Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 22, 2019

Paloma Faith - Only Love Can Hurt Like This (lagu kiriman tuhan...)




Hari ini saya, seperti pagi-pagi biasa saya mendengar youtube sambil mandi. Youtube itu akan putar lagu-lagu kegemaran saya (melalui jejak sejarah pencarian lagu-lagu saya).

Tiba-tiba saya terdengar lagu ini. Best muzik, suara dan liriknya. Saya tak kenal penyanyinya tapi saya suka suara dia dan cara dia menyanyi.

Sedih dengar lagu ini. Saya setuju...only love can hurt like this....

Monday, October 14, 2019

Sisijay 8824

Nombor pendaftaran: CCJ 8824

Nama Pemunya berdaftar Mohamad sukiman bin Ishak

Alamat:

No Enjin: E01B76k (saya tak tahu pula enjin pun ada nombor)

No Casis: PM2M301S002286344 (saya tak tahu apa istu casis)

Buatan: PRODUA

Nama model: MYVI - 1.3 EZ (AUTO)

Keupayaan Enjin: 1298 - S.P

Bahan bakar: Petrol

Warna: Putih

Kelas kegunaan: Persendirian-Motokar Individu

Jenis badan: Motokar (ini kelakar bagi saya)

Tahun dibuat: 2009

Tarikh pendaftaran: 26/2/2009

Status pemunya: Persendirian (sepatutnya bujang, he he he)

Muatan tempat duduk: 5

Kadar lesen kenderaan: 6 bulan (RM#%) 12 bulan RM70




Monday, October 7, 2019

For sale: Bulan dan Mentari - Zaharah Nawawi




Tajuk buku: Bulan dan Mentari
Penulis: Zaharah Nawawi
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tahun: 2007 (usia buku  12 tahun)
Cetakan: Cetakan pertama
Mukasurat: 561 helai

Lain-lain: Novel ini memenangi hadiah saguhati Sayenbara mengarang Novel  Sempena perayaan Jubli emas DBP.




Harga jualan: RM38 (tidak termasuk pos)

Sebarang pertanyaan: Wasap 019 9200274






Twilight series untuk dijual... (Combo)


Imej yang berkaitan



four books
Twilight is a series of four vampire-themed fantasy romance books by Stephenie Meyer. Released between 2005 and 2008, the four books depict Isabella "Bella" Swan, a girl who falls in love with the alluring vampire Edward Cullen.

RM50 4 biji,

019 9200274



Jumlah buku: 4 biji
RM60 (Tak termasuk pos)

019 9200274

For sale: The Morning Post, A Samad Said



Tajuk buku: The Morning Post
Penulis: A. Samad Said
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tahun: 2006 (usia buku 13 tahun, NOS)
Cetakan: Cetakan kedua
Mukasurat: 656 helai

Lain-lain: Penulis adalah sasterawan negara ke 4 (1985)


Saya pernah membaca novel `Hujan Pagi' dalam bahasa Melayu semasa saya belajar di Universiti Malaya awal tahun 90an. Namun tidak selesai. Novel ini memerlukan pembaca yang rajin. dan pada masa tersebut saya hanya rajin membaca buku teks ekonomi, untuk mendapatkan kesarjanaan dalam bidangannya.

Novel ini novel `berat' kerana ia memerlukan daya penakkulan yang tinggi dan temanya serius. Ia bukanlah makanan kepada pembaca biasa tetapi kepada pembaca luarbiasa. Oleh kerana luarbiasanyalah ia diterjemahkan kepada bahasa `rasmi dunia, iaitu bahasa inggeris.

Novel-novel A Samad Said bukanlah novel-novel biasa yang berlambak di pasaran tetapi novel jenis serius dan banyak pengajaran moral. Begitu juga banyak merakam persekitaran budaya dan sejarah masa lampau.



Ramai pengiat seni dan pencinta novel berpendapat novel ini adalah novel terbaik Pak Samad. Ia jauh lebih baik daripada novel `salina' yang terkenal itu. Bacalah novel ini untuk menilai pendapat tersebut...

Novel a Samad Said mempunyai nilai pelaburan yang tinggi. Maksud saya semakin kita simpan semakin lama ia mempunyai nilai wang yang semakin berganda. Pernah novel beliau dijual sehingga beratus ringgit harganya berdasarkan tahun dan cetakan pertama.


Hujan Pagi mengisahkan kekusutan jiwa seorang wartawan generasi sebelum perang yang tidak lagi memahami dan menyesuaikan dirinya dengan perubahan arah dan perkembangan suasana akhbar pada zaman sekarang. Ia bukannya cerita tema cinta mencari kekasih atau sewaktu dengannya.

Ada blog yang memberikan pandangan yang bernas mengenai buku ini:


\

Harga jualan: RM41 (tidak termasuk pos)
sebarang pertanyaan: Wasap 019 9200274




Image result for a samad said sasterawan negara
Add caption

Saya berharap peminat sastera tegar boleh dapatkan buku ini.

Sekian terima kasih

Friday, October 4, 2019

Coretan perpindahan: Bahagian dua

Kalau boleh saya mahu habiskan usia tua saya di Kuantan. Bila bersara dari pekerjaan saya mahu pilih duduk di Kuantan kerana beberapa sebab yang boleh menyokong kehidupan saya.

Walaupun saya orang Terengganu, saya telah banyak habiskan masa duduk di luar Terangganu berbanding di Terengganu. Bermula tahun 1991 saya sudah berhijrah dari kampong halaman saya, untuk belajar dan berkerja.

Saya suka hidup di Pahang.

Kini apabila masa berlalu, saya lebih ramai punyai kawan-kawan rapat di Kuantan, Pahang. Kawan-kawan yang menemani fhasa dunia pekerjaan saya. Sebab itulah walaupun berkerja di Muadzam Shah, saya beli rumah di Kuantan. Orang kata beli rumah di mana kita nak settle downg. Saya rela berulang alik hujung minggu kerana beli rumah di Kuantan. Tak sabar nak bersara. he he he.

Namun kalau takdir saya bersara di Bangi, saya akan duduk sahaja di situ. Atau saya fikirlah kemudian... yang penting di situ rezeki saya. Saya hanya pekerja biasa, harus akur pada majikan. Dan harus bersyukur masih ada pekerjaan.

Untuk terus memagang rumah tersebut dan dalam masa yang sama duduk menyewa di Bangi, saya tidak mampu. Jadi saya terpaksa lepaskan rumah saya tersebut. Memang sedih tapi ini kerana faktor kewangan, saya tidak boleh buat apa-apa...

Jadi saya semalam dengan lesunya saya ke bank untuk bertanyakan berapa baki pinjaman perumahan saya. Saya bercadang mahu jual rumah tersebut. Tiada keperluan lagi saya untuk ke Kuantan apabila berpindah tempat kerja nanti. Keperluan saya adalah menuju Besut Terengganu jengok mak ayah.

Kata pekerja bank lelaki yang kurang mesra itu baki pinjaman saya dalam RM144K. Saya conggak kalau jual rumah tersebut dalam RM400K dapatlah baki ditangan RM256K. Dan dengan duit sebanyak itu tentu sukar untuk saya dapatkan rumah di kawasan bandar besar. Lagipun lakukah kalau RM400K dalam ekonomi sebegini gayanya...?

Entahlah...

Walaubagaimanapun, sebagai pekerja saya harus ikuti arahan majikan. Saya akan berusaha mencari rumah yang bersesuaian di tempat kerja baru. dan buat permulaan saya mungkin menyewa bilik kecil dahulu. Saya kembali ke zaman bujang saya dulu. (zaman awal bujang maksud saya)

Saya mesti berfikiran positif walaupun ketika ini hati saya masih sedih...

Thursday, October 3, 2019

Kisah saya dan pokok Draco, dan pasu putih




1. Saya lebih suka tanam pokok berdaun daripada pokok berbunga. Mungkin sebab pokok berdaun lebih senang dijaga.

2. Beberapa tahun dahulu setelah 8 kali berfikir, saya belilah pokok Draco idaman saya.

3. Saya berfikir banyak kali sebab pada hemat saya pokok ini mahal. Dan ia juga tidak sesuai dengan rumah saya.

3. Kata kawan saya (yang rumahnya tak ada pasu, dia tar semua laman rumahnya...) pokok ini sesuai dengan rumah morden.

3. Namun saya turutkan juga hati, saya membelinya. Saya masih ingat lagi saya pejamkan mata dan hulur beberapa ratus ringgit ke pemilik nurseri tersebut. Untuk menyedapkan hati saya beritahu hati saya `memang dah judoh pokok tu dengan saya'.

4. Saya tanam dalam pasu ala tempayan yang ayah beri. Saya siram pada hujung minggu sahaja sebab memang hujung minggu sahaja saya ke Kuantan.

5. Bila Draco dah terconggok di tepi porch kereta saya, saya berpuas hati. Dan saya mula berniat tak akan ada lagi pokok mahal yang saya akan beli. Kira bertaubat la...(taubat sambal belacan, he he he).

6. Dan apabila membelek sebuah majalah deko di Kedai Buku popular, saya terlihat la gambar pokok ini sesuai dengan pasu modern warna putih. Sekali lagi saya dalam dilema kerana tak kan pasu modern tapi rumah tak modern. Pagar tak moden.

7. Kata kawan saya sebuah rumah mesti ada konsep sama ada konsep morden atau kampung. Dan katanya lagi ada banyak kosep-konsep lagi. Saya akui dan saya tahu, saya ada baca dalam Majalah Laman suatu waktu dulu.

8. Tetapi saya suka pasu tersebut...putih. Dan pokok nampak morden, bukan macam pokok senduduk atau kemunting.

9. Ah, tak apalah biarlah masa nak masuk saja rasa modern dan kena dengan Sofa L ruang tamu saya. Tapi ruang tamu terpisah dengan pasu.

10. Pokok Draco ini cantik mungkin sebab ia ringkas dan batangnya cantik bila bercabang-cabang. Dan yang paling bagus berdaya mampu hidup dengan menyiramnya seminggu sekali...

11. Saya cadangkan pokok ini kepada yang konon nak modern dan sibuk untuk menyiram. Tapi jangan lupa untuk tambah cantik lagi, beli pasu putih!.

Coretan perpindahan: Bahagian satu.

Hasil carian imej untuk mandi tak basah


Saya tarik selimut berbunga pink saya sampai ke dada. Sekarang musim sejuk sudah melanda, bila petang hujan-hujan turun basahi muka bumi Muadzam. Sebasah hati saya.

Sepanjang malam saya gelisah, saya tidak dapat tidor lena. saya banyak berfikir dan saya terbayang t riaksi wajah emak dan ayah apabila saya beritahu saya akan berpindah kerja di Bangi. Tempat kerja saya sekarang akan ditutup. 

Minggu lepas saya balik kampong, saya sempat sampaikan berita sedih itu pada emak. Dan segera juga saya dapat melihat kesedihan di wajah emak.

Ayah pula tenang sahaja. Ayah memang begitu. Saya rasa jika saya bertukar menjadi beruang pun, ayah saya tetap tenang. He he he.

Saya tiada pilihan selain daripada menurut perintah majikan. Majikan mempunyai kuasa mutlak untuk meletakan pekerjanya di mana sahaja mereka rasa bersesuaian. Tidak mahu menuruti arahan majikan bererti pekerja tersebut ingkar akan tanggugjawab dan ia boleh diambil tindakan yang berat. termasuk dibuang kerja.

Saya tidak mahu dibuang kerja. Dengan usia saya, muka saya (walaupun guna Loreal) dan kelayakan yang saya ada, mustahil saya dapat bekerja dengan selesa di organisasi lain selain tempat saya bekerja ini. Malah dalam langskap ekonomi sekarang, ramai yang lebih berkelayakan dari saya tetapi masih tidak ada peluang rezeki untuk berkerja. Orang yang ada PHD juga masih sukar untuk jadi tenaga pengajar di universiti. Naik tangga dan turun tangga untuk temuduga. Tidak semudah dulu.

Saya pandang siling, saya pandang kipas yang berpusing perlahan. Saya bangun dan tutup suis kipas tersebut. Saya ke katil semula. Sambil terbaring manja saya lihat ada sawang di bilah-bilah kipas. Saya perlu membersihkannya nanti...

Kalau boleh memanglah saya tidak mahu berpindah kerana banyak masalah akan timbul. Selain masalah kewangan (terpaksa menyewa mahal di sana, saya tentu hanya mampu sewa bilik. Dan harga sewaan bilik mahal), saya juga mahu bersama emak dan ayah menemaninya dalam saat-saat akhir kehidupan mereka. mereka sudah sangat tua... Di tempat kerja sekarang, senang bagi saya untuk balik kampong jengok mak dan ayah.

Kalau saya ada banyak duit atau harta, memang saya mahu berhenti sahaja kerja, namun apakan daya.

Jadi seminggu ini saya asyik teringat akan perpindahan saya. Bangun tidor ingat, masa kerja ingat, dalam sembahyang juga teringat, dan bila nak tido malam pun teringat. Maklumlah perubahan besar akan berlaku.

Saya harap perpindahan ini tidak dilaksanakan, namun jika berlaku juga perpindahan saya harap saya akan menjadi lebih kuat dan positif. Manalah tahu ada keuntungan besar dari perpindahan itu untuk saya dan keluarga saya.

Ya, walaupun sekarang hanya kerungsingan yang bersarang, dan keuntungan itu agak jauh samarnya saya tetap berdoa... Saya teringat kata-kata emak saya semasa saya mahu meninggalkan kampong saya. Di pintu pagar rumah emak berpesan:

"Abang dan kawan-kawan abang kena banyak berdoa...emak akan sembahyang hajat..."

Saya lihat jam sudah  2.50 pagi. Saya perlu tidor untuk bangun cergas esok.

Saya harap dalam jam-jam yang singkat ini mimpi-mimpi saya indah...

Tuesday, October 1, 2019

It chapter 2 review: it's very good, but not great





1. Sebagai peminat cerita seram saya berasa amat bertuah kerana berjaya juga ke panggung untuk menonton filem IT Chapter Two. Maklumlah jadual hujung minggu saya ketat, seketat pakaian model renang.  

2.  Saya berjaya menghabiskan masa selama 3 jam di panggung Wayang Megamool. Ia adalah hari ini dalam sejarah, inilah filem seram yang terpanjang pernah saya tonton.

3. Saya tidak merasai 3 jam itu terlalu lama kerana saya benar-benar menghayati jalan cerita dan watak dalam filem tersebut. Sehinggakan terbawa-bawa ke rumah, iaitu takut untuk buka suis lampu di dapur. Terbayang Pennywise sedang duduk dalam sinki.

4. Ceritanya bermula, setelah 27 tahun budak-budak (yang dalam filem pertama) telah dewasa kembali ke kampung halaman mereka.  

5. (Dalam kumpulan kawan mereka ada yang hanya duduk di kampong sahaja. Jadi dialah yang  hubungi kawan-kawannya supaya kembali ke kampong jika Pennywise muncul. Lagipun mereka sudah bersumpah darah masa kecil akan kembali semula ke kampong kalau Pennywise muncul semula).

Hasil carian imej untuk pennywise chapter 2

6. Saya tabik akan pemilihan para pelakon dewasa sebab bentuk muka dan perwatakan sebijik sama dengan pelakon kanak-kanak. Tak macam filem Melayu kita, masa kecil hidung pesek, lubang hidung besar dan telinga besar tapi bila dewasa tup-tup handsome macam Zul Ariffin atau saya.

7. Mereka sangat teliti dalam pemilihan dan pewarnaan watak. Memek muka, gaya berpaling dan cara jeling, cara marah, gerak tangan sama masa mereka kecil. Jadi kita dapat lihat bahawa kanak-kanak dahulu telah dewasa. 

8. Macam biasa akhirnya mereka berjaya tewaskan hantu tersebut. Malas saya nak cerita panjang sebab banyak adegan yang menyeramkan. Dalam menuju kejayaan membunuh Pennywise, banyak perkara yang ditempuh oleh individu watak yang telah dewasa. Seram...ada beberapa adegan saya tutup mata... takut darah naik. Tapi saya dah makan ubat, ada letak dalam dompet.

9. Banyak adegan `makan budak' sangat menyeramkan dan menyedihkan. Saya kesian kepada seorang budak perempuan yang kejar kunang-kunang (maknya leka tengok baseball) akhirnya kena baham dengan Pennywise. Adegan ini terbaik sekali. Seram campur sedih, campur benci kepada emaknya yang lalai.  

10. Berbanding dengan filem terdahulu, saya berpendapat ia tidaklah seseram filem pertama. Namun ia tetap berbaloi ditonton kerana jalan ceritanya tetap bagus. 

11. Perkara yang menarik dalam filem ini;
(a) Filem panjang...sepanjang 171 minit (9 minit kurang dari 3 jam).
(b) Lebih menekankan nilai persahabatan kawan-kawan sekampung.
(c) Unsur seram psikologi yang jauh menakutkan...
(d) Para pelakon yang hebat.
(e) Pengakhiran cerita yang memuaskan.
(f) Ada unsur-unsur kelakar jugak diselitkan...
(e) Buat kita terimbas waktu remaja tahun 80an dan 90an...
(f) Filem ini tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

12. Unsur moral dalam filem.
(a) Kadang-kadang bila kita ada masalah sahabatlah yang kita jemba dulu. Hargailah sahabat.
(b) Kita mungkin gemuk tak menarik masa kecil tetapi bila dewasa kita jadi menarik mengalahkan ketua murid di sekolah kita dulu. Ubatnya adalah diet dan senaman.
(c) Sesibuk mana kita dengan KPI, jenguk-jenguklah kawan-kawan di kampung.
(d) Kalau ada anak, kalau bawa ke tempat permainan atau orang ramai jaga molek anak kita. Dah banyak dah unsur didaktik ini dinyatakan dalam filem tapi masyarakat tak ambil ikhtibar. Anak sendiri terlepas pandang...
(e) Perempuan patut belajarlah ilmu pertahanan diri, mana tahu dapat suami kaki pukul.
(f) Hargailah kenangan, kenangan paling menakutkan juga ada manisnya...apa lagi kenangan manis...(baca dengan nada syahdu...)

13. Sebenarnya saya rasa rungsing kerana tidak dapat menonton filem ini pada minggu pertama tayangannya. Hujung minggu pertama tayangan tersebut saya balik kampung. Saya hanya mampu berdoa dan meminta kawan-kawan saya (saya hantar hantar wasap)  supaya berdoa agar filem ini akan dapat bertahan lebih dari seminggu di Kuantan. Sebab biasanya cerita hantu tak dapat banyak sambutan, lainlah kalau filem action...

14. Semasa saya keluar panggung wayang, kawan saya beritahu penonton depan kami ada juga buat `wayang kecil'. Saya manalah perasan sebab asyik tutut mata dengan tangan jea (atau Tshirt). Kalau pasangan di hadapan bertukar jadi monyet pun saya tak sedar. Kata kawan saya lagi pasangan tersebut bukannya datang nak tengok wayang tetapi `main wayang' dalam gelap... Saya tidak komen apa-apa atas apa yang kawan saya laporkan...cuma mungkin itulah antara sebabnya pergi menonton wayang dikatakan satu perbuatan negatif.

15. Akhir sekali saya ingin merakamkan rasa puas hati kepada semua yang terlibat dalam filem ini. Kalaulah saya tinggal di Kuantan, saya akan lihat filem ini sekali lagi. Pada masa ini kutipan filem IT Chapter Two ini sudah menghampiri $400 million (budget $79 million).

Sekian terima kasih.







Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home