Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, October 29, 2015

13 Mei dan 13 Julai...

Biasanya saya mengelak untuk membicarakan isu yang berat di luar waktu akademik saya. Kerana di dalam kelas akademik isu yang ditimbulkan tidak pernah semacam ada jalan penyelesaiannya. Ia kelihatan maha hebat. Seolah tiada penghujungnya. Pun begitu kami biasanya hanya membincangkan buruk-baiknya mengenai satu isu dan ianya akan habis di situ sahaja. Kerana tindakan selanjutnya bukanlah dari golongan kami. Kami membuka minda mahasiswa.

Kepelbagaian pendidikan bukannya suatu yang terbaik. Isu yang parah besarnya bermula dari satu titik yang kecil. Hakikatnya di Malaysia ideologi rakyatnya diasuh dengan tiga kelpelbagaian pendidikan. Melayu-melayu, Cina-Cina dan India-India. 

Seolah tiada pihak yang buka mata dan berani berkata mengenainya. Apa yang akan terjadi jika perpaduan tidak segera dijadikan teras utama. Untuk berpadu kita mestilah mempunyai banyak persamaan teras dan setidaknya pada mulanya memahami perlunya persamaan jatidiri dalam aspek kenegaraan.

Bukan sahaja jurang ekonomi antara kaum semakin melebar, tetapi juga jurang perpaduan. Dan segalanya membawa kepada `duduk tak sama rendah, berdiri tak sama tinggi'.

Kepelbagaian sistem pendidikan tidak banyak menolong kita selama ini... Kan?


Punch Card - Sudirman

Lirik Lagu Punch Card - Sudirman

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Masuk bilik mandi, capai tuala, berus gigi
Siram serba ringkas semua kerja mesti pantas

Pakai apa saja yang tercapai oleh tangan
Di hadapan cermin jangan lagi nak berangan
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch Card, o cepat X 4

Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku

Punch Card, o cepat X 4

*

Dulu biasa lewat tapi kini kena cepat
Bangun mesti awal tak ‘da masa nak berkhayal
Bersolek ala kadar asal kemas boleh saja
Bukan nak melaram kita cuma nak bekerja

Punch Card, o cepat X 4

Di jalanraya ramai orang berpusu-pusu
Ingin ke pejabat ikut tepat pada waktu
Makan tengah hari bila saja sampai waktu
Selesai bekerja kita pulang empat suku

Punch Card, o cepat X 4



Wednesday, October 28, 2015

Saya setuju dengan Datuk Sheila Majid


Sheila Majid Anggap Remaja Sekarang Tiada Adab

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 5:45 AM

Sheila Majid
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ratu jaz negara, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa terkilan dengan sikap muda-mudi yang kini tiada adab dan tatasusila sebagai seorang masyarakat Timur.
Sheila atau nama sebenarnya Shaheila  Abdul Majid, 50, berkata sekiranya adab tidak ditanam, lebih ramai golongan generasi Y  tidak tahu erti sopan santun dan seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah tatasusila serta pergaulan.

"Apa yang saya nampak, sikap golongan remaja yang begitu terbuka sehingga lupa untuk menghormati orang lain perlu dibendung sebelum ia semakin menjadi-jadi.

"Saya sendiri pernah ditegur dengan beberapa remaja dengan cara yang sangat tidak sopan di mana mereka melihat cara teguran 'sempoi' dan 'cool'.

"Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam menyalurkan didikan dan asuhan kepada anak-anak supaya mengenal erti sopan santun.

"Sekarang ini, bukan sahaja ibu-bapa yang perlu peka tentang perkara ini, tetapi juga golongan pendidik dan kerajaan," tegasnya kepada mStar Online.

Ulasan saya,
Bukan semua tetapi sudah bercambah bertambah banyak. Kadang-kadang rasa hairan jugak sebab mereka macam tak ada mak bapak yang membesarkannya. 
Pengalaman saya mengajar juga begitu, ada pelajar yang sangat tidak beradat bila bercakap dengan pensyarah. Dengan ilmu yang ciput sudah bangga gila...alahai.
Kata seorang kawan saya semasa beliau bekerja di Universiti Uitiaim (Nama universiti samaran), dia terpaksa berebut dengan pelajar apabila mahu naik lif. Dia dan kawannya juga pensyarah terpaksa terhimpit ke belakang dalam lif.
Dan katanya kepada saya "Mang, masa kami belajar dulu, kalau pensyarah-pensyarah menggunakan lif, kami tak naik lif pun dengan mereka. Kami biarkan pensyarah kami dan kawan-kawannya naik dahulu..."
Saya tersenyum. Kambing.

Saya kehilangan... kad perakam waktu

Apa itu kad perakam waktu? Mengapa majikan perlu adakan kad perakam waktu? Siapakah yang mula-mula popularkan kad perakam waktu? Siapakah penyanyi yang ada lagu `punch card"?

Sila jawab sendiri...he he.

Semasa saya menjadi guru dahulu tiada punch card, bila datang kerja kita hanya perlu menulis nama dan catatkan waktu kita datang kerja di pejabat dan saya terus ke bilik guru.

Selepas itu barulah muncul dalam hidup saya perakan waktu yang ada kad kita di letakan di tepi mesen perakan waktu yang akan `ketip' kad kita. Dan kita kena letak balik ke tempat yang disediakan. Tidak perlu dibawa balik. jangan terbawa balik.

Image result for kad perakam waktu
Lama punya...
Dan seterusnya memang kad plastik yang kita tak perlu diketip tetapi kita layangkan mengikut gaya masing-masing. Kita layangkan di sensor yang disediakan yang baisanya di letakan di luar pintu pejabat kita.

Sebelum ini saya tidak pernah hilang `punch card', saya letak di dalam dompet saya. Kalau saya hilang dompet, baru saya hilang punch card dan segalanya. Dan saya hanya hilang dompet dalam setengah jam sahaja paling lama...

Senang letak dalam dompet. Saya hanya perlu keluarkan dompet dari poket seluar dan layang di papan yang disediakan di luar pejabat. Dan ada kalanya jika tiada orang, saya cuma perlu menonggek ala Ziana Zain sikit dan halakan tonggekan saya ke sensor tersebut. Mudah. Biarlah CCTV tengok pun...he he.

Kaum hawa pula biasanya mereka letakan punch card dalam beg tangan. Mereka perlu hayunkan beg tangan mereka ke sensor tersebut. di dinding luar pejabat. Dan ada juga jenis suka buat punch card macam rantai, pakai di leher...

Nak dijadikan cerita, punch card saya selalu patah di dalam dompet. Entah kenapa saya tidak tahu. Mungkin dengan badan yang besar ini apabila saya duduk, kad tersebut patah (atau mungkin kad tersebut jenis murah, heheh). Jadi saya gunakan punch card gantung bertali di leher.

Dan bila guna kaedah ini punch card saya selalu hilang. Bayangkan pagi-pagi nak cari cermin mata lagi, kunci kerata lagi, handpon lagi...dan kini punch card lagi. Tolong jangan tanya kenapa tidak letak setempat. He he he.

Saya tidak tahu di mana letaknya punch card tersebut. Dulu hilang ada di bawah kusyen kereta. Ada juga saya jumpa di dalam lipatan buku, dalam kereta kawan, dalam bilik kawan dan lain-lain. He he. Semalam saya ke gerai makanan untuk menanyakan adakah saya tertinggal di kedai mereka.

 Puas sudah saya mencari kad tersebut tidak jumpa. Semalam saya ke tempat kerja tanpa mengetip kad perakam waktu. Jadi saya rasa hari ini saya nak buat yang baru. Terbang RM15 sebab kecuaian saya. Tak apalah saya hilang duit dan terima sebagai hukuman sebab saya tak nak pening dah cari kad.

Oh Kad kau di mana?

Kalau macam ni tentu mudah

Tuesday, October 27, 2015

Susahnya nak jadi orang miskin...senangnya nak jadi orang tak cukup duit...

Kalau difikir cetek-cetek, susah juga kita nak tergolong kepada katogeri kelompok miskin. Pertamanya kena harus tak ada ilmu, atau tak ada kemahiran. Dan kata seorang kawan saya kita mesti jadi pemalas dan tidak imiginatif... Supaya kita tidak ada tempat berlindung, tiada pakaian dan makanan.

Susah kan? Sebab kita ni suka belajar dan cari kemahiran. Kita pulak jenis yang tidak boleh duduk diam, ada saja nak buat kerja. Dan kita ni pulak kuat berimiginatif. Pantang nampak benda baru kita kagum dan mahu memilikinya...mengetahuinya...

Definasi kemiskinan adalah merujuk kepada individu yang pendapatan isirumah mereka tidak mencukupi untuk membeli makanan dan pakaian dan mereka ini tiada tempat perlindungan. Tidak ada Astro atau handpon bukanlah miskin. Duduk di rumah sewa bukan bermakna mereka tergolong dalam kumpulan miskin...

Tetapi alangkah senangnya nak jadi golongan orang yang tidak cukup duit. Senang sangat. He he he. Tersangat senang. Caranya?

Kalau kita tidak mampu pakai kereta Honda, kita beli. He he he... Sambil-sambil itu selalulah bertukar handphone...sport ring, bla-bla bala, bercuti luar negara...

Dah nampak perbezaannya?

Haaa....






Perkara yang lebih penting daripada Budget 2016

Kata seorang sahabat saya apabila kita berkahwin hampir 100% keputusan yang kita akan buat, dipengaruhi oleh faktor kewangan. Beliau siap berikan contoh lagi, katanya begitu jugalah keputusan kita nak balik kampung berapa kali dalam beberapa situasi dalam setahun. Saya tidak faham sangat apa yang dia cakapkan namun saya faham apa yang ingin dia utarakan.

Wang sangat penting. Sehingga ramai yang berani kata tiada wang tiada bahagia. Haaa... Dan sebenarnya golongan tidak berkahwin juga membuat keputusan berdasarkan faktor kewangan.

Bila kawan-kawan saya bertanya pasal Budget 2016, saya rasa banyak perkara lain lagi yang penting darisegi ekonomi. Perkara yang paling penting dan paling maha payah mega untuk dilaksanakan ilah merubah perilaku isirumah terhadap penggunaan (C), dan bandingannya dengan pendapatan (I).

Mengapa perilaku isirumah mesti berubah dan apa kaitannya dengan keteguhan ekonomi negara? Sejauhmanakah adanya kaitan di antara perilaku isirumah dalam berbelanja ke atas kemakmuran negara yang kemudiannya pergi semula kepada kemakmuran rakyat? (25 markah).

Bagaimana mahu mendidik rakyat supaya pandai berbelanja? Bagaimana mahu mendidik rakyat supaya rajin bekerja, rajin berbelanja?

Sebenarnya itulah tugas kerajaan, bukan hanya memberi kesenangan/kelonggaran ekonomi (yang saya rasa bukanlah dihargai sangat pun oleh masyarakat Malasyia yang materialistik ini, he he)... 

Saya mungkin silap. Namun saya tidaklah silap besar. Di sekeliling saya banyak kesalahan berberlanja berlaku... termasuklah yang dilakukan oleh saya... Cuma saya tidaklah  menyalak bukit...

He he he...







Perasaan bercampur-campur Budget 2016

Kawan-kawan asyik bertanya mengenai pandangan saya mengenai budget 2016.

Ya, saya mengikuti pembentangan budget itu dari awal hingga akhir. Dan secara peribadi, kehidupan saya tidak terkesan sangat daripadanya. Saya tidak memiliki anak, saya bukan penerima BRIM, saya juga bukan penjawat awam. 

Namun kadang-kadang saya juga tidak cukup duit...he he he. Saya tidak cukup duit kerana kehendak saya tinggi. Dan saya tidak cekap menjalankan perancangan kewangan peribadi. saya mengaku...

Maka adalah perlu diasingkan antara pendapat peribadi saya yang `peribadi' dan pendapat saya mengenai pakej rangsangan yang ada pada budget dan kesannya secara keseluruhan.

Kerajaan wajib menolong orang miskin. Sediakan rumah untuk mereka (ukur baju badan sendiri, bukan laaa rumah mesti besar), makanan dan pakaian (suasana ekonomi yang baik agar mereka dapat mencari makanan dan pakaian).

Di Malaysia tidak ramai yang miskin, apatah lagi miskin tegar. Yang ramainya ialah orang yang `tidak cukup duit'. Mereka tidak mampu penuhi kehendak yang tidak sepadan dengan badan.Mereka pakai Honda walaupun tidak mampu. Dan ramai yang pakai kereta walaupun mereka tidak mampu. Kalau tak percaya tanya CAP.

Kalau nak salahkan kerajaan semata-mata (cari jalan senang) tidaklah tepat sebab apa yang kita buat tahun ini untuk bantu keluarga kita? Dan apa yang kita perlu buat untuk bantu keluarga kita tahun depan?

Perasaan saya juga bercampur-campur. Maksud saya saya tidak menyokong BRIM jika ini adalah untuk jangka panjang. Kalau jangka pendek mungkin bagus...

Namun sesuatu yang biasa kita dapat, sukar nak kita lepaskan... begitu juga cara hidup dan cara berfikir...

Monday, October 26, 2015

Yaladan...





Tinggilah tinggi terbang tinggi
akhirnya jatuh 
Ya Allah yaladan yaladan yaladan
akhirnya jatuh ke tanah juga
janganlah kita meninggi diri
akhirnya jatuh 
Ya Allah yaladan yaladan yaladan
akhirnya jatuh ke bawah juga

Jangan diturut resmi lalang
baik diturut 
Ya Allah yaladan yaladan yaladan
baik diturut resmi padi
meninggi diri dibenci orang
budi bahasa 
Ya Allah yaladan yaladan yaladan
budi bahasa itu dicari

Baik-baik pegang kemudi
janganlah sampai 
Ya Allah yaladan yaladan yaladan
janganlah sampai terlanggar karang
baik baik kita berbudi
janganlah sampai 
Ya Allah yaladan yaladan yaladan
janganlah sampai dikata orang

Monday, October 19, 2015

Can You Slow Down Aging?

Beauty may be only skin-deep, but aging goes all the way down into our very cells. That, at least, has been the consensus of scientists studying the reasons we all grow older. But now two groundbreaking studies hint at radical new ways in which we might slow down and even stop the march of time.

​Restoring Youth

Can You Slow Down Aging?© Mondadori Photo Can You Slow Down Aging?

The problem begins with the fact that our cells, like our selves, have a finite life span. After dividing about 50 times, many types of cells reach what's called the Hayflick limit, where they simply run out of gas and quit multiplying. This, it's long been thought, is why we lose our youthful ability to regenerate and heal: Things sag, bag, and go kaput.

But more recently scientists have realized that the real problem is what those cells do after they're done dividing. At that point, they can enter a so-called senescent state, where they're basically retired but not dead. Rather than just sit there quietly, however, senescent cells can spew out a toxic brew of inflammatory factors that poisons the cells around them, like the ultimate bad neighbors. Some researchers believe they could be partly responsible for some of the worst aspects of aging-everything from cataracts to cancer.

"Senescent cells are clearly bad and clearly contribute to the aging process," says Laura Niedernhofer, a DNA researcher at the Scripps Institute in Jupiter, Florida. "So there's been a race to find drugs that can target them."

In March, that race took a huge leap forward. A study co-authored by Niedernhofer showed that two relatively well-known compounds appeared to kill senescent cells in mice while leaving normal cells intact. Previously, senescent cells had been thought to be hard to isolate and purge. But in mice whose muscles had been prematurely aged by radiation, the combination was shown to restore their youthful spring. Elderly mice on the same treatment experienced improved heart function. Even better, both compounds have already been cleared for other uses: Dasatinib is an FDA-approved leukemia drug, and quercetin is a common antioxidant flavonoid sold as a supplement that is found in, among other things, cilantro, onions, capers, and, of course, kale.

In other studies, zapping senescent cells has also been shown to stem the loss of subcutaneous fat, a "good" kind of fat that makes skin appear smooth but that we lose with age. "We hope that clearing senescent cells will have widespread health benefits," says Judith Campisi, a cell and molecular biologist at the Buck Institute for Research on Aging in Marin County, California, who has studied cell senescence for more than two decades. According to Cam pisi, those benefits may include preventing atherosclerosis, osteoarthritis, some cancers, and Parkinson's disease-and several other senescent-clearing drugs are being studied.

Clinical trials are already being planned for the dasatinib–quercetin combination, but study senior author James Kirkland, director of the Robert and Arlene Kogod Center on Aging at the Mayo Clinic in Rochester, Minnesota, warns that it's too soon for people to use them. "I think it's really dangerous for people to take these drugs before we know what all the side effects could be," he says.

​Exercise in a pill?

Another trouble spot in our cells is the mitochondria, the tiny cellular energy plants that convert nutrients to fuel. As we get older, mitochondria lose their ability to function-perhaps contributing to cell senescence-but scientists have long noted that exercising seems to help keep them in tune. A team at the University of Southern California Leonard Davis School of Gerontology identified a peptide produced in the mitochondria that appears to mimic many of the benefits of exercise, such as improved metabolism and increased insulin sensitivity; mice who were injected did not become obese, despite eating all they wanted.

"It acts like exercise; that's very clear," says study senior author Pinchas Cohen of the peptide, called MOTS-c. "It increases energy expenditure, which is what we measured." MOTS-c is one of four mitochondrial peptides being researched by CohBar, a biotechnology company cofounded by Cohen. But, he cautions, any "exercise pill" is at least five years away-which means you still have to hit the gym, for now.

This article originally appeared in the October 2015 issue of Harper's BAZAAR. 

Sunday, October 18, 2015

Saya melawat Siwok di Hospital Pekan, Pahang

Seorang kawan saya telah lama masuk wad di Hospital Kuantan, namun baru hujung minggu saya berkesempatan melawatnya di Hospital Pekan... (Beliau menukar wad). 

Kesibukan berkerja  membuatkan saya tidak dapat melawat beliau lebih awal. Asyik tertangguh sahaja. 

Alhamdulilah sekarang beliau sudah sedar dan kami sempat berbuat. Khabarnya hampir seminggu  juga beliau ditidaksedarkan diri oleh doktor atas sebab-sebab keselamatan rawatan.

Kawan saya ini namanya Nizam dan nama popularnya Siwok. Seperti saya, beliau bujang.

Ketika saya masuk biliknya, beliau terus mengenali saya dan memanggil nama saya `Sukiman...'. Walaupun saya gemuk dan bulat, saya masih dikenali rupanya. Dah bertahun rasanya saya tidak berjumpa dengannya. Beliau adalah rakan sekerja saya semasa saya bekerja di Kolej Shahputra. Dari Pekan hinggalah ke Shahputra berpindah ke Kuantan.


Saya dan Nizam di Kolej Shahputra



Seperti saya juga, beliau adalah pensyarah mata pelajaran Ekonomi.


Semoga Nizam sihat selalu, amin.


Beliau adalah seorang yang suka bercakap. Periang dan cergas. 

Semasa di Kolej Shahputra dulu, selalu juga beliau ke meja saya dan buat lawak atau teka teki. Kadang-kadang saya faham lawaknya, kadang-kadang kalau bolot saya tak faham. Beliaulah orang pertama yang berteka teki dengan saya pasal kereta dan pengantin, beliau menanyakan saya apakah berbezaannya antara kereta baru dengan pengantin baru?

Saya jawap pengantin baru beli kereta, kereta baru sebab berkahwin, tak kan kereta lama. Jawapan saya salah.

Saya pergi lawat beliau dengan Adnan. Semasa Adnan bercakap dengan Siwok di dalam bilik khas itu, saya terawangan berfikir apakah nasib saya jika saya sakit... Maksud saya siapa yang nak ambik peduli. Saya insaf sekejap.

Semasa keluar dari lobi hospital, saya beritahu Adnan regim diet saya, saya akan mula pada bulan 12 bukannya bulan satu tahun depan. Saya mahu jaga kesihatan sebab saya seorang diri di Muadzam ini...

Saya siap beritahu Adnan saya nak makan KFC puas-puas. He he.



Setelah balik dari hospital saya dan Adnan ke Homestay Kak Sal. Gambar di atas saya sedang bergaya dengan papan tanda. Nama 79 itu sebab RM79 semalaman. Saya dah lihat tempatnya. Wah cantik... Selesa.

Terletak di tepi pantai, kalau nak tahu lebih lanjut talipon nombar yang tertera dlm gambar di atas...

Selepas itu saya ke kedai kawan saya Zahari. Namun saya pergi dengan keadaan kenyang. Saya berazam nak gi lagi dengan keadaan kelaparan...

Stop dulu...

Friday, October 16, 2015

Tahniah untuk Zurina Hassan

Sasterawan Negara kita yang ke 13


Ingatan Pada Suatu Kasih Yang Tak Jadi


Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir
Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu
Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.


Abang Jan: Sajak di atas pernah menemani saya pada hari-hari sukar saya, menempuhi dunia dengan tabah... Sebuah sajak boleh memberi kekuatan...

Saya juga gemar mencipta sajak/puisi. Namun tidaklah sehebat mana. Saya tidak pandai... Tetapi saya terus menulis sajak.

Sajak terbaru saya, saya tulis 2 malam lepas... Saya turunkan di sini... Tajuk dia `Air Mata Abang...'. 


Air mata Abang 


Air mata Abang, menjadi ubat
Menahan duka dari terus meresap

Air mata Abang, menjadi sahabat
Menutralkan rasa dari pedih tersumbat

Pada beberapa kelmarin
Abang mengesatnya dengan lengan baju
Hilang titik-titik basah bukan titik-titik pilu
(namun dendam masih berbuku)

Air mata Abang, kekadang menjadi racun
yang mematikan suka, senyum dan ria...

Air mata Abang, menjadi teman
menyuluh laluan sepanjang  jalan

Berhenti air mata, berhentiklah Abang, dan
berhenti Abang, berhentilah air mata...

Air mata Abang, air mata telaganya dari adik...

Saya nyanyi lagu Anuar Zain, Anuar Zain nyanyi lagu Sharifah Aini...





Saya amat minat lagu-lagu Sharifah Aini, kalau saya bawak kereta, saya selalu nyanyikannya. Kadang-kadang saya pegang botol mineral kononnya mikropong. Bahaya kan?

Lagu Sharifah Aini yang biasa saya bawak adalah lagu `Tiada Maaf Bagimu', lagu ini senang dibawa berbanding dengan lagu `Seribu Mawar'. Namun saya tidak pernah menyanyikannya secara karaoke. Seingat saya tidak pernah.

Bagi saya tiada lagu perempuan atau lagu lelaki. Lagu mewakili perasaan. Cuma kita kenalah bawa dengan cara kita sendiri.. Orang lelaki boleh bawa lagu `Tiada maaf bagimu' atau `Someone like you'... Saya nyanyi lagu ~Tiada maaf bagimu' dengan cara dan gaya saya sendiri...

Saya sangat jarang berkaraoke, saya tahu suara saya tahap tidak sedap dengar. Namun jika saya berkaraoke saya selalu pilih lagu Anuar Zain. Sebabnya saya berpendapat lagunya boleh dinyayikan walaupun suara kita tidak sedap (merdu).


In a blink of an eye your life passes you by...:Part 2



Kalau abang seorang perempuan, abang tentu jatuh cinta gila-gila kepada abang. Abang bukan jatuh cinta kepada abang kerana fizikal abang tetapi abang akan jatuh cinta pada abang kerana hati abang...

Pada pendapat abang, di dalam dunia ini senang mahu mencari perempuan yang baik tetapi tidak lelaki. Sebab itulah abang akan jatuh cinta pada abang dengan teruk sekali. Seorang lelaki baik hati tulus dan setia. Mana nak dapat? Haaa...he he.

Seorang lelaki yang akan bawa seorang perempuan ke kayangan...

Sepanjang hidup abang, abang ada buat beberapa perempuan dan lelaki kecewa, dan menangis. Namun abang tidak pernah berniat melukakan mereka... Namun mereka ini tentulah terluka dengan teruk. Abang hanya mampu berdoa mereka akan bertemu dengan lelaki yang baik hati dan lurus (walaupun abang rasa payah nak dapat, he he he).

Gambar di atas adalah gambar yang abang terima dari seorang kawan perempuan abang yang `ada hati' terhadap abang. Dia sangat baik. Malah dia adalah kawan perempuan yang terbaik abang ada di UM dahulu. Abang tidak sedar dia minat pada abang. Kawan-kawan abang ada beritahu tapi abang tidak percaya sebab kawan-kawan abang suka bergurau.

Abang doakan dia berbahagia dan abang masih meminta maaf jika dia sangat terluka dahulu... Abang juga mahu minta maaf apabila persahabatan telah menjadi renggang...entah kenapa. Mungkin Abang tidak mahu melihat dia sedih.

Sehingga ke hari ini kebaikan yang dialakukan pada abang, abang teringat. Ini memang cerita lama, abang berdoa kebahgiaan dia setiap kali teringat...

Abang tidak nampak ada tertulis `I Love You' di tepi gambar yang berusia 25 tahun...itu. Memang Abang tak perasaan pada mulanya. Pada masa itu...

Friday, October 2, 2015

In a blink of an eye your life passes you by...


Adik, ini gambar abang di Muzium Negara sekitar 25 tahun dahulu. Abang melawat muzium bersama-sama kawan-kawan abang. Gembira sungguh hari itu.

Pada masa itu kami bimbang akan ditendang keluar daripada universiti sebab pembelajaran sangat sukar. Kami di tahun pertama, masih tidak biasa lagi dengan sistem pembelajaran di UM. Jadi kami pergi berjalan-jalan untuk tenangkan fikiran. Sepatutnya kami baca buku dan ulangkaji tetapi kami ambil  keputusan pergi berjalan dan tengok wayang. He he he.

Pada masa ini abang handsum teruk. Muda, yakin, mengada tetapi naif. Seingat abang pada hari pertama abang sudah kena ngorat. Masa itu abang sedang beratur mendaftar di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Dia terus datang hampiri abang dan tanya abang, "Bolehkah saya nak mengorat awak? Abang sangat malu sebab dia cantik, putih dan badan terbentuk elok. He he he.

Masa itu abang tidaklah bergaya sangat. Namun abang pakai talipinggan dan masukan baju ke dalam. Tidaklah bergaya sakan sebab pendapat abang tidaklah perlu seseorang yang handsum bergaya sangat. He he he. 

Pada masa tersebut ramai orang minat kat abang tetapi abang tidak layan. Ada yang sampai menangis... Abang tidak faham kenapa orang perempuan bila dia minat kat lelaki yang dia sayangi dia akan menangis. Namun abang tidak tahu kenapa hati abang tidak terpaut...mungkin abang menunggu adik.

Pada masa ini mungkin adik masih kecil lagi. Mungkin adik masih berbogel bermain pasir. Namun tuhan telah menentu takdir. Tidak terduga kita akan bertemu. Tuhan menyabarkan abang dan masa untuk kita bertemu.

Adik, walaupun adik telah aniayai abang, tidak hargai kasih sayang abang ...adik tetap antara titik terpenting dalam perjalanan hidup abang...

Adik, masa sudah merubah abang menjadi hodoh, gemuk, buncit, beruban dan berkedut. Keyakinan abang untuk hidup juga tidak seghairah dulu...

Semua pergi...ternyata semua pergi...kecuali ingatan terhadap musim bunga itu...



Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home