Jan: Bila la masuk untuk terima PHD pulak?...
Salam...
Total Pageviews
Followers
Sunday, August 31, 2008
Konvokesyen ke 11 UNITEN 2008
Jan: Bila la masuk untuk terima PHD pulak?...
Thursday, August 28, 2008
Kau harung segalanya...
Apabila saya ada meeting memanjang atau projek, rumah saya seolah kapal Titanic pecah. Pinggang mangkuk dalam sink bertimbum dan pokok-pokok layu tanpa bersiram menandakan kegagalan saya untuk menguruskan masa, (bukan tak cukup masa…).
Namun kawan saya nan satu ini melalui kehidupannya dengan penuh kekebalan, kecekapan dan kesungguhan, penuh keikhlasan dan keredhaan. Dia mengatur hidupnya secantik mungkin, secermat mungkin.
Masih mampu tersenyum…
Daripada pengalaman saya, lebih banyak apa yang terjadi dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang kita tidak menjangkannya. Dan kerapkali sangat saya tidak bersedia menghadapinya. Tergesa-gesa dan kelam kabut saya terpaksa lakukan banyak penyesuaian terhadapnya supaya saya boleh sesuaikan diri dengan apa yang terjadi/berlaku. Kadang-kadang rasa sangat tension bila dunia tidak berputar seperti yang kita harapkan, seperti yang kita impikan.
Segalanya atas kepala dia, bermula daripada perkara semudah menghantar kueh ke kedai, sehinggalah kepada tanggungjawab yang besar menjaga keselamatan keluarga. Keselamatan keluarga adalah agenda dirinya yang paling utama. Saya perhatikan setiap kali selesai sesuatu majlis atau kalau ada apa-apa projek, dia akan bergegas balik untuk berada di samping keluarganya. Banyak lagi perkara yang harus dia lakukan demi keluarganya, dia adalah ketua keluarga.
Namun segalanya dia harungi, dia tidak pernah mengeluh…dan dalam keadaan yang paling payah, dia masih mampu tersenyum dalam keletihan...
Teman bicara…
Skrip kehidupannya tidak semudah yang kita selalu `baca’ pada kehidupan kawan-kawan lain (sekurangnya pada yang kita nampak), Tidak selicin kehidupan kebanyakan kawan-kawan kita yang lain, plotnya berbeza. Syukur, sesetengah kawan-kawan kita selepas keluar u, terus dapat kerja yang baik dan lepas tu terus dapat laki/bini, seterusnya terus dapat anak, seterusnya terus dapat adik (kepada anak pertama) dan seterusnya mengikut skrip…)
Namun dia redha, walaupun pastilah jauh di sudut hatinya sebagai seorang perempuan yang normal dia perlukan seorang lelaki hadir dalam jiwanya. Seorang lelaki yang boleh memberi semangat dalam hidupnya, seorang lelaki yang menjadi tempat luahkan segala kegetiran cabaran kehidupan ini, kepayahaan dan sesekali kekecewaan yang sesekala dilaluinya. Seorang yang boleh menerimanya seadanya…teman bicara.
Keluarga adalah segalanya…
Seluruh rasa kasih sayang dan seluruh jumlah cintanya ditumpukan kepada keluarganya. Dalam dunia ini ibunyalah orang yang paling disayanginya. Semenjak ayahnya telah tiada, dia merasakan dialah yang bertanggungjawab membawak kebahagiaan pada ibunya. Dia tidak mahu ibunya keseorangan bertemankan kesunyian. Kerana dia tahu ertinya sunyi dalam kamus kehidupan seorang perempuan… Dia mengerti apabila seseorang perempuan itu kehilangan suami tercinta, seolah-olah sebahagian daripada diri dibawak bersama turut pergi…. Dan dia mahu mengisi kekosongan itu, dia anak yang baik…
Dialah abang, dialah kakak nan satu kepada adiknya. Menjaga anak remaja sedang membesar tidak semudah buat kueh Chara (kueh yang warna hijau ada gula di tengah, kadang kadang ada Chara berlauk, yang warna kuning dan ada lauk di tengah). Namun dia terus juga berusaha, tentulah dia mengalami kepayahan, dan kesabaran seringkali berada di paras hidung.
Tetapi saya percaya dia lakukan yang terbaik supaya emaknya gembira tidak terasa sunyi sangat, dan adik lelakinya supaya menjadi seorang lelaki yang baik dan matang, seorang lelaki yang amat bertanggungjawab seperti ayahnya kerana baginya keluarga adalah segalanya.
Control ayu…
Pada mulanya saya tidak baik dan kenal sangat dengannya. Namun dia popular diantara kami kerana ramai sukakannya, dia ceria dan selalu menolong orang dalam diam.
Dia bukanlah species perempuan yang control ayu, dia adalah dia. Dia akan lakukan apa yang dia percaya, dia akan bertegas bila dia rasa perlu. Kehidupan yang dia lalui memerlukan dia tangkas dan cepat. Kalau dia lemah gemalai atau control ayu, nescaya banyaklah kerja tak jadi buat (kerja tidak dapat diselasaikan).
Dia bukanlah jenis perempuan yang suka menunjuk-nunjuk akan kelebihannya atau jenis yang mahu kehadirannya sentiasa dinampak atau diketahui umum (stail mak datin), dia jenis berfail rendah.
Suasana yang diciptanya…
Untuk rekod, sebenarnya dialah orangnya yang memperkenalkan dan mengaktifkan dunia perlosyenan saya. Saya masih ingat lagi masa kami sama-sama di Pekan, dia menghulurkan sejenis loysen yang mahal (tak ingat jenama apa) untuk saya cuba. Saya colek sikit, wow wanginya, bau perempuan! Saya suka, he he he.
Dia tidak lupa…
Dia antara kawan-kawan saya yang agak `senang'. Namun dia tidaklah kisah untuk jadi tidak senang atau tidak glamour. Saya masih ingat lagi dulu bila masing-masing nak berglamour (di suatu majlis kat Pekan) dia selamba je glamour dengan pinggang magkuk kat belakang majlis (basuh pinggan). Dia seasing lengang baju dan tidak kekok-kekok membasuh pinggang mangkuk, dia buat kerja dengan ceria tak mecok, dia ceria sahaja. Dia tiada sindrom `diva' atau `mak datin'.
Dua minggu lepas, dia menalipon saya semata-mata untuk memaklumkan yang ada kawasan perumahan baru nak dibuka, dia tahu saya sedang mencari rumah kat Kuantan. Walaupun sudah bertahun lebih saya tidak menjadi teman sekerjanya, dia masih lagi tahu apa yang saya paling mahu pada ketika ini.
Akhir kata…
Penulisan yang sedikit ini masih tidak dapat menggambarkan segalanya (dibandingkan dengan lautan luas kehidupan yang dilaluinya, saya hanya membuat setitik coretan sahaja...)
Sebenarnya saya mengakuinya, saya tidak berhak menulis sesuatu mengenai dirinya. Dan sebenarnya memang saya tak mampu… Dia adalah lebih daripada apa yang saya tulis. Jika saya menulis tentang kesabarannya, kesabaran sebenarnya yang ada pada dia adalah lebih besar daripada gambaran dalam penulisan saya. Dan jika saya menulis mengenai kesedihan rasa hati nuraninya tentulah kesedihan yang sebenar yang dialaminya lebih mengigit...
Jankaulu: Ketabahan dan kesusahan hidup yang dia harungi, dia tak pernah cerita kat sapa-sapa, tetapi kita akan ketahuinya jua jika kita melihat menggunakan (melalui) hati…
Wednesday, August 27, 2008
68.89kg!
Jankaulu: Bulan puasa ni masa buka kenalah kontrol nampaknya...
Tuesday, August 26, 2008
Saya botak...
Botak ni bukan kerana nak popular atau satu protes tetapi saja je nak rasa botak
Selepas botak saya lihat dalam cermin kat kedai tersebut, emm... muka saya bertambah bulat, hidung saya kelihatan bertambah besar, dan hairan betul parut jerawat saya semakin nampak jelas. Besar rupanya kuasa pembotakan itu walaupun pada hakikatnya tiada yang berubah kecuali kebotakkan itu sahaja.
Bila sampai ke tempat kerja kawan-kawan tidak ambil pusing sangat, tidak ada yang terkejut atau beri komen. Cuma ada bertanya sama ada saya `membayar niat'. Tetapi menurut seorang pensyarah psikologi, saya tak sesuai berambut botak. Next time jangan buat katanya...he he he.
Betul kata orang... kalu kita dah handsome buat macam mana pun handsome jugak (he he he prasan!).
Monday, August 25, 2008
7 `JANGAN' dalam menulis blog...
5) Jangan ulang cerita
Kecenderungan menulis mengenai sesuatu yang kita suka bukan merupakan satu kesalahan, tetapi mengulang cerita yang sama dengan nada yang sama, lagu yang sama satu kemerengan. Saya ada jugak buat begitu, heheh.
6) Jangan jadi orang lain
Sebenarnya jika kita menulis dalam satu jangkamasa yang lama, kita akan dapat stail kita sendiri, tidak perlu sangat kita cari atau kita bina. Cara pemikiran kita dan gaya kita akan diwakili oleh penulisan kita (penulisan kita secara tidak langsung `bercerita' ataupun `memperkenalkan' diri kita (tanpa kita sedar) yang sebenarnya). Maka saya akhirnya mengaku apa gunanya nak jadi macam orang lain.
Memang benar dulu saya sering rasa malu dan bandingkan blog orang lain yang hebat belaka, ada blog tu tuanmiliknya mempunyai hobi kumpul model kapal terbang sedangkan hobi saya kumpul pokok bunga yang berdaun (tu pun sikit je he he he). Kagum benar bila buka blog orang lain...
Kalu kita cuba meniru stail orang, lama kelamaan tentulah kita `letih' ( jika asyik nak jadi orang lain, atau nak jadi macam blog orang lain). Akhirnya saya bertekad...penulisan saya gaya saya, dan saya bukan orang lain...setiap individu berbeza.
Ada blog kawan saya, saya rasa blog dia berpura, sebab dia yang saya kenali tok gitu...
7)Jangan jadi ahli kalau kita bukan `ahli'
Bagi diri saya, saya lebih senang hati membicarakan hal ekonomi berbanding dengan tiga perkara ini. Pada saya ianya isu sensitif dan saya tak mampu mengupasnya dengan baik. Saya bimbang bukan sahaja mengguris perasaan orang lain tapi lebih parah kalau tersalah fakta dan apa yang saya nyatakan itu sama-sekali tidak benar.
Kalau diperhatikan saya jarang (atau hampir tidak pernah kecuali atas permintaan ramai) membicarakan hal seks, agama dan politik secara terang-terangan. Bagi saya ianya sesuatu yang sensitif, dan saya memang berhajat mengelakannya. Saya tidak mampu mengupasnya dengan baik, saya bukan ahli.
Tujuh perkara tersebut seperti biasa ia adalah panduan bagi diri saya kerana saya percaya sedia perkara ada ilmunya. Tiada paksaan untuk digunapakai bagi individu lain, saya sendiri pun kerap terbabas dengan panduan yang saya cipta sendiri. Walaubagaimanapun adalah satu harapan yang besar ia dapat memberi sedikit panduan untuk kawan-kawan dalam berblog, macam jugalah penulisan saya mengenai blog sebelum ini (rujuk: `7 panduan menulis blog...', Thursday, August 14, 2008, Jankaulu.)
Jan: Payah jugak bagi saya menulis blog sebenarnya, makin lama rasa makin bertanggungjawab atas penulisan yang dibuat...
Laki saya...
Bagus jugak ya...
Inikah kita?
Friday, August 22, 2008
The Largest Museum in Malaysia
Untuk rekod, Kompleks Muzium Negeri Terengganu ni orang kata letak dalam kawasan seluas 27 hektar. Dibina di Kg. Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu. Konsep rekabentuk Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini telah diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Dato’ Kamarul Bahrin Shah (Raja Baharin), yang juga mereka bentuk Masjid `terapung' di Terengganu.
Gambar 1: Singgah juga ke muzium ni semasa lawatan tak rasmi ke rumah Cikgu Karizam (berpeluk tubuh).
Wednesday, August 20, 2008
Bahagiakah kita? he he he
Monday, August 18, 2008
Bukan program realiti...
Jan: Ada orang nyanyi untuk orang dia sayang sahaja, menyampah!
Di antara kawan, teman dan sahabat...
Siapa ya yang boleh kita katogerikan sebagai kawan? Apa beza kawan dengan teman? Sahabat pulak macam mana? Kepada sesetengah orang perbezaan ini tidak penting (contohnya tidak menjejaskan gaji bulanan yang diterima, he he he). Atau pun mereka sudah mampu berbangga jika mempunyai ramai kawan... Bagi mereka teman, kawan dan sahabat sama sahaja, yang penting orang disekeliling tidak menganggu kehidupan mereka...(pulak dah).
Namun apa salahnya kita mendalami sedikit ungkapan yang selalu jugak kita gunapakai tu:
KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN KAWAN
Kawan lebih merujuk kepada kat mulut sahaja. Biasanya merujuk kepada for the sake of kenal je, mengehai-hai bila berjumpa atau terserempak.
Kala masa sesuai pulak kita ajak mereka ke kedai minum dan berbual-bual kosong (topik tidak berapa serius. Namun begitu fungsi kawan penting, kawan-kawan akan menemani kita, menolong kita, dan boleh buat kita rasa seronok kalau kena caranya. Dalam kehidupan kita memang memerlukan kawan apatahlagi dunia sekarang proses globalisasi rancak berjalan.Kita tidak boleh duduk sorang.
Kawan juga merupakan cermin diri kita, atau dengan erti kata lain kawan boleh dijadikan ukuran diri kita. Maksudnya, secara umum bila seseorang itu ramai kawan boleh la kita katakan ia suatu yang positif. `kalau perangai tidak elok, tak ada orang yang sudi berkawan' dengan kita kan. Tetapi jika ramai orang tidak suka berkawan dengan kita, atau menjauhi kita (atau dipulaukan) mungkin ada sesuatu yang kita boleh baiki pada diri kita kot (tetapi jangan la baiki diri kerana nak diterima orang semata-mata sehingga tidak mempunyai personaliti diri langsung, he he he).
Bila kita berkawan dengan `kawan', biasanya jauh di lubuk hati masih ada keraguan...biasanya kita tidak berani hendak ceritakan rahsia besar yang kita ada, kita bimbang dia bocorkan... atau kita tidak selesa untuk beritahu pandangan kita mengenai hal-hal yang sensitif takut dia tak setuju dan menilai kita pula. Berkawan tidak bermakna semua perkara boleh diceritakan, kan...?
Kawan yang baik sukar dicari...tapi percayalah ianya ada.
TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN TEMAN
Teman pulak lebih kepada sesuatu yang accasionally, mungkin dia teman sepejabat, teman serumah, atau teman berbicara (dan teman tak semestinya jadi kawan). Contohnya semasa saya menyewa sebuah rumah di Petaling Jaya (masa final year kat UM), rumah tersebut memiliki 7 bilik besar (rumah bekas iman masjid besar Petaling Jaya).Terdapat 18 orang pelajar lain dari berbagai fakulti (sewa ramai-ramai supaya bayaran bulanan perindividu jadi rendah). Bila sudah ramai, kita tidak rapat dengan semua orang apatah lagi rumah jadi tempat tidor dan mandi sahaja. Apa yang saya nak beritahu bukan semua penghuni rumah tu jadi kawan saya...sekadar teman serumah je.
Begitu juga teman sekerja kita, tak semua jadi kawan kita kan...kan? walaupun berbuih mulut majikan menyarankan supaya berkawan dengan semua orang di dalam organisasi tetapi kehidupan tidak semudah itu, manusia cenderung mencari kawan berdasarkan kepada beberapa perkara lain (bukan kerana terus berkerja dalam suatu organisasi terus jadi kawan, apatahlagi kalau organisasi besar).
Teman wanita? he he he. Malas nak terangkan, Nabil suruh fikir sendiri...he he he.
SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT SAHABAT
Sahabat mungkin darjat yang paling tinggi jika ungkapan teman, kawan dan sahabat tersebut mahu dikastakan atau dihairakikan. Perkataan sahabat lebih keramat dan suci sifatnya (dan bunyinya juga). Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau diusahakan tetapi tubik dari hati kedua-dua yang terlibat. Sahabat merujuk kepada all the time. Ia boleh survive melalui masa, merentasi jarak dan lokasi.
Kita boleh menjadi kawan atau teman secepat kilat tapi untuk wujud menjadi sahabat makan masa, makan pengamatan dan makan persefahaman (tak semestinya persamaan). Bukan senang kita nak menerima orang dalam kehidupan kita dan bukan senang orang lain nak menerima kita dalam hidup mereka. Tetapi di sekitar kita kadang-kadang perkataan sahabat sudah dihilangkan kedaulatannya.
`Ni sahabat saya Sukiman' pakai hembus je perkataan sahabat tu padahal ia masih dalam taraf kawan (baru je kenal 2 minggu, kot-kot teman je)...
Jan: Bukan berniat nak menarafkan orang-orang di sekeliling tapi kadang-kadang janggal sebab sebutan itu tak berbau ikhlasnya...he he he.
Jadi cikgu kat PPYIT
Jan: 5 tahun di PPYIT, banyak mengajar tentang hidup. Semoga kawan2 dan pelajar2 sentiasa berjaya dalam kehidupan...
Friday, August 15, 2008
Pipit terbang keseorangan...
Jankaulu: Mawar putih untuk mama..., i love you mum.
Thursday, August 14, 2008
7 panduan menulis blog...
Menulis blog ni kira penulisan yang bukan berbentuk peribadi sepenuhnya sebab ia dipublishkan kepada umum. Maknanya ramai yang baca (bukan sahaja kawan-kawan kita, malah mungkin orang yang tak kita kenal langsung, he he he. Dan bila ramai dah baca taklah peribadi sangat sifatnya). Namun daripada segi pemikiran, pandangan dan gambar yang diletak misalnya, masih berbentuk peribadi daripada beberapa segi.
Dalam melahirkan penulisan, perkara yang paling saya khuatir adalah mengenai tahap emosi yang ada. Sifat emosi dan over akan mempengaruhi kesederhanaan atau menghilangkan kebenaran dan fakta, dan tidak boleh dipandukan menjadi ilmu. Maka penulisan saya sedaya upayanya dipagari oleh 7 perkara (yang saya sendiri buat, he he he) yang sebolehnya saya amalkan, antaranya:
Tulis dengan jujur
Seboleh mungkin saya akan menulis pandangan, pendapat, andaian mahu pun rasa ragu-ragu saya itu secara jujur, iaitu telus terus daripada rasa perasaan hati dan fikiran. Janganlah kita menulis untuk saja-saja mendapat persetujuan orang ramai, kononya bila orang ramai setuju akan pandangan kita tu makna betul la pendapat kita tu. (itu bangang rasanya, majority tidak menunjukkan kebenaran, he he he).
Tulis dengan benar
Selain perasaan dan rasa seangkatan dengannya, gambar atau fakta mestilah yang benar. Kalau gambar pasu bunga rumah jiran kita, kita mengaku kita punya itu penipu namanya, he he he. Begitu juga dengan tarikh-tarikh mesti betul dan tepat. Kalau tak sure, tulislah tak sure tarikhnya. Mengenai gambar boleh buat macam Adnan iaitu tulis sekadar hiasan kalau bukan kita yang pukul. Atau letak je tapi jangan mengaku kita punya atau kita yang pukul.
Tulis dengan bahasa kreatif
Bab ni sukar pada saya. Saya bukannya karangkraf punya orang, bukan orang bahasa. Saya cuba berkreatif tapi tak sampai..., selalu jugak saya nak mensyahdukan bahasa namun bahasa saya lemah, saya cuba jugak nak standarkan bahasa tapi loghat tetap ada terserlah. Kalau boleh menulis dengan kreatif ok jugak sebab bahasa itu seni.
Tulis dengan bebas
Saya mahu penulisan saya bebas, sebebas burung di awang. Maksud saya, saya menulis apa saja yang saya suka untuk dimuatkan dalam blog saya, ada masakan, petua, cerita ayam dan lain-lain. Namun saya tak nak blog saya jadi macam buku masakan atau album gambar. Namun kalau sapa-sapa minat mengenai masakan atau suka bergambar tidak ada hal (tidak menjadi kesalahan), itu citarasa sendiri, kegemaran sendiri.
Tulis dengan rela
Bila kita menulis kadang-kadang kawan-kawan kita akan beri respond. Ada yang sokong ada yang tak setuju. Di sini saya amalkan: Kita menulis bukan untuk memaksa orang lain menerima pakai pendapat/pandangan kita apatah lagi untuk suruh orang menilai kita. Kita menulis lahir daripada apa yang kita mahu, kita rasa, percaya dan juga apa yang kita ragui...so what?
Setakat ini saya menerima secara terbuka komen daripada pihak-pihak lain. Orang selalu kata lain belalang lain padangnya. Seharusnyalah manusia mempunyai perbezaan kalau semua sama dunia tak meriah, tak berwarna… tak ada suratkhabarlah.
Ni pun payah saya nak ikut walaupun saya yang letak ciri-ciri ini. Paling sukar untuk saya amalkan kerana kadang-kadang penulisan juga sebenarnya lahir daripada rasa ketidakpuasan hati dan tidak selesanya jiwa. Maka apabila kita menulis ia bercampur dengan emosi, jadi terover. Pepatah orang Cina ada mengatakan iaitu jangan menulis apabila marah, ya la saya ingat tapi kadang-kadang saya beremosi jugak bukan saja kepada sekitaran tapi pada diri sendiri.
Tulis dengan pendek
Sebolehnya penulisan dalam bentuk pendek dan padat. Kalu tulis panjang-panjang jadi novel pulak kan, he he he. Pun begitu kalau beremosi atau subjeknya berat kadang saya terpanjang…. huh boring! Tapi ada yang suka panjang…
Jan: Pernah dulu tulis surat cinta 18 helai, depan belakang. Tapi tetap ditolak. He he he. Sekarang malas nak tulis walau sebaris...emm
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)