"Nak makan apa berbuka hari ni?
Bagi sesetengah perempuan yang bergelar isteri, soalan di atas adalah sebuah soalan yang maha sukar, maha hebat. Bak menjawap soalan peperiksaan akhir jurusan sains fizik pasca biro angkasa. Atau macam nak hafal sifir 23 atau 103.
Suami dan anak-anak, mereka pandai komplen jea. Makanan yang sama la, kurang manis la, kurang masin la. Boring la.
Yang jadi `hot', mereka nak kita yang masak, bukannya beli di kedai. Kita yang sampai tercongok depan pintu rumah (balik dari kerja) dah dekat pukul enam petang, nak masak apa lagi! Kita bukannya robot! sebab itulah kadang-kadang kita beli jea lauk di bazar. .
Perasaan seorang isteri, isteri jealah yang tahu...bukan suami atau anak-anak. nanti bila kita dah tak ada, barulah mereka rasa...(baca dengan nada simpati...)
Kadang-kadang sakit hati apabila suami dan anak-anak bergabung suara untuk `menghentam' kualiti masakan kita, di meja makan yang kita laaa yang beli. Bukan nak mengungkit, kalau kita tak beli meja makan tersebut alamatnya bersilalah mereka berbuka di lantai. Huh!.
Betapa susahnya nak jawab soalan "nak makan apa berbuka hari ini?" Hanya seorang isteri/ibulah yang merasainya.
Kadang-kadang letih sangat bila balik dari kerja. tetapi kita cepat-cepat tukar unifom dan masuk dapur. Memasak dan tersenyum girang depan anak-anak dan suami.
Menjadi perempuan bukannya mudah, hanya lelaki jea yang beranggapan menjadi perempuang senang!
Sekian!
Nak buat kueh berbuka, suami tak suka manis, anak-anak suka manis, mak mertua tak suka manis, bapak mertua suka manis... |
No comments:
Post a Comment