68Awak
pakai kereta apa sekarang?
“When
you judge others, you do not define them, you define yourself”
16 Nov 2017
Awak
pakai kereta apa sekarang?
Saya
terkedu dengan pertanyaan tersebut. Bila saya terkedu maka saya tidak terus
menjawab. Saya jadi geram.
Sebelum
saya membeli kereta, orang bertanya “Bila nak beli kereta? Nak beli kereta apa? Setelah
saya miliki kereta, orang bertanya lagi “Bila nak tukar kereta baru? Setelah
beli kereta baru tentu beberapa tahun kemudian akan ada orang bertanya `Bila
nak beli kereta baru?. Sekali lagi.
Jika
hidup ini kita habiskan untuk menjawab persoalan di sekeliling kita, nescaya merugikan diri sendiri. Jika kita ambil berat
tentang soalan sebegitu dan sejenisnya, ia tidak sihat untuk minda kita. Malas
saya hendak melayannya.
Mungkin
kerana saya sendiri tidak suka bertanya kepada kehidupan orang lain secara langsung,
sebab pertanyaan saya biarkan di dalam otak, maka saya tidak tahu apa keperluan
untuk bertanya secara langsung soalan sebegitu. Contonnya saya tidak pernah bertanya
bila kawan saya mahu beranak lagi. Saya tidak pernah tanya sebegitu walaupun anak bongsu dia sudah besar. Sebenarnya saya tidak juga peduli dengan
siapa dia tidor? He he he.
“Tentu
sekarang awak pakai kereta besar kan? Pensyarahlah katakan? Kata kawan saya
lagi.
Mungkin
sebab saya tidak menjawab, terus kawan saya ambil peluang untuk bertanya. He he
he.
Pertanyaan kali kedua itu membuatlkan saya rasa bersalah kalau tidak menjawab. Tapi kalau saya
jawab tentu dia sentap!
Saya
berpendapat tidak salah bertanya tentang apapun tetapi lihat situasinya. Kalau rasa tak sesuai dan sensitif janganlah bertanya. Bagi saya hindarilah
dari bertanya soalan sebegitu atau seangkatan dengannya, ia mungkin membawa
rasa tidak selesa kepada orang yang ditanya. Dan dalam kes ini saya memang rasa
tidak selesa. Bukan kerana saya malu berkereta Myvi. Saya tidak akan malu jika berkereta
Myvi sepanjang hayat pun. Saya lebih malu berhutang kerana beli kereta kereta baharu sepanjang
hayat!
Saya
rasa tidak selesa kerana dapat saya rasakan kawan saya ini sedang `mengukur’
kejayaan hidup saya dan mahu membandingkan kehidupannya dengan kehidupan saya. Saya
tidak suka perkara sebegitu terjadi. Saya kenal sangat perangai dia. Kenaal sangat.
Saya
memang tidak suka dengan kawan saya seorang ini. Walaupun sudah lama berkawan
sejak sama-sama belajar di Universiti Malaya, perangai angkuhnya tidak berubah.
Ingatkan bila sudah dapat ijazah dia
akan berubah. Atau apabila sudah berusia dia akan jadi lebih bijaksana.
Rupa-rupanya memang sifat angkuh tidak dapat dibunuh dengan sekeping ijazah atau
usia. Memang tidak boleh dalam kes dia.
“Saya
pakai Honda Accord sekarang, lagi laaaa berbulu pengetua saya kepada saya”
Mungkin
kerana lama sangat dia menunggu jawapan dari saya terus dia cerita pasal kereta
dia pulak. Kelakar... atau memang pada mulanya lagi dia sangat berharap saya akan tanya dia pakai
kereta apa? He he he. Choii...
Selepas
itu dia galak bercerita mengenai perangai guru besarnya yang kononnya
cemburukan kehidupan dia yang lebih berjaya. Cemburukan kereta dia. Saya terus dengar dengan penuh minat
walaupun dalam hati saya, guru besar tersebut mungkin langsung tidak kisah
walaupun kawan saya tersebut nak pakai kereta kebal pun. Asal jangan kereta lembu sudah, nanti ada tahi
lembu merata di kawasan sekolah.
He
he he.
Lama
tidak bercakap dengan kawan saya ini, nasib baik ada FB dapat kami bertemu
akhirnya tetapi nasib tidak baik sebab dia masih tidak berubah sikap. Sebenarnya
dalam FB pun dia ada tanya perkara yang saya rasa tidak patut ditanya di
hadapan khalayak FB.
‘Saya
pakai Myvi…, tempat kerja saya dengan rumah saya tak sampai pun 10 minit kalau
naik kereta” Jawab saya setelah lama mendengar ceramahnya melalui telefon.
“Man
ni memang dari zaman universiti dulu pun selalu rendah diri, tak suka menonjol diri…”
Katanya.
Emmm....jadi
benarlah dia suka meninggi diri dan suka menonjolkan diri. He he he.
No comments:
Post a Comment