Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 25, 2020

Tembaga bekas bunga rampai dulu-dulu


Di antara koleksi barang tembaga saya, antara yang menarik perhatian saya ialah tempat letak bunga rampai.


Bunga rampai merupakan sejenis campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis maljlis dan adat istiadat di masyarakat Melayu seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Berkhatan, Majlis Potong Jambul, Majlis Akad Nikah, Majlis Meraikan Orang Ternama dan sebagainya. (Sumber: Wiki) 

Bau bunga rampai wangikan suasana.




Pada zaman dahulumana majlis perkhawinan menggunakan bekas tembaga sebagai tempat letak bunga rampai. Apabila zaman menjadi lebih modern. Bunga ramapi diletakan dalam bekas perhiasan bukan tembaga.

Bekas bunga rampai ini adalah hadiah dari Kak Chah. Saya akan simpan sehingga akhir hayat saya. Barang berbudaya ini semakin lama semakin pupus dan berharga. akhirnya menjadi perhiasan sahaja.

Walaupun diletakan dalam almari sahaja, jika kita benar-benar menelitinya, kita akan dapat gambarkan betapa hebatnya sosiobudaya pada zaman dahulu.

Utuh dan kukuh sungguh buatannya tidak sekukuh tempoh perkahwinan zaman sekarang...

Jangan marah, he he he.

Tuesday, June 23, 2020

Membeli kunci almari kaca (almari fesen zaman dulu)

Sudah sekian lama saya mencari kunci almari untuk almari lama saya. Almari kaca ini digunakan secara meluas pada zaman dahulu, tahun-tahun 60an dan 70an.

Saya perlukan kunci kerana saya bimbang pinggang mangkuk lama hilang.


Almari lama.. antik, Antiques, Vintage Collectibles on Carousell
contoh almari lama (google)

Saya sudah pergi merata kedai cari kunci almari kaca seperti di bawah. 

Buy Glass sliding door cabinet sliding door lock serrated lock ...
Kunci almari kaca
Pernah saya keliling bandar untuk cari kunci seperti ini. Semua kedai termasuk kedai hardware tidak menjualnya...

Bertahun juga saya mencarinya.

Cuma tiba-tiba saya terfikir kenapa tidak cuba cari di Lazada.

Di lazada ada kunci ini, maka saya membelinya tiga sekaligus.


Monday, June 22, 2020

Covid 19, 2020: Mungkinkah kita sebenarnya sudah pun dijangkiti covid 19?


Coronavirus: Here's all you need to know; precautions to take ...
Add caption



COVID-19 menjejaskan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza. Kebanyakan orang yang dijangkiti akan mengalami penyakit yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa kemasukan ke hospital.

Gejala yang paling biasa dialami:
demam
batuk kering
keletihan
Gejala yang kurang biasa dialami:
sakit-sakit badan
sakit tekak
cirit-birit
konjunktivitis
sakit kepala
hilang deria rasa atau bau
ruam pada kulit atau perubahan warna jari tangan atau kaki



mungkin kita tidak sedar kita deman dan letih hari itu sebenarnya bukan deman biasa tetapi dijangkiti covid 19, dan kita pulih gitu jea!

Covid 19, 2020: Norma Baharu Selama 2 Tahun (3S)



1. Saya rasa tidak selesa apabila memakai mask, walaupun kadang kala saya rasa lebih handsum dan seksi (apabila pakai mask yang kena ikat sendiri di belakang), saya tetap rasa tidak selesa. Saya yakin saya memang tidak selesa.

2. Beberapa kali saya tidak dibenarkan masuk ke kedai sehinggakan saya terpaksa ke kereta untuk  memakai mask.

3. Namun saya sedar keperluan untuk memakai mask. Setidaknya kita minimakan penularan wabak covid ini.

4. Kita harus memakai mask, kerap basuh tangan dan hindari dari berada dengan lebih dekat dengan orang lain.

5. Saya akan cuba membiasakan ketidakbiasaan saya.

6. Sebagai manusia, kita kena berubah untuk tetap wujud.

7. Manusia kena lebih berdidiplin untuk kekal wujud.


Wednesday, June 10, 2020

Covid 19, 2020: Dunia tidak seperti dalam DVD


1.   Pada mulanya saya beranggapan Covid 19 adalah selsema biasa. Selsema yang secara semulajadi akan dapat ditangani. Beria mereka pakai `mask’, dan bersanitaizer bagai.

2. Saya juga berasa wargadunia melalui media seolah `berlebih-lebihan’ canang bahayanya Covid 19. Dan saya berpendapat tentulah akan ada vaksin dihasilkan dalam waktu terdekat. Manusia bijak. Saya lihat semua ini (kebijaksanaan manusia) dalam DVD.

3.   Kerajaan pada masa itu (pembangkang pada masa ini) pula memberitahu ianya (keadaan) tidak seteruk dan terkawal, di mana dan sektor perlancongan diteruskan (sambal gelak-gelak).

4. Namun apabila virus semakin merebak dan PKP1 dilanjutkan, saya sudah berubah fikiran. Saya tertanya-tanya adakah apa yang telah terjadi dalam cerita DVD (yang saya pernah tengok) akan berlaku di depan mata saya.

5.  Saya jadi takut.

6. filem Contagion (Virus nipah), Outbreak (virus Motaba seakan virus Ebola, dan The Flu (virus H5N1) mengisahkan penyebaran virus yang membawa kematian. Dan semua kolirasinya -kematian semakin meningkat kerana virus semakin merebak.

7.  Rupanya dunia nyata tidak seperti cerita dalam dunia DVD, manusia tidak maju seperti dalam DVD. Penghasilan vaksin mengambil masa yang lama…dan pengetahuan (ilmu manusia sangat terbatas). Dalam DVD sains dan teknologi lebih canggih dan manusia lebih berilmu.

8. Dalam DVD lain… Di dunia sebenar lain. Tidak ada cinta sesetia Titanic…Tidak ada virus yang vaksinnya mudah.

9.  Saya terpukul hidup di alam yang nyata.



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home