Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, September 18, 2021

Kebodohan yang tidak terlaksana...

Semalam saya merangcang mahu membeli sebiji kek dan menulis angka aniberserinya.

Satu angka yang menunjukan tempoh masa perpisahan itu berlaku...pada masa yang sama angka yang menunjukan kasih sayang yang bertahan dalam dada saya.

Namun sebiji kek yang kecil itu juga adalah terlalu banyak untuk saya makan...

Tapi yang lebih penting adalah saya tidak melaksanakan kebodohan saya, biarlah angka itu saya bawa ke mati...





Perihal KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara)



1. Hari isnin depan saya akan berkuliah untuk menerangkan aktiviti-aktiviti ekonomi sektor kerajaan (government sector). Minggu ke tiga ini khas untuk penerangan sektor kerajaan. Kuliah tersebut antaranya akan melibatkan penerangan mengenai hutang kerajaan, fungsi dan kesannya.

2. Sudah menjadi kebiasaan apabila menerangkannya tidak dapat lari daripada menerangkan situasi sekarang dan isu yang terjadi. Jika saya tidak kaitkannya, akan ada juga sorang dua yang akan bertanya.

3. Banyak yang harus diterangkan dalam waktu yang minima tersebut. Namun penerangan secara ringkas tersebut juga akan memperkenalkan istitusi awam seperti KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara), selain dari pinjaman kerajaan dari KWSP.

4. Pada tahun 1988, di bawah pimpinan Tun Mahthir KWAN telah ditubuhkan. Pada masa itu Menteri Kewangannya Tun Daim Zainuddin. Penubuhan KWAN ini adalah idea yang baik dan telah dilaksanakan dengan hebat. Ramai ahli ekonomi memuji akan pandangan ke hadapan Tun Mahathir ini.

5. Secara ringkas objektif penubuhannya adalah untuk memastikan generasi yang akan datang turut mendapat faedah dari hasil bumi kita (yang semestinya akan menyusut pada masa hadapan). Supaya kemakmuran masa kini dirasai juga untuk generasi akan datang. Maka keuntungan PETRONAS itu harus dirasai oleh generasi selepas hasil minyak itu menyusut, bukan hanya dinikmati oleh generasi pada masa sekarang sahaja.

6. Ini tindakan yang bijak dan hebat. Saya selalu tabik dengan idea-idea ekonomi Tun.

7. Akta KWAN ini hanya boleh meluluskan pengeluaran (pinjaman oleh kerajaan) dalam bentuk pembangunan masa hadapan untuk generasi masa hadapan. Begitulah fahaman saya yang tidak cerdik ini.  

8. Namun pindaan telah dibuat pada April lalu, akta baru yang membenarkan penggunaan dana tersebut digunakan untuk tujuan mengawal penularan Covid 19 ini. Bagi saya ia sangat bertentangan dengan matlamat asal penubuhan dana itu, dan kemungkinan kemungkinan lain.

9. Saya faham isu Covid 9 adalah sedang meruncing tetapi, wajarkah pulangan yang berterusan untuk generasi akan datang itu dibocorkan. Tentulah tabung itu sudah mencapai ribuan juta. Maknanya sudah billion. Tidak cukupkah lagi pinjaman dari KWSP?

10. Lagi pun seingat saya kerajaan telah peruntukan sebanyak 17billion untuk Covid 19 pada belanjawan 2021 (yang dibentangkan pada tahun 2020).

11. Selain saya rasa isu merubah atau menganggugugat dana masa hadapan, saya juga khuatir akan kebarangkalian kegunaan dana-dana awan digunakan untuk tujuan lain. Haaa...

12. Akta yang diubah itu pula dalam masa darurat 11 januari sampai 1 ogos 2021. Maksud saya tiada soal jawab antara ahli politik dan ahli pentadbiran kerajaan. Ringkasnya tiada proses semak dan imbang (check and balance).

13. Namun kebarangkalian dan sangkaburuk ini tidak boleh diajar atau disampaikan kepada pelajar. Ia hanya anggapan pensayarah biasa seperti saya sahaja. 

14. (Lagipun ahli politik selalu akan mempunyai jawapan atas kewajaran tindakan mereka...yang akhirnya menampakan rakyatlah yang kurang faham...he he he)

14.Di Universiti Malaya dulu lain, pensyarah saya bukan main hentang dasar kerajaan dan hanya sedikit dipuji yang dipuji. He he he.

Titik.

Thursday, September 2, 2021

Acar Ikan Masin Talang Along.

Kalau nak beli acar ni, call/wasap nombor di atas,016-963 9330

 

1. Terbaru berat badan saya sudah naik 3 kilo. Ini gara-gara saya makan nasi dengan kuantiti yang banyak. Saya rasa sendu pula tapi nasi memang sedap. Saya tak menyesal makan nasi.

2. Saya yang tidak berapa handsome (tetapi menarik) ini bertambahlah tidak handsome bila gemok. Saya sendiri pun rasa kecewa bila berselfi, namun nasib baik ada aplikasi yang boleh buat gambar kita nampak slim, muda, kurus dan tinggi. He he he. 

3.Bolehlah letak dalam instagram macam anak-anak muda masa kini (budak baru nak bangun).

4. Sekarang saya sudah beli 3 bekas acar ini. Saya suka sebab ikan talangnya tidak masin dan ada lada di dalamnya. Saya suka pedas. Lagipun hidup saya penuh kepahitan, apa salahnya pedas sekali sekala. He he he.

5. Sebenarnya saya juga boleh buat acar ini (nok jugok beritahu) tapi leceh pula saya mahu ke kedai dan membuatnya, lebih senang saya membelinya. Lagipun kalau saya buat, mungkin nanti seperiuk nasi habis.

6. Acar ini ketagih, boleh dimakan dengan nasi tanpa lauk lain...

7. Sebenarnya acar ini dibuat oleh Along, sahabat saya yang dulu kami pernah sebumbung bekerja semajikan di Pekan, Pahang. Dari zaman anak dara (kini tak lagi) sampai sekarang kami masih berhubung dan tahu cerita melalui FB. Terima kasih FB.

Saya dan Along, terserempak di Megamoll beberapa tahun dahulu.

8. Pengalaman saya, Along ni senang kerja dengan dia. Wahima waktu dia cuti, kita ganggu dia pun dia sudi menolong kerja kita. Kalau saya tak lah, saya bercuti ke Bali pun, sekembali saya balik ke tempat kerja, baru saya beritahu kawan-kawan saya pergi bercuti di Bali! He he he.

9. Along ini bukan sembarangan, dia pernah berlakon dan memegang watak pensyarah dalam sebuah drama. Saya walaupun pensyarah, tidak pernah memegang watak pensyarah dalam drama. Selalunya saya pegang watak pemuda yang malang ditinggalkan kekasih (begitu saja, digantung tak bertali)  dalam watak kehidupan saya, he he he.

10. Jangan serius sangat yea...baca jealah. Kot ini tulisan terakhir saya.

11. Selain suka makan jeruk, saya suka makan nasi. 

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home