak je (walaupun muka macam ayam belanda).


Mungkin jam ni sesuai untuk playboy menyamar budiman...



Macam kek...tapi menarik dan urbang (urban)


Yang ni buat hati saya terdetik...terdetik nak beli tapi tak ada budget.

Jam di atas tu nampak morden dan sesiapa yang memakainya kita rasa senang didampingi. Maksud saya dia tak sombong... Kalau tak pandai bergaya tetapi nak jugak bergaya belilah jam ni... Jam sebegini cantik kalau hilang boleh terkedu kan...


Yang ni nampak sukan (sport)


Memang lawa...

Jan: Tiap saat jarum jam berdetik, aku mengingatimu...

Tuesday, April 13, 2010

Pokok Manggis 2...

Pokok manggis ni dah diberikan ran (naungannya)


Manggis ni nama saintifiknya ialah Garcinia Mangostana..., berasal dari tempat kita (Asia Tenggara). Berbelit jugak lidah saya nak menyebutnya. Tetapi tak apalah sebab Mangostana tu senang nak sebut. Kalau dapat sebut dengan lancar tapi duit tak ada nak beli atau tanah tak ada nak tanam, payah jugak kan, he he he. Orang-orang kampung termasuk keluarga saya pula memanggilnya sebagai `Buwoh Seter'.


Setakat ni dah tertanam sebanyak 6 pokok manggis di tepi dan sisi rumah saya di Indera Sempurna. " Banyak batang tanam, nak buat dusun ke? " Tanya jiran saya yang buat-buat mesra dan buat-buat lalu di hadapan rumah saya. Dan saya jawab "Saja, nak bagi teduh dan sejuk" Sambil cepat-cepat saya kunci pintu pagar. Bukan apa takut melarat nanti tanya pasal `batang' saya pulak.


Ginilah rupanya, gaya macam kubur Red Indian pulak


Nanti kalau umur saya panjang pokok-pokok ini akan besar (kalau pokok-pokok tu pun umur panjang, he he he) dan merimbun teduh. Pokok manggis ni berdaun lebar, tebal dan keras. Kalau kita amati bentuk pokok ni macam kanopi, dari jauh bentuknya macam piramid.
Saiz kanopi (naungannya) adalah sederhana iaitu antara 9 hingga 12 m. Suatu hari nanti teduhlah kawasan rumah saya yang panas ni. sekarang panas sebab rumput pun tak tanam lagi.
Batang utamanya lurus dan bercabang simetrikal. Sama je naungan kawasannya. Wow akan cantik nanti...
Saya hanya perlu sabar dan setia menunggunya sambil membajanya dengan kasih sayang (kononnya). Berbudi pada tanah ni tak macam kita berbudi pada manusia... Sebanyak mana pengorbanan kita kepada manusia, adakalanya kita bernasib malang. Bukan sahaja tidak dihargai tetapi last-last kena kencing... Bila kita rasa terpukul dihina las-last kita tanam pokok manggis adanya... (sila baca dengan nada terkilan bercampur sedih bersama sedikit tanda tanya...)
Kita kembali kepada perihal pokok Manggis. Bunganya nanti berwarna hijau keputihan berputik di hujung dahan. Selepas 13 atau 14 minggu bolehlah kita petik buahnya. Buah berbentuk bulat lepeh dengan permukaan atas dan bawah buah sama rata. Buahnya pada mulanya kehijauan dan bila masak bertukar warna ke unggu kemerahan.
Kalau nak makan kita tak payah guna pisau, kita penyek (beri tekanan) je pada kiri kanan buah dan merekahlah keluar isi putih bersih. Tapi awas kalau kena getah buah kena ke baju alamatnya rosaklah baju sebab tak tanggal warna. Elok masa makan jangan pakai baju, yang perempuan berkembang je pakai kain batik buruk.
Di pangkal buah ada tapuk (kelopak stigma). Jumlah tapuk menunjukkan jumlah ulasnya. Bila tengok ada 5 tapuk maka 5 ulaslah buahnya di dalam. Dia tak menipu, dia tak macam kita...

Cepatlah membesar, ayah tak sabar nak menumpang teduh naunganmu...
Kata ayah saya pokok manggis ni perlahan pertumbuhannya. Saya ada menyuarakan rasa bimbang sebab takut pokok tu sampai kat tiang rumah saya. Ayah saya kata nak sampai situ pun makan masa 8 tahun.



Tidak seperti pokok rambutan, cantasan pembentukan pokok tidak perlu kecuali untuk membuang dahan yang berpenyakit atau patah. Atau kita bersihkan dahan di dalam pokok untuk membaiki pengudaraan. Supaya sinarang matahari sampai dalam kanopi pokok.

Biasanya bila dah sampai umur 8 tahun pokok ini akan berbuah. Dia berbuah pada bulan Jun hingga Ogos. Pokok yang molek dan besar akan berbuah sebanyak 900kg dan bila pokok ni dah lebih umur 20 tahun mungkin sampai 28,000 kg sepokok. Banyaklah buah manggis saya nanti.

Tetapi seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya memilih untuk menanam pokok manggis oleh kerana daun dan batangnya, bukan sebab buahnya. Namun begitu kalau dapat buah yang banyak itu kira bonouslah.

Jan: Hajat bila berbuahlebat nanti, nak agihkannya kepada jiran-jiran terdekat yang tak banyak mulut.

Friday, April 9, 2010

Aoreadi gong...

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die

I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry

Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Already gone, already gone, already gone
Already gone, already gone, already gone, yeah

Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye

I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone

I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone

Songwriters: Clarkson, Kelly Brianne; Tedder, Ryan;

" Suatu hari nanti allah akan hancurkan hatimu sebagaimana hatiku...kau hancurkan." Mankisue memandang jauh ke larut senja yang melukiskan awan bertompok hitam... Dia sesat keseorangan... Ke mana arah...?
Jan: Sudah-sudahlah!!!

Thursday, April 8, 2010

Pokok manggis...


Sepohon manggis daunnya kan rimbun...

Apa guna hidup seribu tahun kalau munafik dan menghancurkan hati orang?

Apa gunanya...?


WALAUPUN hati saya hancur luluh akibat dia lebih utamakan darjat dan harta, saya teruskan juga tekad saya untuk menanam pokok manggis. Saya mesti menanamnya lagi pun saya dan canangkan kepada Suhaida (isteri Adnan) dengan sebab-sebabnya sekali mengapa pokok manggis jadi pilihan, dan mesti ditanam. Hanya dia yang tahu dan memahaminya...
Saya dan ayah saya mengusaha tanamkan tanaman pokok manggis tersebut di sekeliling tepi sisi rumah (sebenarnya ayah saya la yang banyak mengusaha tanamkannya). Saya sentuh-sentuh je. He he he.
Kata ayah saya pokok manggis ni lambat sangat la akan pembesarannya. Dalam setahun dua kali je dia berpucuk. Kata ayah saya lagi kita kena buat ran untuk lindungi pokok tersebut daripada terik matahari. Kita kena tutup dengan jala hitam katanya. Kalau kat kampung tanam pisang di sekelilingnya.
Saya tak kisah pokok-pokok manggis saya ni berbuah ke tidak. Saya tak kisah buah, saya boleh beli di pasar kalau nak. Yang menjadi tarikan utama ialah daunnya hijau pekat merimbun gagah, rendang dahannya memikat hati...
Jan: Hitam-hitam si tampuk manggis, sungguh pun hitam kupandang manis...(dan kemudianya seperti biasa kumerana...)

Tuesday, April 6, 2010

Qhasya Lea Ibrahim...



assalamualikum encik sukiman...
mungkin lambat lagi encik akan baca komen ni sebab cik kata komputer cik tak bleh bukak facebook. saya amilia, bekas student cik sukiman masa kat pekan dulu....first batch om 114. Dulu cik sukiman ajar ekonomi. Saya try nak post komen kat blog cik, tapi tak berjaya sebab saya pun tak arif sangat pasal blog...tapi nak komen kat sini la...saya suka baca semua cerita kat dalam blog tu...napa tak buat buku atau novel...?ayat tersusun dan sangat praktikal untuk otak otak manusia zaman sekarang...saya masih ingat lagi kata kata cik sukiman masa ajar kelas saya dulu, motivasi untuk cik belajar adalah sebab nak beli sofa 'L' ...sekarang saya guna cerita cik sukiman tu untuk motivasi student2 plkn saya untuk berjaya... halalkan cerita yang di copyright ye...semoga terus menulis dan saya doakan encik agar dapat pendamping yang akan memberi nafas baru dalam penulisan....
wassalam....


Jan: terima kasih..., saya halalkan dari hujung kuku kaki sampai hujung tudung...

Saturday, April 3, 2010

Devdas: Hero mati meragam (merana...)


Sebuah kisah cinta yang menyayat hati...

Ada orang tidak suka menonton cerita Hindustan, mereka kata mengarut dan low class. Ceritanya penuh khayalan, dialog dan skrip cerita sama sahaja. Dan ada seorang kawan perempuan saya langsung tidak tengok cerita Hindustan... Dia beritahu dia tidak dapat terima kalau hero menari. Maksudnya lelaki menari...he he he.

Tapi saya tengok, saya minat sebab ada cerita yang bagus, ada yang jauh lebih bagus daripada sesetengah filem Melayu mahupun Inggeris yang merapu. Lagipun hidup saya penuh mengarut, low class (pernah dihina tepi longkang), saya juga suka berkhayal dan skrip hidup saya pun sama je... (asyik kena kencing dek orang je, he he he).

Saya suka lagu Hindustan. Kalau dengar macam okestra, pelbagai bunyian. Ada unsur jati diri yang kuat lambang budaya mereka. Muzik disusun cantik dan banyak yang malarhijau. Kalau saya terdengar bunyi tabla terus hati saya berdegup kencang, rasa nak menari gelek.
Tapi malu.

Mahduri sangat mahir menari... ralit saya tengok.

Kali ini saya nak bawak saudara saudari ke cerita Devdas. Saya beli VCD cerita ini semasa saya bekerja di Kolej Shahputra Pekan. Bagi saya ceritanya menarik oleh kerana beberapa sebab. Pertama heronya mati. Kedua, ada dua heroin cantik yang pandai menari. Ketiga, custom dan prop indah-indah, istana besar-besaran... Dan keempat, ia ada kaitan dengan kisah cinta saya...(pulak dah, huh! mentang-mentang la blog dia, saja je...).


`Kupu-kupu Malam' bersama `Kupu-kupu Siang dan Malam'...

Lokman Hakim (rakan serumah saya masa kat Pekan, pada masa tersebut masih teruna) ada menyatakan banyak juga cinta agong yang tak bersatu. Hati saya tersentuh lalu perasan... Saya teringat pula perihal Liza dan Kaduk dalam Majalah Gila-gila. Kadang-kadang kesian Kaduk sebab Liza selalu merendahkannya... Tetapi saya yakin bila Kaduk tiada nanti tentu Liza akan rasa kehilangan...

Tak kanlah tak kenal...

Sebenarnya filem Devdas ini telah banyak kali dibuatsemula (remake). Masuk yang Shahrukh Khan berlakon ni kira sudah kali ketiga. Asalnya dari novel tajuk yang sama. Dan yang menariknya semasa filem ini dibuat, ia menelan belanja yang paling tinggi pada msa itu...

Dua filem terdahulu tak kaler (dalam hitam putih), kira ni la yang pertama kaler. Saya berpendapat banyak filem Tan Sri P Ramlee yang menarik, yang boleh dibuatsemula. Contohnya filem `Ibu Mertuaku". Tak semestinya serupa seratus peratus cerita asal, rasanya boleh buat...

Suka sangat tengok Shahrukh Khan, Madhuri Dixit, dan Aishwarya Rai menerajui filem ni. Sukar saya nak cerita atau beri sinopsisnya sebab lain orang lain pemahamannya, tapi saya cuba ya...

Sinopsisnya:

Cerita mengenai seorang pemuda kaya (Shahrukh Khan) yang berkawan sejak kecil dengan seorang pemudi kurang kaya (Aishwarya Rai). Sampai satu tahap pemuda tadi (semasa zaman kanak-kanaknya) di hantar belajar ke luar negeri. Ada adegan di mana kanak-kanak (Aish) perempuan berlari-lari mengejar kawannya (Shahrukh) yang dibawa pergi oleh kenderaan. Dia berlari, berlari dan berlari...

Amboi masa bercinta, tak ingat kawan...

Apabila pemuda balik dari luar negeri tergamang tengok kecantikan kawannya yang dah besar. Terus jatuh cinta, berasmaradana. Bila emak pemudi tahu dia gembira dan yakin pinangannya tidak ditolak sebab dah bersahabat baik dengan keluarga pemuda tersebut. Bila masuk meminang pemuda, peminangan ditolak. Bukan sahaja ditolak malah dihina di hadapan orang ramai!

Memang budayanya perempuan kat sana kena pinang lelaki, he he he. Kalau saya duduk kat India kot-kot darjah dua saya dah kena pinang, he he he selisih malikat. Kira bawah umur tu.

Mak pemudi tersebut rasa malu dan bersumpah di hadapan orang ramai (masa tu ada majlis) di rumah pemuda ( di ruang tamu yang bak istana) tadi yang dia kan kawinkan anaknya dengan orang yang 7 kali atau 8 kali lebih kaya dalam masa 7 hari atau 8 hari selepas hari itu (kalau tak silap).

Dan juga emak perempuan menambah sumpahan secukup rasa keluarga tu akan punah ranah bila pemuda itu merana dan keluarga pemuda akan selalu melahirkan anak perempuan di seluruh generasi...Mungkin bila ada nak perempauan kena pinang anak lelaki pas tu kena tolak baru dia rasa kan... (amboi macam ahli sihir sleeping beauty).

Kemudian baliklah mak pemudi ke rumah yang bersebelahan je letaknya dan beritahu anaknya yang pinangan ditolak mentah-mentah. Aiswarai Rai pun berduka lara nestapa. Namun mak dia beitahu ``Jika Shahrukh Khan benar-benar mencintaimu tentu dia akan berbuat sesuatu". Tapi Shahrukh tak buat apa-apa pun! Dia buat dek je...pada mulanya.

" Man, bawaklah aku lari..."


" Tak boleh Maya..."

7 atau 8 hari berlalu...

Dan pemudi pun dikawinlah dengan orang kaya yang lebih kaya giler daripada keluarga Shahrukh...(duda anak dua sebenarnya). Dan tentulah Aish tak bahagia walaupun tinggal dalam istana, boleh shopping tapi hati tak bahagia (tapi lebih baik la daripada tak boleh shoping dan hati tak bahagia kan, he he he).

Aish selalu teringatkan Shahrukh sebab cinta adalah jiwa, tak mungkin ada sesiapa dapat membelinya (rujuk rangkap awal lirik lagu `Seribu Mawar').
Nak menambahkan parah lagi suami Aish taklah cintakan dia sebab dihatinya ada nama bekas isterinya je. Dia amat setia (tak macam kita, he he he. Kadang-kadang kubur isteri masih merah menyala lagi.... Bila tanya `dah jodoh...', he he he. No komen).

Lelaki inilah yang selalu memujamu...yang ingin mati di tapak tanganmu...

Dan pemuda tersebut (Shahrukh) patah hati jadi hidup tak tentu hala. Jadi pemabuk, lara, bakar rumah, kunjungi kupu-kupu malam, mandi-manda waktu senja... derhaka kat ibubapa, menyusahkan pak saudara dan dah tak lalu makan kari.

Kupu-kupu malam yang benar-benar malang...

Selepas itu dalam kemeranaannya pemuda tadi bertemu la dengan seorang kupu-kupu malam yang cung melecung (Madhuri Dixit). Madhuri terus jatuh hati pulak dah pada pemuda tadi (terus tak ambil pelanggang lain sejak jumpa pemuda tadi, kensel semua booking lagi). Ada sorang pelanggang tu marah kemudiannya terus balas dendam...

Tapi pemuda tadi hanya nak bersuka-suka je, bukan nak buat seks. Mustahil di hatinya boleh lekat nama orang lain, kalau buat seks pun bukan atas kasih sayang, mungkin nafsu semata... Sebab hati dia hanya untuk Aish. Kira merana jugaklah kupu-kupu malam tu. He he he

Filem ni banyak menang anugerah. 10 anugrah untuk Filmfare Awards, termasuk cerita terbaik. Juga tercalon untuk BAFTA (British) katogeri filem bahasa asing. Juga katanya tercalon filem terbaik bahasa asing untuk festivel filem Cannes dan Oscars.

Kita pergi semula pasal Shahrukh Khan tu... Dia merana, merana dan merana... Akhirnya dia lari daripada rumah (istana). Last-last hati dia terbakar dek minum terlalu banyak. Doktor kata kalu dia minum lagi hatinya gagal berfungsi dan dia boleh mati... Tetapi dia minung jugak...
Dan dia bertambah sakit, masa dia nazak dia suruh orang usung dia dan letak depan pintu pagar besar istana Aiswarai Rai. Kat sinilah part saya rasa nak menitis air mata...
Masa tu Aiswarai Rai sedang pasang pelita tiba-tiba je dia rasa hati dia berdebar-debar semacam (true love la katakan, bukan jenis pakai buang macam kita). Seperti ada benda yang tak kena, duduk salah, baring salah. Dia teringatkan Shahrukh... Selepas itu ada khadam istana beritahu ada seorang pemuda tergolek depan pintu pagar (yang besar bukan macam pintu pagar rumah kita).

Aish apa lagi... terus berlari pecut 100 meter sebab hatinya memberitahu itulah kekasihku... (amboi syahdunya!). Masa tu dia duduk kat tingkat berapa entah, maklumlah banyak tingkat, banyak tangga kena turun... tetapi laju lariannya dan ada la terlangar perhiasan yang mahal-mahal, jatuh berdentungan.

Dia berlari, berlari dan terus berlari. Hati saya berdebar, berdebar dan terus berdebar! Meter elektrik naik, naik dan terus naik...

Sampai kat pintu rumah kena berlari lagi ke pintu pagar yang jauh. Kira jauh jugalah dengan pintu pagar depan istana tu. Kira ambik masa jugalah.... Beza sangat dengan rumah kita yang beberapa langkah sampai ke dapur, selangkah sampai ke ruang tamu dan selangkah sampai ke bilik, beberapa langkah sampai ke pintu pagar, he he he.

Dia berlari, berlari dan berlari lagi saya pulak terus berdebar, berdebar dan berdebar... (sapa kata cerita hindustan tak best?)

`Cepat-cepat-cepat' hati saya berdebar sebab pintu dah nak mula nak ditutup, Shahrukh Khan pula tengah nazak... terkebil-kebil matanya yang layu dan kuyu....dan bila sampai dekat pintu tiba-tiba pintu ditutup akibat arahan suaminya (yang tahu skandal isterinya yang masih cintai lelaki lain, dia masih mencintai bini dia tak apa? he he he)...Aish selok kera (tergamang pasrah) depan pintu tertutup tu...

...sebaik sahaja pintu tertutup, Shahrukh Man (hero) yang terbaring pun mati... beberapa kuntum bunga terlepas daripada tangannya. Sekujur tubuh terbaring kaku...

Tamat...

Jan: Ada juga cerita yang hero tak mati... dia bangkit semula bina kehidupan. Dia beli rumah, beli kereta Myvi dan tanam beberapa batang pokok manggis...

Thursday, April 1, 2010

Antara dua gambar...

Gambar 1

Kadang-kadang sebuah gambar boleh buat kita ralit atau terpana. Saya suka gambar di atas (gambar 1) sebab beberapa perkara. Gambarnya memaparkan kasih sayang dengan cara yang suci, ikhlas dan bermakna. Gambar di atas tidak buat saya stim tetapi rasa syahdu... Saya berpendapat gambar itu bijak dalam memaparkan rasa sebuah kasih sayang.
Kalau kita perhati betul-betul daripada riak muka Kajol tersebut, kita akan nampak dan tahu betapa dalamnya kasih yang dia ada di hatinya pada Amir Khan kan. Dan pelukan sisi yang Kajol berikan tersebut seolah-olah Amir Khan adalah nyawa atau pelita hidupnya...(wow!)
Amir Khan pulak kontrol maco tetapi dari riak wajahnya kita tahu bahawa dia merasai kasih sayang tersebut kerana dia menghargainya... Riak wajahnya yang terharu dan pasrah seolah mengerti perasaan yang mendalam dimiliki Kajol terhadapnya.
Cuba tengok betul-betul...anda akan tahu apa yang saya maksudkan. Maksud saya gambar ini berjaya `sampaikan' apa yang nak disampaikan...


Gambar 2

Gambar 2 di atas pulak memaparkan jenis kasih sayang yang sangat berbeza. Gambar ni paparkan kasih sayang dan cinta dalam bentuk yang kelihatan murah, kotor dan tidak kekal mendalam...
Entahlah mungkin saya otordoks atau kosengvertif, tapi itulah yang saya rasai dari gambar di atas.
Walaupun bibir bertemu bibir dan tangan atas paha ayam muda yang gebu-gebang, hanya rasa keghairahan murah yang meruap stimnya. Jauh sekali untuk mewakili paparan sebuah karisma kasih sayang cinta nan abadi...

Jan: I had a master plan, but I was alone...

Peristiwa melihat orang bertumbuk...

Sampai hari ini saya tidak tahu hari tersebut adalah hari malang atau hari bertuah saya. Saya tidak menduga perkara sebegini boleh terjadi di hadapan saya. Kadang-kadang apa yang terjadi dalam hidup ini memang kita tidak pernah duga dan tidak pernah sangka...
Kejadian ini berlaku di Stesen Bas Muadzam bulan lepas. Ketika itu saya mahu ke rumah adik saya di Ulu Yam Baru, Selangor. Saya rindukan anak-anak saudara saya. Saya biasanya menaiki bas di Muadzam dan bas tersebut akan berhenti di Hentian Putra dan seperti biasa juga dari Hentian Putra saya akan menaiki Komuter ke Batang Kali.
Setiap kali saya menaiki bas saya sengaja naik awal supaya dapat tempat duduk yang di tepi tingkap bas. Dalam perjalanan bolehlah saya lihat pemandangan dan berkhayal. Ketika saya sedang lepak sambil membaca di tempat duduk kerusi hadapan no 3 (berdekatan dengan tangga bas), saya dapati ada bunyi riuh rendah sikit. Saya terus melihat melalui cermin bas, saya lihat ada dua orang sedang tolak menolak antara satu sama lain. Pada masa tersebut berfikir mungkin mereka bergurau. Lantas saya terus menyambung bacaan buku soal jawab agama yang baru saya beli.
BUKU SOAL JAWAB AGAMA
Satu set buku soal jawab agama tersebut mengandungi lebih dari 5 buah bukuu. Harganya lebih seratus ringgit tetapi di dalamnya ada ilmu yang tidak ternilai. Dan istimewanya buku ini soal jawab agama itu disandarkan kepada ayat alquran dan hadis dan juga pendapat-pendapat ulamak pakar dalam bidangnya.
Sedang saya membacanya sekali lagi saya terdengar bunyi bising, saya terus mendongak di tepi tingkap bas tersebut.
CIUM LANTAI SIMEN
Saya lihat seorang yang saya kenali sudah jatuh tersembang menyembah cium simen di depan pintu tangga nak naik bas. Rupanya tadi mereka bukan bergurau senda!. Seseorang yang saya kenali tersebut adalah penjual tiket bas Mara Liner yang saya beli tadi!. Dia ditumbuk bertubi-tubi! Saya lihat penjual tiket bas tersebut dibelasah hebat. Penjual tiket tersebut cuba bangun kembali dan mengembalikan beberapa tumbukan, tetapi saya dapati lawannya pandai mengelak, namun terkena jugalah sebiji dua...
Hati saya cemas sangat, orang ramai mula riuh rendah tapi tak ada sesiapa yang berani campur. Adakan saya kena turun daripada bas dan masuk campur? Semestinya tidak kan?
PERNAH DULU...
Saya teringat ini kali kedua saya lihat orang bertumbuk secara live di hadapan saya. Semasa saya tingkatan 6 dulu ada juga orang bertumbuk di hadapan saya. Mereka bertumbuk kerana saya!. Panjang ceritanya, tapi saya pendekkan.
Masa tu kejadian bertumbuk berlaku kat depan kedai dekat bandar. Saya dengan kawan baik saya baru balik dari kelas tambahan Pengajiam AM dan Ekonomi kat bandar. Tiba di suatu kaki lima kedai saya dapati ada pemuda bandar bersiulkan saya. Memang saya selalu diganggu semasa balik daripada kelas tambahan tersebut. Entah kenapa kali ini kawan baik saya naik berang membelasah pemuda bandar tersebut. Yang anehnya kawan-kawan pemuda bandar tersebut tidak masuk campur.
Kesian saya lihat pemuda bandar tersebut dibelasah sehingga cium simen, tetapi dalam masa yang sama saya rasa padam muka dia!. Saya tergamang dengan kehebatan silat yang kawan saya ada. Memang saya tahu dia ada silat tetapi tidak saya tahu dia seteror itu...
Selepas itu semasa berjalan balik saya beritahu kawan baik saya supaya ajar saya cara bersilat supaya senanglah saya mempertahankan diri apabila diganggu. Namun dia kata saya tak boleh belajar silat sebab saya bengis orangnya, iaitu bila marah hilang akal... Tetapi saya galak juga nak belajar, last-last dia kata " Tak payah belajar saya akan selalu melinduungi awak Man...".
CARA BERTUMBUK
Saya kembali kepada peristiwa orang bertumbuk di hadapan bas tadi... Sebenarnya saya lebih tertarik melihat orang bertumbuk berbanding dengan melihat orang bersalaman atau lipat kain pelikat. Orang bersalaman dah biasa benar saya tengok terutama menjelang hari raya...
Saya dapati tidak ada silat atau buah pukulan yang baik. Kedua-dua mereka pakai hentam bertumbuk ikut peluang yang ada. Dan ada pada suatu masa mereka serentak memberikan pukulan dan ada kalanya mereka serentak mengelak, lucu kan. Mereka bertumbuk bertubi-tubi dan pantas.

ORANG RAMAI CAMPUR TANGAN...

Kemudian barulah saya melihat ada orang datang dari kedai kopi yang berdekatan untuk meleraikan mereka. Juga mungkin kawan-kawan mereka dekat kawasan kereta sewa. Mereka berpakat ramai ramai mencari peluang untuk pantas memegang penumbuk-penumbuk tadi. Maklumlah kalau salah masuk kita mungkin ditumbuknya.

Apa bila penumbuk tadi dapat dipegang, kedua-dua orang tersebut dipegang kemas dan ditarik pisah antara satu sama lain. Terus di bawa lari antara satu sama lain ke kawasan lain untuk ditenteramkan. Saya tengok berhempas pulas jugak orang ramai memegang mereka dengan kemas. Takut terlepas.

PERANG MULUT PULAK

Maka berlakulah pulak perang mulut antara mereka. Dalam perang mulut tadi, saya makin berdebar-debar apabila mengetahui lawannya itu adalah drebas bas kepada bas yang saya naik. Saya bertambah bimbang kalau dia tak tenteram dan akan bawa bas dengan laju dan membahayakan penumpang. Sebab saya kalau jiwa kacau akan bawa kereta dengan laju (70 km sejam).
Semasa mereka dipegang oleh orang ramai mereka masih berperang mulut kononnya pergaduhan tersebut akan disambung semula malam nanti apabila penjual tiket bas dan pemandu tiket bas habis kerja. Amboi macam episod pulak kan... Mereka menjerit dengan kuat dan kasar, maklumlah orang sedang marah bukannya orang sedang bercinta.
DRAMALAH PULAK...
Saya malas dah nak layan lagipun mereka sudah ditenteramkan oleh orang ramai. Terus saya menyambung baca buku tersebut....selang beberapa lama saya dapati suasana riuh kembali. Saya mendongak ke luar dan melihat mereka yang bergaduh tadi sedang tersenyum dan berpeluk-pelukan pulak dah, sambil meminta maaf antara satu sama lain.
Saya cuba la cari kamera kot-kot ada arahan drama swasta. Tetapi tidak ada, memang mereka bermaafan semula dan dilihat kagum oleh orang ramai. Kalau kat luar negeri mungkin ada orang tepuk tangan. Saya rasa geli hati pulak...
Itulah pengalaman saya melihat orang bertumbuk. Saya rasa mungkin ada di antara pembaca pernah mengalami situasi ini. Saya rasa saya orang yang berani tetapi saya jadi penakut sebab saya tidak ada ilmu untuk mempertahankan diri. Kalau saya cuba meleraikan orang yang sedang bertumbuk, kemungkinan besar saya juga terkena pukulan akibat amarah mereka.
Entahlah bila saya mahu belajar ilmu bertumbuk, ataupun saya terus tak belajar dan terus mengelak campur tangan dalam hal orang...?
Jan: Bertumbuk itu akibat kita sudah tak dapat kawal perasaan kita kan...sebab kata-kata dah tak dapat menyelesaikan masalah kan? Tapi selesaikah masalah kita dengan bertumbuk?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home