Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, July 29, 2016

...yang nakal dan mengkagumkan...




Ini adalah contoh pelajar pelajar saya yang selalu buat lebih dari apa yang saya suruh buat... Kadang-kadang sangat mengkagumkan tetapi saya buat-buat biasa sahaja sebab saya tidak mahu mereka cepat berpuas hati kerana kehidupan di luar sana sangat menuntut kesempurnaan dan terbaik...
Sekarang mereka sudah di `luar sana...' Semoga menjalani kehidupan yang terbaik.


10 Signs You're Doing Well In Life (Even If You Think You Aren't




Jom bersyukur dan baiki diri...

Wednesday, July 27, 2016

Pengalaman berjumpa pelacur...*


SEMASA saya belajar di Universiti Malaya, kawan-kawan saya ada bertanya kepada saya kenapa saya suka baca novel sedangkan saya jurusan ekonomi. Ini kerana adakalanya mereka lihat saya duduk membaca novel di tangga-tangga bangunan fakulti. Kadang-kadang saya sembunyikan novel yang saya baca apabila mereka nampak, saya malu. Bodoh sayakan masa tu?

Saya hanya jawab saya suka membaca, sebenarnya saya mahu kenal dunia orang lain. Saya mahu kenal dunia sebanyak-banyaknya sebab ia terisi dengan seribu cerita. Pahit manis.

Apabila ada pameran buku yang biasanya diadakan di Dewan Tuanku Censelor, saya selalu melepak di sana. Pada suatu pameran saya telah membeli sebuah novel bertajuk Salina, karya agong Datuk A Samad Said, sasterawan negara kita. Yalah kan, kalau dah tersadai pagi petang tak kan tak beli langsung. Jadi saya sambar sebuah novel bertajuk `Salina'. lagipun nama saya `Sukiman', moga nanti ada novel bertajuk `Sukiman'. He he he.


Sebelum saya membeli novel ini saya sudah tahu (melalui media sastera) novel ini berkisarkan kehidupan seorang pelacur yang bernama Salina. Yang tragisnya walaupun beliau seorang pelacur beliau seorang manusia yang penuh kemanusiaan dan penuh dengan sifat kasih sayang.  Saya baca novel ini beberapa kali dan barulah saya sedar tidak semua perempuan yang melacur itu gatal dan  gila seks sahaja tetapi banyak factor lain yang mendorong seorang perempuan itu menjadi pelacur.

Novel ini berlatar belakang di sebuah kampung yang bernama Kampung Kambing,  Singapura sewaktu selepas perang Jepun. Akibat peperangan dan keadaan huru hara watak utamanya iaitu Salina kehilangan segalanya termasuk keluarga. Di tengah-tengah terumbang itu dia berjumpa dengan Abdul Fakar (yang mirip kekasihnya). Dan beliau telah dipergunakan oleh Abdul Fakar tersebut ( namun dia amat sayangi Abdul Fakar tersebut. Perempuan!) 

Peperangan dilukiskan oleh datuk (A. Samad Said) sangat jahat dan memakan nilai kemanusiaan manusia hingga jadi macam binatang. Waktu-waktu begini ugama sudah tidak dapat buat apa-apa…..Wow! tinggi sungguh pengamatan sastera sasterawan negara kita. Kupasan terperinci dalam novel tersebut membuatkan saya benar-benar mengenali Salina dan perit purut hidupnya, saya kesihan kepadanya. Macam mana kalau terjadi kepada keluarga kita?

Mungkin ada yang beranggapan kisah sebegini tidak akan berlaku kepada keluarga kita atau generasi kita. Sebenarnya semua peristiwa dan kejadian ada kebarangkaliannya berdasarkan faktor hidup dan sekeliling kita... Cuba renungkan...

Perlukisan watak yang mendetailkan oleh Datuk membuatkan saya tertarik kepada dunia perlacuran. Bukan tertarik untuk melanggang pelacur (atau turut melacurkan diri, laku ke? he he) tetapi untuk melihat adanya dunia lain selain daripada dunia kita yang senang lenang ni… (yang bila gaji lewat sikit dah macam nak putus nyawa…, bila laki balik lewat sikit rasa macam hilang handphone, atau...bila isteri masak tersalah masin terus tunjuk muka 14).

Dan saya beruntung sebab kawan saya Anuar Rahman (nama sebenar) roommate saya sudi membawa saya ke sarang pelacuran. Katanya di Kuala Lumpur ada banyak  sarang pelacur. Saya amat terhutang budi kepada beliau kerana sudi memperkenalkan saya kepada dunia pelacuran. Kalau saya mintak orang lain tolong pasti saya dihina, dicerca atau disalah anggap, aci potong jari anak patung, mereka akan kata `apa ke faedahnya?. Selamat datang ke masyarakat kita. Selamat datang ke Malaysia.

Kami naik bas mini 12 menuju ke Chow Kit. Saya dibawa ke Jalan Haji Taib belakang Chow kit Road tersebut. Kata kawan saya di sini juga ada pelacur katogeri pondan. 

Bila bas turun kami berjalan sikit sahaja ke lorong-lorong. Saya berasa takut, berdebar-debar maklumlah pada masa itu saya masih lagi anak teruna (dan ketika posting ini dibuat juga). 


Semasa saya melalui bilik-bilik tersebut saya ada nampak katil dan bantal. Tak cantik mana pun dekorasi biliknya, maklumlah pelacur kelas bawahan. Ada juga yang mesra dan memanggil saya `adik-adik mari sini”. Sambil mengeluarkan kopeknya. Ya allah itulah kali pertama saya lihat kopek perempuan dengan mata saya sendiri secara live. Terima kasih sekali lagi kepada kawan saya tersebut. He he he.

Pada masa itu saya juga masuk ke bilik-bilik mereka untuk melihat dan menghayati keadaan pelacur tersebut. Saya terbayangkan pelacur-pelacur tersebut mungkin macam Salina, iaitu ada factor yang menjerumuskannya ke lembah tersebut. Jangan kata semata-mata mereka tak ada asas agama. Ramai berlambak yang tak ada asas agama tetapi tidak menjadi pelacur pun, mungkin kita harus mengkaji hal ini dengan lebih serius, dan kurangkan mengata orang. Banyak factor sebenarnya membawa kepada pelacuran berleluasa. Mungkin permintaan ada…

Bila permintaan ada, wujudlah penawaran...saya teringat kata-kata guru ekonomi saya, cikgu Zaiton. dia suka mengajar sambil duduk atas meja. Kalau zaman sekarang ia jadi isu tu...he he he.

Selepas melawat bilik-bilik pelacuran tersebut saya dikenalkan dengan Mami. beliau agak berumur tetapi tetap vouge. mami tu ketua pelacur rupanya. Mami tu mesra dan baik, siap berbaju kurung lagi. 

 I'm gonna treat you so nice, you're never gonna let me go...he he he

Dan selepas itu saya keluar dan duduk jauh sikit daripada lorong tersebut, menyandar di kereta. Saya nak lihat muka lelaki yang macam mana yang datang dan sanggup mendapatkan khidmat pelacur tersebut. Dan hasilnya dapat saya katakan, muka macam kitalah. Bukannnya muka yang buruk atau tua. Ada yang hondsome, ada yang tua dan muda. Sama je macam kita. Tak ada pun yang berlubang mukanya. Haa...

Semasa saya sedang leka memerhati, tiba-tiba saya melihat 4 orang pemuda india meluru keluar dari sebuah bilik, diikuti dengan seorang wanita hanya bercoli dan berseluar dalam mengejar lelaki-lelaki tersebut. Hingga hari ini masih jelas di ingatan raut wajah perempuan itu, tidaklah cantik sangat tetapi kira dalam katogeri C+, ada rupa. Rupanya dia mengejar seorang lelaki yang tidak mahu membayar perkhidmatannya. Ya allah!

Perempuan tersebut menjerit `Nak konkek je RM5 pun tak nak bayar’. Kesian saya tengok perempuan tersebut, dia ditenteramkan oleh kawan-kawannya yang juga pelacur. Saya tanya kawan saya konkek itu apa? Dan setelah kawan saya menjelaskan maknanya, saya rasa menyesal pulak tanya, he he he.

Betapa susah ya nak dapatkan RM5. Tetapi dia mungkin boleh cari kerja lain. Entahlah saya pun tidak mahu fikir banyak kerana saya tak ada ilmu dalam kehidupan sebegini, tak mahulah jadi macam orang di sekeliling saya yang terus jijik bila dengar perkataan  pelacur.

Saja interframe, jangan marah... (gambar zaman UM, naik bas Mini no 12)

Kawan saya beritahu pelacur ni ada beberapa kelas/katogeri. Iaitu kelas atasan, pertengahan dan bawahan. Dan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan mereka pun berbeza mengikut kelompok kedudukan mereka. Kalau dah bergelar datuk tak kan nak guna yang bawahan. Tetapi jika datuk mereka mungkin simpan sebagai perempuan simpanan tetap. Sediakan rumah, kereta bagai.

Penulisan mengenai pelacur ni dah jadi panjang pulak. Pada hal asasnya saya nak cerita novel Salina tu. Tak apalah… rupanya kesan membaca novel tersebut memberi penukaran atau transformasi bagaimana saya melihat seorang pelacur. 

Antara kesimpulan yang saya dapat seorang perempuan itu tidak perlulah menjadi pelacur,  untuk menjadi jijik, seorang ustadzah pun berupaya menjadi jijik jika salah gaya dan perilaku kehidupannya.

Sekian, selamat membaca.


Abang Jan: Novel salina ni memang mengenai dunia pelacur tetapi bukan ditulis bernada lucah atau erotik, kalau harap nak stim tak perlulah baca buku ni. Kan hampa nanti…

* Posting yang saya edit semula...

Tuesday, July 26, 2016

Kisah baiki gigi dan baiki hidup..




Semalam semasa saya sibuk mengemas album-album gambar, saya terpandang sekeping gambar lama semasa saya belajar di tahun dua di Universiti Malaya (1992).

Pada masa tersebut saya aturkan gigi saya. saya baiki barisannya. Saya baiki gigi saya dua kali, semasa di sekolah menengah sekali dan buat semula semasa di universiti sebab gigi saya terkeluar semula.. Tetapi saya bukan nak bercerita mengapa saya baiki gigi (pakai pendakap gigi) saya yang jongang tersebut...

Cuma saya nak cerita apabila terpandang gambar tersebut saya terus terfikir:

"Alangkah senangnya kalau kita dapat baiki hidup kita macam kita baiki gigi kita..."

Dengan umur 46 tahun, saya telah melalui zaman remaja yang seronok. Alhamdulillah. Amat seronok sebenarnya. Dan keseronokan itu semakin pudar bila bertambah dewasa kerana bertambah kewajipan pada sekeliling.

Apabila dewasa kehidupan kita bukan lagi berkisah kepada kita sahaja. melalui usia kita tahu kita harus beri sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Bukan lagi semuanya bertumpukan kepada kita. Kita ada banyak tanggungjawab sehingga kadang-kadang kita lupa diri.

Maksud `lupa diri' ialah kita lupa beri nafas baru kepada kehidupan kita, kita lupa belai dan hargai diri kita. Sebab itulah sekali sekala saya guna konsep `aku yang bukan aku' sebab aku nak buat perkara yang aku tak biasa buat...he he he

Sebab itu kadang-kadang kita kena buat perkara yang kita tidak biasa buat...supaya kita rasa hidup semula. Beri cas tenaga.

Mengenai baiki hidup, bukanlah semua kita dapat baikinya. Ada yang rosak memang tak dapat diganti. Ada yang hilang memang tak dapat dicari ganti... yang tumbuh tak sama dan lain-lain lagi. Cuma kita boleh baiki pegangan kita, perinsip kita atau bagaimana kita seharusnya hidup (buang tabiat lama yang negatif).

Walaupun peluang untuk elok tidaklah 100% tetapi eloklah kita membaikinya... Kita boleh baiki hidup agar jadi lebih indah dan seronok..

Sekian...

Malas tahap mega...: Kisah penutup botol dan kain yang bertimbun

Pernah atau tidak rasa sangat malas?

Semalam ketika di dapur, ketika saya buka penutup botol Jus Lega, penutup botol tersebut terpelenting jatuh ke simen...

Saya buat tak tahu sahaja, lepas saya teguk dua sudu jus tersebut, saya simpan balik botol tersebut dalam peti ais dan terus keluar dari dapur. Saya tidak hiraukan penutup botol tersebut yang jatuh tepi mesen basuh. (he he he)

Saya terus ke ruang tamu dan rebahkan diri di sofa. Saya buka HBO tetapi fikiran saya melayang jauh... Saya berfikir saya sudah sangat malas tahap mega kerana saya sepatutnya kutip balik penutup botol tersebut... he he he.

Pernah tak pembaca rasa malas seperti saya? (jangan tipu yea..he he)

Saya pandang di penjuru sofa L saya (kena cerita ke sofa L atau sofa X, W, Y, Z?) ada setimbung kain yang telah dicuci tetapi gagal saya lipatkannya... Saya terus berfikir saya tidak perlu banyak pakaian. He he he.

Emm...pemalasnya aku....mengapa yea?



Image result for lazy life

Monday, July 25, 2016

...accept yourself, your life, and your reality


"Sebab apa akak bercerai" Saya memberanikan diri bertanya kawan saya yang sedang enak makan nasi kerabu. Mulanya dia nak makan nasi minyak, bila tak ada nasik minyak di kedai tersebut terus dia pilih nasi kerabu. Saya pula ambik sedikit mee hung. Saya diet.

"Saya tak ada ovari..." Kawan saya berhenti makan sebentar, dia memandang muka saya. Dan terus menyuap semula.

"Ovari itu apa?" Saya buat-buat bodoh, saya bertanya sambil menyuapkan mee hung ke mulut saya. Sejak dah tak sentuh nasi, sekarang mee hung seolah-olah makanan asasi saya..

"Saya tak ada peranakan...saya tak boleh beranak" Jawab kawan saya. Dia berhenti menyuap dan menoleh lesu ke muka saya. Saya terus buat-buat minum air...rasa bersalah pulak bila lihat muka dia begitu.

"Jadi suami akak ceraikan awak? laju jea mulut saya tanya seolah tak sayang mulut. Seolah wartawan cari berita. Nak rating tinggi.

" Tak... saya yang minta undur diri sebab saya tak dapat lahirkan anak, biar dia kawin lain.... Lepas kawin baru akak tahu tak boleh beranak. Jadi kami bercerai lepas tiga tahun kawin...... Akak tak fikir ada lelaki yang mahu kawin dengan orang tak ada anak. Jadi akak tak pernah kawin lagi lepas tu..." Jawap kawan saya yang nampak muda walaupun dah 50an...

Saya fikir mungkin dia nampak muda sebab tak jadi kilang anak...dan tak serabut perut dengan laki dan anak-anak. He he he.

"Mengapa tak bermadu jea?" Lancang kuning sungguh mulut berus saya, bertubi soalan sensitif saya tanya.

"Akak rasa akak akan lebih `sakit' bila lihat dia nanti bersama keluarga baru... Akak yang `sakit' ni bertambah pulak sakit melihat kebahgiaan orang yang kita sayangi...Ah tak apalah man, akak okey jea.."

Saya tertanya-tanya dalam hati, adakah ada orang boleh hidup dengan kita, sayangi kita dan menerima ketidakberdayaan kita. Kekurangan kita...

Saya terus cerita kisah saya...kisah nasib malang saya dalam dunia percintaan. Kawan saya tersebut berkata...

"Man, accept yourself, your life, and your reality...baru kita boleh bahagia..."



Image result for sukiman menulis sakit


Saya dan kebodohan...


Zaman mahasiswa...


Melalui masa saya semakin sedar saya bukanlah pelajar yang pandai. Saya mungkin antara pelajar yang pandai (senang memahami) di peringkat sekolah tetapi bukannya universiti. Saya ketahui dan sedar akan hal ini pada bulan pertama belajar di universiti.

Oleh itu saya belajar dengan tekun di universiti. Walaupun pada masa tersebut saya tidak tahu `pelajaran' akan membawa saya ke arah mana, saya terus tekun. Tidak pernah saya belajar sebegitu tekun dalam hidup saya.

Namun sekali lagi saya dapati saya tidaklah pandai...saya gagal mendapat kelas pertama. 

Masa berlalu...dan ditakdirkan saya menjadi tenaga pengajar. dan apabila saya menjadi tenaga pengajar saya dapati pelajar saya tidak seperti saya. Puratanya tidak bersungguh-sungguh. Ada yang bersungguh tetapi ramai yang lebih tidak bersungguh-sungguh.

Saya tidak tahu mengapa ini terjadi dengan dalamnya. Mungkin salah sistem atau mungkin salah kita sendiri.

Dahulu saya belajar bersungguh-sungguh kerana saya tahu saya bodoh...

Sebab kita rasa kita tak cantiklah kita hias diri, sebab kita rasa kita gemuklah kita diet...
Sebab kita rasa kita bodohlah kita belajar...

Friday, July 22, 2016

Best sangat hidup dalam mimpi...!

Dapat bergambar bersama peminat! He he he



Dan bila mentari datang...pulanglah segala kenyataan...hu hu hu..

Wednesday, July 20, 2016

Dalam persahabatan tiada perpisahan...




"Dalam persahabatan tiada perpisahan..."


1. Rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita sebenarnya terlalu banyak, tidak terhitung datangnya...

2. Begitulah saya tanam pada fikiran saya apabila saya rasa `give up' dalam hidup. Bila saya rasa lesu dan menyampah dengan kehidupan saya, saya menyakinkan diri rahmat Allah banyak.

3.  Salah satunya rezeki dapat kawan yang baik.

4. Hujung minggu lalu ada tiga peristiwa menarik berlaku. Pertama saya dapat wasap dari kawan saya yang dia akhirnya kawin, kedua saya dapat wasap dari sahabat saya Lokman dan ketiga saya dapat wasap mengenai rancangan mahu mengadakan Mini Poklak di rumah saya.

5. Salah seorang sahabat saya ialah Lokman Hakim. Kami mula berkawan di Pekan.

6. Di sini saya paparkan gambar lama kami yang ketika itu muda belia...pose maut.


Bersama Azman (yang duduk)


Image result for sukiman menulis lokman
Bersama Azman (memegang dagu) dan Ben (baju hitam memegang...)

Image result for sukiman menulis lokman
Tepi Sungai Bandar Pekan

Image result for sukiman menulis lokman
Putrajaya

Image result for sukiman menulis lokman
Rumah sewa Maulana


Image result for sukiman menulis lokman
Rumah Lokman

Image result for sukiman menulis lokman
Kolej Shahputra Pekan.

7. Persahabatn yang terjalin tersebut terus berpanjangan merentasi masa.

7 (i). Tidak seperti percintaan-percintaan saya yang akhirnya hancur lebur...(berpisah dan meraung kat tepi jalan, tengah hujan dan di mana mana sesuai), rezeki hubungan dalam persahabatan kekal abadi merentasi masa...

8. Walaupun sudah tidak serumah, berpisah jauh dari kehidupan lama, kami tidak pernah berpisah persahabatan.

9. Entah siapa mati dulu...?

10. He he he...

Monday, July 18, 2016

Mini Poklak Raya 2016

HATI saya berbunga wangi dan gembira kerana pada minggu lepas rumah saya telah dijadikan lokasi bagi satu mini poklak raya. Mereka ini adalah kawan-kawan saya dari majikan saya yang terdahulu (Kolej Shahputra). Kami sudah berkawan selama lebih 15 tahun rupanya.

KALAU ikut masa dan keadaan, memang tidak sempat bagi kami beraya ke rumah masing-masing. Dan kalau rancang beria-ia ianya selalu tidak jadi... maka apabila ada kawan-kawan saya tanya nak buat tak poklak raya?, terus saya setuju.

Saya tidak buat rumah terbuka raya. Sebabnya mudah, saya seorang diri sahaja dan jadual saya ketat mengalahkan artis muda yang baru galak nak naik. Alhamdulillah saya hanya perlu menyediakan rumah sahaja. He he.


Ada juga kawan-kawan yang tidak dapat datang. Ada urusan dan sebagainya. Insyallah lain kali dapat berjumpa. Mengucap raya dan saling bermaafan... Kami memang jarang sangat bertemu, dulu tiap-tiap hari bertemu, bekerja bersama. Bergaduh bersama, he he he.

Saya sempat menyohol koleksi pyrex saya, yang saya sayangi.

Rumah saya tiada peti ais, (saya sudah beri ke orang yang lebih memerlukan dari saya. Dan ayah saya kata kerana saya hadiahkan peti ais itulah tuhan sembuhkan dia dan dia boleh bangun berjalan semula. Ayah saya percaya sesuatu seperti ini. Ayah percaya kepada keajaiban...) dengan ketiadaan peti ais ini segalanya harus dilakukan dengan cepat.


Din merenung jauh keluar rumah, Apis merenung TV.

Rumah saya tidak lengkap sebab tidak diduduki dengan sebenar-benarnya. Maka banyak kekurangannya. Contoh kawan-kawan sayalah yang tolong tajamkan pisau saya yang tumpul dan sebagainya. Dan bayangkan sinki saya juga tak dapat digunakan jadi kami berpanas tepi rumah basuh apa yang patut. Saya rasa bersalah pula.

Saya nekad akan baiki sink dan beli peti ais baru (yang lebih besar nanti dari peti ais lama). Sebenarnya saya sudah jumpa model yang berkenan tapi warna kelabu. Saya mahu yang berwarna merah. Pulak dah. Pernah jumpa warna merah tapi jenama pula saya tidak berkenan...

Baru saya sedar gazebo saya kecil...

Saya rasa gembira sebab ramai juga dapat hadir walaupun sibuk...

Kawan-kawan saya dan anak-anak mereka

Kak Z siap bawa hidangan masakan kampung, siap dengan sambal tempoyak, gulai ikan patin, ikan bilis goreng dan petai. Dan paling mengharukan ada juga nasi.

Proses membuat cup cake bermula

Selain daripada makanan yang dibawa oleh kawan-kawan. Kawan-kawan saya juga memasak mee goreng kasar dan mee goreng halus. Sudah lama dapur saya tak berasap sebab saya tidak memasak sejak saya rasa tidak ada banyak waktu.

Wa dan Ida siap masak cup cake lagi. Maknanya adalah juga proses memasak kek di dapur saya. Seingat saya sudah sepuluh tahun saya tidak buat kek. Pandai sungguh mereka buat sehingga ada yang agak `coklat' sikit warnanya. Mereka bawa oven pembakar kueh. Masa itu saya tak dapat tolong sebab saya buat-buat sibuk. he he he.

sekali lagi pyrek saya, jangan marah...
Hidup ini sebenarnya amat singkat. Dan biasanya kita menyedarinya apabila kita sudah tua. Jadi baguslah kita mulai sedar awal dan mewarnainya. Kawan-kawan adalah rezeki. Selain dari keluarga, merekalah yang mendoakan kita.

Perjalanan kita itu haruslah kita warnai...ya hidup tidak selalunya indah tapi hidup juga tidak selalunya perit...kan?


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home