tidak kah engkau merinduiku
Salam...
Total Pageviews
Followers
Tuesday, February 8, 2022
Saturday, February 5, 2022
Saya dan gelang pink
Saya tidak selesa pakai gelang pink tetapi saya tidak boleh
memotongnya. Sebab di kertas yang diberikan kepada saya itu ada tertulis
`Perhatian: Patuhi tempoh kuarantin. Dilarang potong gelang sendiri. Jika
ingkar! Tindakan undang-undang boleh diambil di bawah akhta 342. (siap ada
tanda seruan lagi tu).
Huh!
Maka saya benar-benar duduk di rumah. Tak keluar mana-mana.
Hari kedua saya sudah rasa bosan. Bosan bukan kerana duduk di rumah tetapi
bosan kerana tak boleh keluar mana-mana. Masa PKP dan PKPD boleh juga keluar
kedai depan untuk mendobi, beli Kiti Kat di Nirwana, bagi coklat kat
budak-budak kat padang permainan, buat selowalk petang-petang, dan boleh beli
pisang goreng tepi jalan. Tapi bila kena pakai gelang pink ni memanglah kena
duduk rumah sahaja.
Dan rancangan nak balik kampong cuti seminggu, terpaksa
dibatalkan.
Tentulah seronok kalau dapat berkumpul ramai-ramai. Dan hari
raya Cina memang tarikh yang ditunggu-tunggu untuk kami sekeluarga. Balik
kampong-balik kampong kata Sudirman.
"Duduk rumah-duduk rumah" kata Sukiman.
Saya dah beli kerepek bawang, kerepek pisang, biskut cina,
dan derang. Saya juga dah minta cuti hari khamis dan jumaat. Kira lama la jugok
balik. Nak gi Bukit Keluang. Dan juga nak jumpa beberapa orang bekas pelajar
saya semasa di PPYIT.
Namun sehari sebelum raya Cina, saya menerima panggilan
makluman dari HR bahawasanya saya dikatogerikan sebagai CC1 kerana salah
seorang pelajar saya disahkan positif covid!.
Ketika diberitahu saya CC1 terus saja saya teringat ke
kerepek-kerepek. He he he. Dan seterusnya semasa diberitahu apa yang saya kena
buat saya teringat pula ke derang. Derang tu lama-lama berkulat.
Terus saya rasa pelbagai rasa. Rasa sedih, rasa terkilan,
rasa apa salah saya?, dan lain-lain rasa-rasa lagi.
Tak sangka pula saya akhirnya terjebak dengan gelang pink.
Tapi yealah kan, kerja saya bersemuka dengan orang (pelajar), tentulah terdedah
dengan covid 19. Saya bukannya kerja di sarkas. Di sarkas berdepan dengan
binatang-binatang. Kalau saya kerja di sarkas, saya nak jaga monyet. Saya dah
biasa dengan perangai `monyet-monyet' ni. He he he.
Saya harap benar esok gelang pink ini dipotong.
Ramai juga kawan-kawan yang wasap dan ucap takziah. `Semoga
cepat sembuh la, tabahlah hadapi hidup dan macam-macam lagi ucapan seolah saya
positif covid 19! Saya terpaksa balas wasap beritahu saya bukannya positif
covid tetapi hanya CC1.
Ada juga yang minta maaf awal-awal. He he he. 🤣
Esok saya akan buat swab test, kalau negatif kawan saya kata
gelang tu akan dipotong. Saya harap saya negatif. Saya nak rasa suasana hidup
bermasyarakat, dunia luar dari dunia rumah saya.
Saya harap pembaca tulisan saya ini tidak alami apa yang
saya alami. Semoga terhindar dari covid 19 ini, terhindar CC1, terhindar CC2
juga.
Namun kadang-kadang apa yang berlaku memang di luar kawalan
kita...
Friday, February 4, 2022
Penyanyi lama
Kebanyakan suara penyanyi baru biasa-biasa saja, saya lebih suka suara penyanyi lama.
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)