Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 22, 2020

Album komersial paling patriotik di Malaysia? Dato' Sudirman: Warisan Kemerdekaan (2018)


Kaver depan: Sudirman tersenyum


Penerbit Eksekutif: SP Yin
Pengurusan Produksi: Syamir, Steven dan Rachel
Tahun: 2018
Hak Pengeluaran: Universal Music Sdn Bhd


Lagu-lagu yang dimuatkan

 
Hati gembira bila dapat pegang CD ini.

lama dah hajat nak beli tapi tangguh dulu sebab ia bukan keperluan.

Semangat cintakan negara dizahirkan dengan jelas dalam album ini. Memang sudah menjadi kebiasaan Sudir akan masukan lagu yang berunsurkan cintakan tanah air ke dalam album-albumnya. 

Sudirman adalah artis yang serba boleh, maka serba bolehlah juga karya yang dihasilkan oleh Sudir.


Disc 2

Sekarang sukar untuk dapatkan album dalam bentuk CD, kedai CD pun banyak dah yang tutup. Jadi tentulah saya gembira apabila dapat membelinya melalui online.


Disc 1

Selain Kak Pah (Datuk Sharifah Aini), penyanyi yang saya minat adalah Sudirman. Dia adalah penyanyi lelaki yang paling saya minat. 


Bekas dalam


CD ini boleh dipasang terutamanya pada bulan Ogos dan September, bulan kemerdekaan dan bulan kelahiran negara tercinta.

Atau boleh dipasang selepas beranak. Dalam pantang boleh dengar lagu ini dengan bayi. Agar bayi membesar cintakan tanah air, dan semangat yang tinggi terhadap keamanan.

Kita mesti mencintai negara kita, tempat tumpah darah kita..!

Dan sesungguhnya saya mencintai muzik.

Terima kasih.


Friday, December 4, 2020

Pyrex Autum Glory untuk dijual: Cawan dan piring cawan

Semalam saya sudah ambil keputusan untuk menjual lebihan PML (Pingang Mangkuk Lama) saya. Koleksi ini adalah koleksi peribadi. Saya tidak membelinya untuk dijual. Namun oleh kerana beberapa sebab. saya mahu menjualnya.

Saya berniat mahu menjual lebihan sepasang cawan Pyrex Autum Glory (AG). Mungkin ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka. 

Saya hanya fokus mengumpul 2 jenis Pyrex sahaja iaitu Chlesea dan AG. AG ini koleksi terbanyak saya selain Chelsea. AG coraknya pucat sedikit tetapi mendamaikan.


Koleksi Jankaulu

Untuk dijual


Item: Sepasang cawan (cawan dan alas cawan)
Corak: Autum Glory
Made in the 1960's
RM89.95
Wasap saya:019 920 0274



Kot-kot ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka...

Terima kasih
 

Tuesday, December 1, 2020

Sukarnya bekerja dari rumah (BDR): Mencari tempat `work station' yang sesuai

Ada kawan saya beritahu amat sukar baginya apabila perlu bekerja dari rumah (BDR). Pertamanya sukar untuk mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai `work station'. Adakah lokasinya di bilik tidur, di dapur atau di ruang tamu? Dan work station itu harus juga dikongsi dengan pasangan dan anak-anak.



Dan dia beritahu saya work station itu terpaksa dibina di ruang tamu, kerana di situlah nampaknya paling sesuai. Sudah tiada pilihan lain.

Tapi di situlah juga ada sofa dan Tv tempat keluarga berkumpul. Dan dia juga terpaksa berkongsi dengan anak-anaknya. 

Saya ada bertanya kenapa tidak dibuat work station di bilik tidor. kawan saya beritahu bilik tidornya kecil sahaja dan sudah penuh dengan almari.


BDR di dapur

Saya tidak menghadapi masalah kerana saya memang ada work station saya di rumah. Bukannya saya suka buat balik kerja pejabat ke rumah tetapi saya suka menulis dan membaca. Jadi dari dulu mesti ada work station saya di rumah.

Kata kawan saya, tidak terduga pula, tidak terlintas pula terpaksa BDR.


Pakailah pelitup muka dengan betul...

Saya masih lagi tertinggal atau terlupa pakai mask apabila turun dari kereta. Dan kadang-kadang saya terpaksa berpatah balik ke kereta untuk memakainya.

Sukar rupanya untuk menjadikannya norma baru kehidupan.

Pun begitu saya terus memakainya, saya pastikan mask sentiasa ada dalam kereta.

Saya pernah melihat di sebuah pasaraya di mana seorang budak (umur lebih kurang 7 tahun) tidak memakai mask dengan betul (budak itu turunkan pelitup muka ke bahagian dagu).

Saya lihat emak dan ayahnya tidak peduli. Saya rasa sangat tidak patut, saya buat isyarat tangan supaya budak itu pakai mask.



Ingat jangan turunkan pelitup muka ke bahagian dagu.

Ayah dan ibu harus pastikan anak-anak memakai pelitup muka dengan betul. Mereka harus serius kerana ia adalah langkah membendung dari merebak dan terkena Covid 19.

Jangan ayah dan ibu 2 x 5 pulak.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home