Mengambil masa yang lama untuk sesebuah tanam mencapai umur matang.
Sebuah taman yang matang (di mana pokok-pokok dan tanah-tanih menyesuaikan diri dengan matahari dan sekeliling) tidak terjadi sekelip mata.
saya berpendapat selepas lima tahun, tanam mulai jejaki kematangan
Saya selalu merakam gambar-gambar tanam sebagai rekod rujukan saya untuk melihat perubahan.
Jika tidak saya tidak dapat lihat perubahan dan hargainya.
Seronok sebab apa yang kita inginkan tercapai.
Sebuah taman yang dijaga, menjadi taman.
Sebuah taman tak terjaga menjadi semak samun.
Sebuah hati yang dikhianati menjadi mati...
(pulop...)
Redup mata memandang dan mendamaikan hati yang resah.
Terapi mata, terapi jiwa dan hati.
Kesibukan kerja dilupa terus bila berada ditaman ini, masa berlalu cepat.
Dan jangan tak percaya, saya lebih banyak berada di taman berbanding di dalam rumah (waktu siang).
Ada sahaja benda yang hendak dibuat.
Konsep taman saya dibina berasaskan...semula jadi.
Mungkin saya tak ada banyak duit.
Kalau ada banyak duit taman ni akan jadi seperti nurseri.
Kawan saya yang ada banyak duit menghias dengan banyak perkara di mana `last-last' jadi macam nurseri...he he he.
(maaf mengata...)
Berkebun kena sabar,
Sama seperti ada bini tidak cantik, kita kena sabar.
Tak perlulah viralkan dalam media massa yang bini kita tak cantik, dan anak-anak kita tak cantik (sebab ikut muka bini).
Saya terbaca pengakuan bangan ini diinternate,
Saya salahkan lelaki tersebut sebab dia yang pilih dan dia yang gagal...
Jangan salahkan bini pulak.
Gambar lama di atas menunjukan pokok-pokok manggis masih kecil
begitu juga pokok Brazilian Ironwood.
Sekian selamat berbuka...(bila waktu berbuka ;laa...)
No comments:
Post a Comment