Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, November 24, 2017

Adik, siapakah lelaki itu...?


Image result for sad men and blue beach

Pada hari itulah... kali terakhir dia melihat matahari. 
Pada hari itulah... hari terakhir dia mendengar ombak di pantai. 
Pada hari itulah...hari terakhir dia berhenti menjadi istimewa. 

(Dan pada hari seterusnya dia mula bercakap dengan pantai...)




HARI itu adalah hari yang paling malang. Paling malang dalam hidupnya. Dia menangis teresak-esak seperti budak. Memeluk bantal di dalam bilik, di atas katil. Dia koyak gambar adik, dia delete semua gambar adik... sambil tersedu-sedu dia menangis. macam adengan drama-drama swasta Melayu yang malas nak maju.

Saat dia hilang adik... Dia hanya mahu mati sebab dia anggap adik mati.

Semenjak Adik mati, dia tidak pernah lupakan adik walaupun sehari. Tidak ada sehari pun dalam hidupnya berlalu tanpa ingatan kepada adik... Ia seperti cerita dongeng cuma versinya kisah putera kehilangan pedang... Dia kehilangan adik.

Dulu dia tidak percaya ada lelaki setia. Rupa-rupannya dialah lelaki itu. Tuhan maha kuasa. 

Ada orang kata dia lelaki bodoh, dan gila. Ada orang kata dia tentu something sebab dia seorang yang solo. Ada orang kata dia pentingkan diri.

Orang kata segalanya, tetapi dia tidak peduli. Sebab dia percaya dia ada adik. ingatan kepada adik adalah segalanya.

Daripada atas, tentu adik boleh melihat hidupnya. dari atas adik adalah istimewa, adik seperti roh. Adik tahu wajah siapa yang muncul di rungan matanya apabila kelopak matanya terbuka pada setiap pagi. Dan pada malam yang sunyi hantinya pula adik akan tahu wajah siapa terakhir melekap pabila kelopak mata terakhirnya tertutu. Hatinya pekat dengan rindu. Rindu pada adik...

Mungkin kegagahan terunggul seorang lelaki adalah keupayaannya untuk setia...melawan perasaan. Menahan cinta di dalam dada untuk wanita yang dia dikasihi...

Melihat dia harungi hidup ini dengan koleksi seksa, adik tentu menangis. Sumpah nyawa, adik tentu menangis.

Daripada atas adik tentu menangis. Lidah adik tentu juga beku...



Adik,

Kadang-kadang dia bertemankan pantai. Dia mahu ada adik di sebelah tetapi ia barang mustahil kerana tuhan telah matikan adik dalam hidupnya. tetapi bukan dalam hatinya...

Dalam rindu dia merenung pantai untuk berbicara tetapi lidahnya tidak dapat bergerak. Lidahnya kelu dan dia hanya hanya duduk-duduk meramas pasir pantai. Melihat laut... 

Dia hanya duduk lama-lama meramas pasir pantai dan tersenyum sakit.

Deruan ombak dan bunyi camar tidak dapat pulang ke hatinya ...



Adik...

Dia akhirnya bercakap dengan pantai, dalam sedu-sedannya tidak jelas butir kata. Tetapi dia terus berbicara seolah adik ada di tepinya. Dia mahu mendengar bahawasanya adik terlalu rindu dan kerinduaan itu membawa kematian. perpisahan dalam apa jua bentuk adalah menyedihkan...

Adik, seperti selalu dia mahu adik lemaskan dia dalam pelukan adik. Dia mahu tarik-tarik rambut adik yang panjang bagai layar di lautan itu... menyelubunginya. Dan dia berpura-pura lemas. Ya seperti lelaki lain yang normal dia berpura-pura lemas.

Dia sedar dalam bercinta, tiada lelaki cerdik. semuanya bodoh. Dan rela jadi badut kerana orang yang dicintainya. Dia rela jadi bodoh seperti lelaki-lelaki lain juga...

Dia masih ingat sumpah adik. Di depan laut biru dan ombak kuat itu. Bahawasanya tanpa dia, adik hanya boleh bertahan nafas selama tiga hari? Adik ingat kah? Rupanya dia simpan kejap sumpah adik dalam hati. Terlalu kejap melekat...hingga dia tidak dapat bernyawa apabila adik pergi...tidak seperti lelaki biasa yang lain.

Adik kata percintaan adik dengannya bagai cerita dongengan. Tetapi akhirnya adik sahaja yang berjaya loloskan diri sedangkan dia masih di dalam cerita tersebut terawangan, kaki tidak jejaki bumi...

Adik lihat pantai itu...



Adik,

Dia sangka kisah cintanya paling agong berpanjangan, bahagia seperti ombak dan pantai. Adik pernah beritahu dia pencatuman dua hati itu laksana pantai dan ombak...tak mungkin terpisah walau ada pasang surut, ribut dan taufan...tetap bersama. Adik, dia percaya sangat-sangat.

Adik, kini dia berterusan sendirian, meramas-ramas pasir pantai. Sesekali dia mendongak ke arah lautan yang sangat biru. Tetapi telinganya hanya mampu mendengar janji-janji adik. Sesekali dia kesat airmata dengan lengan baju...

Adik..., tidak akan pernah ada ucapan selamat tinggal darinya, kerana lelaki sepertinya mempunyai hati yang bodoh dan telinga yang tuli...






Monday, November 20, 2017

Siri-siri patah hati kawan saya...

Seorang kawan maya saya mengalami sintom patah hati. Umur beliau lebih muda berbanding saya,  dalam lingkungan 30an. Berbanding saya, beliau juga lebih kacak. Namun tidak adillah jika membandingkan umur 47 tahun dengan 32 tahun.

Kini saya sering membaca penulisan-penulisannya di FB. Penulisannya berbentuk luahan rasa kecewa, dan juga harapannya yang punah. Pendek kata serba manika ada perasaan ada di dalam penulisannya. Tanpa segan silu dia menulisnya. Memang pendek sahaja penulisan yang dibuat tetapi tajam menikam.

Kepada insan-insan yang pernah melalui patah hati (yang buat orang patah hati kita tolak ke tepi, puak ni jahanam betul), kita tahu penulisan sebegitu tidak lebih dari satu proses biasa sahaja. Ia satu proses yang hati lalui akibat patah hati. Kecewa.

Namun pada satu petang, saya terbaca lagi penulisan kawan maya saya ini. Penulisan tersebut berbentuk satu pertanyaan.

Mengapa hati ini masih lagi mengingati...?

Mahu sahaja saya terus menjawab... iannya kerana hati awak yang patah itu masih belum punah sepenuhnya. Masih lagi belum benar-benar patah. Kalau ia betul-betul remuk, ia akan hilang deria rasa. rasa untuk kecewa.

Maknanya dia mungkin akan mengalaminya lagi. Mungkin patahnya lebih teruk tetapi tidak patah sepenuhnya. Hanya sebuah hati yang punah sahaja tidak boleh dipunahkan lagi... Hanya hati yang benar-benar patah sahaja tidak boleh dipatahkan lagi...

Percayalah saya tahu benar akan hal sebegini.

Jika hatinya belum betul-betul patah, dia mungkin akan berharap suatu hari nanti dia berjumpa dengan orang yang betul. Dan jika dia masih berjumpa dengan orang yang salah, dia akan patah hati lagi...

Dan lagi, dan lagi dan lagi..



Image result for esok masih ada


Thursday, November 16, 2017

Awak pakai kereta apa sekarang?

68Awak pakai kereta apa sekarang?

            “When you judge others, you do not define them, you define yourself”

16 Nov 2017



Awak pakai kereta apa sekarang?

Saya terkedu dengan pertanyaan tersebut. Bila saya terkedu maka saya tidak terus menjawab. Saya jadi geram.

Sebelum saya membeli kereta, orang bertanya “Bila nak beli kereta? Nak beli kereta apa? Setelah saya miliki kereta, orang bertanya lagi “Bila nak tukar kereta baru? Setelah beli kereta baru tentu beberapa tahun kemudian akan ada orang bertanya `Bila nak beli kereta baru?. Sekali lagi.

Jika hidup ini kita habiskan untuk menjawab persoalan di sekeliling kita, nescaya  merugikan diri sendiri. Jika kita ambil berat tentang soalan sebegitu dan sejenisnya, ia tidak sihat untuk minda kita. Malas saya hendak melayannya.

Mungkin kerana saya sendiri tidak suka bertanya kepada kehidupan orang lain secara langsung, sebab pertanyaan saya biarkan di dalam otak, maka saya tidak tahu apa keperluan untuk bertanya secara langsung soalan sebegitu. Contonnya saya tidak pernah bertanya bila kawan saya mahu beranak lagi. Saya tidak pernah tanya sebegitu walaupun anak bongsu dia sudah besar. Sebenarnya saya tidak juga peduli dengan siapa dia tidor? He he he.

“Tentu sekarang awak pakai kereta besar kan? Pensyarahlah katakan? Kata kawan saya lagi.

Mungkin sebab saya tidak menjawab, terus kawan saya ambil peluang untuk bertanya. He he he.

Pertanyaan kali kedua itu membuatlkan saya rasa bersalah kalau tidak menjawab. Tapi kalau saya jawab tentu dia sentap!

Saya berpendapat tidak salah bertanya tentang apapun tetapi lihat situasinya. Kalau rasa tak sesuai dan sensitif janganlah bertanya. Bagi saya hindarilah dari bertanya soalan sebegitu atau seangkatan dengannya, ia mungkin membawa rasa tidak selesa kepada orang yang ditanya. Dan dalam kes ini saya memang rasa tidak selesa. Bukan kerana saya malu berkereta Myvi. Saya tidak akan malu jika berkereta Myvi sepanjang hayat pun. Saya lebih malu berhutang kerana beli kereta kereta baharu sepanjang hayat!

Saya rasa tidak selesa kerana dapat saya rasakan kawan saya ini sedang `mengukur’ kejayaan hidup saya dan mahu membandingkan kehidupannya dengan kehidupan saya. Saya tidak suka perkara sebegitu terjadi. Saya kenal sangat perangai dia. Kenaal sangat.

Saya memang tidak suka dengan kawan saya seorang ini. Walaupun sudah lama berkawan sejak sama-sama belajar di Universiti Malaya, perangai angkuhnya tidak berubah. Ingatkan bila sudah  dapat ijazah dia akan berubah. Atau apabila sudah berusia dia akan jadi lebih bijaksana. Rupa-rupanya memang sifat angkuh tidak dapat dibunuh dengan sekeping ijazah atau usia. Memang tidak boleh dalam kes dia.  

“Saya pakai Honda Accord sekarang, lagi laaaa berbulu pengetua saya kepada saya”

Mungkin kerana lama sangat dia menunggu jawapan dari saya terus dia cerita pasal kereta dia pulak. Kelakar... atau memang pada mulanya lagi dia sangat berharap saya akan tanya dia pakai kereta apa? He he he. Choii...

Selepas itu dia galak bercerita mengenai perangai guru besarnya yang kononnya cemburukan kehidupan dia yang lebih berjaya. Cemburukan kereta dia. Saya terus dengar dengan penuh minat walaupun dalam hati saya, guru besar tersebut mungkin langsung tidak kisah walaupun kawan saya tersebut nak pakai kereta kebal pun.  Asal jangan kereta lembu sudah, nanti ada tahi lembu merata di kawasan sekolah.

He he he.

Lama tidak bercakap dengan kawan saya ini, nasib baik ada FB dapat kami bertemu akhirnya tetapi nasib tidak baik sebab dia masih tidak berubah sikap. Sebenarnya dalam FB pun dia ada tanya perkara yang saya rasa tidak patut ditanya di hadapan khalayak FB.

‘Saya pakai Myvi…, tempat kerja saya dengan rumah saya tak sampai pun 10 minit kalau naik kereta” Jawab saya setelah lama mendengar ceramahnya melalui telefon.

“Man ni memang dari zaman universiti dulu pun selalu rendah diri, tak suka menonjol diri…” Katanya.


Emmm....jadi benarlah dia suka meninggi diri dan suka menonjolkan diri. He he he.

Tuesday, November 14, 2017

Bruno Mars Talking to the moon

Tanjung Lumpur, 2017



Indah sungguh kampung nelayan Tanjung Lumpur, Kuantan. Ini pertama kali saya ke sana. biasanya saya ke Tanjung Lumpur untuk ke kedai makan sahaja.

Saya pukul beberapa gambar, satu satya abadikan dalam blog ini.

Monday, November 13, 2017

Abang tidak se`hot' seperti dulu...

  1. Zaman `hot' Abang sebenarnya sudah lama berlalu. Abang tidak lagi sesegak dulu. Pertambahan umur membuatkan badan Abang kelihatan pendek dan gemuk. Abang bukan lagi sasaran cinta pandang pertama manusia. He he he.

  2. Muka abang sudah jadi bulat dan pipi sudah jatuh seperti kebanyakan lelaki gemuk yang menuju usia 50 tahun. Abang juga sudah jarang melihat cermin kecuali untuk trim misai atau bercukur... Dan apabila Abang berselfi, Abang terpaksa edit dengan ketaranya untuk menampakan Abang masih lagi menarik setidaknya kepada diri Abang sendiri.

  3. Abang selalu jatuh cinta pada diri Abang apabila melihat gambar Abang masa muda....he he he.

  4. Semuanya sudah berubah kecuali hati Abang terhadap adik. Adakalanya ketika rindu sangat dalam, Abang berdoa agar Abang dapat lupakan adik. Dalam seksa, rindu sangat menyedihkan. Dan tentulah lebih menyedihkan kepada lelaki seperti Abang yang semakin tua, gemuk dan sepi.

Kisah ayam goreng RM3.50

Related image


Minggu lalu saya ke kedai makan untuk makan tengahari. 

Sebenarnya jam masih menunjukan pukul 10 pagi, namun saya berhasrat untuk terus makan tengahari. Saya tidak ambil sarapan, maka adalah lebih baik saya terus makan tengahari. Tidak perlu lagi saya keluar semula. 

Saya makan dengan rakusnya sebab saya lapar dan sebab lauk di kedai ini sedap masakannya. Selepas itu saya pergi ke kaunter pembayarn. Apabila saya menyebut satu persatu lauk yang saya ambil, saya dapati jari juruwang itu menekan 3, 5 dan 0 untuk ayam goreng. Ayam goreng yang tidak sebesar mana itu.

Kos untuk makanan telah bertambah naik, sejajar dengan kos sara hidup secara keseluruhan. Ini adalah sesuatu yang normal kerana di mana bahagian dunia pun kos sara hidup semakin bertambah. Adalah pelik jika kos sara hidup semakin menurun. Dan sebenarnya ia bukanlah masalah kerana ia adalah hukum ekonomi seperti hukum pembangunan ekonomi yang akan dibayar dengan inflasi.

Masalahnya adalah apabila kadar peningkatan pendapatan tidak dapat mengimbangi kadar kenaikan kos sarahidup. Dan kadar peningkatan pendapatan pula tidak sama dalam beberapa pembahagian. Contohnya kadar pendapatan antara negeri semakin melebar. Kadar pendapatan bandingan luar bandar dan bandar semakin besar. Contohnya pendapatan perkapital di Kuala Lumpur sama dengan negara-negara maju, tetapi pendapatan perkapita negeri yang berpendapatan rendah pula lebih rendah dari negara Pakistan.

Namun saya selalu percaya ada perkara yang boleh kita lakukan. Seperti selalu saya percaya akan selalu ada peluang jika kita mahu berjimat. sama ada kita bersungguh sungguh dan ikhlas atau sebaliknya untuk menjayakan hasrat ini. Mungkin menukar pakage ASTRO yang kita jarang menontonnya. Dan sebenarnya banyak lagi yang boleh kita kurangkan. Kita tinggalkan kehendak kita, dan fokus kepada keperluan. 

Tentu ada yang menyatakan berapa banyak sangatlah yang boleh kita kurangkan. Namun bagi saya biarlah sedikit, lama-lama jadi bukit. Perbelanjaan yang lebih berhemah sajalah dapat menolong kita harungi keadaan ini. Tiadalah gunanya jika kita melaungkan isu peningkatan harga jika dalam pada masa yang sama tiada perubahan yang kita buat dalam perbelanjaan harian kita.

Mungkin banyak yang boleh saya kurangkan sedikit-sedikit, insyaallah.

Semoga kita sama-sama dapat merubah sedikit sebanyak tabiat kehendak berbelanja kita.

Ayam goren RM3.50 itu sebenarnya bersifat subjektif mahalnya. Mungkin mahal bagi saya tetapi tidak kepada orang yang berpendapatan tinggi.

Maka tidaklah boleh saya katakan dengan tegas dan benar RM3.50 itu mahal mewakili semua golongan.

Friday, November 10, 2017

Membuat titik dalam hidup...

Kawan saya ini umurnya sama dengan saya, 47. Perangainya juga banyak persamaan dengan saya, dia juga nampak lebih muda dari usianya. 

Zaman persekolahan sangat rapat, sehinggalah seperti orang kebanyakan yang lain, selepas tamat alam persekolahan, kami berpisah mencari haluan hidup masing-masing.

Kini dia sudah kembali solo. Tentu ianya merupakan sesuatu yang agak sukar dihadapi kerana dia sudah lama meninggalkan alam solo tersebut. Khabarnya dia tumpukan sepenuh hidupnya dengan kerjaya dan anak-anaknya. Ada anaknya yang sudah melepasi usia remaja.Maka tidaklah dia terlampau sunyi... Kot.

Saya tidak memberi apa-apa komen, sebab saya tidak diminta memberi komen. Cuma saya tidak terperanjat dia memilih untuk kembali solo, bukannya bermadu. Tidak terperanjat sebab saya tahu perangainya. Dia tegas dengan kehidupan. Satu perkara lagi dia berbeza dengan saya.

Cuma saya tertanya-tanya kenapa dia tidak memilih untuk hidup bermadu?

Apabila sudah jadi begini memanglah semua anak-anak berpihak kepadanya. Tetapi tentu sukar anak-anaknya menghadapi keadaan tersebut, dan tentulah lebih sukar untuk kawan saya itu menghadapinya. Saya tumpang simpati.

Tiada rezeki dalam perkahwinan, mungkin ada rezeki dalam perkara lain.

Cuma saya tertarik dengan persoalan yang dia lontarkan, iaitu banyak mana kasih sayang yang perlu ada untuk menjadikannya cukup. Dan apakah yang sebenarnya lelaki hendak?

namun saya tidak mahu pening kepala dengan pertanyaannya itu. Saya tidak pasti.

Yang saya pasti ialah `ditinggalkan oleh orang yang kita cintai tidaklah seperit hidup dengan orang yang tidak mencintai kita...'

Kepada yang bercinta, bercintalah sampai mati, jangan ada perpisahan...

Titik.


Image result for losing love


Buatlah seribu titik pun, tetapi kita wajib bangkit!


Tuesday, November 7, 2017

Me time?

Image result for me time men


APABILA seorang professor bertanya mengenai `me time' yang dimiliki oleh kawan-kawan saya, saya rasa beruntung kerana mempunyai masa `me time' yang seimbang dengan pekerjaan saya, dalam kehidupan saya.

Apakah yang dimaksudkan dengan `me time'? 

Ia bukanlah masa untuk kita makan mee goreng atau berbagai jenis mee lain. Ia merujuk kepada jumlah masa yang kita peruntukan untuk diri kita sendiri. Masa yang khas untuk diri kita secara total. Bukan masa untuk kita perhambakan diri untuk kerja, suami/isteri atau anak-anak kita. Maksud saya lagi masa yang total untuk kita. Saya ulangi total.

Pentingkah masa `me time' ini? 

Ya allah penting sangat! Masa ini laa kita dapat redakan segala tekanan dan `restore' balik tenaga kita. Ia baik untuk fizikal dan emosi kita. Badan dan minda kita, kita mesti jaga.

Jika kita tiada `me time', kita stress dan jangkitkan stress ini kepada orang lain. Di tempat kerja misalnya kita sering menekan kawan kita (yang boleh buat kerja) semata-mata kita tertekan. Kita jadi pentingkan diri dan membuatkan kawan-kawan kita `left group'. He he he.

Kita juga mungkin menekan pasangan dan anak-anak kita secara tidak sedar. Haaa...

Macam mana nak cari `me time'?

Ada kawan saya beritahu waktu tidor sahaja masa `me time' beliau. Maknanya seharian dia berkhidmat untuk kerja dan keluarga beliau. Ini sifat terpuji, tetapi tentulah tidak baik untuk tubuh badan dan mindanya di kemudian hari.

`Me time' waktu ini kitalah yang mewujudkannya! Sebab itulah orang dulu-dulu ada hobi mengumpul stem atau duit lama. Bila kita dengar, kita gelak sebab kononnya ketinggalan zaman. Padahal kitalah yang bodohnya sebab tidak tahu mereka itu ada `me time' untuk diri mereka. Haa...

Kita kena krieak (wujudkan) `me time' kita sendiri. Kita mungkin perlukan hobi. Hobi salah satu elemeng yang boleh menyembuhkan diri kita. Secara minda dan fizikal.

Setiap orang perlu mempunyai `me time' mereka sendiri.

Apa kaitannya `me time' dengan `work life beleng'?




Image result for work life balance quotes
Add caption

`Me time" ini ada terkandung dalam `work life balance'. Maknanya kalau kita nak dapatkan WLB pun sukar, jangan haraplah nak dapatkan `me time'. Haaa. Ibarat WLB tu chapter, `me time' tu sub-chapter'. Haa.


Image result for me time


'Me time' ini tidak ada kena mengena dengan jantina, agama, bangsa, negara, taraf pendidikan atau apa-apa yang di sekeliling. Maksud saya kalau kita berpelajaran dan jadi bos tidak menjamin kita punyai `me time' jika kita tidak wujudkannya. Dan walaupun kita buruh kasar yang tua, gemuk (tidak diet), tak berpelajaran dan sunyi, kita tetap ada `me time' kalau kita mahu wujudkannya. Haa...

Sekian.


Abang Jan: Jom wujudkan `me time' masing-masing!

Berfikiran positif

Image result for be positive
Kita tiada pilihan...

Dapatkah kita berfikiran positif pada setiap masa dan dalam semua keadaan? Jawapannya, tidak!

Saya memiliki sahabat yang sering berfikiran positif, sehingga adakalanya ia membuatkan saya tertanya-tanya. Adakah dia memang begitu? Maksud saya positif dalam semua perkara? Atau dia sedang berdrama?

Dan saya juga memiliki kawan yang sering berfikiran negatif sehingga saya lihat tiada keseronokan dalam kehidupannya. Mengapakah terjadi sebegitu?

Mungkin pada setiap manusia, ianya berbeza. Contohnya, dalam beberapa perkara kita boleh positif dan dalam beberapa perkara kita tidak boleh bersikap positif. Contohnya kita lebih berfikiran positif tentang anak-anak kita tetapi tidak pada pasangan kita. Haaa...

Mengapa kebanyakan pakar motivasi mahu kita berfikiran positif. Pada pendapat saya, sebab utama kerana ianya penting untuk kita menjadi tenang dan tidak stress dalam hidup. Orang yang berfikiran negatif akan rasa gelisah, takut dan selalu merungut. Perkara ini membawa kepada stress...

Saya menulisnya dengan senang tetapi saya sendiri dalam beberapa keadaan berperang diri untuk memiliki pemikiran positif...

Seorang manusia yang melalui pelbagai cabaran hidup mungkin akan selalu berfikiran negatif. Memang betul cabaran akan menjadikan kita kebal dan matang, tetapi cabaran juga menjadikan seseorang itu pengalah dalam hidup.

Namun saya pasti dalam beberapa keadaan kira wajib berfikiran positif kerana kita sudah tiada pilihan.

Apakah keadaan itu? Haaa...


Pendapat orang lain...

Membaca dalam bahasa Inggeris memerlukan seseorang menguasai sebutan yang betul. Ada 2 jenis bentuk bacaan iaitu secara lisan dan secara dalam hati. Kedua-dua kaedah bacaan ini memerlukan sebutan dan intonasi yang betul supaya ia memberikan maksud ayat yang tepat kepada seorang pembaca atau seorang penutur.

Begitu juga dengan Bahasa Melayu. Mungkin kita tidak sedar sebegitu ramai pelajar yang hanya tahu membaca tetapi tidak dapat memahami ayat-ayat yang dibaca walaupun mereka sebenarnya orang Melayu dan penutur asli bahasa Melayu. Penulisan mereka hanya layak digelar sebagai sampah yang merosakkan bahasa Melayu dan perkara sebegini dapat kita lihat di laman blog-blog mereka.

Wednesday, November 1, 2017

10 hari untuk emak

Berapa orang, orang yang masih tinggal bersama emak mereka? 

Saya berasa gembira kalau saya dapat tinggal bersama emak. Saya mahu berkhidmat kepada emak. Orang yang paling sayangi saya. 

Tetapi emak saya jauh beratus kilometer. Hanya ingatan setiap hari tumbuh segar.

Pada saya balik kampung terakhir tempohari emak ada beritahu dia mahu 10 hari. Maksudnya emak mahu saya cuti 10 hari, bukannya saya balik hujung bulan pada hanya hujung minggu (hujung minggu bulan terakhir) seperti biasa...

Saya harap majikan saya dapat merealisasikannya. Saya akan siapkan kerja dengan lebih awal dan aturkan semula jadual penggantian.

Ada kawan saya bercuti selama 2 minggu ke luar negara, tak kan cuti 10 hari bersama mak ditolak...

Semoga niat saya dan mak dipermudahkan...





Kawang yang bertopeng


Image result for mask

Sebagai manusia adakalanya kita rasa menyampah melihat perangai kawan kita. 

Gelagat manusia adalah suatu perkara yang menarik. Kadang-kadang saya merenung dan menganalisa tingkah-laku kawan-kawan saya. Mungkin kerana saya sudah berumur maka saya mahu yang `the best' sahaja berlingkar  dalam hidup saya. Saya mahu yang terbaik sahaja. saya rasa ini tidak salah. Kita tidak boleh buang masa dengan mereka.

Kawan-kawan kita juga ada perangai. Dan kalau terlalu buruk, memang saya garis merahkan namanya. Biarlah kawan sedikit tetapi bermutu. Slogan ini saya tidak guna masa saya muda.

Ada kawan-kawan yang suka mendesak dan pentingkan diri. Ada. Jangan kata tidak ada. Mereka ini biasanya tidak ramai kawan dan biasanya berjawatan lebih tinggi daripada kita. Jenis yang apabila kita adakan jamuan, kita tidak menjemput mereka. Sebab jamuan tersebut berskala kecil sahaja.

Mereka ini akan kelihatan mesra, `take care' dan bertolak-ansur apabila berada di khalayak ramai, tetapi tidak jika kita berjumpa secara peribadi. Kita tidak akan dilayan dengan sama seperti apabila berada di khalayak. Oleh itu kalau mahu minta apa-apa, mintalah di khalayak kerana orang sebegini akan terus bersetuju di kalayak ramai (untuk menampakkan dirinya `take care' dan pemurah). Teruk kan?

Ahhh...apabila masa berlalu perangai kawan-kawan kita semakin jelas. Saya rasa perangai mereka yang teruklah membawa kepada terputusnya silaturahim, bukan kerana kita. 

Sekian.






1000 Mawar



Lokasi: Depan rumah, Besut, Terengganu.
Tahun:1987.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home