Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, January 11, 2022

Kesan sampingan cocok vaksin kali ke tiga saya...piza dan riak diri

 


1.      Saya selamat bervaksin kali ke tiga sabtu lalu. Kali ke tiga ini lokasinya berbeza dengan kali pertama dan kedua. Namun untuk sesuatu yang perlu, saya rela walaupun ke hujung dunia, ke gurun sahara atau antartika. (ibarat kata la...)

2.       Ada kawan-kawan saya tidak mengesorkan saya mengambil vaksin kali ketiga ini. Dengan cara halus dia menceritakan saya akan dijadikan kambing hitam untuk menghabiskan vaksin yang terlebih stok, begitulah lebih kurang. Macam dia PA KJ pula, he he he.

3.       Seperti biasa, saya akan mendengarnya tanpa bantah-bantah. Dan seperti biasa saya akan tetap dengan penilaian saya, pendirian saya.

4.       Namun kali ini saya bukannya menulis mengenai perangai kawan-kawan saya yang pelik atau salah. Tetapi mengenai sikap diri saya yang salah.

5.       Ceritanya begini, selepas dicocok vaksin, saya rasa lapar dan saya pergi baham pizza di Domino. Saya makan dengan banyaknya sebab saya rasa lapar sangat. Saya rasa ini kesan pertama. Saya kelaparan.

6.       Di Domino pizza, saya makan dengan lahapnya dua keping pizza saiz sederhana!, tetapi saya hairan sebab tiada yang pandang-pandang saya walaupun saya persis Anuar Zain (masa dia slim dulu).

7.       Saya mula rasa sangat lenguh badan pada hari ahad, dan selepas itu saya ke klinik untuk berjumpa doktor. Doktor yang lawa tetapi sedikit obess itu memberitahu ianya simtong biasa, tak perlu risau, tak perlu sampai makan pil penahan sakit sepeti constant, katanya panjang lebar. Mungkin dari jawapan tutorial masa dia belajar kat U dulu.

8.       Doktor lawa tapi tak sempat make up tu juga beritahu balik nanti makan ubat yang diberikan dan rehat atau tidor…

9.       Sebelum itu saya ada cerita pada doktor perihal saya yang saya tidak cukup tidor dan berpeluh sepanjang malam gelisah di ranjang. Rasa berdebar dan resah ibarat buat sesuatu yang salah di belakang bini. 

10.   Sampai rumah saya makan ubat dan terus sebek berbaring, mata pandang kipas. Saya berfikir  kenapa jadi begini?  Bila sebek gini siapa nak siram pokok-pokok keladi? Doktor tak ada pula beritahu kenapa cocok kali ketiga ini jadi begini? Sebab saya tua ke? Saya masih muda baru 52 tahun (saya terus jawab dalam hati…he he he.

11.   Saya malas nak pikir panjang, lagipun saya kena tidor. Saya segera ambil kesimpulan yang bukan saintifik, saya rasa ini balasan daripada tuhan sebab terlalu menyohol kepada kawan-kawan bahawasanya saya tak dapat kesan sampingan langsung bila divaksin sebelum ini. Siap cerita kat kawan-kawan bahawasanya saya pergi vaksin waktu bekerja dan lepas vaksin sambung kerja dan petang gi jogging lagi.

12.   Bayangkanlah kalau rasa bangga gitu pun tuhan tak suka, apatah lagi kalau curang?

13.   Semoga dia tak bahagia.


Wednesday, January 5, 2022

Dos ke 3...

 


1, 2, 2, 4 , 5 .....


Saya yang menurut perintah...

Selamat tahun baru 2022 semoga si pendusta tetap terdera...



Tahun baru ini tidak ada banyak dah yang mahu diazamkan. Azam supaya sihat jea...
Semoga penipu tetap terdera, amin...

 

Monday, January 3, 2022

Kenangan menonton `The Golden Girls'

 


Kisah empat perempuan warga senior ini ditayangkan bermula pada tahun 1985 sehinga tahun 1992. Ia mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Saya menontonnya dari umur 15 tahun... 

Dulu tak banyak hiburan, tv dan radio antaranya.

Semalam penyewa rumah terakhir telah meninggal...sedih juga rasa sebab saya membesar dengan rancangan tersebut.

Macam kenal rapat jugalah dengan makcik-makcik ni.






Sunday, January 2, 2022

Kisah Tengku Zafrul, KWSP dan reaksi pengikut instagramnya

 


Saya lihat masih ramai yang mengharap akan sedebuk duit daripada KWSP untuk kelangsungan hidup. Di instagram beliau, isu mengenainya masih diperkatakan.Pada setiap hari.

Saya juga ada berhadapan dengan kawan-kawan yang sangat mengharapkan duit RM10K tersebut. Terutama dari kawan-kawan yang terjejas sumber pendapatan akibat covid.

Setiap kali Tengku berinstagram, masih ramai yang bertanyakan perihal RM10K. Wahima kiriman beliau bukanlah mengenai kewanagn, pasal harijadi anak manjanya jea. Namun ramai yang komen balas mengenai RM10K KWSP tersebut.

Kita kena faham Tengku Zafrul bukanlah orang pilihan dari rakyat. Bukan rakyat yang memilihnya. Beliau adalah orang pilihan kerajaan secara mutlak untuk menjaga kewangan negara, sekaligus kewangan kita. Tindak tanduknya berteraskan hasrat dan arahan kerajaan. 

Adalah tidak elok mencemarkan instagram beliau dengan kata-kata kesat kerana beliau bukanlah berkuasa penuh untuk membuat keputusan.

Jangan cemarkan instagram beliau, tidak baik. 

Walau apapun alasan atau bercanggah pendapat, suarakan sahaja. Tidak perlu menggunakan kata-kata yang tidak elok.


Bukit Keluang: Angin kuat...awal januari 2022


 


1. Saya balik kampong sempena hujung tahun, sempena hujung bulan dan sempena tahun baharu baru-baru ini. 

2. Setiap kali balik kampong, sedaya mungkin saya akan jengok Bukit Keluang. Saya bukan penjaga Bukit Keluang tapi Bukit Keluanglah penjaga `kenangan' saya. 

3. Balik hari tu saya lihat gerai-gerai jualan yang dibina oleh Majlis Daerah Besut sudah hampir siap. Gerai lama menunggu masa untuk dialih ke kawasan baru. Gerai-gerai lama di tepi pantai itu menghalang pemandangan. Nanti bertambah cantiklah bukit keluang.

4. Dapat saya rasakan 100 tahun lagi akan lebih banyak perubahan di sekitarnya. Mungkin sudah ada hotel 14 tingkat, dan resort-resort yang hebat. Dan pemandangan gadis-gadis obes yang berbikini di tepi pantai Bukit Keluang adalah biasa sahaja pada masa itu. 100 tahuhn akan datang.....

5. Sebut pasal bikini, saya pernah bawa dua pelancong dari Perancis ke Bukit Keluang dan mereka mandi laut berbikini. Bila sampai di tepi pantai terus mereka pecat baju tanpa segan silu depan saya yang pada masa tu masih teruna (umur 21 tahun). Inilah kali pertama (dan terakhir) dalam hidup saya berpeluang melihat perempuan mandi berbikini secara live di depan mata. Mungkin rezeki hari tersebut. He he he.

Tapi saya tidaklah turut sama mandi dengan mereka. Saya menjaga tata susila saya sebagai orang timur. saya galok jugok tapi tak sampailah bertempuk tampar.

6. Saya jumpa dua orang putih itu dalam bas semasa saya balik cuti penggal semasa jadi mahasiswa. Entah mengapa saya tak malu berborak mesra dalam bas, dan ajak dia datang rumah dua-tiga hari. Mungkin saya terikut dengan ayah saya yang suka buat balik orang putih ke rumah.

7. Kalau nak cerita pasal Bukit Keluang ni 3 hari 3 malam tak cukup. Ada juga cerita malang di Bukit Keluang.... Tetapi tak apalah benda sudah terjadi.. lagipun saya sangat percaya bila kita menghancurkan hati orang allah juga akan menghancurkan hati kita dia suatu hari. (Semoga dia tak bahagia).

8. Semasa saya menjadi guru di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu ada juga waktu-waktu petang saya bersama pelajar pergi mandi laut. Saya hanya mandi sopan di birai pantai jea. Hari ini baru saya sedar patutkan sebagai seorang guru saya mendedahkan pelajar kepada keadaan yang bahaya? 

7. Seingat saya, sebelum sekolah lagi ayah dan mak telah bawa saya dan adik-adik berkelah di Bukit Keluang. Hampar tikar, makan keropok dan kena marah bila main tepi air. Tu baru main tepi pantai, kalau mandi rasanya kena sembelih kot, he he he. 

8. Upacara bawa keluarga berkelah ini adalah perkara biasa zaman 60an dan 70an dulu. kalau ayah kata hujung minggu akan pergi berkelah, kita dah rasa syok beritahu kawan-kawan kat sekolah akan rancangannya. Dan kawan kita akan kata `sedap la ayoh dia bowok gi keloh' sambil buat muka kuyu macamlah dia tak ada ayah. Pergi berkelah sekeluarga adalah saat yang menyeronokkan, makan mee dengan keropok, tengok laut... Kegiatan ini mula pupus dengan dasyatnya menjelang pertengahan tahun 80an. Kini baru ada kembali yang datang bawa tikar, malah bantal. He he he.

8. Bila lihat lelaki yang berseorangan di tepi pantai, saya akan sangka yang bukan-bukan. Bila orang muda saya berfikiran tentu dia putus cinta dan melayan perasaan, he he he. Tak sangka pula sayalah pemuda itu pada masa akan datang... (baca dengan nada sedih...atau terkilan).


kalau yang tua saya akan buat cerita tentu kena marah dek bini. Bila kena marah dek bini, tentulah dia terus sedih dan bawa diri lihat air laut tempat mereka dating dulu. Namun saya percaya tentu bila dia balik ke rumah bini dia pulak akan mintak bawa dia keluar jalan-jalan ke Bukit Keluang. (seolah terlupa tadi sudah berperang besar, he he he). 

9. Batu-batu di Bukit Keluang ini khabarnya berusia anatara 250 hingga 300 juta tahun. Zaman kucing kirong ni... Cuba bayangkan...mesti tak ada manusia pada masa itu. Batu ada yang besar ada yang kecil. Ada batu-batu kecil terlekat dengan karang-karang ibarat kenangan saya yang terlekat di Bukit Keluang.

10. Saban tahun saya mula membesar (ada masanya sehingga 92 kilo) dan saban tahun saya lihat makin ramai-orang-orang ke pantai Bukit Keluang. Dulu taklah ramai orang di Kampung Raja dan Kuala Besut. 40 tahun dulu boleh dikatakan setiap orang kenal setiap orang. Macam semua orang kenal Mek Comel Jerteh masa tu. Malah anak-anak mereka pun kita kenal. Bila jumpa kita lihat pattern muka, kita dapat agak anak sapa. He he he.

11. Bila ramai orang di Bukit Keluang, maka banyaklah orang boleh cari makan. Ada penjual makanan dan juga wau plastik. Ada juga kuda kalau nak naik. Dan untuk kanak-kanak ada la permainan-permainan lain. Pergilah jengok sendiri bila balik kampong...

12. Banyak nak cerita tapi biarlah setakat ini dulu...

13. Gambar di atas adalah gambar saya pada tahun baru, dipukul semasa angin kuat menyebabkan rambut terurai bagai layar di laut biru (ayat ini dilebih-lebihkan...)

Sekian saya akhiri dengan serangkap pantung...

Hujan lebat di Bukit Keluang
Cari remis di Pantai Air Tawar,
Bila adik tinggalkan abang,
Bagai otak tercabut wayar.

He he he... 







 



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home