Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, December 31, 2021

Terima kasih 2021, selamat tinggal...


Tahun 2021 kesihatan saya sedikit merosot. Setiap bulan saya ke KMC (Kuantan Medical Centre). Kadang-kadang saya rasa malas dengan rawatan dan ujian-ujian tersebut. Tetapi saya hadiri juga kerana saya setuju bahawa manusia adalah mahkluk berusaha. Saya harus berusaha. Saya tidak akan mengalah. Kalau saya mengalah, saya akan malu pada diri sendiri. Dan keadaan kesihatan akan bertambah teruk.

Ada orang kata apa yang berlaku pada diri kita ini adalah balasan yang kita terima. Ianya tidak jadi secara begitu sahaja. Contohnya apabila kita sakit, sebenarnya sebelum ini kita tidak mengambil berat akan kesihatan kita, cara hidup kita, Saya terima...

Kita tidak boleh salahkan orang lain, dan kadang-kala kita tidak pula boleh salahkan diri kita 100%. He he he. 

Tahun 2021 sangat berwarna. Mungkin kerana saya sudah berumur atau memang laluan hidup saya sedemikian rupa. 

Covid masih berleluasa. Masih menjadi ancaman nyawa dan belenggu kebebasan manusia. Saya mengaku sedikit sebanyak saya ada juga rasa tertekan dengan kehadiran covid 19. Ia merubah banyak gaya kehidupan. Merubah cara bekerja menjadi lebih mencabar. Menjadi saya lebih tertekan.

Hidup ini memang untuk orang yang kuat. Kata-kata dari filem hindustan tersebut semakin benar untuk saya. Saya kena kuat. Kita kena kuat. Kena kuat kerana saban tahun itu juga mendatangkan kita rasa lebih letih, lebih rasa terbeban dan seperti yang saya beritahu tadi. Rasa tertekan.

Sebenarnya dari setahun ke setahun banyak perkara yang berlaku. Yang memerlukan kita membuat keputusan dan mengambil tindakan. Keputusan yang kita banggakan dan adakalanya kita kecewa dengan keputusan kita tersebut.

Tetapi saya sangat beruntung kerana kehadiran sahabat-sahabat saya. Kepada sahabat-sahabat saya yang tidak putus-putus sudi berkawan dengan saya, hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Saya hargai kehadiran itu kerana ia besar ertinya pada diri saya. Saya sedar saya bukan sahabat yang sempurna kerana kadang-kadang saya over. Maaf saya over kerana dalam pada masa over itu juga adalah cara saya mahu hiburkan hati ini.

Atas apa yang telah berlaku dan dilalui suka-duka sepanjang tahun 2021 saya tetap mahu mengucapkan terima kasih.

Memang kehidupan sebegitu. Ada yang kita mahu lupa, ada yang kita tidak dapat dilupa...

Hidup ini ada suka dan dukanya... ada rindu dan sakitnya...

SELAMAT TINGGAL 2021

P/S: Kadang-kadang saya hanya mahu secawan kopi pahit sahaja, dan rakan berbual yang mengerti,,, itu sudah memadai.



Thursday, December 23, 2021

Hidup dalam bencana: Kisah buku dan cinta abang

Tahun ini dalam sejarah. 

Tahun ini kawasan perumahan abang banjir. Banjir sampai ke porch rumah. Tidak pernah jadi begini.
Abang kelam kabut dan rungsing. Itulah abang, tiada rasa tenang dalam hal-hal yang meresahkan. Sensitif sungguh abang...he he he.

Air sampai ke porch, abang ambil pembaris dan ukur rendahnya porch itu hanya 5 inci sahaja. Jika hujan turun mencurah bumi tanpa letih, tanpa segan, naiklah air ke dalam rumah. 


Lorong ke rumah...

Abang rasa tidak berdaya untuk selamatkan buku-buku jika air masuk ke dalam rumah. Rak-rak buku hanyalah terdiri dari cikbok, bukannya kayu keras. Ia akan runtuh. Tentu abang akan kehilangan buku-buku. 

Banyak juga buku-buku yang abang timbunkan sahaja di atas lantai di tepi dinding. Macam rumah A Samad Said, sasterawan negara kita. abang susun gitu jea. Sesungguhnya rak-rak buku memang sudah bertahun penuh.

Buku adalah kesayangan abang. Sebab ia boleh bawaabang ke dunia lain.

Seperti cinta yang pernah bawa abang ke dunia lain, begitulah juga buku. Cuma buku setia bersama abang, tidak pernah curang.

Semoga adik tidak bahagia...amin.


Tuesday, December 7, 2021

Terus ke depan walau sejengkal cuma.

Hidup ini ada tibanya, tiba kepayahan. kita sebagai manusia tidak dapat hindar. Kepayan itu mungkin berpunca dari perbuatan kita, atau dari luar.

Ada orang mengalah, sampai nekad bunuh diri. Kita ada baca berita sebegini.

Namun tidak berbuat apa-apa juga bukanlah tujuan kehidupan kita. Jadi kita kena gaghi juga.

Kita bergerak juga walau perlahan, walau sejengkal cuma.




Tahniah untuk Najib



 


Semalam Najib kirim gambar konvoinya. Sebenarnya majlis itu sudah beberapa kali tergendala sebelum ini berikutan kita dilanda Covid 19. Saya pula tidak dapat menemaninya kerana kaki saya sakit, dan juga atas beberapa sebab lain.

Melihat gambar yang dikirimnya melalui wasap keluarga, saya jadi emosional.

Saya merasa bangga dengan tiba-tiba. Saya rasa bangga sebab dia berjaya menghabiskan kuliah, dan saya merasa bangga kerana dia berjaya jejaki pentas yang pernah saya naik 30 tahun dahulu.

Sempat pula saya teringat betapa teruknya saya belajar selama 6 tahun di UM. Mungkin saya tidak pandai maka saya memang bertungkus lumus dan sentiasa bimbang. Saya tahu apa yang akan terjadi jika saya sedikit lalai.

Zaman telah berubah dan saya percaya UM juga berubah tetapi saya yakin `kepayahan' yang pelajar akan lalui tidak akan berubah. He he he.

Saya tidak boleh menulis panjang, nanti saya akan cerita pasal kehidupan saya di UM pula, contohnya saya dihalau oleh tutor dari kelas kerana tak buat tutorial. sebenarnya saya bukannya malas, saya memang tidak pandai langsung...he he he.

Kepada Najib, Iman bangga dengan Najib. Dulu-dulu Iman ingatkan Iman yang menemani kehidupan najib, tapi sekarang Iman rasa sebaliknya. terima kasih.

Terima kasih kerana memberi peluang `rasa' untuk Iman mahu lihat apa yang terjadi nanti di hari muka.

Insyallah Iman akan hadiri konvoi yang kedua nanti.




Saya tidak tahu sama ada saya menemani hidup najib ke atau Najib yang menemani hidup saya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home