Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, August 25, 2016

Asmara Zodiak Taurus...

1. Tadi saya membaca posting rakan maya saya Adie mengenai bintang zodiaknya.

2. Terus saya selongkar bintang saya `taurus' menjurus kepada kehidupan percintaan dan asmara.

3. He he he.

4. Katanya Taurus setia dalam percintaan...

Ramalan Bintang Zodiak Taurus Hari Ini Desember 2015





Image result for bintang taurus



4. Tidak seratus peratus betul tetapi bahagian `mereka membenci segala bentuk kecurangan atau segala penipuan dalam bercinta" sangat tepat.

5. Sangat tepat...


Tuesday, August 23, 2016

Finance Simposium 2016


Saya buat muka akademik (muka serius, he he he)

Salah seorang pelajar saya mendapat anugerah pembentang terbaik bagi hasil kajiannya. Saya tumpang gembira... Sekoyang-koyang dia masuk bilik saya memberitahu berita gembira tersebut.




Saya berbesar hati kerana walaupun saya cerewet gilar, mereka tahan dengan arahan dan kritikan saya... Saya bukannya pandai sangat, hanya rasa ingin menolong jea lebih kot.

Semoga mereka dan pelajar lain terus maju jaya...

Saya semakin cantik, tak bahagia kalau tak ada duit? dan...gelap kulit hati kehidupan kita...

Saya terharu sebab saya semakin cantik. Saya percaya melalui masa, saya bertambah-tambah cantiknya. Saya sangat puashati dan berasa istimewa. Rasa bertuah. Rasa mengada.

Tidak sia-sia saya berdoa agar saya akan bertambah cantik apabila saya berusia... he he. Saya juga harap orang yang sia-siakan saya akan jadi menyesal tak sudah apabila tahu saya bertambah cantik. He he he.

Sedangkan ada di antara kawan saya apabila semakin berusia semakin hodoh. Semakin gelap kulit hati kehidupannya. Semakin negatif dengan kehidupan dengan pelbagai slogan hidup seperti  "Kalau kita tak tipu orang, kita ditipu Man" dan slogan" Hidup ni kena ambil kesempatan Man, kalau tak orang ambil kesepantan pada diri kita". Katanya. 

Dan tambah lagi "Kita tak akan bahagia kalau kehendak kita tak dipenuhi. Kita tak akan bahagia kalau tak ada banyak duit".

Rupa bentuk kehidupan kita akan menjadi semakin hodoh bila hati kita busuk. Rupa bentuk keluarga kita akan jadi lebih hodoh walaupun kita laki bini kerja besar, rumah besar dan kereta besar. Tapi di hujung kehidupan yang hakiki kita bukan sahaja miskin tetapi hodoh. Hodoh giler.

banyak contoh kehodohan kita, kita biar hati kita pekat likat jahatnya. Melalui masa kita sepatutnya tahu kaitan antara wang dengan kebahagiannya. iaitu bukan wang yang banyak bawa kebahagian tetapi bagaimana menguruskan wanglah yang bawa kebahagian. Sifir dia senang.

Dalam FB, dalam media massa tentulah definisi cantik dirujukan kepada kecantikan fizikal. Namun maksud cantik saya tadi berlainan...kan?. Pun begitu saya percaya kedengkian, keburukan, ketidakbersihan hati juga akan terpancar kepada raut muka kita secara fizikal. Haaa... 

Muka orang yang penuh dengki dan tidak puas hati akan kelihatan buruk raut parasnya, walaupun secara fizikal semua terletak. Hidung terletak...sempurna belaka.

Abang Jan: Orang putih kata "Beautiful is only skin deep but evil straight through your soul..."



Friday, August 19, 2016

Alahai KOSMO!




Saya berpendapat fokus utama berita di atas adalah kepada faktor `kehampaan'...berjuta-juta rakyat Malaysia, Berita itu sebenarnya boleh `dimanipulasikan' agar ia menjadi lebih baik dan memberi kesan yang positif. Iaitu memberi semangat yang membina bukan sahaja kepada pemain tetapi juga kepada bakal pelapis yang akan bermain pada suatu hari nanti. Tapi yang terjadi sebaliknya. Tiada semangat kesukanan langsung, tidak sensitif.

Tajuk berita sama ada di akhbar atau di tv haruslah beretika. Saya rasa tentu dunia kewartawanan ada etikanya sendiri sebab apa yang ditulis bukanlah hanya untuk menyampaikan berita tetapi juga harus memikirkan kesan daripada tulisan kita. Tulisan itu haruslah memberi kesan yang positif.

Satu isu lagi ialah jika tujuan kita hanya untuk melariskan jualan akhbar, tentulah ia sesuatu yang tidak baik. Objektif keuntungan memang penting tetapi harus diselitkan juga dengan tanggungjawab sosial kita kepada masyarakat. Betapa pesatnya teknologi, peranan akhbar masih penting dan meluas.

Saya berharap pihak akhbar kesayangan ramai ini lebih berhati-hati pada masa hadapan agar sensitiviti masyarakat dijaga dengan baik selaras dengan etika kewartawanan. Sensitiviti bukan sahaja pada kaum, agama atau jantina atau kelompok tertentu tetapi juga kepada `perasaan' semua kelompok dalam nmasyarakat.

Saya yang tidak minat sukan ini mahu dengan rasminya memberi penghargaan kepada ahli sukan kita sebab saya percaya jika tidak bersungguh mereka tidak akan dapat menyenaraikan diri 






Saya tak minat sukan tapi saya bukan kambing yang pandai main FB...

Malaysia


Saya tak minat sukan. Jadi olimpik tidak melekap kejap di hati saya. Namun saya hormati peminat sukan dan tahu akan kegunaannya.

Cuma saya dapati ada yang sangat teruk rupanya mentaliti. Tahap tahi kambing. Itupun tahi kambing ada gunanya. Buat baja.

Banyak komen yang tak membina. Komen-komen yang tak membina apabila gagal meraih emas ini menunjukan mentaliti sesetengah peminat dan cermin diri masyarakat kita. Cakap pakai sedap mulut sahaja seolah pemain kita tidak berusaha sedaya upaya.

Saya yang tidak minat sukan ini pun tabik spring kepada yang berkenaan walaupun hanya dapat gangsa atau layak ke peringkat akhir. sebabnya ini periongkat dunia, bukan jagoh kampungan...

Berlambak masyarakat kita yang lebih teruk dari kambing yang tak ada akal...rupanya (tapi pandai FB)


Thursday, August 18, 2016

Putihkah hati kita...?





Payah kan naik miliki hati yang baik. Ia bukan pasal jantina, kaum, agama atau kaya dan miskin... Ia pasal apa yang ada dalam hati kita...

Payah nak jadi baik hati kan? Sebab bila kita memberi kita rasa kita akan berkurangan... Orang ada kasih sayang yang tinggi dan besar sahaja mampu lakukannya...

Namun kita mestilah berusaha juga, sebab hidup kita ini tentulah bukan untuk kita sahaja...usahalah sedikit-sedikit...

Salam pagi...

Wednesday, August 17, 2016

Saya adalah cinta, Aiswarya Rai dan bekas kekasih...

Walaupun saya sudah berusia, saya tidak malu untuk menyebut atau berfikir pasal cinta. Saya selalu mengandaikan diri saya adalah cinta. Maka tidak perlulah saya malu pada diri sendiri. Kan?

Namun cinta yang saya maksudkan, bukanlah cinta seperti budak tingkatan lima. Ya, cinta banyak katogerinya.

Dan saya percaya jika cinta perlu diwujudkan dalam bentuk manusia, sayalah orangnya. Sayalah manusia itu. Sebagaimana jika cantik mahu diwujudkan dalam bentuk manusia saya rasa Aishwarya Rai orangnya ....he he he.

Image result for beautiful aishwarya rai pictures


Orang yang paling saya cintai (guna perkataan `paling' sebab kisah cinta saya banyak siri...he he he) berkahwin dengan orang lain. Saya rasa sedih tetapi melalui masa saya percaya saya tiada jodoh dengannya. Tuhan ada perancangan yang lebih baik (saya guna unsur agama...)

Bukan saya sahaja yang sedih, dia pun patut sedih dan terseksa...he he he.

Cuma kadang-kadang saya rasa kesian kepada dia. Dia sepatutnya hidup dengan orang yang paling sayangi dia... (sayalah itu, he he he).

Aci kerat jari dia tidak dapat lupakan saya, walau sepanjang hayat, walau pun dia sudah beranak 8. Sebabnya mudah. Sebanya saya adalah cinta... Saya adalah cinta dia.

" Saya hidup dengan cinta sebab cinta itu adalah saya, dia hidup tanpa cinta sebab cinta itu adalah saya...yang dia lepaskan..."



Tuesday, August 16, 2016

Kisah cinta yang tak sampai dan setianya matahari...

" Terima kasih matahari, walaupun aku terasa bagai nak mati, kau tetap setia muncul pada tiap hari..."


kereta dipandu dengan laju pada tengahari itu... teruskan perjalanan... hidup untuk gembirakan banyak orang. dan hidup ini bukan kisah dia lagi semata... ia kisah orang di sekililing dia, yang dia sayangi...

Kisah saya?

Monday, August 15, 2016

Kisah di kedai gunting rambut, kisah selfie dan kisah bumi perlukan kita

Kasi nipis bahagian tepi telinga...

KISAH di kedai gunting rambut:

SEBENARNYA selain tengok wayang, minggu lalu (semalam), saya juga pergi ke kedai gunting. Entah kenapa semakin saya berusia, saya semakin kerap pula memotong rambut.

Sebaik sahaja saya duduk dibangku gunting rambut, saya beritahu:

"Saya nak nampak muda 10 tahun..."

Saya mahu potong fesyen lain tetapi pemotong rambut itu maklumkan (dengan penuh sopan dan berlapik) yang rambut saya dan muka saya ni bla-bla bla-bla dia terangkan... namun saya rasa maksud beliau adalah lebih kurang begini:

"Tak sesuai sebab rambut awak nipis dan muka awak bulat!"

He he he... Tapi kalau dia kata begitu tentulah saya tak jejak lagi kaki ke kedainya...pulak. Apa-apa pun saya turuti nasihatnya kerana di dinding kedai terpampang sijil kemahiran dia memotong rambut dan diiktiraf.

Kiri kanan telinga saya dia cukur rapat dan cepat. Saya teringat biri-biri di New Zealand. He he

Apabila berusia, semakin sukar untuk saya berfesyen rambut. Masa muda mudah sahaja saya mengayakan fesyen rambut...tetapi kini semakin sukar. Mungkin rambut panjang tidak sesuai apabila kita semakin tua...dan gemok...

KISAH berselfie di opis:

Dan paginya sebelum saya ke kuliah, saya selfie sorang-sorang dalam opis. Sekoyang-koyang datang pelajar menghantar kertas kerja. Terus saya buat-buat serius...dan paksa pelajar tersebut berselfie dengan saya.

He he he...

Bersama pelajar semester 5


Hasilnya nampak sangat saya bukan muda lagi berbanding dengan pelajar saya. Emmm...tak apalah...dulu pun saya pernah muda dan handsome. He he he.

Masa saya muda-muda dulu tak ada upacara selfi-selfi ini. Bila guna kamera hasil gambar sebijik macam muka kita yang sebenar. Sekarang kita boleh edit nampak lebih cerah, runcing, mata lebih bulat dan sebagainya.

Maka saya berselfie memanjang...


Senyum dalam tangis (sebab hari ni ada kuliah malam? he he)


KISAH dunia perlukan kita:

Saya tahu dunia perlukan saya. Saya mesti memberi kuliah yang boleh membuka minda. Dan yang paling penting ialah semasa berkuliah itu, saya adalah saya, bukan orang lain.

Saya tahu kenapa ramai mahu kelihatan muda. Ini kerana muda melambangkan bahagia dan sihat, juga melambangkan menarik. Ia seolah melambangkan dunia masih perlukan kita

Namun perlu kita ingat kita tetap boleh jadi sihat, bahagia dan menarik walaupun sudah berusia. Kan? Yang penting semakin berusia kita semakin matang, bijaksana dan semakin berguna pada orang dan bumi.

Saya dah tak sabar untuk berumur 50 tahun, pelik kan?

Sekian...

Scary Holiday: 11.12.13




Akhir-akhir ini saya sudah menjadi kurang cerewet dalam memilih filem yang mahu saya tontoni. Hujung minggu lalu saya ke panggung lagi menonton cerita Thailand.

Melihat kepada poster, saya fikir ia tentu cerita yang berkisarkan sekumpulan remaja yang pergi bercuti dan bertemu hantu, tetapi itu hanyalah poster. Sebenarnya ada tiga cerita yang saling berkaitan dalam filem ini.

Untuk poster filem ini saya beri C- sebab gagal mewakili cerita. Kurang impaknya. Huh!.

Namun cerita ini sangat menarik kerana ia gabungan unsur seram, lucu dan sedih. Pada akhir cerita saya rasa sangat sayu dan sedih. Sehingga malamnya saya tertanya-tanya siapakah sahabat saya yang paling rapat di sekeliling saya... Jika dia menjadi hantu (kalau hantu itu wujud), adakah dia akan bertandang jumpa saya nanti (kalau dia jadi hantu). He he he.

Sudah tentulah saya tidak percaya kewujudan hantu. Rasionalnya mudah. Jika ada hantu-hantu, dunia akan huru-haralah. He he he.

Dalam filem ini ada tiga cerita yang saling berkait. Oleh kerana saya tidak baca sinopsis filem (saya tak suka baca sebelum tengok filem sebab ia musnahkan mood saya), saya terkejut apabila melihat ada tiga cerita sebenarnya yang saling berkait.

Cerita pertama tentang perhubungan cinta. Cerita cinta seorang gadis kepada lelaki playboy. Kira tersalah pilihlah ni. Tapi tulah kan kita tidak nampak rupa sebenar orang yang kita cintai kerana kita dalam `percintaan'. Dan bila kita mahu ditinggalkan barulah gelabah giler. Jadi gadis ini ugut kekasihnya mahu bunuh diri jika dia ditinggalkan. 

Sebab itulah nanti kita dapati roh gadis itu mengikuti pemuda playboy tadi ke mana-mana. Ngeri.




Saya akan bunuh diri jika awak tinggalkan saya...

"Saya dah bosan dengan ugutan awak untuk bunuh diri..." Kata pemuda playboy itu. Tulah yang menyebabkan si gadis akhirnya nekad membunuh diri.

Menyingkap dunia percintaan saya yang tidak pernah berjaya, ada juga di antaranya ugut saya untuk bunuh diri jika saya meninggalkan mereka. Namun demi allah apa yang terjadi kemudiannya sayalah yang dipermainkan. Sayalah akhirnya meraung.He hehe.

Cerita kedua mengenai empat sahabat yang menyewa sebuah rumah. Di antaranya ada yang menyintai seorang gadis. Dan selepas kemalangan, kawan-kawan nampak pemuda itu masih balik ke rumah. Mereka dalam ketakutan dan percaya roh balik sebab ada hajat yang tak sampai...

Best cerita kedua ni. kalau saya mati jadi hantu, saya tahu siapa yang saya nak cekik!.



tiga sahabat dalam ketakutan kerana `roh' kawannya selalu balik ke rumah sewa...
Cerita ketiga pula mengenai seorang gadis yang pergi melancong ditemani oleh kawannya. Gadis itu pada mulanya tidak tahu sebenarnya kawannya itu telah mati, cuma rohnya sahaja tidak sedar akan kematian dia... cerita ini berakhir dengan kesedihan...apabila gadis itu tahu kawannya itu sudah mati...gadis itu rasa sedih untuk beritahu kawannya yang bahawasanya kawannya itu sudah mati...



Cerita ini menghiburkan kerana ia memang dibuat untuk menghiburkan, bukannya untuk menangi hadiah perfileman.

Tapi perlu saya ingatkan menonton wayang tidak sama dengan menonton di TV. Impaknya lebih besar dan berbeza... Maksud saya jika lihat di Tv ia mungkin kurang menyeramkan...

Sekian...

Wednesday, August 10, 2016

Balik, dah 6.22ptg !



Asalamualaikum,

Muka di atas adalah muka penat saya. Bila lewat-lewat petang saya rasa penat. Sebab itulah kena balik dulu mandi-mandi segarkan diri kerana ada pula kuliah di waktu malam.

Zaman muda-muda dulu lainlah. Siang malam bekerja tak rasa penat. Suka sangat buat kelas bak itik dapat air atau remaja dapat pokemon.

Saya mula rasa penat bekerja pada umur 40an. Tenaga dah rasa lain. Cepat jea rasa letih. Namun apa yang membawa saya terus ke hadapan ialah minat mengajar...dan keterpaksaan membayar hutang2 dan bil2. Dan saya nak beli pinggang mangkuk. He he he.

Sebab itulah minat adalah unsur penting pada pekerjaan kita. Bayangkan kalau kita tidak minat akan kerja kita, seumur hidup akan terikat dengan bukan sahaja rasa bosan tetapi juga rasa letih yang melampau...

Kesimpulannya, faktor usia dan minat penting dalam kehidupan kita. Ia boleh membawa rasa bosan dan letih. Dan minat itu juga ada kolerasinya, iaitu dapat `memudakan' kembali usia kita yang semakin bertambah ini.

Sekian...


Sebenarnya bukan pelajaran dan gred yang bagus penting

Pernah atau tidak jumpa orang yang cantik/handsom, terpelajar tetapi tidak ada tingkah yang sopan dan beradat? Sombong!

Saya mempunyai ramai kawan yang tidak berpelajaran (formal) tetapi berjaya dalam hidup. Maksud saya mereka mempunyai pekerjaan yang elok dan dapat pula menolong orang lain. (Saya rujuk berjaya sebagai individu mempunyai pekerjaan yang baik dan dapat menolong orang. Maksud saya, saya tak rujuk orang yang berjaya mesti kaya)

Dan saya juga memiliki beberapa orang kawan yang berpelajaran tinggi tetapi hidup tunggang langgan, sering merungut, tidak positif, tidak berdisiplin, tidak hormat orang lain, tidak sabar, selalu tidak cukup duit, jauh sekali mahu menolong orang lain.

Pada zaman ini rata-rata mengejar pelajaran dan gred yang bagus. Itulah matlamat yang dikejar. Sistem pendidikan juga diubah, dibaiki dan ditambah agar matlamat itu tercapai. Iaitu matlamat mahu mempunyai pelajaran dan gred yang bagus.

Ibubapa dan pihak sekolah (pihak kementerian) dua kali lima sahaja. Mahu gred yang bagus...sahsiah diri bukan tujuan utama. (padahal inilah yang paling utama sebab bukan semua orang boleh masuk U, tapi semua orang kena ada sahsiah diri)

Jadi tidak hairanlah lahir manusia yang mempunyai pelajaran dan gred yang bagus tapi tidak bagus sebagai manusia...

Sebenarnya proses untuk mendapatkan pelajaran dan gred yang bagus itu lebih penting dari pelajaran dan gred yang bagus. Jika kita permudahkan segala sisitem yang ada ini akan membuatkan pelajar tidak pandai berdikari, tidak berdisiplin dan tidak pandai membuat keputusan (sebab kita dan sistem asyik tolong dengan alasan memudahkan mereka).

Saya rasa inilah jawapan yang tepat mengapa mahasiswa sekarang berbeza dengan mahasiswa dahulu dan pekerja sekarang berbeza dengan pekerja dahulu...manusia baik lahir dari sistem nilai yang baik Manusia yang boleh hadapi cabaran lahir dari sitem yang penuh cabaran...

Tapi kita tidak buat sesuatu, seperti selalu kita rasa kita pandai. He he...

Sekian...

Image result for educated but no manners quotes

Tuesday, August 9, 2016

Bangkitlah, pandang dunia yang luas... Kisah pemuda di U Tern



Saya lihat satu kemalangan di satu simpang U tern. Pada masa tersebut saya berkereta bersama Adnan. Kami keluar makan dan minum.

Saya nampak dengan jelas penunggang motor tersebut jatuh semasa cuba membelok di U tern tersebut. Dia tidak bawa dengan laju tetapi jatuh dengan agak teruk.

Adnan berhentikan kereta dengan segera dan dari dalam kereta kami nampak pemuda itu cepat-cepat bangun dan angkat motornya, dan terus berlalu.

Setelah memastikan pemuda itu ok, kami teruskan perjalanan kami.

Kami hairan kenapa boleh terjadi begitu. Tentu fikirannya ke lain sebab dia tidak laju, dan tidak ada kenderaan lain. Saya syak munking dia mengelamun...

Pada suatu waktu dulu. saya pernah hampir terbabas apabila mengelamun semasa bawa motor. Malah adakalanya saya berhenti tepi jalan, dalam hujang lebat saya bukan sahaja menangis tetapi meraung. dan raungan saya itu saya selang selikan dengan sumpahan yang amat hebat... Amat hebat.

Saya sangat rindu!. Dan saya percaya sehingga ke hari ini hati dia tidak akan tenteram. Saya percaya sampai mati dia akan rasa begitu. Orang yang ada kasih sayang yang suci dan dianayai sumpahannya melekat. Dan saya percaya hanya kasih sayang yang mendalam lahirkan dendam yang hebat!

Apa-apa pun saya harap pemuda tadi bersabar. Bangkit dan pandang dunia yang luas. Percayalah tidak ada sedikit pun kelakuan yang tidak diadili oleh tuhan. Percayalah dia tidak akan tenteram...tidak akan ada puncak bahagia sebab puncak itu adalah kita!

Dan biasanya di dunia pun, tuhan sudah tunjuk...



Suicide Squad & lights out...




Hujung minggu lepas saya ke panggung lagi.

Sebelum menghala ke hujung minggu, saya stress sebab banyak kerja. Saya hampir melupakan niat saya untuk kunjung pawagam. Sebenarnya niat saya ke pawagan untuk tengok Kabali.

Namun filem Kabali sudah tak ada, jadi saya pilih untuk menengok Suicide Squad. Saya benci poster filem ini tidak menarik, namun cerita filem ini sebaliknya. Ia menarik dan menghiburkan. Tidak rasa rugi menontonnya.

Setiap watak diceritakan dengan bagus. Watak-watak jahat ini sebenarnya sudah ditangkap tetapi diperlukan untuk menentang kuasa `bukan manusia'. Menarik sebab banyak juga adegan lucu di mata saya.

Lagipun saya suka watak jahat.

Kalau diberi peluang berlakon filem (drama saya tak nak), saya akan pilih watak jahat. Saya akan warnainya sejahat-jahatnya biar watak saya itu watak terjahat dalam sejarah perfileman Malaysia. Kalau dapat watak sebegini seolah mimpi jadi nyata. Saya akan hancurkan hidup orang yang menghancurkan hidup saya. Ha ha he (ketawa dengan ganasnya tapi dramatik).

TAPI MALANG

Barulah saya tahu kesan atau impak apabila kita ada kekasih bodoh atau jenis otak payah nak hadam. Ceritanya begini....

Bila saya masuk panggung saya duduklah di kerusi. (tak kan nak berdiri pulak). Dan lepas itu saya lihat sepasang kekasih masuk menuju lorong saya. Saya bangun dan badan saya bergesel dengan aweknya. Balaknya menoleh ke arah saya. laaa...bukan salah saya. Salah GSC sebab buat tempat sempit sangat.

Oleh kerana kejadian itu pakwenya duduk di sebelah saya dan awekya duduk di sebelahnya. Nak dijadikan cerita awek dia tersebut banyak kali terpaksa terangkan kepada balaknya bila ada satu-satu adegan yang perlukan pemahaman. Kesian awek tu dapat pakwe yang payah nak faham.

Saya tak cemburu tapi kadang-kadang naik geram sebab pakwe tu payah sangat nak faham. mahu jea saya masuk campur tolong awek tu cerita kat pekwenya. He he he. Tapi memenag keadaan mereka berdua menganggu saya, lantas saya sumpah dalam hati perhubungan mereka akan berakhir dalam masa dua minggu selepas wayang ni. Ha ha ha (ketawa dengan tidak ada sedikit pun nilai kemanusiaan).

KEMBALI KEPADA FILEM

Saya suka pengakhiran cerita ini sebab ia tidak berakhir. Mungkin ada sambungannya. Tapi kalau tak ada sambungannya pun tak apa. Tapi kata hati saya akan ada sambungannya dan saya akan ke panggung lagi jika ada sambungannya.







Petangnya pula saya beralih kepada filem seram...eee...menakutkan. Kali ini saya pilih agak tengah kedudukan kerusinya. Di sebelah saya ada lima orang awek, 3 daripada nya obess. Yang duduk di sebelah saya itu pun obess juga. 

Yang di sebelah saya, sambil tutup mata, sambil makan pok kong. Sebabtulah obess. Saya harap dia akan kurus. Lantas saya sumpah dia akan kurus. 

Mengapa perempuan sekarang banyak yang gemuk dan tak jaga penampilan? Saya pernah bertanya kawan saya di dalam keretanya. Jawab kawan saya:

"Mereka ni tidak bimbang apa-apa pun jika mereka gemuk sebab yang tak gemuk pun sakit juga. Yang gemuk pun berkahwin juga. Yang cantik molek Nora Danish pun bercerai berai juga. Jadi mereka tak kisah kalau mereka gemuk atas faktor kesihatan atau pencarian jodoh"

Oooo gitu. Logik jugak. Cuma tak nak ke mereka ini mahu kelihatan menarik. kita tolak tepilah untuk sapa kita nak paparkan kemenarikan tersebut. Untuk jiran ke atau sapa-sapa. Tapi kalau kita menarik untuk diri sendiri lagi okey dan ada keyakinan diri bertambah.

KEMBALI KEPADA FILEM

Seram sejuk saya lihat cerita ini. Best betul. Sampai saya terfikir ada ke hantu sebenarnya?. saya memang tak percayakan hantu... Namun saya tetap takut lihat cerita ini.



Saya kesian kepada budak ini sebab dalam seminggu tiga kali dia tertidor dalam kelas, Bila cikgu tahu ia jadi isu. Budak ini sebenarnya takut dan tak dapat tidoR malam. Keadaan di rumahnya sangat menakutkan. Emaknya kemurungan sebab kematian suami. Selalu bercakap sorang-sorang. Dan yang paling parah maknya ada kawan yang bernama `Diana'. Eeee seram.

Diana ni kalau ada lampu dia tak datang, dia suka gelap.. Eeee...

Semua pelakon bawak watak dengan baik. Saya puas hati. Kalau cetrita seram, perlukisan watak penting sebab ada yang gagal berlakon kerana tak berjaya menampakkan ketakutan. Kalau takut pun takut macam hilang anak kucing...

Bila habis cerita, saya ke kedai Sony. Saya beli DVD Player Blueray. makan di Kopitiam, beli buku (wajib), lalu kat bahagian pinggang mangkuk dan tengok ada tak baju kemeja yang sesuai untuk saya...

Balik saya siram pokok, lepas tu dengar lagu...





Friday, August 5, 2016

Ujian saya, ujian dia

Saya rasa dia gagal dalam ujian dia. Dia sudah ada isteri yang hebat (walau tak lawa mana), anak-anak yang santun dan bijak, kereta mewah beberapa biji, rumah besar, pangkat besar dan nama baik (diwar-warkan islamik...)

Saya pula tiada apa-apa yang lebih daripadanya dari hujung kaki ke hujung rambut...

Ujian saya, saya tahu... Cuma saya tidak tahu saya berjaya atau tidak dalam ujian ini. 

Namun ujian yang diberikan padanya itu saya lihat...dia gagal dengan berjayanya...




Thursday, August 4, 2016

Cikgu dan ayah aku bodoh!





Cikgu Karim amat saya takuti dan benci. Sebabnya mudah. Dia garang!

Hanya kerana tidak membawa buku rampaian kerja saya dipulas pada bahu (sakit sangat), dan ada yang tidak dibenarkan masuk makmal. Kena berdiri kerana tidak dapat menjawab soalan adalah perkara biasa.

Rupa-rupanya cikgu Karim telah mengajar kami apa yang sangat kami perlu selain ilmu... Dia bukan sahaja mengajar kami sains tetapi mendidik kami menjadi penuh disiplin. Sebab ilmu tanpa disiplin seperti itik tak tahu berenang. Burung tak tahu terbang atau bini tak tahu memasak.

Seorang sahabat saya yang dirotan di depan perhimpunan sudah menjadi ispektor polis yang berjaya (10 tahun lalu, kini sudah berpangkat tinggi). Rotan tersebut menjadikan dia disiplin dan terarah hidupnya. 

Dia sembunyikan peristiwa rotan tersebut dari ayahnya. Sebabnya? Sebabnya mudah, jika dia beritahu ayah akan menambah lagi sekali ganda dari apa yang cikgu beri.

Pada zaman dahulu oleh kerana bilangan guru kecil dan pemikiran masyarakat tidak materialistik, tiada kedengaran isu-isu pendidikan yang rumit. Ibubapa pada zaman dulu tidak sensitif apabila anak-anaknya dihukum... Guru-guru pula tidak menempuhi cabaran seperti hari ini...

Hari ini ibubapa sudah bersikap lain (anak dia sahaja yang betul), para guru juga sudah bersikap lain (ada yang sibuk berniaga dan berpolitik).

Dan pelajar hari inim juga sudah ramai bersikap lain (kata mereka cikgu dan ayah aku bodoh!)

Selamat datang...

Wednesday, August 3, 2016

Hadiah hari guru saya...

Image result for teacher day



DUNIA SUDAH SEMAKIN BERUBAH, ADAKAH SAYA SUDAH KETINGGALAN? ATAU SAYAKAH YANG HAKIKI?


Seorang sahabat bertanyakan saya, apakah barang yang harus dia beli untuk anak dia hadiahkan pada hari guru?

Saya terus jawab, berilah barang Tupperware. Dan sahabat saya kata tentulah dia tidak mampu sebab kena beli untuk 20 orang guru.

Saya tergaman...sebab pada zaman saya dulu saya hanya berikan hadiah kepada guru yang saya suka. sebab-sebab kenapa saya suka itu bukanlah penting bagi posting ini tetapi saya nak bercerita pada `zaman dahulu', hadiah diberikan dengan ikhlas dan ia akan menyentuh hati guru...

Dan saya tidak pula minta dengan mak saya sebab saya kumpul daripada duit belanja sekolah saya untuk beli hadiah tersebut.

Dan bukan semua guru istimewa di hati saya walaupun saya tahu semua mereka adalah berjasa (dibayar sebenarnya).

Saya cuma beri hadiah kepada guru yang saya suka dan sayang kerana saya rasa dia telah beri lebih dari apa yang seorang guru patut berikan.

Iaitu rasa suka dan disayangi. Rasa diperlukan...

Sekian...






Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home